Drama Review : When The Camellia Blooms

Sunday 8 December 2019


Director : Cha Yeong-hoon
Writer : Lim Sang-choon
Cast :  Gong Hyo-jin, Kang Ha-neul, Kim Ji-seok, Ji Yi-su, Oh Jung-se, Yeom Hye-ran, Son Dam-bi, Kim Kang-hoon, Go Doo-shim, Lee Jung-eun, Jun Bae-soo
Genre : Romantic / Comedy‎ / ‎Thriller‎
Running Episodes : 40 episodes
Release Date : September 18 – November 21, 2019
Production Company : Pan Entertainment
Distributor : KBS, Netflix


Sebelum ni dah cakap taknak tengok drama atau movie lakonan Gong Hyo-jin sebab dia suka bawak watak lepu tapi drama ni terpaksa jugak tengok sebab jalan cerita best dan character dia walaupun lepu tapi improved lah. Lagipun watak Kang Ha-neul tu hyper so tak bosan la tengok. Lagipun drama ni under production company Pan Entertainment yang famous dengan drama Kill Me, Heal Me & Fight For My Way.

Mengisahkan tentang kehidupan malang Dong baek (Gong Hyo-jin) yang ditinggalkan oleh ibu dia di tepi jalan pada umur 7 tahun dan membesar di rumah anak yatim. Bila dah besar, dia bercinta dengan pemain baseball terkenal Kang Jong-ryul (Kim Ji-seok) tapi lepas 6 tahun Jong-ryul tetap taknak dedahkan hubungan diorang in public. 

baek ambil keputusan untuk tinggalkan Jong-ryul bila dapat tahu dia mengandung sebab Jong-ryul tak mampu nak commit. Dong-baek pindah ke Ongsan dan buka bar dengan nama Camellia untuk sara diri dan anak dia, Pil-Gu (Kim Kang-Hoon).

Dekat pekan tu walaupun ramai yang bergosip pasal Dong-baek disebabkan status diri dia, pegawai polis Hwang Yong-Sik (Kang Ha-Neul) simpan perasaan dekat Dong-baek. Sebab sayang dengan Dong-baek, Yong-sik berjaya selesaikan kes pembunuh bersiri yang dikenali dengan nama Joker. Joker dah lama aim Dong-baek disebabkan dia saksi pembunuhan 5 tahun lepas di Ongsan.


Tak cukup dengan jirang yang suka bergosip, Joker yang selalu cari peluang untuk bunuh Dong-baek, kekasih lama datang balik untuk ambil Pil-Gu, mak Dong-baek pun muncul balik untuk minta Dong-baek, Jo Jung-sook (Lee Jung-eun) derma buah pinggang supaya dapat hidup.


Drama ni tak terhad dengan kisah percintaan Dongbaek dan Yong-sik je tapi strong dengan kisah pembunuhan bersiri Joker, friendship, family, kesusahan parents untuk sara anak dan ambil dari sudut si anak jugak. Walaupun panjang drama ni tapi best nak layan sebab jalan cerita dia cantik je dikarang.


Even the actors excel in their acting. Watak utama ataupun pembantu memang menyerlah dalam screentime masing-masing. Chemistry Hyo-jin dengan Ha-Neul nampak cantik dalam drama ni walaupun percintaan antara lelaki muda dengan wanita lebih berusia. Sebab karakter Yong-sik dalam drama ni rasa nak cari lelaki supportive macam dia walaupun muda lagi. Duit mungkin boleh beli semua benda dekat dunia ni tapi kasih sayang pun sama pentingnya jugak untuk hidup bahagia.


Suka dengan watak Hyang-Mi (Son Dam-bi) sebab dekat awal drama nampak dia pulun cari duit lepastu transfer ke luar negara. At first ingatkan dia berhutang dengan ahlong ataupun something worst dia pernah involved dulu rupanya ada twist dekat hujung drama. Sebak lah tengok kisah sebenar Hyang-Mi ni sebab dia antara watak yang hidup sengsara disebabkan keluarga selain Dong-baek.

Image result for when the camellia blooms

Since pekan Ongsan ni dekat dengan laut, banyak la makanan yang boleh buat kita terliur nak pulak Dong-baek dengan jiran-jiran dia buka restoran. Visual dalam drama ni dah la cantik, bila ada scene makanan lagi lah craving dibuatnya. Since drama ni genre rom-com, visual effects dia comel lah. Pandai team editing touch up guna props dalam scene tu. Even the posters looks great!


Bukan setakat jalan cerita, pelakon dan visual je cantik, even the dialogues pun padu. Emosi bila scene mak Yong-sik, Kwak Deok-Sun (Ko Du-Shim) dengan mak Dong-baek keluar sebab masing-masing ada sebab kenapa diorang buat apa yang diorang buat. Bukan senang nak jaga anak bila jadi ibu tunggal ni. 

“Regardless of how hard life can be, just you still existing, still living one day at a time, is a small miracle within itself”

Don’t worry. She was born to be a hippo. And when the hippopotamus gets pissed, it’ll take over Ongsan. People are idiots for looking down on a hippopotamus. Hippos don’t even roar. They don’t even bite. All they need to do is ram into their enemy.

Drama ni antara drama Korea dengan rating tinggi untuk tahun 2019, recommended to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.2 /10

Negara Buku, Karangkraf Shah Alam


Dah hujung tahun ni memang banyak sales kan, so untuk buku ada diskaun murah sangat dari pelbagai publisher di Negara Buku ni. Lagi best bila sales ni non-stop. Boleh datang pukul berapa pun tak kisah. 



Bestnya kalau buat dekat Karangkraf ni, bab parkir tu tak ada masalah langsung sebab luas sangat. Cuma kecewa lah sebab nama je gempak, Negara Buku tapi buku dia sikit sangat. Dekat dalam dewan ni je lah yang ada pun.


Mostly buku yang dah lama dah pun. And yes mostly yang dah tak laku sebab rating rendah.


Beria datang ke sini sebab nak mencari buku fixi especially tulisan Kak Neddo tapi hampa sebab sebuah buku pun tak ada langsung. Banyak ni je buku terbitan FIXI. 


Mostly buku dekat sini berharga RM10. Okay la kalau dah lama cari certain books tapi kalau nak shopping sakan, di sini bukan tempatnya. Tak banyak pun yang I beli, dalam 10 buku je. Lama bertapak dekat sini pun sebab check rating buku tu dekat Google. 


Dekat dewan belakang ada lagi buku dijual tapi untuk kanak-kanak lah. Dekat sini yang bagusnya ada ruang menunggu yang selesa. Siap ada video games lagi. 


Supposedly minggu ni nak pergi Big Bad Wolf dekat The Mines tapi terima kasih lah kepada yang buat review BBW sebab dah tunjuk section buku FIXI tak banyak mana. Jimat duit minyak tak payah pergi sana. Kumpul duit tunggu Pesta Buku antarabangsa je nanti walaupun tak best buat dekat MAEPS. 

Fotogedik Di Aeon Mall Shah Alam

Thursday 5 December 2019

Last week mencari Seoul Garden and since dah lama tak pergi ke Aeon Mall Shah Alam, saja lepak brunch dan dinner sekali dekat sana. 

Since kitorang sampai awal and SG buka jam 11.30 pagi, kitorang bergambar dulu dekat rooftop sebab tak ada orang. Angin pun just nice nak bergambar walaupun tak dapat effect selendang terbang langsung pun hari tu. Nooberssss kan memang begini lah. 


Alkisahnya entah dari mana entah datang plain maxi skirt ni. Dah la warna dia cantik pulak tu boleh masuk dengan blouse dan shawl. Ni la jadinya kalau beli secara pukal lepastu peram dalam almari.


At first kitorang bergambar dekat bahagian ni sebab apartmen tu nampak cantik tapi spoil pulak signboard kuning dekat dinding. 


Lepastu bergerak tepi sikit nak hilangkan signboard kuning tapi sipi je la dapat apartmen tu haha


Sudahnya pergi jauh dari apartmen tu. Biar je la kosong macam dalam gambar kat atas dengan bawah ni. Tapi masa ni dah panas sangat so yang ambil gambar dah sepet mata, sama sepet dengan yang posing. Apa yang keluar tu redho je lah walaupun tak cantik haha


This is my awkward pose sebab blouse ni sebenarnya agak besar dekat bahagian lengan lepastu shawl tu pun panjang kemain. Masa awal je nampak cantik, masa balik tu dah serupa apa entah gaya. 




I'm not good with editing so apps Photoshop Express ni paling mudah lah nak edit gambar sebab filter dia banyak sangat tapi yang selalu guna Vibrant, Bueno dengan Spring je. 3 gambar kat atas ni bertebiat la sikit guna Charm tapi macam tak banyak beza pun hshshshs

Semua gambar mampu diambil dari jarak jauh je la sebab muka tengah breakout lepas tukar pencuci muka. Hopefully sembuh balik supaya boleh habiskan barang makeup. Tahun depan boleh shopping :P