Day 18 Quarantine : CIMB Gone Mad....AGAIN!

Sunday 5 April 2020

Hari ni kecoh dengan pengguna CIMB mengamuk dekat Twitter bila dapat transaction 'Direct Debit'. Ada yang ditolak secara berjemaah, ada yang ditolak sekali sahaja tapi dengan jumlah yang besar.

Image

Image

Beberapa hari sebelum pun dah ada yang pelik kenapa jadi macam ni tapi kemuncaknya hari ni lah bila ramai yang nampak tweet dekat atas ni dan terkejut tengok transaction history penuh dengan 'Direct Debit'. Bila call CIMB pulak tak angkat. Ramai yang dah start transfer semua duit yang ada dalam CIMB pergi ke bank lain dan bakal tutup acc dengan CIMB. 

Bila keadaan dah tak terkawal dan CIMB tak mampu nak attend semua call, CIMB keluarkan statement yang 'Direct Debit' ni legit transaction yang dibuat sendiri oleh customer cumanya sejak RMO, semua pending dalam keadaan float dan start aktif pada bulan ni. Means most likely customer pernah pergi luar negara dan buat transaksi dekat sana. 

Image

Ataupun customer yang ada subscribe mana-mana streaming channel macam Netflix, Spotify etc akan dapat kunjungan 'Direct Debit'. Tapi yang menghairankan bila pengguna CIMB yang tak pergi ke luar negara atau subscribe apa-apa pun hadap benda yang sama jugak. BNM advice supaya buat police report dan print out statement jumpa CIMB untuk dapatkan balik duit yang hilang. 

Lagi sakit hati bila tengok perenggan kedua dalam permohonan maaf tu bila CIMB ambil jalan mudah untuk labelkan 'Direct Debit' untuk mudahkan kerja diorang. Sekarang dah susahkan semua. 

Well benda ni bukan jadi semalam je, sebelum ni dah banyak kali system CIMB down dan kes duit hilang ni pun dah banyak kali terjadi pun. Ada yang pergi buat police report dan jumpa CIMB then dalam masa 14 hari dapat balik duit. Ada yang ambil tindakan yang sama tapi CIMB taknak bertanggungjawab. 

Idk what will happened to CIMB but one thing for sure, kes positif pesakit covid-19 dah meningkat ke angka 3,483 dengan 57 kematian. Stay safe people and stop using CIMB.

Resipi Kueytiaw Ladna

Saturday 4 April 2020

Masa RMO ni teringin pulak nak makan kueytiaw ladna sebab senang je nak buat. Bahan pulak semuanya dah ada tapi yang tak bestnya terpaksa replace udang dengan ayam sebab tak boleh pergi NSK. Within 10km je kan. Resipi dia mudah sangat even memasak pun sekejap dalam setengah jam macam tu. 



Bahan-bahan : 


Bahan A : 
- Kuey tiaw
- Kicap [ikut sukatan masing-masing]

Bahan B
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili padi [ikut level pedas korang]
- Halia
- Ayam
- Air 3 cawan [depends nak kuah banyak mana]
- Minyak [1 sudu besar]

Bahan C
- 2 sudu tepung jagung dibancuh [nak pekat tambah lagi ikut suka]
- Telur
- 1 Kiub pati ayam 
- Mixed Herbs [optional]
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Bahan D
- Sayur sawi
- Bunga kobis
- Tomato

*Bahan D ni terpulang nak letak sayur apa. Ada yang letak cendawan, ada letak carrot. 

Cara-cara penyediaan :

1. Tumiskan Bahan B sampai ayam masak dan naik bau kemudian masukkan air. 

2. Kemudian masukkan Bahan B dan biarkan kuah direneh sebentar sampai telur masak. 

3. Sementara menunggu Bahan B, boleh panaskan kuali dan gaulkan Bahan A hingga sebati. Bahan A ni tak perlukan minyak sebab kueytiaw dah ada minyak dia sendiri. 

4. Balik kepada kuah tadi, masukkan Bahan D kemudian tutup api. Dah siap, boleh hidang untuk dimakan!


Bila buat kueytiaw ladna sengan ayam ni tak sesedap kueytiaw ladna seafood la but still happy makan dapat hilangkan craving. Makan pula dengan air lemon asam boi, memang bertambah la cerita dia. Happy cooking! 

Day 17 Quarantine : Angka 3

Agak menarik jugak angka 3 untuk hari ke-17 dikuarantin ni sebab 3 April ada 3,333 kes positif covid-19. Tak lama lagi mungkin kita akan nampak 1,000 pesakit covid-19 sembuh dan discharge dari hospital.

Image

Jumlah kes positif hari ke-17 ni agak tinggi jugak lah dengan 217 kes baru. 138 pesakit terdiri daripada anggota kesihatan KKM bila sebahagian besarnya menghadiri majlis perkahwinan yang turut sama dihadiri tabligh Sri Petaling. 

Image

Btw petrol dah turun harga kepada RM1.30 seliter. Angka 3 lagi. I tengah tunggu petrol jatuh harga RM1.20 baru pergi beli. Jangan tanya kenapa, I don't even know why either. It just popped in my head to do such thing. 

I did my groceries again but this time at Tesco sebab nak beli seluar. Masa kuarantin ni lah baru nampak yang seluar dengan baju dah kena rembat dengan adik-adik. Lucky for me, Tesco tengah buat sales beli 2 dapat harga murah. Dah la selesa bila pakai. Nice! 

Harapnya kuarantin tak extend sebab I dah tak sanggup duduk rumah tanpa kerja. Work from home ni susah sebenarnya sebab tak ada limit masa bekerja. Pukul 1 pagi pun bersengkang mata siapkan kerja can you even imagined that? Hmmm please jangan extend.....