Movie Review | Ma (2019)

Friday 17 September 2021

Director : Tate Taylor

Writer : Scotty Landes

Cast : Octavia Spencer, Juliette Lewis, Diana Silvers, McKaley Miller, Corey Fogelmanis, Luke Evans, Missi Pyle, Tanyell Waivers, Allison Janney

Production Company : Blumhouse Productions, Wyolah Films

Distributor : Universal Pictures, Netflix 

Genre : Psychological / Horror

Running Time : 99 minutes

Release Date : 31 May 2019 (United States)

Trailer :


Diinspirasikan dari kisah sebenar, movie Ma mengisahkan tentang Maggie Thompson (Diana Silvers) yang pindah ke Ohio bersama ibunya, Erica Thompson (Juliette Lewis). Kawasan tersebut adalah hometown Erica dan disebabkan masalah kewangan selepas bercerai, dia pulang ke rumah lama dan berharap supaya anak perempuan tunggal dia dapat berkawan dan teruskan hidup secara normal. 

Tak susah pun untuk Maggie dapat kawan dekat sekolah tu bila dia mencuri tumpuan beberapa mata terutamanya Halley (McKaley Miller) dan juga Andy Hawkins (Corey Fogelmanis). Halley jemput Maggie untuk join party tapi disebabkan last minute cancel, Halley plan untuk lepak minum arak dan hisap weed di kawasan kuari terbiar. 

Disebabkan masih lagi bawah umur jadi Halley, Andy, Chaz (Gianni Paolo) dan Darrell (Dante Brown) buat keputusan untuk minta bantuan dengan stranger. Kebetulan Sue Ann (Octavia Spencer) besar hati nak bantu sebab teringat port diorang nak lepak tu adalah port dia lepak masa zaman remaja dulu. Makin lama Sue Ann makin cuba dekatkan diri dengan mereka berlima dan offer basement dia sebagai port untuk lepak dan berparti. 

Maggie dah mula rasa lain dan pelik dengan perangai Sue Ann atau lebih mesra dipanggil Ma. Mereka boleh guna ruang basement untuk apa sahaja yang mereka nak tapi jangan sesekali pergi ke tingkat atas. Tapi Haley dan Maggie tak sangka amaran tersebut bukan sekadar amaran biasa sampai mereka dapat tahu sesuatu yang menakutkan. Bila mereka cuba untuk menjauh Ma pula mengugut supaya datang ke rumah dia. 

Pace movie Ma agak perlahan walaupun layan dengan speed 1.5x dan bertambah lemau bila penceritaan pada first half lebih terarah untuk build up characters. Bila tengok scene Sue Ann stalk Facebook mereka berlima tanpa kenal siapa nama mereka pun dah agak yang watak antagonis ni nak selesaikan dendam lama. Hutang malu dibayar dengan kemaluan. Eh?

Walaupun director ada bagi hint supaya penonton nampak dan dapat hidu ada sesuatu yang tak kena, lemau juga bila kena tunggu dekat second half baru nampak keganasan Ma atau elemen horror wujud dalam naskhah yang bertemakan psikologi ni. Ada beberapa unnecessary scenes macam scene Andy dengan Maggie keluar dating padahal boleh je sembang isu tu masa diorang berlima lepak sekali sebab yang lain pun kawan dia jugak kan? Kenapa nak selamatkan Andy je kalau boleh selamatkan semua? Lagipun Halley yang perasan Ma tu dah buat sesuatu beserta dengan bukti. Sama juga dengan scene Sue Ann geram bila marah dengan boss dia (Allison Janney). Kalau watak boss dia antara punca trauma dia tak pernah hilang mungkin lagi menarik. 

Memandangkan plot dia pun boleh dijangka pergerakannya, bila pengarah Tate Taylor dedahkan apa yang menyebabkan Sue Ann bertindak sedemikian tu nampak macam hambar. Mungkin sebab remaja zaman sekarang lagi teruk dibuli? Atau zaman sekarang lagi senang tersebar perkara yang memalukan berbanding zaman 90-an dulu yang cuma bergantung pada gossip. 

Bukan lah merendahkan trauma watak Sue Ann tapi untuk memaparkan naskhah yang mampu tarik minat penonton tu, cerita dia pun kena kuat dan kemas juga. Movie ni memang bergantung semata dengan nama dan lakonan Octavia Spencer yang pernah memenangi anugerah Oscar sahaja. Faktor lain tak diambil pusing dan elemen genre yang diketengahkan pun tak terasa impaknya. Sayang lah sebab movie ni adalah solo lead pertama Octavia dengan watak dan genre yang berbeza dari movie-movie lakonan dia sebelum ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Love, Supermoon (2015)

Thursday 16 September 2021

Pengarah :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Penulis Skrip :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pelakon : Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin, Razak Hamdan, Diana Johor

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar : Primeworks Studios, Netflix, MUBI

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015

Trailer :


Excited bila nampak Netflix masukkan movie Love Supermoon karya pengarah penulis Wan Hasliza Wan Zainuddin yang berkisarkan takdir pertemuan antara Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa). Pertemuan pertama mereka berdua semasa temankan Nina (Rita Rudaini) dan Sulayman (Zain Hamid) dating dekat kelas lepas habis sesi persekolahan.

Bosan menunggu Razak tanya Triz kalau dia sudi jadi adik angkat supaya tak lah nampak seperti tak laku sangat. Boleh brag dengan pelajar lain sebab Razak si playboy pernah pelawa jadi adik angkat. Triz yang menyampah dengan perangai Razak selalu bergosip dengan Nina tentang perkembangan Razak sejak sekolah sehingga lah mereka graduate dan bekerja. 

Sama juga dengan Razak dan Sulayman yang selalu bercerita tentang Triz setiap kali berjumpa memandangkan Nina dan Sulayman bercinta hingga ke jinjang pelamin. Lepas grad, Triz bekerja dengan syarikat automobile dan bercinta dengan pelajar Master UK, Fakrul (Zain Saidin). Dalam masa yang sama Triz kenenkan Tiha (Anne Ngasri), rakan serumahnya dengan Ayah Cu (Razak Hamdan).

Lepas patah hati dengan Fakrul, Triz terima cinta dari Azman (Azhar Sulaiman) yang poyo dan kaki kikis. Habis harta Triz dikerjakannya. Puas Tiha dan Nina nasihatkan Triz supaya tinggalkan Azman tapi dia tetap stay dengan toxic relationship sebab takut jadi andartu. Sementara Razak pula masih lagi dengan playboy walaupun dah berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri, Nora (Diana Johor) si pramugari cantik.

Sebelum ni dah pernah tengok movie Love, Supermoon sebab minat dengan Nadiya Nissa lepas tengok movie Cun (2011). Nasib baik lah genre movie romantik komedi ni ringan dan santai je jadi tak lah nampak sangat kelemahan lakonan Farid Kamil walaupun dia watak utama. Lagipun kebanyakan screentime dia dikongsi dengan watak lain terutamanya watak Sulayman dengan karakter dia yang kelakar. Padan sangat lah dia berkahwin dengan Nina tu, sama naik je bila bergosip. Dalam movie ni ada kemunculan Airit Rayyan Rizqin, anak sulung Rita Rudaini sebagai Daud. 

Pace movie ni laju dengan latar masa yang panjang tapi tak banyak lah prop yang berubah mengikut peredaran masa tu. Ada la beberapa props yang pengarah mention supaya nampak cerita ni ada peralihan. Sembang pasal props, sedih tengok props dalam rumah Razak sebab kosong sangat. Ketara betul team production sewa khas untuk shoot scene Razak je. 

Dialog dalam filem ni agak straight forward yang berkait dengan dunia rumah tangga macam gossip Nina tentang Razak yang stay dengan perkahwinan bersama Nora sebab dia cantik dan power. Rasanya movie terbitan Grand Brilliance ni untuk penonton dewasa. Bagus sebab realistik dan tahu target audience dia siapa since pengarah dah buat homework selama 2 tahun sebelum terbitkan movie Love Supermoon ni. Keunikan kisah cinta Razak dan Triz ni bila mereka terima each other lepas dah berjumpa dengan orang lain. Banyak kali takdir pertemukan tapi diorang tetap in denial sampai lah satu tahap diorang sedar. Perjalanan tu yang syok nak tengok. Sesuai lah dengan tagline movie ni - 'Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?'

Kekuatan naskhah romantik komedi ni pada barisan pelakonnya yang pandai menggunakan facial expression terutamanya Nadiya Nisaa, Rita Rudaini dan Anne Ngasri dalam beberapa babak membawang. Kita pun jadi syok nak layan gossip diorang bertiga sebab semangat betul bercerita. Dah la Rita tu bekas pelakon franchise Mami Jarum. Sebulan je diorang shooting movie yang menggunakan bandaraya Kuala Lumpur sebagai latar tempat utama sebab ketiga-tiga mereka mudah mesra dekat set. Sebab tu jugak la kot friendship diorang bertiga dalam movie ni nampak real. 

Walaupun movie ni menarik dan menghiburkan tapi jumlah kutipan masa tu tak balik modal sebab kos pembikinan dalam RM1 juta. Mungkin juga sebab terpaksa bersaing dengan Polis Evo (2015). Sayang lah sepatutnya penerbit cari waktu yang sesuai untuk tayang supaya tak clash dengan movie besar yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Nana Tanjung 2 (2007)

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Azad Jasmin, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah, Azean Irdawaty

Syarikat Produksi : NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar : Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2007

Trailer : N/A

Sekuel kepada movie Nana Tanjung (2006) terbitan Grand Brilliance kali ni menceritakan kesinambungan kisah cinta kesemua watak utama. Memandangkan Mami Jay (Azean Irdawaty) jenis bawa mulut canang yang bukan-bukan pasal Nana Tanjung (Piee) sekeluarga, terpaksa lah dia keluarkan amaran supaya Khairunnisa (Fasha Sandha) dan Balqis (Waheeda) tak boleh keluar berdating dengan Akbar Khan (Saiful Apek) dan Zul (Jehan Miskin) selagi mereka belum sah berkahwin. 

Amaran larangan tu juga digunapakai untuk Nana dan tunangnya, Mami Mumtaz (Sheila Mambo). Tak cukup dengan larangan tersebut, Akbar dengan Zul diminta untuk sediakan duit hantaran sebanyak RM50,000 kalau betul serius dengan anak-anak perempuan dia. Nana cuma nak test ja depa dua ni boleh ka tak boleh tahan sebelum betul-betul masuk ke dalam keluarga Nana. 

Anak bongsu, Siti Hajar (Ainul Aishah) pula masuk ke alam baru bila dia melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Walaupun scene dia tak sebanyak watak yang lain tapi dia ada plot tersendiri bila berjumpa dengan penyanyi kelab malam, Izad (Azad Jasmin) yang bersuara merdu. Tertarik dengan Siti Hajar, Izad mula cari nombor telefon untuk berkenalan. 

Memandangkan Akbar Khan dilarang untuk berjumpa dengan Khairunnisa maka dia pun bukan lagi pembantu peribadi Nana. Kusut dengan wang hantaran, staff dia tambah lagi dengan berita buruk bila ramai pelanggan agensi cari jodoh dia dah ramai yang lari. Pelik jugak lah dengan watak Akbar ni sebab dia ada syarikat tapi tak buat kerja pun. Macam mana dia boleh tinggalkan terus sampaikan gaji staff dah 3 bulan tak bayar? 

Nasib baik lah movie komedi maka dialog tak ada gaji sampai 3 bulan tu dianggap ringan atau kelakar walhal hakikatnya sesuatu yang serius. Kalau jadi staff syarikat Akbar Khan tu dah resign dah bila sebulan tak dapat gaji. Boss pun malas buat kerja, kita pulak dok kusut kena fikir macam mana nak cari pelanggan lepastu pujuk yang mana dah lari tu. Sama la dengan Zul yang suka keluar ikut plan Akbar supaya dapat berjumpa dengan marka masing-masing. 

Rasanya perangai Nana suka dok katok kepala orang tu jadi isu lepas Nana Tanjung 1 ditayangkan sebab ada dialog Khairunnisa tegur pasal ayah dia suka dok main tolak kepala padahal perbuatan tu tak baik. Babak Akbariah Masaud dengan Zulkarniah Masaud agak draggy lah sebab muka diorang mudah sangat nak cam walaupun makeup tebal. Takkan lah Nana tak perasan langsung diorang menyamar especially babak makan beriani udang tu. Sengaja pengarah buat watak Akbar terlupa buang shade lah, terlupa bukak apron lah. 

Sekuel Nana Tanjung ni agak draggy jalan cerita dan lawak yang try hard. Jalan cerita pun tak realistik tapi disebabkan genre komedi drama so boleh lah kalau nak layan secara santai. Watak Mami Jay sebagai mami jarum menjadi dan menghiburkan setiap kali muncul dengan gossip liar yang sengaja direka untuk porak-perandakan keluarga Nana Tanjung. Geram agaknya cinta kena tolak, melepas can dia nak menikah dengan orang kaya Penang. 

Ending Nana Tanjung 2 ni pun macam tiba-tiba je habis. Tak tergantung pun tapi ditamatkan tanpa proper ending. Ingatkan ada installment ketiga dalam franchise arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni tapi tak ada pun dalam senarai filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance. Apa punya turr!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Movie Review | Nana Tanjung (2006)

 

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Maidin Ibrahim, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah

Syarikat Produksi :  NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2006

Trailer :


Masa kecik dulu memang selalu layan franchise Nana Tanjung ni. Tak cukup dengan vcd, TV3 pun rajin dok ulang tayang. Filem komedi drama arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni mengisahkan tentang Nana Tanjung (Piee) yang mencari jodoh untuk anak-anak perempuannya terutama Khairunnisa (Fasha Sandha) si sulung dari 3 beradik. 

Sejak isterinya meninggal, Nana lah yang menjaga kesemua anaknya tanpa gagal sampaikan paranoid bila dia sentiasa mengintip pergerakan anak-anaknya dari siang hingga ke malam. Nak tengok wayang pun kena tengok dengan ayah sendiri. Tak fun langsung hidup diorang. Khairunnisa balik lewat malam sebab OT pun kena katok kepala. 

Dalam diam sebenarnya Khairunnisa bercinta dengan Akbar Khan (Saiful apek), pakar mencari jodoh di Pulau Pinang. Untuk mengelakkan daripada dikahwinkan dengan calon menantu pilihan yang dicadangkan oleh pak cik Maidin (Maidin Ibrahim), Akbar buat plan untuk ambil hati Nana. 

Plan dia berjaya seperti yang dirancang kemudiannya Nana ambil dia bekerja sebagai pembantu peribadi. Makin senang lah dia nak buang calon yang datang dan dating dengan Baby Girl dia. Balqis (Waheeda), anak kedua pun apa kurangnya bila bercinta dengan Zul (Jehan Miskin) yang bekerja sebagai coach di padang golf. 

Mengekek jugak lah bila tengok balik movie Nana Tanjung ni sebab Saiful Apek dengan Piee kelakar dengan watak masing-masing. Boleh jadi Apek improvise watak diorang sebab Apek ada buat beberapa tagline dan signature trademark dia dalam movie berdurasi selama 96 minit ni. 

Para pelakon pun tak ada masalah untuk bercakap dalam loghat utagha walaupun some of them bukan berasal dari sana pun terutamanya Saiful Apek yang berasal dari Gombak. Mungkin diorang dah practice dan prep roles before shooting supaya nampak real dengan avatar masing-masing. Dinamik duo Apek dan Piee pun nampak sentiasa high energy dengan lawak masing-masing. 

Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen pun banyak kali buat cameo dalam movie ni bila dia muncul sebagai watak coach silat untuk Siti Hajar (Ainul Aishah), anak bongsu Nana ataupun watak ahli kelab padang golf tempat Zul bekerja. Movie Nana Tanjung ni adalah debut platform untuk Ainul Aishah tapi dia langsung tak nampak kekok walaupun bekerja dengan barisan pelakon senior. 

Dari awal lagi pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen dah ketengahkan budaya orang Penang yang famous dengan joget boria tambah pula watak Nana Tanjung memang jurulatih kepada team boria di kawasan tersebut. Team wardrobe pun bagi perhatian penuh kepada wardrobe semua pelakon terutamanya pelakon wanita. Watak Mami Mumtaz (Sheila Mambo) pun sarat dengan aksesori terutamanya cucuk sanggul emas dekat rambut. 

Kebanyakan babak dalam movie Nana Tanjung ni di office Akbar Khan ataupun di kawasan rumah Nana je sebab anak-anak perempuan dia kena kurung jadi tak banyak lah lokasi famous Penang dipaparkan dalam movie ni. Masa lagu romantik Akbar, Khairunnisa, alqis dengan Zul pun diorang shoot dekat cruise dengan taman rekreasi biasa je. Lagu dia not bad lah sebab lirik sesuai dengan penceritaan dan mood kelakar. 

Movie Nana Tanjung ni bertemakan kekeluargaan jadi dialog dia memang banyak terarah pada mesej sosial tentang keluarga lah. Ada juga dialog dari Akbar Khan sembang pasal anak muda yang suka meminta daripada bekerja. Banyak lah pengajaran yang Prof Madya A. Razak Mohaideen selitkan untuk penonton. 

Dah 15 tahun NAJ Productions Sdn. Bhd. dengan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. terbitkan movie ni tapi feel bila layan movie ni masih lagi sama. Thanks Netflix sebab ambil movie-movie tempatan lama masuk ke platform. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

Happy 6th Debut Anniversary iKON!!!

Wednesday 15 September 2021


Finally the special day has arrived! Lama jugak tunggu tarikh ni muncul sebab nak jumpa dengan iKON. Bukan jumpa secara fizikal tapi in virtual je. iKON kan jarang ada content macam idol group lain. SNS pun jarang update tambah pula Bobby lepas kena ban gara-gara announce baby dia akan lahir bulan September ni dan akan berkahwin dengan tunang dia. 

Lepas survival show Kingdom : Legendary War tu ingatkan iKON ada comeback album macam idol group yang lain tapi krik krik je. Dekat SNS official YG pulak tak ada pun apa-apa news untuk iKON, semua untuk Blackpink je. Lagi sakit hati bila cafe YG keluarkan sticker untuk iKON asal boleh je. Dah la ambik gambar dari IG JuNe lepastu buat tone black and white padahal idol group lain guna official poster kot. Kau dah kenapa YG?!!

Tepat jam 12 malam waktu Korea, Yunhyeong, JuNe, Chanwoo dengan DK wish 6th debut anniversary kepada iKONIC di applikasi Weverse meanwhile Jay update dekat Instagram. 


Junhoe weverse update:
It’s 6 years !!!
Woah it’s already 6 yeays...
Aaaaa...aa.....iKON....
is 6 years...!!!!!!!!!!!!!
I am.... 25 years old......!!!!!
Huaaauuauuaauuooo


Yunhyeong: iKON & iKONIC happy 6 years old! Thank you for giving me strenght by my side for 6 years! I’m sorry I think I seem to always only receive from iKONIC. I’ll work hard to give lil strengh to your life!! I love you and see you tomorrow!


Chan : Congratulations for the 6th anniversary iKONIC~~~ I will keep my promise to keep going together for 10 20 years!! I always love you and thankful to you ã…Žã…Žã…Ž Let's see each other soon~~~


DK : I still remember when I meet iKONICs at concerts, fan meetings, fansign events, music show, etc.. We have now reached here bcs of iKONICs' loves. Thank you and I love you all :)
iKON 6th anniversary !!
I hope it becomes a day where iKONICs receive more congratulations and love❤



Jinhwan : It’s been 6 years since we debuted. Time flies but when I look back, we did lot of thing and made lot of memories. We are able to spend it happily thanks to iKONIC who loves and support us. Please continue to take care of us in the future too. iKON 6th anniv❤  Congrats iKONIC ❤ Let's be together for a long time. 


Huaa somehow it's already the 6th anniversary..!
In these 6 years, numerous happy and sad moments, or moments that passed like there's nothing happened are passing by like a revolving lantern. It really feels wonderful in many ways
But I also think that at least we did our best to come here.

In the future, we won't stay in one place and we will become iKON, as well as an individual who grow and think ceaselessly.
Thank you ❤ - Junhoe Instagram

Memandangkan iKON dah keluarkan official statement supaya fans tak bagi hadiah sebaliknya salurkan kepada yang memerlukan di musim pandemik ni, iKONIC kumpul duit dekat acc fanbase kemudian sumbangkan kepada beberapa NGO. Ada juga fanbase yang salurkan kepada pusat perlindungan haiwan sebab Jay dengan Chanwoo suka anjing. 

Ada fanbase yang tempah iklan di beberapa lot bangunan dan area subway tapi ada jugak iklan yang iKONIC menang online vote dekat beberapa platform. Ada yang buat IG ads selama 3 hari untuk celebrate debut anniversary ke6 iKON. Ada yang sewa trak untuk park dekat depan bangunan YG Entertainment tapi sayangnya trak tu sampai jam 6 petang je. Trak tu balik baru iKON datang ke bangunan YG untuk buat vlive. 



Selain ads, iKONIC dekat beberapa negara luar macam Filipina, Indonesia dan Jepun celebrate dekat cafe beramai-ramai. Not sure Malaysia ada ke tak. Gaya macam takde sebab mostly nampak celebrate dekat rumah dengan kek diorang tempah sendiri. 

Sebelum keluar official announcement tu memang ramai iKONIC tertanya-tanya dan tertunggu apa schedule iKON untuk celebrate hari special ni sebab JuNe pergi memancing pagi tu, DK pula pergi melawat anak buah dia. Nak harapkan YG yang update? Memang tak lah....

Nasib baik jam 6 petang nampak Korean iKONIC update video Yunhyeong, DK, Chanwoo sampai dekat bangunan YGE untuk buat vlive. Excited dengan vlive sebab Bobby ada sekali dengan hairstyle baru. He looks so cool, hot and dapper. DK nampak handsome dengan hairstyle blonde dan baju Chanel. JuNe segak dengan blazer. Jinhwan comel as always dengan beret Chanel. Macam pelik tengok Twin Monster dress up macam budak baik padahal terpaling nakal. 


Masa vlive tu Chanwoo bagitahu dia nampak hashtag iKONIC buat sampai masuk Top Tweet, iklan yang iKONIC tempah untuk celebrate 6th debut anniversary ni so dia berterima kasih dengan effort dari fandom yang selalu support iKON sepanjang 6 tahun diorang dalam industry. Sepanjang vlive tu diorang main beberapa game lepastu baca komen then buat surat untuk letak dalam time capsule. 


'I feel like it was just yesterday. Like yesterday where me and Junhoe got called together by Yunhyeong hyung. To the extent I feel like, how has it become 6 years? Because those memories are still very fresh to me, like it was just as yesterday. So I feel like the next 4, 6 years will pass quickly too, I am always grateful to iKONICs and I want to say that we will work hard and be humble in the future too.' - Chanwoo



Tak lama pun vlive diorang sebab line internet YG Entertainment terpaling sedih padahal bangunan megah. Habis vlive, buat penalti lepastu diorang ambil gambar satu group, ambil gambar dengan kek then update selca untuk iKONIC. Kek diorang ada gambar bas yang iKON bawa naik atas stage masa celebrate first debut anniversary dekat Seoul. 


Nasib baik sepanjang iKON tak ada aktiviti lepas Kingdom, Yunhyeong setiap hari update dekat Weverse dan reply several comments. Thanks to Yunhyeong, dapat la selca setiap iKON member dengan filter bear comel.


 


Tak cukup dengan selca bear filter, iKON update dekat Weverse personal selca especially Bobby yang dah lama menghilangkan diri. 


 

Bobby weverse update:
Thank your being with me for 6 years!! I always deeply feel thankful..!! Thank you!!


"iKONIC, thank you once again for the 6th anniversary! Please continue to take good care of us! We'll work hard!" - Chanwoo weverse update





Walaupun celebration 6th debut anniversary iKON tak lah meriah macam idol group lain tapi a special day is a special day. Asalkan iKON happy, I'm happy toooooo! 

Happy bila tengok dekat Instagram bersusun iKON update pada 15 September termasuklah B.I sekali. Dia memang sengaja bagi hint dekat iKONIC yang diorang sentiasa bertujuh. DK update lambat so tak dapat masuk frame sekali. Anyway congrats iKON for 6th debut anniversary, may we always be together just like Chanwoo said, 20 or 30 years together. 

Dari gaya YG Entertainment tak ambik port dengan iKON, one thing for sure iKON tak renew contract dengan label ni tahun depan. Dari gaya iKON wish masa debut anniversary ni boleh nampak diorang akan stay together. Mungkin ikut jejak langkah GOT7, beli semua lagu diorang dari JYP. Plus semua lagu iKON except few songs adalah karya B.I dengan Bobby. Ada juga dari JuNe dan DK so tak ada masalah untuk diorang ambik balik kan? 

iKON adalah self-produce boy group di bawah YG Entertainment so I don't think there should be a problem. Lagipun YG cuma fokus dengan Blackpink, AKMU, Winner dan Treasure. Next year girl group Baby Monster nak debut so it's a great time to leave. I really hope iKON leave YG and join 131 Label. Please let this dream come true, jaebaaaaal~~~