HELLO WALLPAPER

Thursday 20 October 2022

 














 

Lepas jalan-jalan dekat Nyum Nyum Fest kitorang mencari restoran yang syok untuk lunch lepastu ternampak kedai baru di tingkat atas, Tingkat 1. Tak pasti lah kalau sebelum ni dah ada tapi kitorang yang tak perasan. 

Sebab nampak lukisan dia banyak yang cantik dekat display, laju sangat kaki melangkah masuk sebab nak cuci mata dekat sini. Sejak masuk angka 3 ni mula tertarik pula dengan karya seni. Nak hasilkan sendiri entah bila padahal dah beli watercolour dengan pallet dah tapi biar je berhabuk dalam storage. Mungkin tahun 2023 ni sebab dah boleh buat draft 'Azam 2023' dah.  









Dekat dalam galeri seni ni ada banyak sangat jenis lukisan, ada lukisan abstrak, lukisan pensil, panorama, bermotifkan bangunan bersejarah, batik ataupun flora. Lukisan yang besar-besar tu semua I mampu tengok sajo sebab tak mampu lah nak membelinya. Selain lukisan ada juga merchandise macam t-shirt atau ukiran kayu macam ni...


... dan juga fridge magnet lukisan dengan harga yang I mampu bayar, like finally! Idk I feel like I wanna buy something here so I just pick something nice from this section. Bila tengah ralit dok belek tu ternampak pula lukisan bersaiz A5 ni ada banyak juga gambar menarik hasil karya pelukis bernama Khalid. 


And I ended up buying 3 of them sebab ada discount hshshshs. I beli 3 jenis lukisan bersubjekkan pokok. Nak beli lukisan bunga tapi warna yang dia guna untuk lukis pokok tu lagi menarik dan menyerlah. 


Happy betul dekat galeri ni boleh guna QRpay ataupun debit sebab sekarang dah malas nak withdraw cash. Malas nak beratur dekat ATM pun satu hal juga lepastu bertambah malas kalau dapat baki dalam bentuk syiling. Berat purse jadinya. Cashless senang, boleh bayar exact amount tanpa perlu penat tunggu cashier pulangkan baki atau kena argue pasal duit kecil. 

Anyway galeri Artists' Corner di The Curve Mutiara Damansara ni buka setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam so feel free to visit. I belek Facebook diorang ternampak event bersama pelukis utama - Wan, Alfian, Khalid dan 20 orang pelukis tempatan yang lain. Nampak meriah sangat sebab ada sebanyak 200 lukisan dipamerkan di area concierge The Curve. 

I need to work hard so I can buy any of their paintings here sebab ada yang memikat hati. Kalau nak cari lukisan untuk rumah atau pejabat, try la belek dekat sini sebagai tanda sokongan kepada pelukis tempatan :)

Nyum Nyum Fest, The Curve 2022


Minggu lepas beria lah excited pergi ke Nyum Nyum Fest ni sebab nampak dekat Instagram lalu lalang so plan asalnya nak pergi lunch dekat sini. Pukul 11 pagidah keluar sebab takut ramai orang nak kena beratur panjang pulak nanti. Tak nak lah pergi pukul 10 jadi yang terpaling sebab takut booth pun tak bukak lagi. 

The Curve ni memang terkenal dengan kesenduan dia maka bukan satu perkara asing lah kalau pukul 11 pagi pun tak ada orang lagi. I put my expectation too high lah hshs. Kitorang park dekat Lotus bcs we're cheapskate liddat. Nyum Nyum Fest ni terletak dekat kawasan Centre Court jadi tak lah jauh sangat pun dari pintu masuk sebelah Lotus sana.


Sampai je terus ambil gambar sebagai bukti hadir. Dekat pintu masuk dah ada props makanan yang besar gedabak. A bit turn off sebab props dia besar tapi tak banyak. Kalau dia buat props kecil tapi banyak nampak lebih ✨aesthetic✨. 



Nyum Nyum Fest ni tak besar mana pun dan tak banyak booth pun yang ada. Kecewa banyak lah dekat situ sebab nama dia festival tapi kalau ada 10 booth je itu bukan festival. Mungkin expectation I tinggi sangat kot ataupun festival norma baharu memang tak banyak booth? Entahlah, pokoknya mengecewakan. 

Meja untuk makan pun tak banyak disediakan tapi makanan yang jual dekat Nyum Nyum Fest ni makanan berat. Kalau banyak snacking boleh faham lah jugak. Nak beli makanan pun tak ada mood sebab tak ada meja jadi kita pusing-pusing tengok apa yang ada je lah. Dekat festival ni ada booth Menate sebab baru tahu ada restoran Menate dekat street walk The Curve. 







Mungkin kitorang datang awal sangat so tak banyak booth yang buka lagi sebab dalam video promosi ada banyak juga makanan yang dijual dekat sini. Tapi takpe lah, bukan rezeki lah kot nak jumpa makanan yang menarik. Sudahnya kitorang makan dekat mamak di tunnel IPC. 

Peluang Untuk Menangi iPhone 14 Plus Menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo!

Wednesday 19 October 2022

Berita baik buat pelanggan setia Yoodo, bersempena perayaan akhir tahun ini para pengguna berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik menerusi kempen ‘Wheel-Yoo-Win’! Idea untuk menggunakan Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ adalah terhasil sebagai tanda penghargaan daripada pihak Yoodo kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong tanpa henti. 

“Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!” - Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital yang semakin dikenali di kawasan Lembah Klang terutamanya kerana aktiviti dan kelebihan menarik kepada pengguna. Yoodo juga mempunyai liputan rangkaian 4G terluas di Malaysia dan mempunyai boosters untuk Data, panggilan telefon ataupun SMS. 

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember 2022 dan setiap pengguna layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Banyak hadiah menarik bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi tapi mestilah ramai yang target iPhone 14 Plus tu kan? Siapa tak bersinar mata kalau laluan untuk menang tu mudah je.  

Untuk join ‘Wheel-Yoo-Win’ ini, setiap pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM32 sama ada memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo. Kemudian individu akan terima satu kod unik untuk putar ‘Wheel-Yoo-Win’ bernilai RM5 hingga RM200. Jangan risau untuk join sebab sesiapa sahaja yang putar tak akan balik dengan tangan kosong. Boleh sikit buat raso-raso pun jadi lah kata orang. 

Lepas dah menang, terus share di media sosial seperti Facebook dan Twitter sebab pelanggan layak pula untuk join cabutan bertuah bulanan yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November dan 22 Disember nanti. Ingat tarikh-tarikh penting ni kalau taknak terlepas peluang untuk hadiah menarik seperti iPhone Plus (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800) dan juga kelengkapan permainan video (bernilai RM600). 

Dua kategori hadiah yang ditawarkan adalah: 

i. Hadiah ‘Daily Spin’

Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)

Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)

e-Baucar Cashback SEAGM

Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items

Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation

e-Baucar Grab

e-Gift card Starbucks

e-Baucar Lazada

e-Baucar Petronas

e-Baucar Shopee IT Mall

Tiket TGV Cinema

MLBB Diamonds

Kod UC PUBG Mobile

Kredit Razer Gold

ii. Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan

1x iPhone 14/iPhone 14 Plus

2x Gajet Samsung

3x Gaming Gears

Banyak kan hadiah yang ditawarkan untuk kempen Wheel-Yoo-Win ni? Kepada 150 pelanggan pertama SEAGM yang membuat transaksi di dalam laman sesawang SEAGM, boleh melayakkan diri untuk menerima satu kod unik untuk putar Wheel-Yoo-Win juga. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.

Deepavali is right around the corner! Are your favourite snacks prepped? Guest rooms aired out and extra mattresses laid out? It's finally time to celebrate with the people you care about most.

Keeping your friends and family well-fed with delicious food and sweets is a must during this time, but don’t forget to have a ready list of shows to watch while everyone is around. Picking the right TV series can make or break a family session. Not sure where to start? Try out these Disney+ Hotstar series – we guarantee they will light up your day.

BIGG BOSS JODIGAL

Nothing beats some good music and amazing performances on Deepavali, and Bigg Boss Jodigal brings the best of both worlds in this highly competitive dance competition. Actress Ramya Krishna, actor Nakhul Jaidev and actor-choreographer Sathish Krishnan play the judges as 8 pairs of contestants battle it out to win the grand title.

PINK LIE


It’s not a family get together if questions about marriage and relationships aren’t brought up. Try  diverting away any unwanted attention with Korean reality dating series Pink Lie instead. Hosted by Korea’s biggest names, Kim Heechul, Lee Sunbin, Song Wonseok and Ralral, this series sees a group of young people with a hidden secret put into a house with the sole goal of finding love.

COOKU WITH COMALI


If the food at home isn’t whetting your appetite enough, Cooku with Comali is a wholesome show to get the family ready for a big meal. Judged by Chef Damu and Chef Venkatesh Bhat, celebrity chefs get paired up with comedians and amateur cooks in each episode as the teams battle it out to win the grand prize.

THE QUEST


A blend of reality series and fantasy, The Quest is the perfect show to get everyone immersed. Eight young people are thrust into the fantastic and fictional world of Everealm, where they must save a Kingdom by fulfilling an ancient prophecy.

MR & MRS CHINNATHIRAI


Celebrity relationships pose an impressive image, but will they hold up when put to the test? Mr and Mrs Chinnathirai pit renowned celebrity couples against each other as they’re put through a series of challenging and hilarious tasks in order to win the coveted title.

THE KARDASHIANS S2


Being curious is part of the human experience, so when The Kardashians offer us a glimpse into the lives of the glitziest celebrities in Hollywood, it’s impossible to resist taking a peek. The series returns for a second season with a behind the scenes look into Kourtney and Travis’ grand Italian wedding, followed by Kim’s relationship with Pete Davidson fizzling out, and a multimillion dollar lawsuit. The show is sure to get everyone gathered around the TV screen as The Kardashins spill all – from love to life in the spotlight.

Any of these shows piqued your interest? There’s so much more to choose from on Disney+ Hotstar. Just be sure to get your watchlist ready before everyone settles in for some Deepavali fun. 

Twitter: @DisneyPlusMY
Instagram: @DisneyPlusHotStarMY 
Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
TikTok: @DisneyPlusMY  
Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY  


RAI DEEPAVALI DENGAN PENUH KEMERIAHAN BERSAMA KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC

Monday 17 October 2022

Melihat fasa pergerakan kawalan yang telah sepenuhnya ditamatkan serta kadar peningkatan ekonomi yang semakin memberangsangkan, sambutan Deepavali yang disambut oleh penganut Hindu di Malaysia untuk tahun ini kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni. Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang terdiri daripada Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall bakal turut serta menyambut pesta cahaya yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2022.

“Perayaan Deepavali adalah detik untuk menyambut ketibaan cahaya yang menjadi penyuluh hidup serta kebaikan sesama insan. Perayaan ini amat simbolik dengan kemeriahan, kegirangan dan juga kesyukuran akan kemuafakatan bersama setelah kita menempuhi cabaran yang baru sahaja berlalu.” Ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

Kemeriahan Sambutan Perayaan Deepavali di Suria KLCC 

Suria KLCC akan menyambut perayaan Deepavali selama 17 hari bermula dari 14 sehingga 30 Oktober. Hiasan taman yang mewah dan megah berlokasi di “Centre Court” tersedia untuk para pengunjung sepanjang tempoh sambutan. Para pengunjung akan dirai dengan prop burung merak dan gazebo tradisional masyarakat India yang akan bertakhtakan kepelbagaian bunga yang indah. Suasana akan lebih dirasai bersama iringan muzik Deepavali.

Kolam bersaiz 20 kaki yang dihiasi dengan pencahayaan bergerak dan alunan muzik yang mengasyikkan akan dipertontokan di tengah hiasan taman tersebut bagi mencerminkan keindahan suasana pesta cahaya ini. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman istimewa melalui ciri-ciri hiasan yang unik seperti lampu pelbagai warna yang akan bertukar warna apabila pengunjung menyentuh sensor yang tersedia. Pada hari minggu yang terpilih, para pembeli juga akan dihiburkan dengan tarian tradisional kaum India yang akan berlangsung di “Centre Court”.

Pelanggan setia juga berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah Suria KLCC (SKLCC) yang juga merupakan sebahagian daripada “Shoppers Reward Programme”. Pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima e-Baucar Beli-Belah SKLCC yang bernilai RM50.

Ganjaran Perayaan di Alamanda Putrajaya

Melihat kediaman yang dihiasi dengan hiasan tradisional masyarakat India yang berwarna-warni, hiasan Rangoli yang diterangi dengan Diyas akan menyambut para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 8 Oktober sehingga 24 Oktober 2022 untuk sambutan perayaan Deepavali.

Bagi tempoh perayaan kali ini yang akan dilanjutkan untuk 17 hari, para pembeli dapat menikmati pelbagai tawaran menarik. Pembeli yang berbelanja jumlah maksima sebanyak RM300 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan mendapat sepasang balang rempah ratus.

Bagi pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas, mereka berpeluang untuk menyertai “High Spender Rewards”. Selain daripada berpeluang membawa pulang sepasang balang rempah ratus, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan baucar Alamanda yang bernilai RM50. Ganjaran ini terhad kepada 125 pembeli yang berbelanja RM1,500 ke ata, selagi stok masih ada.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Movie Review | Talbis Iblis (2022)


Pengarah : Kabir Bhatia 
Penulis Skrip : Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Pelakon : Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Danielle Sya, Izzy Reef, Zaftfarrel Mikhael, Sherie Merlis, Putri Jannah
Syarikat Produksi : Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment, Chain FX
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 29 April 2022 (Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali), 20 Oktober 2022 (Malaysia)
Trailer :


Naskhah seram arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan secara perdana di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali, Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21 mengambil masa selama 3 tahun untuk berjumpa penonton pada 20 Oktober 2022 nanti. 

“Talbis Iblis” (Tipu Daya Iblis) menceritakan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang melarikan diri dari ke Bukit Abu Merah bersama suaminya, Arshad (Amir Nafis) untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Hajar adalah anak kepada doktor psikologi terkenal di ibu kota namun hubungan mereka berdua dingin sejak kematian adiknya, Hazim (Zaftfarrel Mikhael).

 
Dah banyak cara Hajar buat untuk ‘buang’ bayi tersebut tapi masih juga melekat namun dalam keadaan yang cacat. Melalui ejen Zaini (Jay Iswazir), mereka berjumpa dengan Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Urusan harian Mak Ju juga dibantu oleh Nasir (Zul Ariffin) yang lebih banyak diam dan memerhati. 

Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.


Penceritaan Talbis Iblis mempunyai tiga latar masa yang menceritakan tentang kisah Junaidah (Danielle Sya) dan Nasir (Izzy Reef) ketika muda, Hajar (Putri Jannah) dan Hazim ketika tragedi dan juga waktu sekarang. Dari awal sehingga ke hujung cerita Kabir Bhatia cuba rungkai sedikit demi sedikit tentang identiti dan rahsia setiap watak. 

Kekuatan Talbis Iblis terletak pada sinematografi memukau hasil karya Nurhanisham Muhammad yang menjadikan Pulau Carey terlihat indah. Tak banyak jump scare dalam filem seram ni tapi suasana rumah tersebut cukup untuk buatkan bulu roma berdiri tegak. Shot cantik setiap kali Mak Ju sediakan minuman beri dan limau nipis untuk Hajar. Kita pun jadi teringin sekali nak minum setiap kali tengok.


Watak Mak Ju pun menarik perhatian setiap kali dia berlembut dan beri perhatian lebih pada Hajar. Bukan sebab dia nak dengan anak tu semata tapi sebab sejarah hidup Hajar lebih kurang sama dengan dia. Bezanya Mak Ju ada Nasir yang setia teman dari zaman muda dulu sementara Hajar selalu dihamun oleh Arsyad. Macam mana Mak Ju menyampah tengok Arsyad, sama lah juga perasaan bila nampak Arsyad buat perangai. 

Boleh kata semua pelakon yang diambil dalam Talbis Iblis ni deliver watak dengan baik cuma ada beberapa watak yang tak dapat screentime yang cukup untuk berkembang. Watak Junaidah dengan Nasir masa zaman muda contohnya sebab masih lagi tak tahu apa kelebihan yang Nasir dapat bila setia dengan Junaidah. Macam mana Zaini elak dari dikesan pihak polis pun jadi tanda tanya juga sedangkan Nasir dah tegur suruh kawal nafsu. Orang luar pun tahu sesiapa yang datang ke kawasan tu terutamanya di kawasan jeti akan hilang tanpa dikesan.  


Naskhah Talbis Iblis menarik sebagai naskhah seram yang menjaga kualiti dari kebanyakan aspek namun ada banyak sub-plot atau babak yang boleh dimasukkan juga dikembangkan supaya cerita lebih kukuh dan lebih mendalam emosinya. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10