Movie Review : Viceroy’s House

Thursday 26 March 2020


Director : Gurinder Chadha
Writer : Paul Mayeda Berges, Moira Buffini, Gurinder Chadha
Cast : Hugh Bonneville, Gillian Anderson, Manish Dayal, Huma Qureshi, David Hayman, Michael Gambon, Denzil Smith, Neeraj Kabi, Tanveer Ghani, Lily Travers, Om Puri, Arunoday Singh
Production Company : Pathé, BBC Films, Bend It Films
Distributor : 20th Century Fox (United Kingdom), Reliance Entertainment (India)
Genre : Romance / Drama / History
Running Time : 1hour 46 minutes
Release Date : 12 February 2017 (67th Berlin International Film Festival), 3 March 2017 (United Kingdom), 18 August 2017 (India)
Trailer :


Movie Viceroy’s House diadaptasikan dari kisah benar dari sejarah keluarga pengarah dan penulis skrip, Gurinder Chadha sendiri yang melalui zaman perpisahan antara India dan Pakistan pada tahun 1947. Diadaptasikan juga dari novel Freedom at Midnight karya Larry Collins dan Dominique Lapierre serta novel The Shadow of the Great Game: The Untold Story of Partition karya nukilan Narendra Singh Sarila.


Lord Mountbatten (Hugh Bonneville) dan isterinya, Lady Edwina (Gillian Anderson) merupakan pegawai British yang terakhir memerintah India sebelum dianugerahkan kemerdekaan. Tapi kemelut melanda bila rakyat bergaduh sesama sendiri  akibat perbezaan agama hingga terjadinya pemberontakan.


Lord Mountbatten perlu mencari kata sepakat bila ketua aktivis, Jawaharlal Nehru (Tanveer Ghani) nak India kekal sebagaimana sekarang sebagai satu negara manakala Muhammad Ali Jinnah (Denzil Smith) tegaskan yang Muslim di India selalu dibunuh sebab itu dia nak pisahkan India kepada dua dan wujudkan negara Pakistan. Mahatma Gandhi (Neeraj Kabi) pula cadangkan supaya India diperintah oleh Jinnah untuk elakkan perpecahan.

'We must rekindle the lamp of neighborliness between Hindus, Muslims and Sikhs. What we need is not reason. We need a greater force. A force that politicians seldom care to mention. Love.' - Mahatma Gandhi


Makin stress dibuatnya bila dia dapat tahu ada batu api yang menghasut beberapa pihak untuk berpecah. Untuk jangka masa pendek, perpecahan India akan bawa kebaikan tapi jangka masa panjang, banyak masalah akan timbul sekaligus memburukkan nama dia dan menggagalkan tugas dia sebagai Viceroy terakhir.


Dalam masa yang sama, di Viceroy’s House timbulnya bibit percintaan antara valet Lord Mountbatten, Jeet Kumar (Manish Dayal) dan Aalia (Huma Qureshi) yang bekerja sebagai tutor kepada anak Lord Mountbatten, Pamela (Lily Travers). Jeet kenal Alia sejak dia bekerja di penjara bila ramai tokoh terkenal dikurung akibat memberontak.

Sama juga dengan ayah Aalia, Ali Rahim Noor (Om Puri). Jeet yang bantu Aalia dan ayah dia daripada kebakaran sebab tu keluarga Aalia terhutang budi dengan Jeet.


Sayangnya cinta mereka berdua terhalang dek perbezaan agama. Aalia pula telah pun ditunangkan dengan Asif (Arunoday Singh). Lagi malang bila seluruh keluarga Jeet dibunuh di Punjab dan Aalia memilih untuk pindah ke Pakistan gara-gara takut dibunuh tapi keretapi yang dinaikinya dibom.


Walaupun movie Viceroy’s House genre sejarah dan pace yang agak perlahan tapi jalan cerita yang digarap cantik bersama beberapa konflik politik tiga negara – British, India dan Pakistan antara penguat cerita yang menarik untuk ditonton. Lakonan semua pelakon quite okayish cuma kurang emosi antara watak-watak pemimpin yang digambarkan sebagai berjiwa rakyat. Wardrobe team did their job great dengan keindahan costumes setiap watak.


Ikut movie Lord Mountbatten nampak baik ditambah pula lepas perpecahan India-Pakistan, diorang stay untuk bantu sampai keadaan reda. Ikut pakar sejarawan dan keluarga Churchill yang memerintah sebelum Mountbatten, novel yang dikarang disifatkan sebagai berat sebelah bila meletakkan sepenuhnya kesalahan pada keluarga Churchill dengan permainan politik mereka. Tapi semua pun sedia maklum dengan kekejaman keluarga Churchill masa pemerintahan di India. Novel tu pula dikarang oleh staff Lord Mountbatten that's why it's a hidden fact.


Untuk someone yang memang dah biasa dengan sejarah Partition 1947 ni, tak ada yang baru pun sebab jalan cerita lebih kurang je. Pergolakan dan kesan perpecahan negara dah memang sedia maklum dah cuma tertarik dengan kisah percintaan Jeet dengan Aalia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Perpustakaan Kuala Lumpur

Wednesday 25 March 2020

Cerita jalan-jalan tahun lepas baru nak update bulan ni haha

Last stop dekat Galeri Kuala Lumpur, berjalan depan sikit dah nampak Perpustakaan Kuala Lumpur yang berbentuk unik melengkung. Bahagian depan ada fountain cantik. 


Kitorang dah penat berjalan dari pagi dekat Pasar Seni so we're heading to this library untuk rest kejap. Masuk dalam pekena air-cond sejuk sebelum lunch. Akak guard agak ramah bagitahu direction dekat library ni. Dekat sebelah tepi entrance ada disediakan mini playground untuk parents yang bawa anak-anak datang sini. 

Disebabkan kitorang first time datang library ni so kena register dulu sebagai ahli. Barang letak dekat loker then pergi ke tingkat 2 untuk access bahan bacaan. Perpustakaan ni dibina tahun 1989 dan ada 9 lagi branch - Taman Tun Dr. Ismail, Jelatek, Desa Tun Razak, Gombak Setia, Pantai Dalam, Cheras, Setapak, Bandar Tun Razak dan Sentul.


Dekat lif ada direktori untuk you guys tengok certain facilities terletak di mana. Dalam library ni tak ada tandas kecuali untuk OKU. Tapi dekat je pun dengan Galeri KL, so boleh je tumpang tandas dekat sana. 


Kalau tengok dekat bahagian tepi tu ada ruang double seat warna oren kan? Tu untuk yang nak melayari Internet. Speed dekat library ni agak laju, 90mbps. Nak tengok movie dekat sini pun boleh. Tak akan timbul isu loading pun nanti. 



Actually kitorang berjalan tengok kawasan dalam ni lah mana tahu lepas ni boleh lepak sini cari bahan rujukan sebab buku dia memang banyak dari pelbagai genre. Dekat sebelah hujung sana ada rujukan bahan digital macam cakera padat kualiti blu-ray okay. Jangan pandang sebelah mata. 


Tapiiiiii section bahan bacaan fiksyen dia sikitnya! Mungkin dah banyak kena pinjam agaknya.


Ruang dia memang luas, selesa dengan air-cond yang tak sejuk sangat tak la panas sangat. Just nice je. Kalau datang berkumpulan pun tak ada masalah nak cari tempat untuk buat revision. Bilik untuk discuss dan dewan serbaguna pun tersedia. Dan kalau duduk sebelah tingkap macam brader tu boleh la tengok view dekat Dataran Merdeka.


Dekat tingkat bawah ada banyak lagi bahan bacaan.



Dah penat nak pilih buku apa sudahnya ambil buku masakan je haaa sambil rest dekat sini sementara tunggu penat hilang.


Library ni bukan setakat selesa je tapi ada beberapa spot cantik untuk ambil gambar. Rasanya diorang memang dah plan untuk touch up untuk jadi tarikan kepada anak muda supaya datang membaca dekat sini. Lama jugak Perpustakaan Kuala Lumpur ambil masa untuk siap renovation.


Tak pasti berapa lama tempoh untuk pinjam buku atau bahan rujukan yang lain dekat library ni atau berapa banyak denda diorang charge untuk yang lambat hantar. But hopefully tak ada la yang panjang tangan buat harta dekat rumah.


Dari masuk, register, guna Internet,, sewa discussion room, hall ataupun ke cafe, semuanya percuma asalkan dah jadi ahli Perpustakaan Kuala Lumpur. Best kan? So siapa yang nak buat assignment ataupun thesis, boleh la singgah sini untuk cari bahan rujukan. 

Nak datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni mudah je. Dari LRT Masjid Jamek berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Sekejap je dah sampai. Tapi kalau you guys jenis jalan cepat lah. 

Waktu beroperasi Perpustakaan Kuala Lumpur : 


  • Isnin : 2.00 petang hingga 6.45 petang
  • Selasa - Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.45 petang
  • Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Perpustakaan ni akan tutup pada setiap minggu pertama dan cuti umum. Kalau dah bosan lepak dekat mall, boleh datang lepak dekat sini pulak, asalkan tak bising okay. 

Movie Review : Bypass Road


Director : Naman Nitin Mukesh
Writer : Neil Nitin Mukesh
Cast : Neil Nitin Mukesh, Adah Sharma, Shama Sikander, Gul Panag, Taher Shabbir, Rajit Kapur, Pahal Mange, Manish Chaudhary, Mukesh Bhatt
Production Company : Miraj Film Creations, NNM Films
Distributor : PVR Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 November 201
Trailer :


Movie drama thriller arahan dan skrip dari adik-beradik Nitin Mukesh mengisahkan tentang Vikram Kapoor (Neil Nitin Mukesh), pereka fesyen yang terkenal di Alibaug, Mumbai yang terlibat dalam satu kemalangan tragis tapi disebabkan luck, dia berjaya sembuh dari koma. Cuma kaki dia belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.


Malam yang sama, model company dia, Sarah Briganza (Shama Sikander) bunuh diri dengan tembak kepala di ruang tamu rumah. Tapi Inspektor Roy (Manish Chaudhary) syak Sara dibunuh bila pistol yang ada merupakan kepunyaan pakcik Vikram, Pratap Kapoor (Rajit Kapur). Tambah pula bila guard apartment tu nampak tunang Sara, Jimmy (Taher Shabbir) berdiri sebelah mayat Sara.


Sementara polis buru Jimmy, Vikram pula seperti diintip lelaki misteri. Banyak kejadian pelik yang berlaku di rumah dia sendiri lepas keluar dari hospital. Urusan di pejabat dia serahkan semuanya pada Radhika Nair (Adah Sharma). Vikram syak makcik dia, Romila (Gul Panag) yang plan untuk bunuh supaya dapat kaut semua harta.


Makin kuat sangkaan dia bila terjumpa nota dari ex staff, Narang (Sudhanshu Pandey) kepada Romila dalam laci. Vikram dengan Romila tak pernah berbaik tapi cuba untuk tak bergaduh depan Nandini (Pahal Mange), anak Pratap dan Romila yang Vikram anggap seperti adik sendiri.


Beberapa minggu lepas Vikram keluar dari hospital, Pratap sekeluarga pergi kenduri kahwin saudara dan biarkan Vikram di rumah ditemani orang gaji, Kaka (Mukesh Bhatt). Malam tu Kaka dibunuh dengan kejam dan pembunuh bertopeng datang untuk langsaikan hutang dia dengan Vikram.

Jalan cerita Bypass Road nampak menarik pada awal movie tapi bila masuk second half nampak cliché dengan thriller drama yang lain. Nasib baik plot twist dia not bad untuk dicerna. Konflik keluarga orang kaya dan perangai suka sakitkan hati staff.


Walaupun kaya teruk, diorang ada seorang je pembantu rumah untuk buat semua kerja. Ada satu scene masa Romila sengaja pecahkan frame gambar, banyak betul instruction Pratap bagi dekat Kaka. Kesian orang tua tu nak kena buat semua kerja padahal dah umur 80 kot. Have some sympathy boleh tak? Nak minum air teh pun terpekik suruh Kaka hidangkan.


Anyway, rumah diorang cantik sangat. Paling suka bahagian dapur sebab ada decoration pokok pisang hiasan dekat bahagian tengah. Tapi tak selamat lah sebab dekat dapur lah pembunuh tu masuk. Tak faham kenapa Kaka tak lock semua pintu. Tapi kalau lock pun boleh masuk jugak sebab rumah ni kelakar. Banyak duit tapi labur sikit je untuk security walaupun baru lepas ada kes cubaan untuk membunuh.



Visual average je dalam movie ni, nothing much to see. Sama jugak dengan music score. Music album dia tak best. Nasib baik lagu So Gaya Yeh Jahan nyanyian Nitin Mukesh sendiri, Jubin Nautiyal dan Saloni Thakkar.


Patutnya lagu cinta Vikram dengan Radhika tak perlu ada pun takpe. Lakonan Neil Nitin sebagai Vikram quite good tapi watak Radhika tu tak payah ada pun takpe sebab tak function sangat pun. Instead of bazirkan duit bayar dia, baik kembangkan lagi watak Sarah. Rajit sebagai Pratap nampak tak meyakinkan, same goes to Gul Panag.


Mungkin sebab B-grade movie so tak ditekankan sangat lakonan tu tapi kalau jalan cerita tak kuat sangat sepatutnya topup dekat bahagian lakonan lah tapi kalau dua-dua pun gagal, apa lagi yang movie ni nak deliver kan?

Should you guys watch this movie? Better don’t.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Day 7 Quarantine : I'ts Been A Week

Beras dah habis.

Tapi tak sama perasaannya dengan medical staff. PPE dah habis, tenaga dah habis, burnout, emosi. Kematian dah meningkat ke angka 16. Yang dah confirm covid-19 pula dah cecah 1,624 orang. Influencer, top company, businessman and some random people dah start hulurkan bantuan. 

Image

Paling kesian Alif Syukri lah. Dia buat video dia tunjuk dia tolong orang, dia kena kecam riak dan suka menunjuk. Bila dia bantu orang diam-diam, dia kena maki manusia jahat pulak. People are sick. 

Sekarang dah berkuatkuasa tempoh berkurung sepenuhnya untuk sebelah malam. Semua kedai, ATM, petrol station cuma buka belah siang dari jam 6 pagi sampai 7 malam. Better that way lah, senang kerja polis dan askar untuk berkawal. 

Kalau kedai buka sebelah malam, ada la nanti buat alasan nak pergi beli barang. Lagi risiko untuk polis dan askar kalau penat berjaga. Dah ada kes polis meninggal sebab penat bekerja during RMO. Semua pun penat. Stress satu hal kena asak sana sini. What else can we do though. T.T

Day 6 Quarantine : KWSP Acc 2

Tuesday 24 March 2020

Monday Blues....

I tak suka kalau mimpi boss sebab dah tahu dah mesti malang nasib hari tu.... and this is not the first time.

Just like what I thought it would be, nama semedang kena petik so I've been busy buat eposter untuk company but I just make a cincai one using Word je. Taip sana sini, tempek itu ini and it's done. 

Done tak bermakna kena approve ya.

Lepastu kena edit balik sementara tunggu perutusan khas PM jam 1 tengahari.

Image

So it's official we can withdraw RM500 per month starting 1st April 2020. Cadangan ni pernah diutarakan oleh DS Najib seminggu sebelum lockdown. For someone whom desperate and have some saving dalam akaun 2 kira lucky lah dapat bawa keluar. RM500 cukup la nak beli makanan kalau tak kena sawan. 

But for unlucky people, yang kerja tak ada caruman KWSP like B40 tu they might end up starving. Sebab gov belum keluarkan apa-apa inisiatif untuk bantu rakyat sepanjang lockdown. But lucky for them sebab kerajaan negeri akan bantu, jutawan pun dah start menderma and mesej untuk membantu pun dah banyak yang keluar. 

Thanks to PTPTN automatically stop pembayaran balik pinjaman sepanjang 3 bulan nanti sebagai langkah membantu belia. KWSP bukan bantuan dari kerajaan ye sebab tu duit caruman kita ahhhaaa :')

Image

Funny thing is hashtag #KitaJagaKita ni budak Twitter wujudkan bila Kerajaan Perikatan Nasional gagal masa announce RMO haritu tapi kelakar pulak kerajaan yang beria guna. Hey gov, you guys not included in 'Kita'. That includes you Azmin Ali and your sick attention seeker family and kaki tayang sana sini kemewahan dari duit rakyat. 

Anyway I cannot login my KWSP since yesterday. Mungkin server down sebab semua pun nak login nak check balance. For now, I'm lucky enough boleh keluarkan RM500 untuk makan. But after that, Idk what will happen. 

If things slowly turns to worst, I nak balik Sabak by hook or by crook. 

Tapi mungkin kena u-turn dekat roadblock. T.T