Jalan-Jalan Pasar Seni Pasca Pandemik

Thursday 12 January 2023

Tajuk taknak kalah kan, sebelum pandemik I dah pernah jalan-jalan dekat Pasar Seni sampai lah ke Dataran Merdeka. Kali ni pergi lagi sebab plan asal nak beli bunga dekat Lee Wah Florist tapi mak ajak jalan-jalan sampai malam. Bunyi macam merepek je sebab dia balik dari OU pun berdengkur sakan sebab penat. Tapi kita layan je lah orang dah semangat nak berjalan. 

Tempat pertama kitorang pergi ialah Petaling Street sebab salah masuk lorong. Bila dah masuk situ memang meriah lah dengan orang sebab cuti Krismas. Foreigner pun ramai pergi jenguk Petaling Street tu mungkin sebab banyak barang copy ori. 
 

Tak ada barang pun nak beli dekat Petaling Street ni sebab semua barang dah beli dekat Shopee. Sudahnya masuk Panda Eyes beli bracelet dengan payung. Keluar dari situ nampak uncle ni jual buah berangan terus beli sebab tak pernah makan lagi buah berangan bakar ni. 


300 gram buah berangan ni RM10 tapi tak boleh makan banyak-banyak pun buah ni sebab kacang dia berlemak teruk. Bila makan sebiji dua dah rasa kenyang dan muak dah. Mak kata ni buah berangan kahwin sebab buah berangan tak la besar macam yang dijual ni. 

Selain buah berangan ni banyak juga lah makanan ringan yang dijual di Petaling Street sampai rasa macam dekat Seoul pun ye jugak. Nak makan tteokpokki pergi je tepi jalan. Terliur tengok popia pelbagai perisa tapi perut tengah kenyang lagi masa tu. 








Ikutkan nak pergi kedai bunga tu tapi keluar dari Petaling Street ternampak Book Xcess RexKL pula, terus masuk ke dalam tanpa fikir panjang. Dah habis bergambar dekat dalam tu, buka Google Map dan cari Kedai Bunga Lee Wah. Nak pergi sebelum balik tapi takut pula terbabas sampai malam. Lagi satu takut juga bila petang dah habis stok bunga macam sebelum ni. Hari cuti macam ni memang ramai yang akan pergi beli bunga sebab itu lah tujuan semua gegadis ke Pasar Seni. 




sebab ramai warganet marah bila nampak gegadis bergambar di luar jadi kita bergambar di dalam saja

Plan asal nak beli bunga carnation untuk letak dekat workstation di office macam sebelum ni supaya tenang sikit tapi bila ternampak bunga matthiola warna ungu rasa berbelah bahagi tu muncul di segenap ruang hati. Bunga carnation dah pernah beli so why not beli bunga baru? Lagipun bunga matthiola tu warna ungu kot. Cantikkkkk! 

Harga mahal sikit lah tapi kalau cantik siapa yang tak nak spend lebih sikit kan? Sejambak ni ada 5 tangkai dengan harga RM25.00. My mom beli baby breath warna ungu dengan kelopak bunga timbang sebab dia nak buat mandi bunga. 

Bila keluar dari situ nak pergi ke Galeri Kuala Lumpur sebab nak merasa pastries dekat sana tapi dari jauh dah nampak queue panjang kemain. Terus batalkan niat dan pergi ke Masjid Jamek. Sebenarnya nak pergi makan tapi sepanjang jalan tu tak jumpa kedai makan yang hidangkan nasi. Penuh dengan mamak je. Not in the mood to eat curry. 

Sebelum pergi ke Masjid Jamek tu bergambar dulu dekat Blue River. Baru perasan ada mural baru dekat bangunan tepi sungai tu. 




Masjid Jamek ni nampak je macam dekat di pandangan mata tapi jauh sebenarnya nak menapak dari Blue River tu sampai masuk dalam. Dari pintu pagar pun jauh nak berjalan ke ruang solat wanita. Itu belum lagi part nak ambil wudhu. No wonder lah ramai orang lelaki je yang solat dekat sini. 

Kalau tahu jauh merelung macam tu baik solat dekat Perpustakaan Negara je tapi bila difikirkan balik, tak pernah lagi jejak kaki ke Masjid Jamek. Selalu tengok je orang bergambar dekat payung besar ala Madinah tu. 















Settle bergambar dekat sini, berjalan lagi untuk cari makan. Stress lah jugak sebab perut dah lapar tapi kedai makan tak ada. Menyampah lah setiap kali buntu nak makan mesti pergi KFC padahal banyak kali dah terkena dengan kualiti dan service yang makin teruk. 

Sudahnya kitorang berjalan ke Pasar Seni sebab my mom kata food court dekat situ sedap je. Baguslah jugak makan dekat situ sebab tak pernah jejak kaki lagi ke Pasar Seni haha. 


Food court Pasar Seni ramai orang lah jugak masa tu tapi lega lah tak kena beratur panjang untuk bayar harga makanan dan pesan minuman. Nothing fancy dekat sini sebab memang datang nak makan nasi je. Nak makan nasi campur tapi lauk banyak yang dah habis. Sudahnya makan nasi ayam dengan Neslo Dinosaur gara-gara teringin dengan orang meja belakang. 


Lepas dah kenyang makan, nak pergi buat inai tangan sebab sebelum naik ke food court tu nampak ada kedai henna. Sebelum nak menuju ke kedai henna tu nampak pulak bazaar dekat tingkat bawah. Everything never goes with the plan kan? Konon lah nak pergi beli bunga je tapi entah berapa tempat dah kitorang pergi. 


Tertarik dengan booth yang jual but wanita tapi stress sebab semua but tu preloved dan but yang I suka tak ada saiz pula. Sebelum sakit hati tak dapat apa yang kita nak baik blah je. Harga but kat situ semua murah sebab dia jual sepasang RM50 je. Kualiti semuanya cun lagi tapi saiz tu yang masalah. 

Jalan depan sikit terjumpa pulak dengan Choco Munchy ni. Tak nak beli pun sebab tak makan tapi sebab yang tukang promote pun kemain lunak suaranya, terus beli 2 pek. Tah pape perangai T.T




But but but let me defend myself, beli bukan sebab suara abang tu sedap je okay, sebab snek ni pun sedap juga especially gabungan coklat dengan kacang. I would instantly fall for choco nut combination. White chocolate dia manis sangat sebab tu ambil chocolate original dan chocolat dengan kacang. Worth it lah sebab bawa balik rumah tak sampai sehari pun dah habis dah. Punca tau kalau makan makanan rangup masa tengok movie, laju je habisnya. 






Dah puas cuci mata dekat dalam Pasar seni ni, pergi lah ke kedai henna yang dimaksudkan tu. Sementara tunggu customer sebelum kitorang tu siap, I pilih la dulu design mana yang cantik. Dah lama tak pakai inai bercorak macam ni sejak pandemik. 

Tak nak dan tak suka pakai design yang sarat sebab susah nak jaga satu hal bila dia lambat kering. Perjalanan kitorang jauh lah jugak nak ke MRT Pasar Seni tu. Terasa jauh sebab tangan akan lenguh supaya nak elak inai jadi comot berlanggar dengan orang. Jadi kita pilih yang simple dan cantik je. 


Tadaaaaaaaa!


Harga design ni RM25 tapi harga kegembiraan, priceless. Gituhhhh ayat serupa iklan Mastercard. 

Balik rumah terus cari pasu untuk masukkan bunga matthiola supaya tak layu teruk. Lepas keluar dari freezer Lee Wah tu pun dia dah start layu. Ada part yang patah juga sebab batang dia lembut. Semerbak juga lah satu rumah dengan bau bunga ni. 



Happy betul bila tengok sejambak bunga matthiola ni dekat ruang tamu. Cantikkkkkk sangat walaupun ada yang layu sebab cramped dalam bungkusan dia. Siapa yang pergi Lee Wah memang patut cuba beli bunga ni. Walaupun seminggu je jangka hayat dia tapi berbaloi sebab cantik dan wangi. Untung lah siapa yang dapat tanam bunga ni dekat laman rumah dia. 

Anyway siapa yang tertanya keadaan mak I macam mana lepas berjalan dekat Pasar Seni seharian, dia tidur berdengkur kuasa dua malam tu. Nasib baik balik petang, bayangkan kalau balik malam seperti yang dihajatkan? Tssskkk


Bila craving dumpling soup, buka Foodpanda lepastu order dekat restoran Anak Kampung yang menghidangkan menu makanan Cina tapi Muslim-friendly. Jarang makan dekat restoran tu sebab dekat rumah boleh makan sambil tengok drama atau movie. Owner restoran Anak Kampung ni Cina mualaf jadi dumpling yang sedap haruslah datang dari orang bangsa Cina sendiri. Macam makan Nasi Ayam Penyet kena makan hasil masakan orang Indo baru ngam. 

Kali ni saja bawa my mom makan dekat restoran Anak Kampung yang terletak sebelah Mr. DIY di Subang Bestari. Restoran dia kecil je sebab satu unit kedai tapi bila masuk boleh dengar lah tak berhenti order dari Foodpanda masuk. Entry ni bukan promote Foodpanda tau. 


Menu dekat restoran Anak Kampung ni limited dan tak semua kena dengan tekak. Tak berapa gemar sangat dengan menu mi wantan dia. Tak pasti sejak bila restoran Anak Kampung ni dibuka di Subest, yang pastinya masa PKP. 

Memandangkan malam tu baru lepas hujan, I order kueytiaw sup je. Sebenarnya nak dumpling soup add on kueytiaw tapi tak boleh buat macam tu rupanya. Dia kata kena order kueytiaw sup dengan dumpling soup. Bazir lah sebab dua-dua menu tu sup. Siapa nak habiskan sup? Bazir duit pun satu hal juga. 


A bit frustated lah sebab nak add on kueytiaw je pun dalam dumpling soup tu. Kalau dia charge harga kueytiaw tu pun tak kisah sebab nama pun add on. Tapi cashier tetap cakap tak boleh. Hmmm benda mudah je pun, saja buat teruk. 

So my sister come up with a win-win solution, I order kueytiaw sup, dia order dumpling soup. Settle. Dia kata tak nak makan heavy sangat sebab kenyang lagi makan tengahari tadi. I pun tak lah lapar sangat sebab tu nak makan dumpling soup add on kueytiaw. 


My mom ordered wantan mi kari ayam. Tak tahu kenapa dia keluar dari zon selesa padahal sebelum ni makan makanan bersup ataupun nasi ayam je. Just like I said lah, I tak berapa gemar sangat dengan mi wantan dia sebab berkicap sangat. Makan dengan kari ayam lagi la rasa macam tak boleh go. Nasib baik air kopi Hainan dia sedap dan pekat. Hilang lah rasa tak sedap dekat tekak tu. 

But this is just us, orang lain mungkin suka je. Sebelum ni pernah juga order pan mee tapi mi terlampau tebal sampai tak melekat rasa kuah. Tak pasti lah mi batch tu je ataupun semua pan mee kat situ memang dibikin tebal. So for me it is safe to stay with dumpling soup only. 

Bab harga boleh tengok lah dekat menu di atas tu. Ada menu macam overpriced, ada yang ngam ngam sui dengan harga. Restoran Anak Kampung ada dua cawangan setakat ni, di Subang Bestari dengan cawangan baru, di Kota Damansara. I harap yang dekat Subest ni stay lama lah sebab susah nak cari dumpling soup yang sedap dekat area sini.