Caj Notari Awam Untuk Salinan Sijil Digital Vaksin

Monday 20 September 2021



Minggu lepas ada dapat call ada staff Syarikat XXX nak buat appointment untuk khidmat notari awam sebab dia nak hantar pekerja dia ke negara luar. Dalam senarai semak semua dokumen tu salah satunya salinan digital vaksin yang disahkan dengan notari awam. 

First time dapat request untuk notarikan salinan sijil digital vaksin ni sebab first time jugak merasa hidup di zaman pandemik kan. Bila Selangor dah menginjak ke Fasa 2 jadi kerja pun berjalan macam biasa lah. Pening jugak masa dapat call tu sebab benda baru so kita refer pada yang lebih arif. 

Bila dah usulkan kepada Managing Partner, dia bagitahu dah keluar circular pasal Notari Awam pada salinan Sijil Digital Vaksin. Memandangkan sijil digital vaksin ni sesuatu yang penting sebab melibatkan nyawa orang lain, maka prosedur pun agak ketat dan teliti. 

Sumber : Sinar Harian

Kepada individu yang datang untuk buat notari awam pada salinan sijil digital vaksin perlu tunjukkan pada lawyer bahagian Profile pada aplikasi MySejahtera. Bila lawyer dah jadi saksi bahawa Sijil Digital Vaksin tu asli dan butiran peribadi sama dengan butiran pada Kad Pengenalan, baru salinan tu akan disahkan benar menggunakan seal Notari Awam. 

Harga untuk satu pengesahan pada Sijil Digital Vaksin adalah RM100 hingga RM150. Kalau caj notari awam pada dokumen biasa dalam RM50 macam tu tapi untuk salinan sijil digital vaksin ni agak tinggi lah harganya. 

Bagi yang tak pernah tahu tentang Notari Awam, meh nak cerita sikit alang-alang dah share pasal ni.
 
Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.


Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate)

Hopefully entry ni boleh membantu kepada sesiapa yang mencari maklumat berkenaan Notari Awam. Kalau ada pertanyaan lanjut boleh drop comment dekat bawah ataupun DM I dekat my social media. Have a nice day everyone. Stay safe and take care. 

25 Filem Bollywood Genre Romantik Di Netflix

Sunday 19 September 2021


Bosan asyik buat movie review je, kali ni buat senarai movie Bollywood dengan genre romantik yang boleh ditonton di Netflix. Sebelum ni perasan jugak kalau buat entry yang ada list movie ni ramai yang jadikan rujukan. Bosan atau buntu nak tengok movie apa bila buka Netflix boleh la belek entry ni. 

I buat untuk Netflix je sebab memang ada OTT platform tu je. Untuk streaming platform lain, kalau I tahu senarai movie dekat dalam tu, I buat entry baru okay? List ni ikut rating personal so kalau tak kena dengan selera, I mintak maaf awal-awal. 

1.  I Hate Luv Storys (2010)

Director : Punit Malhotra
Writer : Punit Malhotra
Cast : Imran Khan, Sonam Kapoor, Samir Soni

Jay (Imran Khan) menyampah dengan cinta manakala Simran (Sonam Kapoor) hidup mencari cinta yang sempurna. Pertemuan mereka di set penggambaran mengubah persepsi tentang cinta bila kedua-duanya jatuh cinta. Movie ni kelakar sebab parody kepada Dharma Productions yang terkenal dengan kisah cinta saga. 

2. Tanu Weds Manu (2011)


Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal

Manoj Kumar Sharma a.k.a. Manu (R. Madhavan) baru balik dari London dan habiskan cuti dia ke merata tempat bersama keluarga dan kawan baik dia, Pappi (Deepak Dobriyal) untuk mencari calon isteri yang sesuai. Di Kanpur dia jatuh cinta pandang pertama dengan Tanuja Trivedi a.k.a. Tanu (Kangana Ranaut) dan setuju untuk berkahwin. Kemudiannya Tanu minta Manu batalkan perkahwinan tersebut sebab dia sudah ada teman lelaki. 


3. Zindagi Na Milegi Dobara (2011)

Director : Zoya Akhtar
Writer : Zoya Akhtar, Reema Kagti, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast : Hrithik Roshan, Abhay Deol, Farhan Akhtar, Katrina Kaif, Kalki Koechlin, Naseeruddin Shah

Imran (Farhan Akhtar), Kabir (Abhay Deol) dan Arjun (Hrithik Roshan) pergi bercuti ke benua Eropah selama 2 minggu dan cabar diri masing-masing untuk hilangkan rasa takut dengan join aktiviti extreme. Dalam percutian tersebut masalah peribadi, percintaan dan persahabatan mula terlerai dan mereka bertiga mula sedar apa yang penting dalam hidup. 

4. Ek Main Aur Ekk Tu (2012)


Director : Shakun Batra
Writer : Ayesha Devitre, Shakun Batra
Cast: Kareena Kapoor, Imran Khan, Ratna Pathak Shah, Boman Irani, Ram Kapoor

Hidup serba serbi sempurna mengikut definisi keluarga melelahkan Rahul Kapoor (Imran Khan) sehinggalah dia berjumpa Riana Braganza (Kareena Kapoor) yang lebih tua tapi hidup mengikut kehendak hati dia sendiri. Pertemuan pertama di pusat terapi dengan salah faham yang besar antara mereka menjadikan mereka lebih rapat dan selesa bersama. 

5. Barfi! (2012)


Director : Anurag Basu
Writer : Anurag Basu, Sanjib Dutta
Cast : Ranbir Kapoor, Priyanka Chopra, Ileana D'Cruz

Barfi seorang lelaki yang bisu dan pekak jatuh cinta dengan gadis cantik, Shruti (Ileana D' Cruz). Mampukah cinta mereka bertahan sedangkan Barfi kekurangan serba-serbi. Dalam masa yang sama Barfi perlu menjaga Jhilmil (Priyanka Chopra) yang autism dan dalam diam menyukai dia. 

6. Tere Naal Love Ho Gaya (2012)


Director : Mandeep Kumar
Writer : Abhijeet Sandhu
Cast : Ritesh Deshmukh, Genelia D'Souza, Om Puri, Tinnu Anand, Smita Jaykar, Chitrashi Rawat

Mini (Genelia D'Souza) yang menyampah dengan keputusan ayah dia supaya bertunang dengan Sunny pilih untuk larikan diri bersama Viren (Ritesh Deshmukh). Niat Viren untuk merompak semula wang hasil penat lelah dia bekerja bertukar menjadi penculikan gara-gara idea licik Mini. 

7. Gori Tere Pyaar Mein (2013)


Director : Punit Malhotra
Writer : Arshad Sayed, Punit Malhotra
Cast : Kareena Kapoor Khan, Imran Khan, Shraddha Kapoor, Nizhalgal Ravi, Sujatha Kumar, Manoj Bakshi, Neelu Kohli, Esha Gupta

Sriram Venkat (Imran Khan) dari keturunan India Selatan tapi lebih moden cara hidup dia sebab grad dalam Degree in Engineering di Amerika. Bila pulang ke India dia jatuh cinta dengan feminist cantik, Dia Sharma (Kareena Kapoor Khan) tapi mereka berpisah kerana berbeza pandangan dalam kebanyakan perkara. 

8. Hasee Toh Phasee (2014) 

Director : Vinil Mathew

Writer : Harshavardhan Kulkarni, Anurag Kashyap, Purva Naresh, Vinil Matthew

Cast : Sidharth Malhotra, Parineeti Chopra, Adah Sharma, Manoj Joshi, Sharat Saxena

Antara keserasian dan kecantikan, yang mana satu dapat bertahan dalam perhubungan? Nikhil (Sidharth Malhotra) secara tak sengaja berjumpa dengan Meeta (Parineeti Chopra) dalam majlis kahwin. Tak susah pun untuk dia jatuh suka dengan Meeta bila mereka berdua serasi bersama. Sayangnya Meeta dalam perjalanan ke Goa sebagai transit sebelum dia ambil PhD dan buat research dalam fizik di China. Nikhil kemudiannya bercinta dengan Meera (Adah Sharma) yang cantik dan kaya. 7 tahun kemudian Nikhil bertemu kembali dengan Meeta dan dia mula mempersoalkan keputusan dan pilihan hidupnya. 

9. 2 States (2014)

Director : Abhishek Varman

Writer : Abhishek Varman, Hussain Dalal

Cast : Arjun Kapoor, Alia Bhatt, Ronit Roy, Amrita Singh, Revathi, Shiv Kumar Subramaniam

Krish (Arjun Kapoor) berjumpa dengan pakar psikatri sebab rasa lemas dan serabut hingga nak bunuh diri kerana percintaan dia bersama Ananya (Alia Bhatt). Percintaan antara 2 negeri yang berbeza budaya, warna kulit dan bahasa timbulkan banyak pergaduhan antara dua buah keluarga. Diadaptasi dari kisah cinta penulis novel Cheetan Bhagat. 

10. Humpty Sharma Ki Dulhania (2014)

Director : Shashank Khaitan

Writer: Shashank Khaitan

Cast : Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sidharth Shukla

Kavya Pratap Singh (Alia Bhatt) ditunangkan dengan NRI dan permintaannya cuma satu, untuk pergi ke Delhi mencari lehenga rekaan Manish Malhotra. Di sana dia berjumpa dengan Rakesh "Humpty" Kumar Sharma (Varun Dhawan), pelajar kolej yang nakal. Movie ni adalah tribute kepada movie Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. 

11. Khoobsurat  (2014)

Director : Shashanka Ghosh

Writer : Indira Bisht, Juhi Chaturvedi

Cast : Sonam Kapoor, Fawad Khan

Mrilanini "Mili" Chakravarty seorang fisioterapi yang bekerja dengan kumpulan kriket, Kolkata Knight Riders. Dia mendapat tawaran untuk bekerja di istana tapi bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri di sana dengan perangainya yang clumsy dan bising. Lama kelamaan dia jatuh cinta dengan putera raja tapi adakah cinta dia akan diterima? 

12. Tamasha (2015)

Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Ranbir Kapoor, Deepika Padukone, Piyush Mishra, Javed Sheikh, Vivek Mushran

Percutian di Corsica menemukan Don (Ranbir Kapoor) dan Mona Darling (Deepika Padukone) dengan naratif penceritaan yang dicipta oleh Don supaya mereka berdua tak stuck dalam perjumpaan tipikal. Lagipun tak mungkin mereka berdua akan berjumpa lagi di India. Tapi takdir menemukan mereka berdua dengan karakter sebenar dalam kehidupan sebenar. 

13. Shaandaar (2015)

Director : Vikas Bahl

Writer : Anvita Dutt Guptan

Cast : Shahid Kapoor, Alia Bhatt, Pankaj Kapur, Sanah Kapoor, Vikas Verma, Niki Aneja Walia, Sushma Seth, Sanjay Kapoor, Shibani Dandekar

Keluarga Arora akan mengahwinkan anak perempuan sulung mereka, Isha Arora (Sanah Kapoor) dengan Robin Fundwani (Vikas Verma) dek kerana business deal untuk syarikat Shaandaar bersama Fundwani. Mengikut Akta Syarikat, keluarga Arora telah pun diisytiharkan bankrap dan satu-satunya jalan keluar dari status ni adalah dengan berkahwin dengan keluarga kaya. Dari perkahwinan ni, perancang perkahwinan yang kacak, JJ (Shahid Kapoor) jatuh cinta dengan Alia Arora (Alia Bhatt).

14. Dil Dhadakne Do (2015)

Director : Zoya Akhtar

Writer : Reema Kagti, Zoya Akhtar

Cast : Anil Kapoor, Shefali Shah, Priyanka Chopra, Ranveer Singh, Anushka Sharma, Farhan Akhtar, Vikrant Massey, Ridhima Sood, Rahul Bose

Keluarga Mehra adakan sambutan ulangtahun perkahwinan di atas cruise mewah supaya dapat mencari investor merangkap keluarga besan kepada anak bujang mereka. Malangnya Kabir (Ranveer Singh) jatuh cinta dengan penari bernama Farah Ali (Anushka Sharma). Ayesha (Priyanka Chopra) pula nekad untuk bercerai tambahan pula bila Farhan muncul kembali. 

15. Pyaar Ka Punchnama 2 (2015)


Director : Luv Ranjan

Writer : Rahul Mody, Tarun Jain, Luv Ranjan

Cast : Kartik Aaryan, Nushrat Bharucha, Sonnalli Seygall, Ishita Raj Sharma, Omkar Kapoor, Sunny Singh

Dengan tagline 'Love is injurious to health', 3 jejaka terfaktab hidupnya setelah bertemu 3 orang gadis cantik dengan ciri-ciri idaman yang mereka inginkan. 

16. Fitoor (2016)

Director : Abhishek Kapoor

Writer : Abhishek Kapoor, Supratik Sen

Cast : Tabu, Katrina Kaif, Aditya Roy Kapur, Aditi Rao Hydari, Ajay Devgn, Lara Dutta

Diadaptasikan dari Great Expectation karya Charles Dicken (1861) dengan berlatarbelakangkan kehidupan di Kashmir bila Noor (Mohammed Abrar Sheikh) mempunyai bakat yang besar dalam seni tapi hidup miskin bersama pakcik dan kakak dia. Pendapatan keluarga mereka bergantung kepada pakaian yang dijual dan juga kerja-kerja bertukang di rumah Begum Hazrat (Tabu). Di rumah Begum, Noor jatuh cinta dengan Firdaus (Katrina Kaif) sejak kecil. 

17. Bareilly Ki Barfi (2017)

Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nitesh Tiwari, Shreyas Jain

Cast : Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkumar Rao, Pankaj Tripathi

Bitti Mishra (Kriti Sanon) jatuh cinta dengan cerita yang dikarang oleh Pritam Vidrohi (Rajkumar Rao) namun penulis sebenar adalah Chirag Dubey (Ayushmann Khurrana) yang baru sahaja putus cinta. Dari persahabatan mereka bertiga mula wujudnya cinta tiga segi. 

18. Jab Harry Met Sejal (2017)


Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Anushka Sharma, Shah Rukh Khan

Harinder "Harry" Singh Nehra (Shah Rukh Khan) bekerja sebagai tourist guide di Amsterdam dan hidup membujang kerana menyampah dengan komitmen. Bila bertemu dengan Sejal Zaveri (Anushka Sharma) yang kehilangan cincin pertunangannya, Harry jatuh cinta tapi pendamkan saja perasaan dia kerana respect dengan relationship Sejal. 

19. Luka Chuppi (2018)


Director : Laxman Utekar

Writer : Rohan Shankar

Cast : Kartik Aaryan, Kriti Sanon

Di bandar kecil Mathura, parti politik berkempen supaya ban live-in relationship untuk mengekalkan kesucian perkahwinan. Tapi naak perempuan kepada ketua parti politik tersebut jatuh cinta dan cuba untuk tinggal bersama kekasihnya sebelum mereka berkahwin. Rashmi nak pastikan Guddu sesuai dengan lifestyle dia bukan sahaja bergantung semata dengan cinta. 

20. Love Per Square Foot (2018)

Director : Anand Tiwari

Writer : Anand Tiwari, Sumeet Vyas

Cast : Vicky Kaushal, Angira Dhar, Alankrita Sahai, Ratna Pathak Shah

Sanjay Chaturvedi (Vicky Kaushal) rimas bila hidup di rumah flat kerajaan yang kecil dan sempit. Sama juga dengan kehidupan Karina D’Souza (Angira Dhar) yang hidup di rumah pak cik dia dan setiap kali jiran tingkat atas hentak kaki atau melompat, rumah mereka akan berdebu. Sanjay dan Karina cuba apply rumah bersama melalui skim perumahan untuk pasangan yang baru berkahwin. 

21. Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019)

Director : Shelly Chopra Dhar

Writer : Gazal Dhaliwal, Shelly Chopra Dhar

Cast : Anil Kapoor, Sonam K Ahuja, Rajkummar Rao, Juhi Chawla

Mengisahkan tentang Sweety Chaudhary (Sonam Kapoor) yang jatuh cinta dengan Kuhu (Regina Cassandra) bila berjumpa pertama kali di wedding saudara dia. Kuhu asalnya nak jodohkan Sweety dengan abang dia tapi rupanya Sweety suka perempuan macam dia jugak. Diorang mula berjumpa secara diam-diam di Delhi tanpa pengetahuan keluarga.

22. Motichoor Chaknachoor (2019)

Director : Debamitra Biswal

Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh

Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni Parihar

Anita aka Annie Awasthi (Athiya Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran. Kebetulan anak jiran dia yang baru pulang dari Dubai mencari calon isteri tapi usianya jauh lebih tua dari Annie. 

23. Kabir Singh (2019)

Director : Sandeep Reddy Vanga

Writer : Sandeep ReddyVanga

Cast : Shahid Kapoor, Soham Majumdar, Kiara Advani, Arjan Bajwa

Kabir Rajhdeer Singh (Shahid Kapoor) top student di medical college Delhi dan top student ke-27 di India tapi ada masalah dengan anger management. Kabir jatuh cinta dengan Preeti yang cantik tapi pendiam. Gara-gara perangai panas baran dia, Preeti dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

24. Malang (2020)

Director : Mohit Suri

Writer : Aseem Arrora

Cast : Aditya Roy Kapur, Disha Patani, Anil Kapoor, Kunal Khemu, Ellie Avram

Mengisahkan Advait Thakur (Aditya Roy Kapur) yang menunggu selama 5 tahun untuk keluar dari penjara dan balas dendam atas insiden pembunuhan Sara (Disha Patani) yang disengajakan oleh sekumpulan pihak polis di Goa untuk tutup kesilapan mereka. Sara dan Advait dicucuk dengan heroin berdos tinggi. Sementara Advait dipenjarakan, Sara pula dicampak dari jambatan ke dalam laut supaya tiada siapa tahu apa yang berlaku pada malam Hari Krismas di Goa.

25. Haseen Dillruba (2021)

Director : Vinil Mathew

Writer : Kanika Dhillon

Cast : Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Harshvardhan Rane, Aditya Srivastava

Kehidupan perkahwinan Rishu (Vikrant Massey) dan Rani (Taapsee Pannu) bertukar kelam selepas kehadiran Neel (Harshvardhan Rane). Kerana malu dikutuk oleh si isteri tentang kisah ranjang, Rishu ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Pada masa tu Neel datang menghiburkan hati Rani yang kesunyian.

Movie Review | Laundry Show (2019)

 

Pengarah : Rizki Balki

Penulis Skrip : Upi Avianto, Uki Lukas

Pelakon :   Boy William, Gisella Anastasia, Tissa Biani Azzahra, Erick Estrada, Gabriella Desta, Mamat Alkatiri, Mbok Tun, Marshel Widianto, Indra Jegel, Fajar Nugra, David Saragih

Syarikat Produksi : MVP Pictures, Multivision Plus (MPV)

Pengedar : MVP Pictures, Netflix

Genre : Komedi / Romantik

Durasi Tayangan : 97 minit

Tarikh Tayangan : 7 Februari 2019

Trailer :


Diadaptasikan dari novel The Laundry Show karya penulisan Uki Lukas, movie ni mengisahkan tentang Uki yang mesra dipanggil Kokoh (Boy William) menyampah dengan kehidupannya yang bekerja makan gaji. Dek kerana motivasi yang dia selalu tonton di televisyen, dia tekad untuk berhenti kerja untuk membuka kedai cuci baju dengan menggunakan ilmu dan skill yang dipelajari oleh ibunya. 

Nak buka bisness bukanlah sesuatu yang sukar tapi nak maintain perniagaan dengan kepuasa pelanggan tu yang susah sebenarnya. Tak pasti kenapa Uki tak menitikberatkan skills pekerja sehinggakan perniagaan terjejas dek kerana perangai para pekerja yang banyak kerenah. Baru lah dia faham kenapa boss syarikat lama dia mudah stress. 

Dalam movie ni watak dengan perangai atau personality selekeh diambil untuk mewujudkan rasa komedi seperti Mbok Ani (Mbok Tun) yang rabun teruk sehingga tak dapat bezakan kemeja dengan celana. Sama juga dengan Ujang (Fajar Nugra) yang sentiasa masuk kerja lambat dan beri pelbagai jenis alasan walaupun tidak masuk akal kepada Uki. Bukan watak Uki sahaja yang sakit hati tapi kita jadi geram sekali dengan perangai Tiur (Tissa Biani Azzahra) yang culas buat kerja. 

Belum habis memikirkan masalah pekerja, timbul lagi satu masalah bila ada kedai laundry baru dibuka di barisan lot hadapan. Habis semua pelanggan tertarik ke sana disebabkan kedai laundry yang lebih cantik, mesin yang moden, bau wangian yang lebih harum serta pekerja yang lebih cantik fizikalnya berbanding kedai laundry milik Uki. Terkejut bukan kepalang bila pemilik kedai laundry baru tersebut ialah gadis yang sama dia jumpa di pasaraya tempoh hari. 

Uki sakit hati dengan Agustina (Gisella Anastasia) kerana pada dia perempuan tersebut sengaja datang untuk bunuh perniagaan dia. Banyak lagi tempat lain yang kosong dan tiada kedai laundry tapi kenapa perlu buka di hadapan kedai Uki? Agustina pula tetap dengan keputusan dia untuk buka di situ. Kalau Uki yakin dengan business dia, tak perlu lah melatah bila ada pesaing. 

Sejak Agustina buka kedai di situ dah boleh nampak lah plot akan terarah pada persaingan antara dua kedai yang menawarkan khidmat yang sama. Dari awal movie lagi dah boleh nampak yang perusahaan Uki akan kalah sebab kelemahan terbesar adalah pada pekerja dia. Olahan Rizki Balki membuatkan movie The Laundry Show yang bertemakan start-up dan usahawan muda ni tampak cliché dan hambar.

 

Tak banyak pun babak romantik antara Agustina dan Uki kecuali di hujung cerita itupun dirasakan hambar tanpa chemistry antara mereka berdua. Watak Agustina tak dikembangkan dengan baik dan pengarah tak cuba letak backstory supaya penonton rasa kasihan dan connected dengan struggle dia sebagai anak keluarga kaya tapi dipandang rendah baik oleh keluarga sendiri mahupun orang luar.  

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh watak Uki mengenai kaedah mencuci kotoran degil tapi tips tu tak banyak dan cuma dikongsikan melalui teori sahaja bukan dipraktikkan di kedai dobi dia kecuali pada babak mereka membantu Agustina ketika diuji oleh ayah dia. Menarik kalau Agustina bertukar ilmu perniagaan kepada Uki sebab dia lahir dalam keluarga yang sudah kenal selok-belok dunia bisnes. Agustina buka kedai dobi pun untuk buktikan kepada keluarga yang dia boleh cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga. 

Walaupun sinematografi dari Ahsan Andrian nampak menarik dengan beberapa props yang tampak moden dan sesuai dengan latar cerita ni tapi skrip, naratif dan alur cerita tersangat lemah sehinggakan 97 minit terasa tersia. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review | Soekarno (2013)

Saturday 18 September 2021

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ben Sihombing

Pelakon : Ario Bayu, Lukman Sardi, Maudy Koesnaedi, Matias Muchus, Sujiwo Tejo, Tika Bravani, Ferry Salim, Emir Mahira, Agus Kuncoro

Syarikat Produksi : Dapur Film, MVP Pictures

Pengedar : MVP Pictures

Genre : Biografi

Durasi Tayangan : 137 minit

Tarikh Tayangan : 11 December 2013

Trailer :


Masa Hari Kemerdekaan Indonesia yang lepas, Netflix suggest movie Soekarno so tanpa berfikir, tekan je play. Lepas 2 minggu tengok secara merangkak baru berjaya habiskan dengan perasaan yang hambar. Mungkin menyampah dengan cara olahan pengarah Hanung Bramantyo persembahkan watak Bung Soekarno (Ario Bayu). Atau mungkin juga menyampah dengan karakter sebenar beliau. 

Movie Soekarno yang diterbitkan oleh Dapur Film dan MVP Pictures memaparkan kehidupan Presiden Indonesia yang pertama sejak dari zaman kecil persekolahan sehingga lah negara Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 selepas pengunduran tentera Jepun gara-gara pengguguran bom atom di Hiroshima. 

2 jam 17 minit memang terasa panjang untuk menyelami sisi kehidupan peribadi Soekarno yang mana tiada lah dipaparkan dengan baik semangat patriotismanya. Mungkin juga pada pandangan sesetengah pihak yang merasakan durasi ini terlampau singkat untuk dipaparkan dalam sebuah movie. Tak ada masalah dengan lakonan Ario Bayu yang mirip dengan fizikal Bung Soekarno baik dari tona suara mahupun bahasa badan. 

Malangnya watak Soekarno seperti opportunist yang mengambil kesempatan atas ideologi Bung Hatta (Lukman Sardi) ataupun Sjahrir (Tanta Ginting) yang lebih agresif dan realist dalam menentang tentera Jepun. Dalam perdebatan mereka bertiga tentang kemerdekaan Indonesia, watak Soekarno tenggelam dan lebih banyak berdiam. 

Dalam movie Soekarno cuma ada dua kemunculan watak isteri-isteri dia yang diambil iaitu isteri kedua, Inggit Garnasih (Maudy Kusnaedi) dan isteri ketiganya, Fatmawati (Tika Bravani). Dari gaya Soekarno flirt dengan Fatmawati pun nampak perangai mata keranjang dia. Agak menggelikan bila perbuatan grooming dipersonakan sebagai cinta sejati walhal cuma mahukan anak lelaki. Lupa terus tanggungjawab dia pada anak-anak bersama Inggit. Masa tengok movie ni memang tak tahu-menahu langsung tentang Soekarno mempunyai 9 orang isteri tapi jadi kekecewaan ni datang sepenuhnya dari apa yang dipaparkan dalam movie.  

Kalau dekat sekolah Soekarno tertawan dengan Fatmawati dek kerana semangat juang dan intelektual dia, kenapa pengarah tak perbanyakkan lagi dialog patriotism atau ideologi dari Fatmawati dalam membantu Soekarno buat keputusan-keputusan penting? 

Mungkin pada zaman tu perbuatan grooming tak ada salahnya tapi boleh saja kalau penulis Ben Sihombing dan pengarah buang episod ni. Lebih baik fokus kepada kisah perjuangan dia bersama Hatta dan Sjahrir ataupun banyakkan lagi perbualan dia bersama rakyat kebanyakan ataupun dengan pihak agamawan yang banyak memberontak sehingga kiai terbunuh dan juga di dewan rakyat semasa membincangkan prinsip negara. 

'Seorang pemimpin itu harus bisa menggenggam hati rakyat. Rakyat, Kusno, sama misteriusnya dengan alam. Tetapi bila kau sanggup memikat hatinya, mereka pasti akan mengikutimu.'

Macam mana Soekarno boleh menentang idea Sjahrir supaya segerakan proklamasi gara-gara mengelakkan pertumpahan darah sedangkan pembunuhan dan penindasan berlaku secara kejam di hadapan mata dia tapi cuma diabaikan. Siapa patut dipersalahkan? Soekarno ataupun pengarah? Apa tujuannya wujudkan movie yang boleh mencetuskan banyak sisi buruk kepada figura yang berjuang untuk kemerdekaan? 

Ada beberapa momen yang terlihat terburu-buru untuk dihabiskan seperti Jepun terus bagi kemerdekaan sepenuhnya kepada Indonesia bukan sahaja Jakarta seperti perbincangan asal. Soekarno dan Hatta pula tidak mempertikaikan langsung sebaliknya gembira dengan kejayaan mereka. Boleh kata movie ni lemah pada screenplay dan juga emosi. 

Masa movie Soekarno ditayangkan pun ada banyak pihak yang protes malah keluarga Soekarno sendiri membantah dan saman Hanung Bramantyo. Sinematografi dari Faozan Rizal memaparkan visual dengan baik ditambah wardrobe dan props yang diberikan perhatian untuk menghidupkan era sebelum kemerdekaan. Musik latar dari Rossa berjudul Indonesia Pusaka menyimpulkan naskhah Soekarno dengan baik. Movie Soekarno adalah filem Indonesia yang dihantar ke Anugerah Oscar ke-87 namun tidak tercalon. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

Movie Review | Bell Bottom

Director : Ranjit M Tewari

Writer : Aseem Arrora, Parveez Shaikh

Cast : Akshay Kumar, Lara Dutta, Vaani Kapoor, Adil Hussain, Huma Qureshi, Denzil Smith, Dolly Ahluwalia, Kavi Raj, Zain Khan Durrani

Production Company : Pooja Entertainment, Emmay Entertainment

Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 123 minutes

Release Date : 19 August 2021

Trailer :


Diinspirasikan dari kes hijack yang berlaku pada 24 Ogos 1984 bila pesawat IC 691, Indian Airlines dengan 210 orang penumpang termasuk juruterbang dan pramugari dijadikan tebusan untuk 4 orang pengganas dari kumpulan Azaadi supaya Perdana Menteri Indira Gandhi (Lara Dutta) bebaskan 7 orang yang telah ditahan di penjara negara India. 

Founder RAW, R.N Kao (Denzil Smith) dan Ketua RAW, Santook (Adil Hussain) propose supaya Perdana Menteri berhenti ikut kehendak Presiden Ke-6 Pakistan, Muhammad Zia-ul-Haq (Kavi Raj) setelah 4 kali hijack berlaku semasa pemerintahannya. Ini cuma taktik kotor negara Pakistan menerusi Operasi Topaz untuk tawan beberapa kawasan di negara India. 

Ejen RAW under-cover, Anshul Malhotra (Akshay Kumar) dengan nama kod Bell Bottom ditugaskan untuk mengetuai Operasi Mirage bila kapal terbang tersebut mendarat di lapangan terbang Dubai. Perdana Menteri Indira Gandhi beri masa kepada team Bell Bottom selama 7 jam sebelum matahari terbenam sebelum misi tersebut ditamatkan dan akur dengan kehendak kumpulan Azaadi. 

Jalan cerita Bell Bottom memang dah boleh dijangka alur penceritaannya dengan kehadiran pelakon utama Akshay Kumar dan tagline ‘One man can change the destiny’. Trailer nampak menarik tapi full movie sepanjang 123 minit terasa longgarnya penceritaan dan draggy dengan beberapa filmy dialog mengenai RAW. 

Boleh nampak Akshay Kumar dah tak bertenaga seperti movie-movie sebelumnya walaupun di dalam avatar seorang ejen RAW yang berusia 32 tahun. Nasib baik team production bijak dengan tak meletakkan naskhah yang bertemakan terrorism ni sebagai genre aksi memandangkan tak banyak action stunt dan watak Anshu lebih kepada kekuatan mental sebagai pemain catur yang handal beserta ingatan yang tajam. 

Lebih menarik kalau watak antagonis Doddy (Zain Khan Durrani) licik atau mengerikan supaya wujudnya beberapa scene intense antara dia dan Anshu. Malangnya pengarah Ranjit M Tewari berikan tumpuan lebih kepada babak melodrama bila Anshu terikat dengan hal peribadi. 

Screentime Vaani Kapoor sebagai isteri Anshu agak terhad dan cuma menjadi penyeri pada first half. Tak faham kenapa perlunya ada romantic angle dalam movie ni sedangkan watak Radhika tak diberikan ruang untuk menyerlah pun. Watak dia cuma buka pintu dan prepare makanan untuk Anshu. I mean, come onnnnn, Vaani ada potential kot! By the way Vaani nampak sesuai dengan Akshay Kumar sebab sama tinggi dan muka yang agak matang. 

Second half movie Bell Bottom banyak bergantung pada VFX dan kelihatan lemah seperti biasa terutamanya pada babak ribut pasir. Dah lah babak tu panjang lepastu tak nampak real, memang hilang mood nak layan so tunggu je lah bila nak habis. Wardrobe Bell Bottom memang diberi perhatian supaya menghidupkan suasana 80-an dan signature pada zaman tu bell bottom pants. Makeup team did a great job bila berjaya transform Lara Dutta seiras seperti Indira Ghandi yang sebenar. 

Personally music album dari barisan komposer termasuklah Amaal Malik tak mampu menarik perhatian dek kerana lagu yang biasa sahaja. Lagu Sakhiyan 2.0 adalah remake kepada lagu Punjabi, Sakhiyan (2018) tapi tak dimasukkan dalam movie dan cuma digunakan sebagai material promo sahaja. Music score menaikkan mood sesuai dengan situasi dalam babak yang dipaparkan baik pada first half yang sarat dengan melodrama mahupun pada second half. 


Walaupun kes hijack yang berlaku pada tahun 1984 ni telah mengeratkan lagi hubungan diplomatik India dan Dubai namun malangnya movie Bell Bottom kena ban ekoran kerana negara UAE dakwa Menteri Pertahanan, Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada ketika itu yang menangkap kesemua pengganas dan menyelamatkan kesemua penumpang. 

Movie Bell Bottom terbitan Pooja Entertainment dan Emmay Entertainment adalah movie yang ditayangkan di pawagam setelah beberapa bulan perintah berkurung dilaksanakan di India. Movie ni cuma dapat raih Rs49 crore setelah sebulan ditayangkan. Hilang rekod Akshay Kumar yang selalu dapat masuk Rs100 crore club. No wonder lah cepat sangat ditayangkan dekat OTT platform, Amazon Prime Video. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10