Movie Review : Juror 8
Wednesday 5 February 2020
Director : Hong Seung-wan
Writer : Hong Seung-wan
Cast : Moon So-ri, Park Hyung-sik, Baek Soo-Jang, Jo Soo-Hyang, Kim Mi-Kyung, Seo Jung-Yeon, Kim Hong-Fa, Lee Yong-Lee, Kim Hak-Sun
Production Company : Banzakbanzak Film Production
Distributor : CGV Arthouse
Genre : Drama/Mystery
Running Time : 114 minutes
Release Date : 15 May, 2019
Trailer :
Movie yang diadaptasikan dari kisah benar dan peristiwa bersejarah dalam undang-undang kehakiman di Korea Selatan bilamana mahkamah menjemput 8 orang juri awam untuk menilai dan menentukan keputusan pendakwaan terhadap kes jenayah pembunuhan pada tahun 2008.
Kesemua juri awam yang dipilih ni berbeza latarbelakang dan karier dan majoritinya memang tak ada pengetahuan yang mendalam untuk bidang undang-undang. Kes yang dibicarakan masa trial ni ialah kes pembunuhan Kang Doo-Sik (Seo Hyun-Woo) yang didakwa membunuh ibu dia (Lee Yong-Lee) dengan penukul dan campak mayat dari tingkat atas gara-gara duit.
Peguambela bagitahu mahkamah yang anak guam dia tak bersalah tambah pula dia tak ingat apa-apa yang berlaku masa malam kejadian tersebut. Sayangnya alibi mengatakan sebaliknya. Mengikut penelitian doktor forensik (Kim Hak-Sun), kesan luka di bahagian kepala disebabkan hentakan penukul.
Juri awam yang ke-6, Jang Ki-Baek (Kim Hong-Fa)menyangkal dakwaan doktor bila dia dah bekerja lama dalam bidang pertukangan jadi dia tahu macam mana kesan luka yang ditinggalkan oleh penukul. Tapi hakim Kim Joon-Kyeom (Moon So-Ri) menolak andaian tu disebabkan dia lebih percaya dengan doktor forensik. Ki-Baek beria pertahankan ilmu dia sampai ditendang keluar mahkamah.
Timbul tanda tanya pada juri awam ke-8, Kwon Nam-Woo (Park Hyung-sik) bila dia teliti balik evidence report tapi tak jumpa kesan darah pada penukul. Bila undian juri awam diadakan, Nam Woo tak dapat tentukan sama ada untuk buktikan Doo-sik bersalah ataupun tidak.
Disebabkan keraguan Nam-woo, juri ke-7, Oh Soo-Jung (Jo Soo-Hyang) pun meneliti balik evidence report dan batalkan undian. Sama juga dengan Ketua Juri, Yoon Geu-Rim (Baek Soo-Jang) yang tengah belajar dalam jurusan undang-undang.
Dari situ juri awam buat andaian yang beberapa bukti diambil secara lewa dan minta untuk jalankan testimoni untuk sahihkan beberapa andaian dan keraguaan yang dibincangkan. Walaupun Hakim Kim Joon-Kyeom geram dengan kerenah juri awam ke-8 tapi dia terpaksa layankan je sebab dia faham masing-masing takut untuk buat keputusan dalam menentukan perjalanan hidup seseorang sebab dia pun rasa benda yang sama masa kes pertama dia jadi hakim.
It's never easy to make judgments that affect others' lives.
Juri awam ke-4, Byeon Sang-Mi (Seo Jung-Yeon) dan juri awam ke-5, Choi Young-Jae (Jo Han-Chul) dah naik darah bila terpaksa stay sampai lewat malam untuk siasat semula kes ni. Kedua-duanya dari keluarga elit, masing-masing lebih pentingkan kehidupan sendiri daripada kes ni. Juri awam kedua, Yang Choon-Ok (Kim Mi-Kyung) dan juri awam ketiga, Jo Jin-Sik (Yoon Kyung-Ho) jenis tak kisah. Nak stay okay, nak habis cepat pun okay.
Berjaya ataupun tak juri-juri awam ni buktikan kegagalan pihak-pihak yang terlibat dalam kes ni dan berikan jawapan, kena tengok sendiri lah movie ni. Dalam satu hari, macam-macam perkara boleh berlaku.
Awal movie ni agak perlahan sampai ragu-ragu nak teruskan ataupun tak tapi bila masuk je scene dekat mahkamah, momentum cerita dah start laju sikit and keep you hook sebab nak tahu apa misteri sebalik pembunuhan ni.
Disebabkan juri awam 8, kes yang boleh tapau mudah oleh hakim jadi delay lama. Dia berpegang dengan kata-kata hakim Kim Joon-Kyeom masa interview :
Disebabkan juri awam 8, kes yang boleh tapau mudah oleh hakim jadi delay lama. Dia berpegang dengan kata-kata hakim Kim Joon-Kyeom masa interview :
Law doesn't exist to punish people. Law is to avoid punishing people unjustly and to set a standard.
Pelakon utama yang memegang watak juri ke-8, Nam-woo ni baru je debut dalam movie Juror 8 tapi dah mampu menang Best New Actor dekat 39th Korean Association of Film Critics Awards. Dibantu dengan pelakon sampingan hebat yang lain, ditambah dengan jalan cerita dan scene misteri juga komedi hasilkan olahan yang cantik.
Pengarah bukan setakat fokus semata kepada juri awam tapi kepada hakim sebenar yang bakal berpindah ke Mahkamah Tinggi. Bila pengarah bersilih ganti antara hakim dan juri awam, buat kita rasa macam berfikir pihak mana yang benar dalam situasi macam ni. Dialog, visual dan music score yang menarik antara faktor movie Juror 8 dipilih sebagai Best Movie di Istanbul International Crime And Punishment Film Festival 2019. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.7/10