Bulan lepas punya cerita bila my boss decide untuk buat jamuan makan-makan untuk raikan beberapa kejayaan our company had achieved in this year. Ikutkan plan asal nak makan dekat hotel tapi minimum pax untuk book private room mesti 40 orang and jemputan kami just 20 orang so pilih je lah mana yang ada.
Lagi satu hal bila waktu plan berubah dari dinner anjak ke lunch time sebab ramai yang ada meeting dan urusan lain afterwards. Untuk make sure semua dapat hadir, we have to reschedule lah. Lucky for us restoran The Wok ada seafood and private room ngam untuk 20 orang.
Lepas bayar deposit dan pilih menu bersesuaian dengan bajet, we ordered jenahak sweet sour sebab siakap dah habis, soft shell crab, sizzling tofu, buttered milk prawn, egg salt squid, yam cake, forest heaven, claypot brinjal and hot tea untuk 2 meja.
Lepas some rant and speech from my boss, we celebrate company success with our delicious food. My expectation untuk The Wok ni tak la tinggi mana tapi bila makan semua menu dia fuhhhh I'm impressed! Tak payah dah nak craving pergi South Sea lepasni sebab dekat sini pun dah berbaloi dan murah.
Sweet sour dia sedap but next time nak pilih ikan siakap sebab ikan ni banyak tulang. Memang kena hati-hati makan bila tulang dia agak besar untuk tersangkut di tekak.
Sepatutnya dah tak payah order Forest Heaven ni walaupun sedap sebab Claypot Brinjal dah cukup dah untuk sayur since every dish pun ada sayur. Claypot Brinjal dia sedap!
This one is worth to spend on for! Kalau you guys nak makan nasi putih dengan Sizzling Tofu ni pun dah cukup dah sebab sedap, cukup rasa. I guess nak diet boleh makan ni tapi kalau bertambah nasi tu tak jadi menu diet lah.
Butter Milk Prawn dia quite nice for me, must repeat again for sure. Walaupun tak berapa pedas but still nice.
Yum cake dia pun sedap, rangup dekat luar dengan inti ayam pedas tapi sebab dah terlampau banyak lauk, memang tak mampu nak habiskan sebab penuh sangat.
Didn't manage to capture the soft shell crab tapi recommended sangat menu tu sebab blend well dengan gravy.
Puas hati sangat makan dekat sini walaupun restoran ni agak sempit dan bising sebenarnya tapi bila dah lapar, dapat makanan sedap bukannya fikir sangat bab bising tu. Service quite nice, assistant manager memang ramah and banyak tolong customer pilih menu yang sedap.
Definitely will come again and have lunch in here tapi kalau nak datang masa peak hour kena buat reservation untuk mengelakkan kempunan di siang hari.
Production Company : Fox Star
Studios and Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 146 minutes
Release Date : 06 September 2019
Trailer :
Di saat ramai yang kutuk movie Student
Of The Year 2 tak melambangkan kehidupan pelajar sekolah langsung, well Nitesh
Tiwari come up dengan movie Chhichhore di bawah production house Sajid
Nadiadwala dan Fox Star Studios. Tengok trailer nampak macam cun jalan cerita
movie ni tambah dengan positive review dari movie critics so I decided to book
a ticket.
Sambutan dekat India tak tinggi
mana pun, even hall I pergi hari ni pun kosong so I boleh tengok dengan tenang
chill macam layan dekat rumah. Bindaassss!
Movie start dengan kisah keluarga
Anirudh (Sushant Singh Rajput) dan Maya (Shraddha Kapoor) yang dah berkahwin
dan dah pun bercerai walaupun bercinta dari zaman kolej. Both of them berkongsi
hak penjagaan untuk Raghav (Mohammad Samad), satu-satunya anak lelaki tunggal.
Sama macam parents dia, Raghav
ambil entrance exam kos kejuruteraan since both of his parents belajar dalam
bidang yang sama dan excel in their studies. Malangnya Raghav tak terpilih pun
untuk masuk ke kolej kejuruteraan. Disebabkan kecewa yang teramat sangat
walaupun parents dia tak pressure dia lansung pasal kolej, Raghav tak mampu nak
hidup dengan tag loser padahal parents hebat. So dia decide untuk terjun dari
tingkat atas.
The injury was real bad sampai
doctor minta Anirudh dan Maya untuk berdoa supaya Raghav selamat sebab bengkak
di kepala akan membesar dan perlukan surgery untuk selamat itupun peluang untuk
sembuh agak tipis tambah pula bila Raghav dah tak ada semangat langsung untuk
hidup.
Anirudh cuba contact balik semua
member zaman kolej dia untuk buktikan kepada Raghav yang diorang satu masa dulu
loser jugak, even menetap di hostel H4 – hostel untuk semua loser di kolej tu. Bukan
setakat loser in personal life tapi tak ada achievement yang boleh naikkan nama
hostel pun.
Setiap tahun ada General Championship untuk semua hostel bertanding
dalam 30 acara sukan dan dalam tempoh 15 tahun, hostel H4 tak pernah menang
apa-apa pingat pun. That’s why hostel diorang paling buruk, makanan paling
lemau, even fasiliti pun tak pernah upgrade tak macam hostel H3, hostel
kebanggan kolej.
Dari awal movie, Nitesh main dua
plot masa antara flashback zaman kolej LOSERS dengan present sebab setiap
cerita akan bagi tindak balas kepada Raghav dan memori kepada geng LOSERS juga
lepas 27 tahun tak jumpa. Walaupun dua plot masa bergilir dengan kerap tapi
hasilnya tetap cantik, jalan penceritaan tetap cantik teratur even momentum
cerita tetap buat kita rasa hooked dan curious on next scene.
Walaupun ramai pelakon dalam
movie ni, Raghav dengan kawan-kawan dia, geng LOSERS dan watak utama hostel H3,
masing-masing tetap menyerlah dengan dialog cantik dan padu and amazingly I can
remember them all with each character dalam masa yang singkat. Some quotes might be stretch from the real dialogues but better than nothing hshshs
"True friends are those..who tease you a lot when your time is great..and when the tough time comes, then the same vagrant friends are standing at your door"
"We always talk about success and what happened if our kid manage to score in exams but we never tell them what happened if they fail. They didn't prepare themselves to face failure in life"
Kalau bab watak yang dekat dengan
audience memang tak ada masalah langsung bagi Sushant. Proved it again and
again just like Kedarnath, M.S Dhoni, P.K., Kai Po Che. Tahir Raj Bhasin pun
mehyerlah sebagai Derek – the unofficial daddy of H4. Kalau dalam Mardaani dia
menyerlah sebagai villain, dalam Manto sebagai pelakon berkarisma, dalam movie
ni fuhhh macho habis. Varun macam biasa dengan watak kelakar dia dan Shraddha
dengan jadi cantik setiap screentime yang dia muncul.
Great job untuk wardrobe team for
recreating 90s vibe tapi annoying pulak tengok geng LOSERS tahun 2019.
Masing-masing kena makeup supaya sesuai dengan style tua padahal masing-masing
kaya. 2019 even yang dah berusia pun nampak hot and stylish okay. Come onnnn!
Ajay Devgn berlakon watak 50-an kot dalam De De Pyaar De, Salman Khan 70 dalam
Bharat but still cool and stylish.
Music album quite nice for low
budget movie like Chhichhore walaupun lagu bergerak seiring dengan jalan cerita
dan satu lagu dekat credit scene. Kalau masukkan lagi lagu pun tak kisah sebab
tak puas tengok 2 jam lebih! Kudos to Pritam!
Movie ni dari director yang sama
dengan Dangal so social message untuk parents dalam hal parenting quite strong
even I cried for some scenes bila Anirudh sedih tengok Raghav lose hope. Mesej bab parenting dalam movie ni quite special & datang dari hati sebab producer Sajid Nadiadwala luahkan isi hati dia untuk anak-anak supaya tak putus asa dalam hidup.
Dalam sedih tu sakit usus juga gelak dengan student life macam dalam movie 3
Idiots sebab perangai masing-masing sengal ubi masuk air. Ada yang kata
Chhichhore lagi best dari 3 Idiots, ada yang kata tak sampai tahap tu tapi
still nostalgic and best nak layan.
All in all for me hasil karya
Nitesh Tiwari dengan semua pelakon dan team Chhichhore did their best in
creating some life lessons, some nostalgic memories, some romantic vibes,
strong friendship bond with a bit of twist which great enough to watch and
entertaining. A must watch movie!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7,
8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10
Writer : Jung Yoo-Jung (novel),
Choo Chang-Min, Kim Yoo-Pyung, Lee Yong-Yeon
Cast : Ryu Seung-ryong, Jang
Dong-gun, Song Sae-byeok, Go Kyung-pyo
Production Company : CJ E&M
Corp
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 123 minutes
Release Date : 28 March, 2018
Trailer :
Adaptasi novel “7Nyeonui
Bam" karya Jung Yoo-Jung yang diterbitkan pada April 6, 2011 mengisahkan
tentang Young-Je (Jang Dong-Gun) yang mencari pembunuh anak perempuan dia, Oh
Se-Ryung (Lee Re) bila lari dari rumah dan dicampak ke dalam tasik.
Hyun-Soo (Ryoo Seung-Ryong) yang
stress dengan masalah family dia pergi ke kawasan empangan dalam keadaan mabuk.
Disebabkan kabus tebal dia terlanggar Se-Ryung sehingga cedera parah. Takut
dipenjara disebabkan memandu dalam keadaan mabuk, dia tutup saluran pernafasan
sehingga mati dan campak ke dalam tasik.
Lepas kejadian tu, Hyun Soo
ditangkap melalui bukti yang Young-Je bagi. Anak lelaki Hyun Soo, Seo-Won (Ko
Gyung-Pyo) terpaksa berhenti sekolah akibat dibuli kawan sekelas bila digelar sebagai
anak pembunuh. Dia jadi diver atas dorongan dari anak buah ayah dia, Seung-Hwan
(Song Sae-byok).
Hyun Soo dijatuhkan hukuman
penjara selama 7 tahun bukan sahaja atas kesalahan membunuh budak perempuan tapi
disebabkan membuka pintu empangan sehingga satu kampung tenggelam.
Jalan cerita movie ni agak complicated
bila Young-je suka dera anak perempuan dia setiap malam sampai Se-Ryung ambil
keputusan untuk lari dari rumah dan minta bantuan dari Seung-Hwan dan Seo-won
tapi semua ignore dia malam tu sampai dia takut sangat dan lari turun dari
bukit dan secara tak sengaja dilanggar Hyun Soo.
Ni bukan spoiler tapi ada dalam
first half movie, yang jadi kunci misteri untuk kejadian malam tu ialah punca
Hyun Soo buka pintu empangan sampai tenggelamkan satu kampung tanpa rasa belas
lepas bunuh Se-Ryung. Walaupun dia ada solid reason but still cara dia berfikir
agak bermasalah dari awal cerita.
Yang tanggung sengsara ni
Seo-won, hidup tak tenang sampai kena berhenti belajar. Tak ada study
background, tak ada kawan, tak dapat hidup dalam keluarga yang harmoni &
mental health dia terganggu.
Not recommended to watch this
movie apart from the gory scenes, physical abuse, sangat slow pace and jalan cerita dia adalah
flashback lepastu flashback lagi then tiba-tiba some flash out of nowhere yang
tak relate pun masuk. Character perempuan dapat mimpi mistik tu lagi lah entah
apa benda.
Movie ni tak ada moral compass
thus no social message cuma kita boleh tahu yang character macam ni wujud.
Sakit hati sangat part Young-Je sebab tak ada apa-apa balasan pun sebab dera
anak bini dia. Bahagia betul hidup dengan perangai saiko dia. Kalau setakat
merasa kehilangan tu tak payah lah kot.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9.
Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10
Production Company : Dharma Production, Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Romance/Action/Drama
Running Time : 145 minutes
Release Date : 10 May 2019
Trailer :
Sequel movie hit Student Of The
Year, movie debut trio Sid Malhotra, Alia Bhatt & Varun Dhawan kali ni jadi
platform debut untuk Ananya Pandey danTara Sutaria dengan lead cast dari Tiger
Shroff merebut gelaran Student Of The Year di St. Teresa.
Kalau dalam SOTY 1, pelajar
lelaki atau perempuan kena compete dalam study, dance competition dan triathlon
untuk menang trofi Student Of The Year tapi berbeza sikit kali ni bila compete
antara sekolah dalam acara sukan especially Kabaddi dan star student akan menang trofi Student Of
The Year.
Dance competition ada jugak dalam
movie ni tapi acara asing. Lagi extra bila ada dance competition peringkat
daerah. Cuma bab study, jawab exam je tak ada sebab masa dah banyak habis
dengan sukan dan menari. Macam talent school bukan tempat belajar. Dalam SOTY 1
nampak jugak scene study group, preparation untuk final exam bagai.
Bab cinta of course lah jadi main
focus dan sama macam SOTY 1 ada kes love triangle, bezanya dalam SOTY 2, Shreya
(Ananya Pandey) dengan Mia (Tara Sutaria) berebut nakkan Rohan (Tiger Shroff).
First half director dah tayang kisah cinta Rohan dengan Mia sebab bercinta dari
kecil lagi tapi bila masuk St. Teresa, Mia syok dengan Manav (Aditya Seal) sebab
handsome dan jauh lebih kaya dari Rohan. Student Of The Year dua tahun berturut
pulak tu.
Bila Manav sengaja kacau Mia
untuk distract Rohan, Shreya datang berbaik dengan Rohan sebab kesian tengok
Rohan dipergunakan Mia dan Manav sampai kena buang dari St Teresa. Lagipun
Shreya nak dance partner untuk menang dalam dance competition supaya dia boleh
pergi London.
Kalau dalam SOTY 1, kita boleh
tengok Rahul Nanda (Varun Dhawan) selalu diabaikan oleh ayah dia sebab pilih bidang
muzik dari business, dalam SOTY 2 ada Shreya yang diabaikan oleh ayah dan abang
dia sebab jadi punca mak dia meninggal masa lahirkan Shreya. Sentimental mode
tu ada tapi Varun did it better lah lagipun plot dalam SOTY 1 nampak lebih
relevan dan teratur daripada SOTY 2.
Nak sembang pasal scene kelakar,
I can say hambar compared to previous movie tapi ada la beberapa scene Shreya
yang menghiburkan especially scene Mia datang minta maaf dekat Rohan. Quite
impressed on how Ananya play her character well in this selain dari Aditya Seal
yang menyerlah sebagai watak antagonis. Kalau dalam SOTY 1 ada pengetua (Rishi Kapoor) sekolah yang menghiburkan dengan perangai dia, dalam SOTY 2 ada pengetua (Samir Soni) yang try hard being funny.
Music album SOTY 2 agak average
compared to previous movie walaupun guna kahidmat music director yang sama, Vishal–Shekhar.
Kalau music album SOTY 1 sampai boleh menang award Album Of The Year tapi music
album SOTY 2 dapat sambutan biasa je. Personally love Mumbai Dilli Di Kudiyaan,
Fakira dengan Hook Up Song.
Walaupun SOTY 1 nampak lagi
menarik jalan cerita, cast dan soundtrack album tapi SOTY 2 menang dekat visual
dia. Lighting, color grading, transition, effects, cinematography buat cerita nampak lebih
menarik dan sesuai dengan tema teen movie. Cuma kelakar part camera suka zoom
dekat muka Rohan bila mention pasal trofi Student Of The Year dengan part
tangan Manav buat circle masa game Kabaddi.
Overall untuk layan secara
santai, okay lah nak layan hilangkan bosan. Not bad for Ananya tapi sayang lah
Tara cuma dapat watak lemau sedangkan Aladdin can do much better for her acting
and singing career. Hopefully dia menyerlah dalam movie Marjaavan nanti.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4,
9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10
It's September! It's 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE!!
Berita baik untuk peminat Dunkin' Donuts, bermula sekarang hingga 9 September nanti, you guys boleh beli donat serendah RM1 dan beberapa baucar promosi dengan diskaun setinggi 90% bersempena 9.9 Super Shopping Day di SHOPEE.
“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami.
“Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,” kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.
“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.
"Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.
Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek boucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuklah Dunkin’ Donuts. Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.
Pihak SHOPEE juga memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan baucar yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.
Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Baucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.
“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts.
Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”
Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donut, Sila layari, https://shopee.com.my/dunkindonutsmy.os