Katrina Kaif Launch Produk Kosmetik, Kay Beauty

Tuesday 22 October 2019

Kalau dekat Malaysia dah jadi kebiasaan dah untuk artis launch produk kosmetik sendiri, dekat Btown, Katrina Kaif artis kedua yang launch produk kosmetik sendiri lepas Star Struck dari Sunny Leone. 

Produk Kay Beauty ni dilancarkan pada 22 Oktober 2019 lepas 2 tahun Katrina Kaif dan team dia berusaha untuk cari formula terbaik dalam menghasilkan set makeup yang sesuai dengan kulit muka di samping menjaga kulit. 

Kata Kat, tema produk kosmetik dia - A bridge between glamour and care. Dengan hashtag #CrueltyFree, produk Kay Beauty dah sebarkan yang tiada sebarang ujian ke atas haiwan macam beberapa produk kosmetik lain. 


Contohnya macam lip matte dari Kay Beauty ni mengandungi Chamomile & Ceramide untuk menjaga kulit di samping cantik bila digunakan. Sama seperti eyeliner dari Kay Beauty.

Tahun 2016 Katrina buat press conference dengan L'oreal untuk stop jadi duta produk sebab dia nak keluarkan produk dia sendiri. Then L'oreal gantikan tempat Kat dengan Deepika Padukone. Lepas Katrina post di Instagram tentang kemunculan Kay Beauty, Deepika drop some kiss and hearts untuk Kat. 



Tempahan dah dibuka dari semalam untuk produk Kay Beauty tapi tak pasti untuk luar dari India. Guess I have to wait if I want to be a part of Kay Beauty. 


Hopefully Kay Beauty akan masuk ke market negara-negara besar macam Lakme dengan Star Struck jugak. All the best to Katrina and her Kay Beauty team. 

Lirik Lagu Kejam - Siti Nordiana

Monday 21 October 2019

OST filem seram berjudul Pusaka dinyanyikan oleh Nana dengan genre balada hasil gubahan dan lirik dikarang oleh Datuk Wah Idris.


Nothing much to say for this song though the lyrics berbentuk penceritaan, sesuai dengan movie yang bertemakan sihir dan dendam. Nana kata dia nyanyi dengan perasaan balas dendam tapi lagu ni kurang emosi dan penghayatan thus feel flat. 

Yang tak dengar lagi boleh klik dekat sini



LIRIK LAGU KEJAM
Artis : Siti Nordiana
Komposer : Datuk Wah
Lirik : Joe Zainol dan Datuk Wah
Studio : Rocketfuel Network

Tak kusangka
Kau musnahkan hidupku ini begitu saja

Hanya kerana
Kau dibutakan dengan kemewahan 
Di dunia fana

Oh kejamnya
Kerakusanmu itu mengatasi segala
Bergelumang dengan dosa
Tak kau hiraukan pembalasan pedih Maha Esa

Dendam yang tersemat 
Di jiwa
Takkan hilang selagiku bernyawa

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu 
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Inilah padahnya 
Tamak halobamu hanya memakan dirimu saja
Dendam di hatimu 
Hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu

Oh...

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Akhirnya kuhanya mampu berserah 
Kebenaran penyelamat semua

#AdeBranChallenge

Sunday 20 October 2019

Masa jalan-jalan dekat HQ Sinar Harian dekat Karangkraf semalam ternampak ada booth berhantu dekat pintu masuk.

'Kami cabar anda selfie dengan 'BENDA' yang anda TAKUT!'


Benda yang paling ditakuti haruslah pocong dekat belakang pintu tu. Dah la weekend, so agak sunyi jugak la area HQ Sinar Harian ni. Ada hadiah tau kalau selfie dengan hantu dekat sini lepastu post dekat IG. Selfie yang menarik dengan hashtag #AdeBranChallenge boleh menang RM100 tau! 




Idk bila challenge ni start sebab tengok dekat page Karangkraf admin macam dah start promote pasal hantu ni tapi yang took up challenge baru seorang je. Even admin tak mention pasal tarikh start atau apa. 

But I know lah mine wasn't qualified pun sebab dia nak selfie tapi I pergi bergambar. Apooooo awal lagi dah kalah sebab langgar rules. So kalau nanti you guys nampak challenge ni dah start, you guys pergi la berselfie semenarik yang mungkin. 

Nothing much pun dekat HQ Sinar Harian ni sebab weekend dia tutup lah even cafe pun tak bukak. 


Just jalan-jalan tengok port bergambar yang macam cun sikit nak pose. Dapat lah sikit walaupun tak banyak. Hahaha motif sangat kannnn...



Dah belengas sebab area sini tak ada air-cond, maka menuju la pulak ke next destination - Giant Shah Alam untuk renew roadtax. Rasa produktif betul bila dari awal pagi dah settlekan banyak perkara. Weekend well spent gittewwww!