Lega Dapat Makan Potato Corndog Di CU

Saturday 25 June 2022

Craving nak makan potato corndog ni gara-gara nampak video live Felix Stray Kids makan sambil buat ASMR. Sebelum ni pernah makan corndog dekat Family Mart tapi dekat CU je ada jenis potato ni. Tak tau lah kalau ada dekat tempat I memang tak ada so I gamble je beli dekat CU. 

Bahagian belakang

Bahagian depan bersalut dengn sos samyang dan cheese

Selalunya tekstur corndog lembut sebab sosej bersalut tepung je tapi bila ada potato ni dia jadi rangup so bila makan ada feel dalam sikit bila kunyah. Tu yang terliur teruk bila tengok Felix makan. Masa taip ni pun terliur balik. Mungkin esok kena pergi CU lagi untuk beli potato corndog. 

Harga untuk satu potato corndog ni RM8.99 and personally for me memang worth it sebab saiz dia besar lepastu sosej dia pun besar. Tepung dengan kentang memang karbohidrat makanya bila makan akan terasa kenyang lah. Sebelum ni makan untuk breakfast, kenyang sampai waktu lunch. Cuma sos samyang dengan cheese tu lah I tak suka banyak macam tu. Lepas ni kena order supaya letak sikit je sebab tak suka belemoih atau banjir. 


Alang-alang dah menyinggah CU, I try juga minum iced latte dia. Well, not bad lah dia bancuh dan coffee beans dia sesuai dengan tekak. Cup dia pun comel jugak. Lepas ni kalau pergi CU dah tahu nak beli apa hehehe


Masa menyinggah dekat CU ni ternampak Jeju Series promo. Menarik jugak K-Corn Sausage Party Pack tu sebab boleh jimat RM10. Nanti macam nak try Burger hitam CU ataupun chiffon cake dia. Looks nyummmm!

SHOPEE Bantu Penjual Tempatan Tingkatkan Jualan Dengan Lebih Banyak Ciri Kolaboratif

Friday 24 June 2022

Shopee bantu penjual tempatan tingkatkan jualan dengan lebih banyak ciri kolaboratif | Shopee kongsikan inisiatif dan sumber untuk menyokong perniagaan tempatan di Seller Summit 2022

Shopee berusaha untuk membantu para penjual tempatan menarik lebih ramai pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada untuk kembali membuat pembelian pada platform dengan alat pemasaran penjual baharu dan bersifat lebih kolaboratif.

Pengarah Shopee Malaysia Kavan Sito menekankan bahawa platform tersebut kekal komited untuk membantu lebih ramai orang dan perniagaan mengakses manfaat ekonomi digital melalui teknologi.

Menurut Kavan Sito, Pengarah Shopee Malaysia, mulai S3 tahun ini, semua penjual bakal meluaskan jangkauan mereka menerusi lebih 13,000 rakan affiliate Shopee untuk menambahbaik keterlihatan serta meningkatkan jualan melalui Shopee Affiliate Marketing Solution (AMS).

Rakan kongsi affiliate termasuk influencer media sosial, platform kupon dan pulangan tunai, platform perbandingan harga dan penerbit kandungan. Penjual terpilih yang menyertai AMS antara bulan Oktober dan Disember tahun lalu mencapai hingga 16 kali ganda pulangan atas pelaburan pengiklanan mereka.

Berucap di Shopee Seller Summit pada 16 Jun, Sito berkata bahawa ulasan atau review daripada pengguna adalah penting untuk membantu mewujudkan kepercayaan dan daya tarikan untuk produk dalam talian. Oleh itu, Shopee juga akan membolehkan para penjual memberi ganjaran kepada pengguna yang memberi ulasan produk yang berguna.

Selain itu, platform itu juga akan mempertingkatkan ciri baucarnya yang akan membolehkan para penjual memberi insentif kepada pembeli baharu serta memberi ganjaran kepada pembeli sedia ada yang kembali membuat pembelian atas kesetiaan mereka.

“Ini adalah antara banyak ciri pemasaran penjual inovatif yang akan dilancarkan oleh Shopee dalam beberapa bulan akan datang untuk membantu para penjual memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” kata Sito.

Shopee Seller Summit yang bertemakan “Level Up: Driving Growth Together” telah diadakan di Sunway Resort, Petaling Jaya. Acara tersebut telah menarik 500 peserta fizikal dan hampir 2000 peserta maya.

Sito berkata, “Shopee kekal komited untuk meningkatkan kemahiran dan memperkasakan perniagaan tempatan. Selain daripada modul latihan percuma yang disediakan melalui Shopee University, Shopee berbesar hati menjadi rakan kepada agensi kerajaan yang dipercayai untuk menyokong komuniti tempatan serta memacu inisiatif latihan yang membantu meningkatkan kemahiran perniagaan tempatan. Ini termasuk memberi sokongan kepada semua jenis penjual, malah kira-kira 5,000 usahawan pelajar universiti memulakan perjalanan perniagaan dalam talian mereka melalui inisiatif Siswa Mall dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.”

Shopee Seller Summit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan memacu inklusiviti dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti tempatan. Kelvin Yam, 46 tahun, seorang penjual di Shopee yang mengendalikan kedai alat tulis, CX Trading merupakan seorang pengguna tegar program-program Shopee seperti Facebook Collaborative Ads (CPAS) dan Seller Affiliate Programme. Beliau berkata bahawa program-program tersebut bukan sahaja memberi insentif kepadanya untuk memasarkan produk Shopee di Facebook, tetapi turut membantu meningkatkan purata jualan bulanannya sebanyak lebih daripada dua kali ganda.

“Program-program ini sangat membantu dalam meningkatkan perniagaan Shopee saya kerana saya melihat peningkatan jualan hampir 5 kali ganda. Saya kini menjana purata jualan bulanan sebanyak kira-kira RM50,000,” kata Yam.

Seorang lagi penjual, Ammar Izzuddin, 33, percaya bahawa selain menambah ilmu, seseorang juga perlu menjalin rangkaian kenalan dan belajar daripada penjual lain untuk menimba lebih banyak pengalaman dalam penjualan. Ammar yang menjual produk bayi di Shopee berkata, “Melalui peluang meluaskan rangkaian kenalan di Shopee Seller Summit, saya memperoleh pandangan tentang cara para penjual lain menyusun strategi dan meramalkan peluang perniagaan, serta mengurus sumber mereka. Ini semua sangat bermanfaat demi membantu kami memahami cara kami dapat melakukan yang lebih baik dan mengembangkan perniagaan dalam jangka panjang.” Ammar merupakan peserta setia Shopee Seller Summit selama empat tahun berturut-turut.

Para penjual yang ingin menyampaikan kemahiran dan pengetahuan mereka boleh menyertai program ShopeeXperts, di mana permohonan program akan dibuka pada awal bulan Ogos tahun ini. Melalui program ini, penjual berprestasi tinggi terpilih akan diberi latihan selama sebulan dalam kemahiran pemasaran, operasi, jualan dan pembentangan. Ini merupakan peluang untuk mewujudkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih yang berkelayakan serta dapat membantu para penjual lain dalam memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

'JEJAK 3' kembali meneruskan paparan aktiviti amal kebajikan dan menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama menerusi musim ketiganya di Astro Prima.

Musim ketiga yang membawakan tema ‘Kita Jejak Kita Bantu’ memaparkan babak-babak belakang tabir kerja amal yang dilakukan oleh selebriti-selebriti yang berbeza dengan kerjasama Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) pada setiap episod. Sepanjang siaran musim ketiga, selebriti-selebriti ini menziarahi golongan yang memerlukan dan memberi bantuan asas serta sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menampung keluarga.

Program yang menyayat hati ini menyelit kisah-kisah perit yang dihadapi masyarakat kita yang hidup dalam serba kekurangan serta sukar untuk menjalani kehidupan harian mereka kerana kesempitan kewangan.

Program realiti ’Jejak 3’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam sebanyak 13 episod mulai 27 Jun 2022 hingga 19 September 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

“Astro sentiasa bersedia menggalas tugas untuk membawa paparan realiti masyarakat kita yang terhimpit dengan kesukaran serta kedaifan kehidupan. Sesungguhnya realiti perit ini tidak seharusnya diselindungi, malah patut dijadikan paparan untuk membantu mereka yang memerlukan serta membawa kesedaran di kalangan masyarakat kita, apatah lagi ramai dalam komuniti di negara kita terkesan dengan bencana alam.

Norzeha Mohd Salleh - Pengurus Saluran Astro Prima

‘Jejak 3’ menyelami kisah-kisah mereka diselubungi kesempitan kehidupan termasuk kehilangan harta benda, keupayaan serta kesihatan. Malah, mereka yang terkesan bukan sahaja golongan dewasa tetapi jua kanak-kanak. Di sebalik kesedihan yang dikongsikan, semangat mereka dalam meneruskan perjuangan amatlah luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak yang kecil.

Adik Suki, Adik Iman dan Adik Raisya antara mereka yang menunjukkan kegigihan berjuang, tidak kira kekangan kewangan atau fizikal yang dihadapi. Semangat waja seperti ini menjadi nadi mengapa kami meneruskan program Jejak. 

Penglibatan rakan-rakan selebriti mewarnai hari-hari mereka yang terbabit. Barisan artis yang bersama turut menyumbangkan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan serta barangan keperluan. Mereka juga merasai impak daripada apa yang mereka lihat, yakni kesusahan dan keperitan yang dihadapi sehinggakan ada sesetengah mereka berlinangan air mata mahupun berada dalam tangisan ketika penggambaran dijalankan. 

Program ini juga menyingkap sisi-sisi barisan selebriti tanah air yang tidak pernah dipertontonkan untuk dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

Kerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO amatlah kami hargai sepanjang produksi ‘Jejak 3’. Kesungguhan dan kecekalan mereka membantu kami membolehkan segala bantuan yang dihulur dilakukan dengan lancar. Badan bukan kerajaan ini merupakan refleksi keprihatinan masyarakat kita yang mahu membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Kami berharap apa yang kami telah saksikan secara nyata bakal terjemah di skrin untuk penonton-penonton Astro. Sudah semestinya sesiapa sahaja yang menonton epsiod-episod ‘Jejak 3’ bakal tersentuh lantas tergerak hati untuk membantu mereka yang dipaparkan mahupun golongan kurang bernasib baik yang lain. ‘Jejak 3’ pasti akan membuka mata, minda dan hati semua.”

Johan Shahputra Johny Anwar - Pengarah Program Realiti ‘Jejak 3’

“Antara cabaran penerbitan Jejak musim ketiga ini adalah untuk mencari kes-kes yang sesuai untuk kita berikan bantuan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Justeru, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak NGO untuk membantu kami dalam memilih kes-kes yang kita ingin melakukan penggambaran memandangkan pihak NGO ini rapat dengan mereka dan lebih mengetahui kisah-kisah mereka.

Sudah semestinya mereka adalah kumpulan-kumpulan NGO yang kami berbesar hati untuk bekerjasama kerana mereka dipilih berdasarkan portfolio mereka serta penceritaan kes-kes yang mereka cadangkan kepada kami. Saya sangat berbangga dengan usaha dan semangat mereka dalam mengendalikan misi ini kerana mereka lebih berpengalaman, lebih-lebih lagi dalam pengurusan golongan yang kurang bernasib baik.

Program ‘Jejak 3’ kali ini membawa sedikit kelainan di mana kami menampilkan selebriti-selebriti yang berbeza untuk setiap episod. Perbezaan ini dapat menyerlahkan sisi-sisi mereka yang tidak pernah dilihat oleh peminat-peminat sekaligus memberi pengalaman baharu kepada selebriti yang terlibat terutamanya dalam menziarahi mereka yang dalam kesusahan.

Kami juga bekerjasama dengan pelbagai NGO yang berlainan pada setiap episod untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan. Program ini diharap dapat membuka mata penonton serta memberi pendedahan kepada mereka bahawa di luar sana masih ramai yang memerlukan pertolongan kita, tidak kira tua atau muda. Kami juga berharap penonton akan dapat sama-sama memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka agar kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.”

TRIVIA MENARIK PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

1. Ketika pihak krew memberi makanan kepada golongan gelandangan, mereka dikerumun dan dihempap.

2. Terdapat tujuh Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) yang terlibat bersama-sama team Jejak untuk menjalankan misi membantu orang-orang yang memerlukan.

3. Ketika penggambaran, Pak Nil takut untuk meneruskan penggambaran kerana khuatir monyet datang menyerang.

4. The Helmis (Heliza & Hazwani Helmi) berpeluang untuk bekerja mengutip dan menjual barang terpakai.

5. Pada mulanya, Che Ta dan krew Jejak yang lain menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan Adik Iman kerana keadaan kesihatan beliau. Oleh sebab itu juga, Che Ta dan krew Jejak mengambil masa 3 jam untuk betul-betul serasi dengan Adik Iman.

6. Percaya atau tidak, semasa membuat penggambaran bersama Adik Iman, team Jejak perlu bergerak ke tiga lokasi berbeza dan penggambaran memakan masa selama 12 jam.

7. Ketika mencari peniaga kecil di sekitar kawasan Sungai Buloh, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan krew Jejak terpaksa meredah banjir kilat dan melambatkan penggambaran sehingga ke lewat malam.

8. Yana merupakan selebriti yang paling mudah tersentuh hati dan menangis hampir sepanjang perjalanan penggambaran kerana mengenangkan nasib Adik Raisya dan mengingatkan anak beliau yang sebaya dengan Adik Raisya di rumah.

9. Ketika membuat penggambaran di pantai Sekinchan, kaki Yana hampir digigit ketam.

10. Kisah Pak Cik Ariffin pernah viral apabila The Helmi’s bertemu dengannya ketika banjir melanda Hulu Langat. Oleh kerana air yang telah mencecah paras muka, Pak Cik Ariffin terpaksa menginap di stesen bas berdekatan dan di situlah beliau bertemu dengan The Helmi’s.

SENARAI SELEBRITI DALAM PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

1. Rozita Che Wan

2. Yana Samsudin

3. Datin Seri Heliza Helmi

4. Hazwani Helmi

5. Datuk Aznil Hj. Nawawi

6. Fikry Ibrahim

7. Liza Hanim


LOGLINE PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

Menampilkan selebriti yang berbeza mengikut setiap episod di mana mereka akan menjalani misi bersama ‘Team Jejak’ di samping bekerjasama dengan NGO yang berbeza dalam setiap episod bagi memastikan kejayaan misi kemanusiaan yang meliputi pelbagai aspek seperti bantuan sosial, bantuan kewangan, bencana alam dan meraikan 'unsung heroes'.

SINOPSIS PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

Program ini merupakan sebuah program inisiatif Astro yang mengutamakan keperluan dan kebajikan masyarakat dalam memberi bantuan kepada golongan terkesan yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang. Dalam setiap episod, selebriti-selebriti yang berbeza akan mendekati golongan yang memerlukan dan memberikan sumbangan kepada mereka dengan kerjasama pihak NGO .


 INTISARI RANCANGAN ASTRO WARNA  27 JUN – 3 JULAI 2022


Monday, Jun 27

00:30 Kisah Tok Kadi S1 0008

01:30 Gegar Lawak 0008

03:30 Bas Stop! 0011

04:00 Gema Lawak Superstar 0002

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0001

07:00 #havocwarna 0001

08:00 Bocey & Friends Live 0001

09:00 Tiga Serumah 0006

10:00 Sing If You Can 0006

10:30 Meja Panggang 0006

11:00 Opera Sabun Boboi 0006

11:30 Padan Muka! 0006

12:00 Layan Je! The Jangan Show 0001

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0001

12:10 Layan Je! Mamu, Masaklah Kau! 0001

12:15 Motif Viral Junior 0015

12:30 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza S2 (HD) 0001

13:30 Super Spontan 2014 0004

15:00 Tanya Sama Pokok 0006

16:00 Temasya Sukan Kelaut 0004

17:00 Konsert Komedi 0001

18:00 Sepahtu Reunion 0006

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0011

19:00 Pecah Perut 0005

19:30 Kata Jihan 0005

20:00 MLM Terbaik 2019 0001

21:00 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0004

22:00 The Grand Master Asia 0002


Tuesday, Jun 28

00:30 Bas Stop! 0009

01:00 Kalau Berani 1 vs 0 0006

02:00 All Stars Buka Panggung 0001

03:30 Yallah Nadhak 0006

04:00 Crazy Hidden Camera 0021

04:30 Tele Berkembar 2 0001

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0002

07:00 #havocwarna 0002

08:00 Bocey & Friends Live 0002

09:00 Tiga Serumah 0007

10:00 Sing If You Can 0007

10:30 Meja Panggang 0007

11:00 Opera Sabun Boboi 0007

11:30 Padan Muka! 0007

12:00 Layan Je! The Jangan Show 0002

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0002

12:10 Layan Je! Mamu, Masaklah Kau! 0002

12:15 Motif Viral Junior 0016

12:30 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza S2 (HD) 0003

13:30 Super Spontan 2014 0005

15:00 Tanya Sama Pokok 0007

16:00 Temasya Sukan Kelaut 0005

17:00 Konsert Komedi 0002

18:00 Sepahtu Reunion 0007

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0012

19:00 Pecah Perut 0006

19:30 Kata Jihan 0006

20:00 MLM Terbaik 2019 0002

21:00 Ustaz Evo The Movie 

23:00 Potong 0009


Wednesday, Jun 29

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0006

01:00 Kalau Berani 1 vs 0 0007

02:00 All Stars Buka Panggung 0002

03:30 Yallah Nadhak 0007

04:00 Crazy Hidden Camera 0022

04:30 Tele Berkembar 2 0002

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0003

07:00 #havocwarna 0003

08:00 Bocey & Friends Live 0003

09:00 Tiga Serumah 0008

10:00 Sing If You Can 0008

10:30 Meja Panggang 0008

11:00 Opera Sabun Boboi 0008

11:30 Padan Muka! 0008

12:00 Layan Je! The Jangan Show 0003

12:05 Layan Je! Otai Can Do It! 0003

12:10 Layan Je! Mamu, Masaklah Kau! 0003

12:15 Motif Viral Junior 0017

12:30 Mystery Ranking Show Malaysia 0006

13:30 Super Spontan 2014 0006

15:00 Tanya Sama Pokok 0008

16:00 Temasya Sukan Kelaut 0006

17:00 Konsert Komedi 0003

18:00 Sepahtu Reunion 0008

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0013

19:00 Pecah Perut 0007

19:30 Kata Jihan 0007

20:00 MLM Terbaik 2019 0003

21:00 Mamu, Masaklah Kau! 0008

21:30 2021 eGG Productions 0038

22:00 Travel Lawak 0009

22:30 Stand Up Comedy Otai 0009

23:00 Potong 0010


Thursday, Jun 30

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0007

01:00 Kalau Berani 1 vs 0 0008

02:00 All Stars Buka Panggung 0003

03:30 Yallah Nadhak 0008

04:00 Crazy Hidden Camera 0023

04:30 Tele Berkembar 2 0003

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0004

07:00 #havocwarna 0004

08:00 Bocey & Friends Live 0004

09:00 Tiga Serumah 0009

10:00 Sing If You Can 0009

10:30 Meja Panggang 0009

11:00 Opera Sabun Boboi 0009

11:30 Padan Muka! 0009

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0011

12:05 Apa Cer? Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0005

12:10 Layan Je! Mamu, Masaklah Kau! 0004

12:15 Motif Viral Junior 0018

12:30 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza S2 (HD) 0004

13:30 Super Spontan 2014 0007

15:00 Tanya Sama Pokok 0009

16:00 Temasya Sukan Kelaut 0007

17:00 Konsert Komedi 0004

18:00 Sepahtu Reunion 0009

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0014

19:00 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0007

19:05 Pecah Perut 0008

19:30 Kata Jihan 0008

20:00 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0008

20:05 MLM Terbaik 2019 0004

21:00 (L) Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0005

22:05 Mystery Ranking Show Malaysia 0006

23:05 Potong 0011


Friday, Jul 01

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0008

01:00 Kalau Berani 1 vs 0 0009

02:00 All Stars Buka Panggung 0004

03:30 Yallah Nadhak 0009

04:00 Crazy Hidden Camera 0024

04:30 Tele Berkembar 2 0004

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0005

07:00 #havocwarna 0005

08:00 Bocey & Friends Live 0005

09:00 Tiga Serumah 0010

10:00 Sing If You Can 0010

10:30 Meja Panggang 0010

11:00 Opera Sabun Boboi 0010

11:30 Padan Muka! 0010

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0012

12:05 Chia Chia Chia Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0005

12:10 Layan Je! Mamu, Masaklah Kau! 0005

12:15 Motif Viral Junior 0019

12:30 Bas Stop! 0013

13:00 Super Spontan 2014 0008

15:00 Tanya Sama Pokok 0010

16:00 Temasya Sukan Kelaut 0008

17:00 Konsert Komedi 0005

18:00 Sepahtu Reunion 0010

18:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0015

19:00 MLM Terbaik 2019 0005

20:00 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0005

21:00 Mystery Ranking Show Malaysia 0007

22:00 Warung Sepahtu 0005

23:00 Potong 0012


Saturday, Jul 02

00:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0009

01:00 Kalau Berani 1 vs 0 0011

02:00 All Stars Buka Panggung 0005

03:30 Yallah Nadhak 0010

04:00 Crazy Hidden Camera 0025

04:30 Tele Berkembar 2 0005

06:00 Tele Berkembar 0009

07:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0009

09:30 Karoot Komedia 0004

10:30 Lawak Solo 0001

12:00 Maharaja Lawak Mega 2 0001

14:00 Gelak Gempak 0009

15:00 Wartawan Kampung 

17:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0001

18:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0001

19:00 Miss Lawak 0008

20:00 J-POP 0009

21:00 The Grand Master Asia 0003

23:30 Mystery Ranking Show Malaysia 0006


Sunday, Jul 03

00:30 Kisah Tok Kadi S2 0001

01:30 Gegar Lawak 0007

03:00 Bas Stop! 0012

03:30 Muzikal Lawak Superstar 0001

06:00 Tele Berkembar 0010

07:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0010

09:30 Karoot Komedia 0006

10:30 Lawak Solo 0002

12:00 Maharaja Lawak Mega 2 0002

14:00 Gelak Gempak 0010

15:00 Shiro, Bermula Sebuah Cerita 

17:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0003

18:00 Muzikal Lawak Superstar Terbaik 0002

19:00 Miss Lawak 0009

20:00 J-POP 0010

21:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0005

23:00 Mamu, Masaklah Kau! 0008

23:30 Warna Live: Arena Panggang 0010








 INTISARI RANCANGAN ASTRO RIA 27 JUN – 3 JULAI 2022


Monday, Jun 27

06:00 Sweet Dreams 0009

07:00 Impiana S4 0005

07:30 Sedapur Bersama 0005

08:00 Lara Oh Lara! 0005

08:30 The House S1 0006

09:00 Unplugged 2019 Filler 0002

09:10 Kapsul Stage 104 0011

09:20 Kapsul Cuti Baru Nak Up 0011

09:30 Projek Theme Park 0005

10:00 Lockdown 0022

11:00   (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0072

12:30 Jangan Menangis Cinta 0012

13:30 The Best of Gegar Vaganza 2022 0004

14:00 Karaoke Superstar 0004

15:30 Kak Kek & Abe Mmasok 0004

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0014

17:00 Magnificent Century S1 0032

18:00 Unplugged 2019 Filler 0003

18:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0007

18:20 Kapsul Impiana S4 0007

18:30 The Maid 0007

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0025

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0073

21:00 Tolonglah, Cik B! 0001

Sinopsis : Dengar cerita Cik B ni pandai melukis. Betul ke? Nampaknya Cik B akan menyerlahkan bakat terpendamnya dalam episode kali ini. Tapi Cik B tidak berseorangan dalam aktiviti hari ini! Siapa agaknya rakan selebriti yang menemani Cik B tu?

21:30 Hard to Heart S3 0011

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0015

23:00 Lockdown 0023

00:00 Unplugged 2019 Filler 0003

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0007

00:20 Kapsul Impiana S4 0007

00:30 Go Shop

01:30 Cucu Nek Putih 

03:30 Semanis Fondant 0005

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0001

05:00 Projek Theme Park 0005

05:30 Apa Ada Dengan Cinta 0005


Tuesday, Jun 28

06:00 Sweet Dreams 0010

07:00 Pesona Pengantin S4 0005

07:30 Teroka Lokal 0005

08:00 Hairul Hanis Junior 0005

08:30 The House S3 0005

09:00 Unplugged 2019 Filler 0003

09:10 Kapsul Stage 104 0012

09:20 Kapsul Cuti Baru Nak Up 0012

09:30 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0005

10:00 Lockdown 0023

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0073

12:30 Jangan Menangis Cinta 0013

13:30 The Best of Big Stage S4 0004

14:00 6 Hari 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0015

17:00 Magnificent Century S1 0033

18:00 Unplugged 2019 Filler 0004

18:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0008

18:20 Kapsul Impiana S4 0008

18:30 The Maid 0008

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0026

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0074

21:00 (L) MeleTOP S10 0035

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0016

23:00 Lockdown 0024

00:00 Unplugged 2019 Filler 0004

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0008

00:20 Kapsul Impiana S4 0008

00:30 Go Shop

01:30 Penunggu Sol-Dorm 

03:30 Variarasa Sunquick S2 0005

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0002

05:00 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0005

05:30 Di Balik Idola 0005


Wednesday, Jun 29

06:00 Sweet Dreams 0011

07:00 Romantika S8 0006

07:30 Teroka Lokal Battle 0005

08:00 The Adventure of Aqeef AmyrAmar 0005

08:30 The House S4 0005

09:00 Unplugged 2019 Filler 0004

09:10 Kapsul Stage 104 0013

09:20 Kapsul Cuti Baru Nak Up 0013

09:30 Ready, Set, Action! 0005

10:00 Lockdown 0024

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0074

12:30 Jangan Menangis Cinta 0014

13:30 Mana Satu 0007

14:00 Anais Patah Hati Pertama Kali 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0016

17:00 Magnificent Century S1 0034

18:00 Unplugged 2019 Filler 0005

18:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0009

18:20 Kapsul Impiana S4 0009

18:30 Hard to Heart S3 0011

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0027

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0075

21:00 Gempak TV 2022 0008

21:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0010

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0017

23:00 Lockdown 0025

00:00 Unplugged 2019 Filler 0005

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0009

00:30 Go Shop

00:20 Kapsul Impiana S4 0009

01:30 Sihir Pemisah 

03:30 Michael Ang's Halal Kitchen S2 0005

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0003

05:00 Ready, Set, Action! 0005

05:30 Unplugged 2018 0005

Thursday, Jun 30

06:00 Sweet Dreams 0012

07:00 Taste Selebriti 0005

07:30 baikpunya 0005

08:00 Little Princess Aaisyah 0005

08:30 The House Season 5 S5 0005

09:00 Unplugged 2019 Filler 0005

09:10 In Trend x Alternatif Filler 0001

09:20 Kapsul Stage 104 0014

09:30 expeRIAnce:Fantasy Escape 0005

10:00 Lockdown 0025

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0075

12:30 Jangan Menangis Cinta 0015

13:30 JoMovie S6 0049

14:00 Dolla 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0017

17:00 Magnificent Century S1 0035

18:00 Kapsul Karaoke Superstar 0005

18:15 Naura Shorts: Perang Periuk 0003

18:30 Tolonglah, Cik B! 0001

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0028

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0076

21:00 i-Tanggang 0011

22:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0018

23:00 Lockdown 0026

00:00 Kapsul Karaoke Superstar 0005

00:15 Naura Shorts: Perang Periuk 0003

00:30 Go Shop

01:30 Ada Yang Ngikut 

03:30 Datin Masak, Dato' Suka 0005

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0004

05:00 expeRIAnce:Fantasy Escape 0005

05:30 Inspirasi hlive 2017 0006


Friday, Jul 01

06:00 Sweet Dreams 0013

07:00 Obsesiku 0005

07:30 Halal Maps 0005

08:00 Oh My Family! 0006

08:30 Extreme Roadtrip 0005

09:00 Kapsul Karaoke Superstar 0005

09:15 Kapsul Stage 104 0015

09:30 Jejak Jepun Jihan S3 0005

10:00 Lockdown 0026

12:00 hlive! 2022 0076

12:30 Jangan Menangis Cinta 0016

13:30 Gempak TV 2022 0008

14:00 Jamil Balik Kampung 

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0018

17:00 Magnificent Century S1 0036

18:00 Kapsul Tolonglah, Cik B! 0002

18:15 Kapsul Karaoke Superstar 0005

18:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0010

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0029

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0077

21:00 Yo Wis Ben 

23:00 MeleTOP S10 0035

00:00 Kapsul Tolonglah, Cik B! 0003

00:15 Kapsul Karaoke Superstar 0005

00:30 Go Shop

01:30 Pemuja Kubur 

03:30 Apa Rasa? 0005

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0005

05:00 Jejak Jepun Jihan S3 0005

05:30 Awak Kat Mana? 0005


Saturday, Jul 02

06:00 Imaan 0004

07:00 Go Shop

08:00 Cekelat Semanis Honey 

10:00 JoMovie S6 0050

10:30 Gempak TV 2022 0008

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0077

12:30 ThinkerRayap 0004

13:00 Karaoke Superstar 0004

14:30 Media Hiburan Throwback 0004

15:00 Lockdown 0023

16:00 Lockdown 0024

17:00 Lockdown 0025

18:00 Lockdown 0026

19:00 PHD Muzik 0004

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0078

21:00 Split 

23:30 Tanya Doktor Imelda S2 0004

01:30 Stage 104 0008

03:00 Alternatif 2018 0009

03:30 Abang Long Fadil 

05:30 hlive! Special 2018 0009


Sunday, Jul 03

06:00 Imaan 0005

07:00 Go Shop

08:00 Cekelat Tak Semanis Honey 

10:00 MeleTOP S10 0035

11:00 (L) Go Shop

12:00 h+ 0001

12:30 The House Kamal Adli & Uqasha Senrose 0010

13:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0015

14:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0016

15:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0017

16:00 Setelah Terlafaznya Akad 2 0018

17:00 Tolonglah, Cik B! 0001

17:30 Hard to Heart S3 0011

18:00 Pesona Pengantin S4 0005

18:30 Trek Selebriti 2021 0005

19:00 Seandainya Kau Ada 

21:00 Karaoke Superstar 0005

22:30 Misteri Dilaila Versi 1 


 INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 27 JUN – 3 JULAI 2022


Monday, Jun 27

00:00 Jangan Kafankan Dia (HD) 

02:00 56 titles by Madness Film 0003

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0008

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0014

06:00 Projek Memikat Suami 0009

07:00 Carta 10 (HD) 0011

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0007

08:00 My Buskers 0001

09:00 Anne 0031

11:00 Dendam Seorang Isteri 0070

12:00 My Doctors 0038

13:00 RAI 0012

13:30 Tak Kot 0012

15:00 Curi Curi Cinta 0018

16:00 Debat Lebat 0008

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0006

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0004

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0005

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0006

17:30 Upin & Ipin Season 14 0019

17:40 Upin & Ipin Season 14 0020

17:50 Upin & Ipin Season 14 0021

18:00 Dendam Seorang Isteri 0071

19:00 Jejak 3 Xtra 0001

19:03 Anne 0032

20:00 B Healthy (HD) 0001

20:30 Mind Your Loghat 0008

21:00 Jejak 3: #KitaJejakKitaBantu 0001

Synopsis: Program ini merupakan sebuah program inisiatif Astro yang mengutamakan keperluan dan kebajikan masyarakat dalam memberi bantuan kepada golongan terkesan  memerlukan  bantuan tanpa mengira latar belakang. Dalam setiap episod, selebriti akan mendekati golongan yang memerlukan dan memberikan sumbangan kepada mereka.

21:30 Sri Mersing 


Tuesday, Jun 28

00:00 Misteri Jenazah 0002

00:30 Diari Fakir 0007

01:00 Komediri S2 (HD) 0010

01:30 Dream Catchers 0024

02:00 56 titles by Madness Film 0004

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0009

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0015

06:00 Projek Memikat Suami 0010

07:00 Carta 10 (HD) 0012

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0008

08:00 My Buskers 0002

09:00 Anne 0032

11:00 Dendam Seorang Isteri 0071

12:00 Nur Hikmah 

15:00 Curi Curi Cinta 0019

16:00 Debat Lebat 0009

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0007

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0007

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0008

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0009

17:30 Upin & Ipin Season 14 0022

17:40 Upin & Ipin Season 14 0023

17:50 Upin & Ipin Season 14 0024

18:00 Dendam Seorang Isteri 0072

19:00 Anne 0033

20:00 B Healthy (HD) 0002

20:30 Mind Your Loghat 0009

21:00 Perempuan Disarung Ungu 

23:00 Hit List 0007

23:30 Harta Dalam Stor S2 0012

Wednesday, Jun 29

00:00 Misteri Jenazah 0003

00:30 Diari Fakir 0008

01:00 Komediri S2 (HD) 0011

01:30 Dream Catchers 0025

02:00 56 titles by Madness Film 0005

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0010

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0016

06:00 Projek Memikat Suami 0011

07:00 Carta 10 (HD) 0013

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0009

08:00 My Buskers 0003

09:00 Anne 0033

11:00 Dendam Seorang Isteri 0072

12:00 Perempuan Disarung Ungu 

15:00 Curi Curi Cinta 0020

16:00 Debat Lebat 0010

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0008

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0010

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0011

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0012

17:30 Upin & Ipin Season 14 0025

17:40 Upin & Ipin Season 14 0026

17:50 Upin & Ipin Season 14 0027

18:00 Dendam Seorang Isteri 0073

19:00 Anne 0034

20:00 B Healthy (HD) 0003

20:30 Mind Your Loghat 0010

21:00 Ceria Popstar Xtra 0001

22:00 Berkalung Rahmah (HD) 


Thursday, Jun 30

00:00 Misteri Jenazah 0004

00:30 Diari Fakir 0009

01:00 Komediri S2 (HD) 0012

01:30 Dream Catchers 0026

02:00 Mingguan Wanita S3 0040

03:00 Raja Pantun 0006

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0011

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0011

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0017

06:00 Projek Memikat Suami 0012

07:00 Dapur Dua Pintu 0001

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0010

08:00 My Buskers 0004

09:00 Anne 0034

11:00 Dendam Seorang Isteri 0073

12:00 Terima Kasih Ibu 0012

13:00 Lesung Pipit (HD) 0005

13:30 Sketso S2 0003

15:00 Curi Curi Cinta 0021

16:00 Debat Lebat 0011

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0009

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0013

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0014

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0015

17:30 Upin & Ipin Season 14 0028

17:40 Upin & Ipin Season 14 0029

17:50 Upin & Ipin Season 14 0030

18:00 Dendam Seorang Isteri 0074

19:00 Anne 0035

20:00 B Healthy (HD) 0004

20:30 Selera Rasa Seksa 0001

21:00 The Returning 

23:00 Currhat 0007

Friday, Jul 01

00:00 Misteri Jenazah 0005

00:30 Diari Fakir 0010

01:00 Komediri S2 (HD) 0013

01:30 Impiana 0001

02:00 Mingguan Wanita S3 0041

03:00 Raja Pantun 0007

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0012

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0012

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0018

06:00 Projek Memikat Suami 0013

07:00 Dapur Dua Pintu 0002

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0011

08:00 My Buskers 0005

09:00 Perang Jantina 0008

11:00 Dendam Seorang Isteri 0074

12:00 Jejak 3: #KitaJejakKitaBantu 0001

12:30 Majlis 0002

13:00 Lesung Pipit (HD) 0006

13:30 Sketso S2 0004

15:00 Curi Curi Cinta 0022

16:00 Debat Lebat 0012

16:30 Cik Bunga Encik Sombong (HD) 0010

17:00 Pada Zaman Dahulu S5 0016

17:10 Pada Zaman Dahulu S5 0017

17:20 Pada Zaman Dahulu S5 0018

17:30 Upin & Ipin Season 14 0031

17:40 Upin & Ipin Season 14 0032

17:50 Upin & Ipin Season 14 0033

18:00 Dendam Seorang Isteri 0075

19:00 Temasya Sukan Kelaut 0008

20:00 B Healthy (HD) 0005

20:30 Selera Rasa Seksa 0002

21:00 Angin Cinta 

23:00 Mat Dan Kaki Jalan 0013

23:30 Seram Selebriti 0007


Saturday, Jul 02

00:00 Misteri Jenazah 0006

00:30 Diari Fakir 0011

01:00 Ten Ten Ten 0001

01:30 Impiana 0002

02:00 Mingguan Wanita S3 0042

03:00 Raja Pantun 0008

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0013

04:00 Sebelum Terlambat (HD) 0013

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0019

06:00 Tok Adi 0001

07:00 Dapur Dua Pintu 0003

07:30 Jejak Jepun Jihan S3 0012

08:00 Kau Rasa? 0004

08:30 Sunnah Home 0003

09:00 Pada Zaman Dahulu S5 0001

09:10 Pada Zaman Dahulu S5 0002

09:20 Pada Zaman Dahulu S5 0003

09:30 Pada Zaman Dahulu S5 0004

09:40 Pada Zaman Dahulu S5 0005

09:50 Pada Zaman Dahulu S5 0006

11:00 Keluarga Karaoke 0057

11:30 Keluarga Karaoke 0058

12:00 Dua Takdir Cinta 0065

13:00 Angkara Cinta 0001

15:00 Sri Mersing 

17:00 Upin & Ipin Season 14 0019

17:10 Upin & Ipin Season 14 0020

17:20 Upin & Ipin Season 14 0021

17:30 Upin & Ipin Season 14 0022

17:40 Upin & Ipin Season 14 0023

17:50 Upin & Ipin Season 14 0024

18:00 Cupcake Mama 

20:00 B Healthy (HD) 0006

20:30 Selera Rasa Seksa 0003

21:00 Jejak 3: #KitaJejakKitaBantu 0001

21:30 Konsert Kilauan Emas Otai (HD) 0002

23:30 Interpretasi Rabak 3 0001

Sunday, Jul 03

00:00 The Returning 

02:00 56 titles by Madness Film 0004

04:00 Cerita Dalam Kain 0001

05:00 Rumi dan Jawi (HD) 0020

06:00 Tok Adi 0002

07:00 Dapur Dua Pintu 0004

07:30 Masaklah Kau 0001

08:00 Kau Rasa? 0005

08:30 Sunnah Home 0004

09:00 Pada Zaman Dahulu S5 0007

09:10 Pada Zaman Dahulu S5 0008

09:20 Pada Zaman Dahulu S5 0009

09:30 Pada Zaman Dahulu S5 0010

09:40 Pada Zaman Dahulu S5 0011

09:50 Pada Zaman Dahulu S5 0012

11:00 Akak Akak Sangat (HD) 0013

11:30 Jaguh Kampung 3 0008

12:00 Angkara Cinta 0002

13:00 Angkara Cinta 0003

15:00 Angin Cinta 

17:00 Upin & Ipin Season 14 0025

17:10 Upin & Ipin Season 14 0026

17:20 Upin & Ipin Season 14 0027

17:30 Upin & Ipin Season 14 0028

17:40 Upin & Ipin Season 14 0029

17:50 Upin & Ipin Season 14 0030

18:00 HD GoShop Shimah - Tudung Express Adelea (SEG) 

19:00 Tanya Doktor Imelda 0007

20:00 B Healthy (HD) 0007

20:30 Selera Rasa Seksa 0004

21:00 Nama Aku Beng 

23:00 Jejak Jepun 0002