Nyum Nyum Fest, The Curve 2022

Thursday 20 October 2022


Minggu lepas beria lah excited pergi ke Nyum Nyum Fest ni sebab nampak dekat Instagram lalu lalang so plan asalnya nak pergi lunch dekat sini. Pukul 11 pagidah keluar sebab takut ramai orang nak kena beratur panjang pulak nanti. Tak nak lah pergi pukul 10 jadi yang terpaling sebab takut booth pun tak bukak lagi. 

The Curve ni memang terkenal dengan kesenduan dia maka bukan satu perkara asing lah kalau pukul 11 pagi pun tak ada orang lagi. I put my expectation too high lah hshs. Kitorang park dekat Lotus bcs we're cheapskate liddat. Nyum Nyum Fest ni terletak dekat kawasan Centre Court jadi tak lah jauh sangat pun dari pintu masuk sebelah Lotus sana.


Sampai je terus ambil gambar sebagai bukti hadir. Dekat pintu masuk dah ada props makanan yang besar gedabak. A bit turn off sebab props dia besar tapi tak banyak. Kalau dia buat props kecil tapi banyak nampak lebih ✨aesthetic✨. 



Nyum Nyum Fest ni tak besar mana pun dan tak banyak booth pun yang ada. Kecewa banyak lah dekat situ sebab nama dia festival tapi kalau ada 10 booth je itu bukan festival. Mungkin expectation I tinggi sangat kot ataupun festival norma baharu memang tak banyak booth? Entahlah, pokoknya mengecewakan. 

Meja untuk makan pun tak banyak disediakan tapi makanan yang jual dekat Nyum Nyum Fest ni makanan berat. Kalau banyak snacking boleh faham lah jugak. Nak beli makanan pun tak ada mood sebab tak ada meja jadi kita pusing-pusing tengok apa yang ada je lah. Dekat festival ni ada booth Menate sebab baru tahu ada restoran Menate dekat street walk The Curve. 







Mungkin kitorang datang awal sangat so tak banyak booth yang buka lagi sebab dalam video promosi ada banyak juga makanan yang dijual dekat sini. Tapi takpe lah, bukan rezeki lah kot nak jumpa makanan yang menarik. Sudahnya kitorang makan dekat mamak di tunnel IPC. 

Peluang Untuk Menangi iPhone 14 Plus Menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo!

Wednesday 19 October 2022

Berita baik buat pelanggan setia Yoodo, bersempena perayaan akhir tahun ini para pengguna berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik menerusi kempen ‘Wheel-Yoo-Win’! Idea untuk menggunakan Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ adalah terhasil sebagai tanda penghargaan daripada pihak Yoodo kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong tanpa henti. 

“Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!” - Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital yang semakin dikenali di kawasan Lembah Klang terutamanya kerana aktiviti dan kelebihan menarik kepada pengguna. Yoodo juga mempunyai liputan rangkaian 4G terluas di Malaysia dan mempunyai boosters untuk Data, panggilan telefon ataupun SMS. 

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember 2022 dan setiap pengguna layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Banyak hadiah menarik bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi tapi mestilah ramai yang target iPhone 14 Plus tu kan? Siapa tak bersinar mata kalau laluan untuk menang tu mudah je.  

Untuk join ‘Wheel-Yoo-Win’ ini, setiap pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM32 sama ada memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo. Kemudian individu akan terima satu kod unik untuk putar ‘Wheel-Yoo-Win’ bernilai RM5 hingga RM200. Jangan risau untuk join sebab sesiapa sahaja yang putar tak akan balik dengan tangan kosong. Boleh sikit buat raso-raso pun jadi lah kata orang. 

Lepas dah menang, terus share di media sosial seperti Facebook dan Twitter sebab pelanggan layak pula untuk join cabutan bertuah bulanan yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November dan 22 Disember nanti. Ingat tarikh-tarikh penting ni kalau taknak terlepas peluang untuk hadiah menarik seperti iPhone Plus (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800) dan juga kelengkapan permainan video (bernilai RM600). 

Dua kategori hadiah yang ditawarkan adalah: 

i. Hadiah ‘Daily Spin’

Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)

Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)

e-Baucar Cashback SEAGM

Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items

Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation

e-Baucar Grab

e-Gift card Starbucks

e-Baucar Lazada

e-Baucar Petronas

e-Baucar Shopee IT Mall

Tiket TGV Cinema

MLBB Diamonds

Kod UC PUBG Mobile

Kredit Razer Gold

ii. Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan

1x iPhone 14/iPhone 14 Plus

2x Gajet Samsung

3x Gaming Gears

Banyak kan hadiah yang ditawarkan untuk kempen Wheel-Yoo-Win ni? Kepada 150 pelanggan pertama SEAGM yang membuat transaksi di dalam laman sesawang SEAGM, boleh melayakkan diri untuk menerima satu kod unik untuk putar Wheel-Yoo-Win juga. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.

Deepavali is right around the corner! Are your favourite snacks prepped? Guest rooms aired out and extra mattresses laid out? It's finally time to celebrate with the people you care about most.

Keeping your friends and family well-fed with delicious food and sweets is a must during this time, but don’t forget to have a ready list of shows to watch while everyone is around. Picking the right TV series can make or break a family session. Not sure where to start? Try out these Disney+ Hotstar series – we guarantee they will light up your day.

BIGG BOSS JODIGAL

Nothing beats some good music and amazing performances on Deepavali, and Bigg Boss Jodigal brings the best of both worlds in this highly competitive dance competition. Actress Ramya Krishna, actor Nakhul Jaidev and actor-choreographer Sathish Krishnan play the judges as 8 pairs of contestants battle it out to win the grand title.

PINK LIE


It’s not a family get together if questions about marriage and relationships aren’t brought up. Try  diverting away any unwanted attention with Korean reality dating series Pink Lie instead. Hosted by Korea’s biggest names, Kim Heechul, Lee Sunbin, Song Wonseok and Ralral, this series sees a group of young people with a hidden secret put into a house with the sole goal of finding love.

COOKU WITH COMALI


If the food at home isn’t whetting your appetite enough, Cooku with Comali is a wholesome show to get the family ready for a big meal. Judged by Chef Damu and Chef Venkatesh Bhat, celebrity chefs get paired up with comedians and amateur cooks in each episode as the teams battle it out to win the grand prize.

THE QUEST


A blend of reality series and fantasy, The Quest is the perfect show to get everyone immersed. Eight young people are thrust into the fantastic and fictional world of Everealm, where they must save a Kingdom by fulfilling an ancient prophecy.

MR & MRS CHINNATHIRAI


Celebrity relationships pose an impressive image, but will they hold up when put to the test? Mr and Mrs Chinnathirai pit renowned celebrity couples against each other as they’re put through a series of challenging and hilarious tasks in order to win the coveted title.

THE KARDASHIANS S2


Being curious is part of the human experience, so when The Kardashians offer us a glimpse into the lives of the glitziest celebrities in Hollywood, it’s impossible to resist taking a peek. The series returns for a second season with a behind the scenes look into Kourtney and Travis’ grand Italian wedding, followed by Kim’s relationship with Pete Davidson fizzling out, and a multimillion dollar lawsuit. The show is sure to get everyone gathered around the TV screen as The Kardashins spill all – from love to life in the spotlight.

Any of these shows piqued your interest? There’s so much more to choose from on Disney+ Hotstar. Just be sure to get your watchlist ready before everyone settles in for some Deepavali fun. 

Twitter: @DisneyPlusMY
Instagram: @DisneyPlusHotStarMY 
Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
TikTok: @DisneyPlusMY  
Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY  


RAI DEEPAVALI DENGAN PENUH KEMERIAHAN BERSAMA KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC

Monday 17 October 2022

Melihat fasa pergerakan kawalan yang telah sepenuhnya ditamatkan serta kadar peningkatan ekonomi yang semakin memberangsangkan, sambutan Deepavali yang disambut oleh penganut Hindu di Malaysia untuk tahun ini kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni. Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang terdiri daripada Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall bakal turut serta menyambut pesta cahaya yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2022.

“Perayaan Deepavali adalah detik untuk menyambut ketibaan cahaya yang menjadi penyuluh hidup serta kebaikan sesama insan. Perayaan ini amat simbolik dengan kemeriahan, kegirangan dan juga kesyukuran akan kemuafakatan bersama setelah kita menempuhi cabaran yang baru sahaja berlalu.” Ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

Kemeriahan Sambutan Perayaan Deepavali di Suria KLCC 

Suria KLCC akan menyambut perayaan Deepavali selama 17 hari bermula dari 14 sehingga 30 Oktober. Hiasan taman yang mewah dan megah berlokasi di “Centre Court” tersedia untuk para pengunjung sepanjang tempoh sambutan. Para pengunjung akan dirai dengan prop burung merak dan gazebo tradisional masyarakat India yang akan bertakhtakan kepelbagaian bunga yang indah. Suasana akan lebih dirasai bersama iringan muzik Deepavali.

Kolam bersaiz 20 kaki yang dihiasi dengan pencahayaan bergerak dan alunan muzik yang mengasyikkan akan dipertontokan di tengah hiasan taman tersebut bagi mencerminkan keindahan suasana pesta cahaya ini. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman istimewa melalui ciri-ciri hiasan yang unik seperti lampu pelbagai warna yang akan bertukar warna apabila pengunjung menyentuh sensor yang tersedia. Pada hari minggu yang terpilih, para pembeli juga akan dihiburkan dengan tarian tradisional kaum India yang akan berlangsung di “Centre Court”.

Pelanggan setia juga berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah Suria KLCC (SKLCC) yang juga merupakan sebahagian daripada “Shoppers Reward Programme”. Pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima e-Baucar Beli-Belah SKLCC yang bernilai RM50.

Ganjaran Perayaan di Alamanda Putrajaya

Melihat kediaman yang dihiasi dengan hiasan tradisional masyarakat India yang berwarna-warni, hiasan Rangoli yang diterangi dengan Diyas akan menyambut para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 8 Oktober sehingga 24 Oktober 2022 untuk sambutan perayaan Deepavali.

Bagi tempoh perayaan kali ini yang akan dilanjutkan untuk 17 hari, para pembeli dapat menikmati pelbagai tawaran menarik. Pembeli yang berbelanja jumlah maksima sebanyak RM300 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan mendapat sepasang balang rempah ratus.

Bagi pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas, mereka berpeluang untuk menyertai “High Spender Rewards”. Selain daripada berpeluang membawa pulang sepasang balang rempah ratus, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan baucar Alamanda yang bernilai RM50. Ganjaran ini terhad kepada 125 pembeli yang berbelanja RM1,500 ke ata, selagi stok masih ada.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Movie Review | Talbis Iblis (2022)


Pengarah : Kabir Bhatia 
Penulis Skrip : Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Pelakon : Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Danielle Sya, Izzy Reef, Zaftfarrel Mikhael, Sherie Merlis, Putri Jannah
Syarikat Produksi : Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment, Chain FX
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 29 April 2022 (Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali), 20 Oktober 2022 (Malaysia)
Trailer :


Naskhah seram arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan secara perdana di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali, Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21 mengambil masa selama 3 tahun untuk berjumpa penonton pada 20 Oktober 2022 nanti. 

“Talbis Iblis” (Tipu Daya Iblis) menceritakan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang melarikan diri dari ke Bukit Abu Merah bersama suaminya, Arshad (Amir Nafis) untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Hajar adalah anak kepada doktor psikologi terkenal di ibu kota namun hubungan mereka berdua dingin sejak kematian adiknya, Hazim (Zaftfarrel Mikhael).

 
Dah banyak cara Hajar buat untuk ‘buang’ bayi tersebut tapi masih juga melekat namun dalam keadaan yang cacat. Melalui ejen Zaini (Jay Iswazir), mereka berjumpa dengan Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Urusan harian Mak Ju juga dibantu oleh Nasir (Zul Ariffin) yang lebih banyak diam dan memerhati. 

Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.


Penceritaan Talbis Iblis mempunyai tiga latar masa yang menceritakan tentang kisah Junaidah (Danielle Sya) dan Nasir (Izzy Reef) ketika muda, Hajar (Putri Jannah) dan Hazim ketika tragedi dan juga waktu sekarang. Dari awal sehingga ke hujung cerita Kabir Bhatia cuba rungkai sedikit demi sedikit tentang identiti dan rahsia setiap watak. 

Kekuatan Talbis Iblis terletak pada sinematografi memukau hasil karya Nurhanisham Muhammad yang menjadikan Pulau Carey terlihat indah. Tak banyak jump scare dalam filem seram ni tapi suasana rumah tersebut cukup untuk buatkan bulu roma berdiri tegak. Shot cantik setiap kali Mak Ju sediakan minuman beri dan limau nipis untuk Hajar. Kita pun jadi teringin sekali nak minum setiap kali tengok.


Watak Mak Ju pun menarik perhatian setiap kali dia berlembut dan beri perhatian lebih pada Hajar. Bukan sebab dia nak dengan anak tu semata tapi sebab sejarah hidup Hajar lebih kurang sama dengan dia. Bezanya Mak Ju ada Nasir yang setia teman dari zaman muda dulu sementara Hajar selalu dihamun oleh Arsyad. Macam mana Mak Ju menyampah tengok Arsyad, sama lah juga perasaan bila nampak Arsyad buat perangai. 

Boleh kata semua pelakon yang diambil dalam Talbis Iblis ni deliver watak dengan baik cuma ada beberapa watak yang tak dapat screentime yang cukup untuk berkembang. Watak Junaidah dengan Nasir masa zaman muda contohnya sebab masih lagi tak tahu apa kelebihan yang Nasir dapat bila setia dengan Junaidah. Macam mana Zaini elak dari dikesan pihak polis pun jadi tanda tanya juga sedangkan Nasir dah tegur suruh kawal nafsu. Orang luar pun tahu sesiapa yang datang ke kawasan tu terutamanya di kawasan jeti akan hilang tanpa dikesan.  


Naskhah Talbis Iblis menarik sebagai naskhah seram yang menjaga kualiti dari kebanyakan aspek namun ada banyak sub-plot atau babak yang boleh dimasukkan juga dikembangkan supaya cerita lebih kukuh dan lebih mendalam emosinya. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | Plan A Plan B (2022)

Sunday 16 October 2022


Director : Shashanka Ghosh
Writer : Rajat Arora
Cast : Riteish Deshmukh, Tamannaah, Kusha Kapila, Poonam Dhillon, Pooja Singh, Heli Vyas
Production Companies : India Stories Media & Entertainment Pvt Ltd, Funk Your Blues Entertainment Pvt Ltd
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 106 minutes
Release Date : 30 September 2022
Trailer :


Huru-hara kan kalau matchmaker bekerja satu tempat dengan peguam penceraian? Macam tu lah kisah Nirali (Tamannaah) dan Kaustubh Chogule a.k.a Kosty (Riteish Deshmukh) yang berkongsi workspace di Delhi. 

Setiap hari ada saja benda yang buatkan mereka bergaduh sebab bukan saja kerjaya yang mengundang, personality mereka pun jauh berbeza. Kosty seorang lelaki yang suka flirt around dan OCD manakala Nirali pula seorang yang clumsy dan trauma dengan relationship sebelum ni. Serena (Heli Vyas) jadi orang tengah kepada mereka berdua supaya pergaduhan antara Nirali dengan Kosty tak jadi lebih besar dan agresif. 


Satu hari Runjhun (Bidita Bag) muncul di pejabat Kosty untuk bincang tentang masalah rumahtangga. Berita tersebut buatkan Nirali terkejut sebab Kosty bukanlah seorang yang bujan tapi tak mampu nak move on dengan perkahwinan sendiri. Nak ceraikan isteri pun tak mampu sebab dia masih sayang. Kesian dekat Runjhun lah sebab tak boleh berkahwin dengan partner dia selagi tak bercerai. 

Runjhun minta tolong Nirali supaya nasihatkan Kosty untuk lepaskan dia sebab dah jelak kejar Kosty sana-sini tapi masalah tak selesai juga. Dalam masa yang sama kawan baik Kosty datang jumpa Nirali untuk ubah perangai Kosty sebab Nirali je yang berani dengan Kosty. 


Naskhah romantic comedy nukilan Rajat Arora ni bersifat cliché dan santai. Durasi filem Plan A Plan B pun tak panjang macam filem Bollywood lain walaupun pengarah masukkan beberapa buah lagu. Tambah menyedihkan bila music album karya Bann Chakraborty pun tak mampu menarik minat untuk dimasukkan dalam playlist. 

Like I’ve mentioned in my previous reviews, naskhah rom com kena ada music album dan chemistry yang kuat walaupun jalan cerita simple atau cliché. Semua orang pun tahu kisah percintaan sama saja kebanyakannya jadi sebab tu lah kena ada umpphh factor yang kuat. Dekat filem ni dua factor dah gagal. 


I tengok filem Plan A Plan B ni pun sebab ada Riteish sebagai watak utama dan berlakon watak yang serious, tegas dan romantic tapi hampa betul bila tengok flow cerita yang mendatar. Tak sangka betul Rajat Arora yang buat cerita macam ni. Mungkin skrip yang dia buat tu dah menarik tapi pengarah Shashanka Ghosh ubah ikut tekak dia, who knows what happened kan?

Fresh pairing tu dah bagus dah sebab Riteish tak pernah berlakon dengan Tamannaah walaupun sebelum ni pernah bekerja sekali dalam filem Humshakals (2014). Tak pasti kenapa both of them tak mampu nak create chemistry yang bagus, mungkin sebab tak selesa atau tak prep role betul-betul sebab dekat hujung filem masa diorang menari tu dah nampak ada chemistry tapi sikit je kot part tu. Tup tup habis dah. Kalau dah tahu pelakon tak selesa kenapa la pengarah insist nak masukkan juga intimate scene sebab nampak memasing tengah bergusti je dalam lif tu. 


One thing yang I suka dengan filem ni ialah visual content dia menarik. Suka tengok workspace Dr. Nirali Vora sebab adapt dengan budaya India tapi moden. Maybe sebab I suka jenis messy tapi cantik macam props dan set design yang art team guna. Even wardrobe untuk watak Nirali pun cantik, sesuai dengan karakter dia. 

By the way genre comedy dalam filem ni macam terpaksa betul dimasukkan. Banyak sangat punchline merepek dalam filem ni terutamanya dari mak Nirali (Poonam Dhillon). Love quotes pun tak mendalam sangat dan mungkin tu juga punca cinta Kosty dan Nirali nampak tak meyakinkan. Tskkkk 

1. Team Production +0.6 , 2. Visual +1, 3. Audio +0.4 , 4. Storyline +0.4 , 5. Casting +0.5 , 6. Genre +0.2 , 7. Themes +0.6 , 8. Editing +0.4 , 9. Social Message +0.3 , 10. Personal Thought +0.2  =  4.6/10

Movie Review | Cikgu vs Hantu (2022)

 

Pengarah :  Liyana Jasmay

Penulis Skrip : Faten Syamimie

Pelakon : Dato’ Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani

Syarikat Produksi : Mermaid Studios Sdn Bhd

Pengedar : Astro First

Genre : Seram / Komedi  

Durasi Tayangan : 104 minit

Tarikh Tayangan : 08 September 2022

Trailer :


Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Dato’ Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman) dalam merebut tempat menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bijak Bestari. Sesiapa di antara mereka berdua yang berjaya membawa dana sebanyak RM20,000 serta-merta layak menggantikan Cikgu Ahmad sebagai pengetua. 

Sementara Cikgu Daud mencari idea untuk sewakan beberapa tempat di sekolah tersebut kepada orang awam, Cikgu Samad pula guna networking berpengaruh dia untuk buat pinjaman. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima (Che Puan Juliana Evans) dan Ismail (Shuk Sahar). 

Cikgu Syima merupakan pengetua SMK Bijak Bestari pada tahun 80-an dan dewan lama tempat dia muncul semula adalah tempat yang tinggalkan banyak kenangan untuk dia. Sedih bila dia dapat tahu SMK Bijak Bestari dah banyak berubah dan dewan lama tersebut dikunci. Ismail pula hanya seorang janitor yang sempat bekerja selama sebulan sahaja pada tahun 1998. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Jalan cerita Cikgu vs Hantu adalah naskhah seram komedi pertama arahan Liyana Jasmay dan Mermaid Studios. Sebagai naskhah seram, Cikgu vs Hantu berjaya hidangkan beberapa babak yang mendebarkan dan mengejutkan terutamanya bila Cikgu Syima sakit hati dengan Cikgu Samad dan Cikgu Daud kerana mungkir janji. Masa Syafiq Kyle diganggu pun seram juga. 

Namun untuk babak komedi ada yang menjadi, ada yang tak perlu dimasukkan terutamanya lawak double meaning dari Ismail bila dia cakap Cikgu Syima lagi cantik kalau tak pakai apa-apa. Kalau tak silap naskhah Cikgu vs Hantu adalah tontonan umum jadi tak perlu rasanya ada lawak macam tu. Kenapa ambil Shuk Sahar berlakon haruslah jadi tanda tanya utama sebab dia tak pandai berlakon dan semua lawak dia hambar. 

Ada plot yang menjadi persoalan juga macam Cikgu Ahmad yang beria sangat minta dua orang cikgu bertanding bawa masuk dana sedangkan dia boleh saja dengan mudah buat aktiviti atau program di sekolah. Kenapa dia perlukan RM20,000 dalam masa yang singkat pun tak diceritakan dengan jelas. Misteri pembunuhan yang disimpan sehingga ke hujung cerita pun nampak lemah. Tak faham kenapa semua watak dekat sekolah tu tak rujuk pada yang pakar saja untuk beberapa masalah. Macam nak cari tukang paip minta Ucop (Zahiril Adzim) sedangkan dia cuma pengawal keselamatan. Nak betulkan kotak elektrik pun suruh janitor padahal bukan kena labur banyak pun untuk panggil technician atau TNB. Nak bersihkan dewan tak nak panggil cleaning service tapi suruh anak murid yang bersihkan. 

Kenapa Cikgu Samad dan Cikgu Daud beria balik lambat untuk tunjuk mereka cikgu yang berdedikasi sedangkan dah jelas kelayakan untuk jadi pengetua adalah RM20,000. Tak pasti lah pakaian pengetua zaman 80-an macam mana tapi yang pastinya bukan seperti yang Cikgu Syima pakai dalam filem Cikgu vs Hantu. 

Bukan saja konflik dua watak utama nampak merepek, bahasa yang digunakan pun terlampau ikut skrip. Pelakon macam baca buku teks untuk deliver dialog dalam beberapa babak. Patutnya naskhah santai macam ni, pelakon buat relaks je lah. Pendek kata banyak lagiyang perlu diperbaiki terutamanya pada skrip yang banyak menjejaskan penceritaan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 =  5.4/10

Drama Review | The Midnight Club (2022)


Director :  Mike Flanagan, Leah Fong
Writer : Christopher Pike
Cast : Iman Benson, Adia, Igby Rigney, Ruth Codd, Aya Furukawa, Annarah Shephard, William Chris Sumpter, Sauriyan Sapkota, Heather Langenkamp, Zach Gilford, Matt Biedel, Samantha Sloyan
Production Companies: Intrepid Pictures
Distributor : Netflix Streaming Services
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes : 10 episodes ( 49-58 minutes per episode)
Release Date :  7 October 2022
Trailer :


Netflix hidangkan naskhah baru dengan genre seram bersempena Halloween, The Midnight Club yang diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya nukilan Christopher Pike. Berlatarkan tahun 1994, Ilonka (Iman Benson) disahkan menghidap kanser tiroid dan mempunyai beberapa bulan saja lagi untuk hidup. 

Bila Ilonka buat carian di Internet, dia terjumpa tentang Julia Jaynes yang berjaya sembuh sepenuhnya setelah menghilangkan diri selama seminggu di hospis (pusat jagaan) Brightcliffe Home. Tak ada siapa tahu ke mana Julia pergi namun yang pastinya dia muncul selepas seminggu dan kanser dia sembuh. 


Ilonka yakin dia akan dapat peluang yang sama jika dia tahu ke mana Julia pergi dan rahsia yang disimpan di pusat jagaan tersebut. Di sana dia berjumpa dengan Kevin (Igby Rigney) yang kacak tapi menghidap leukemia. Rakan sebilik, Anya (Ruth Codd), seorang yang kasar dan baran. Sandra (Annarah Cymone) pula seorang yang optimis dan berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Spencer (Chris Sumpter) pula dibuang keluarga setelah menghidap penyakit AIDS. Sementara Natsuki (Aya Furukawa) mempunyai kemurungan teruk dan Amesh (Sauriyan Sapkota) mempunyai kanser tahap kronik. 


Mereka berlapan akan berjumpa pada jam 12 tengah malam untuk sesi ‘membikin’ hantu atau erti kata lain, bercerita tentang kisah seram. Tak kisah lah kisah benar atau rekaan sendiri yang pastinya setiap ahli mempunyai giliran untuk bercerita. 

Ilonka tersangatlah sibuk orangnya, selain ikut serta dengan semua aktiviti di pusat jagaan tersebut, dia juga akan keluar mencari bahan alam semulajadi yang ada di sekitar Brightcliffe Home. Di hutan tu juga dia berjumpa dengan Shasta (Samantha Sloyan) yang selalu bercerita tentang banyak hal. Dari Shasta juga dia tahu tentang rahsia gelap Brightcliffe Home. 


Tertarik dengan trailer The Midnight Club sebab nampak macam best bila dia sebut ‘we make ghost’ rupanya sembang pasal cerita hantu. Tapi okay lah sebab selain dari kisah hantu, dekat pusat jagaan tu pun memang ada hantu. Basement ada bilik mayat dan kebanyakan pesakit yang pergi ke Brightcliffe Home akan meninggal juga jadi faham sendiri lah kenapa ada hantu. 

Walaupun naskhah seram tapi pengarah simpan rahsia Julia Jaynes sampai ke hujung drama sebab tu boleh marathon terus satu hari sebab nak tahu kenapa Julia boleh sembuh sekelip mata. Apa dia buat dalam masa seminggu tu dan siapa yang bagitahu dia rahsia tu. Nak tahu juga kenapa ada hantu yang kacau Ilonka dan Kevin di hospis tu. Mesti ada sesuatu sebab hantu yang sama, mimpi yang sama dengan simbol yang sama. I happy jugak drama ni tak letak langsung pasal spirit board cuma tu lah hantu omputeh tak lah seram mana pun. Sound effect je over setiap kali hantu muncul. 


Episod-episod awal The Midnight Club ni syok lah nak layan tapi bila dah masuk tengah tu dah mula draggy dan cliché sebab penulis mula buat love angle antara Ilonka dengan Kevin. Okay lah love angle tu tapi kalau pelakon tak ada chemistry, tak syok lah nak layan kan? Lagipun tak meyakinkan langsung untuk adore kisah cinta diorang dengan masa yang singkat sangat tu. By the way, kesian Katherine (Emilia Baranac) kena marah sebab buat yang terbaik untuk Kevin? 


Kalau ikutkan macam merepek lah Ilonka nak berpegang dengan kisah Julia tu untuk sembuh sedangkan cuma dia seorang saja yang sembuh. High chance untuk salah diagnosis tu tinggi tapi Ilonka tak ambil kemungkinan tu pun padahal Dr. Stanton (Heather Langenkamp) dah tegaskan banyak kali. Kalau ada let’s say 10 orang yang sembuh mungkin I pun tertarik nak tahu jugak. Mungkin Ilonka kena belajar dengan Izzue Islam ataupun Shah Rukh Khan untuk keluarkan ayat dramatik tentang satu peratus kemungkinan yang boleh tangkis 99 peratus fakta. Overall it’s a nice watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10