Beans & Beans - Citta Mall

Sunday 10 March 2019

Cerita ni dah lama tapi tak basi lagi so kita tempek sini sebab nak review pasal Beans & Beans jugak. alkisahnya bila cuti nak release stress kena makan something good and sweet so pilih Beans & Beans sebab ternampak bingsu.


Harga semangkuk bingsu dekat Beans & Beans ni memang menangis jugak kalau hujung bulan sebab semangkuk RM19 tapi kalau nak makan sekali sekala tak ada masalah kot. Semangkuk ni elok share dua orang sebab ais cepat cair memang tak mampu nak habiskan semangkuk ni melainkan kau ada saka yang suka makan aiskrim.


Toast dia pun berbelas tapi kalau nak jimat, ambil la set combo drink and toast. Boleh pilih hot drinks ataupun bingsu. 


Tapi tak berapa maunya tekak dengan toast sebab selection dia tak banyak so ambil chicken pie sebab nampak sedap. Lepastu pilih chocolate bingsu je sebab bingsu buah tak ada. Yang lain pulak macam tak best dengan tekak. 

Lepas order terus bayar nanti dia bagi alam button so bila makanan dah siap device tu akan vibrate bergoncang meja. So you have to pick up your order at the counter. Sementara tunggu tu selfie lah dulu sebab lighting cantik, decoration kedai pun cantik. 


Anddddd order dah siapppppp


Bingsu dia memang penuh semangkuk dengan bahan lain tapi mangkuk dia quite tricky sebab tirus ke bawah. So visual ni tak seindah yang disangka okay. Bingsu ni rasa macam aiskrim coklat biasa je, nothing much really.


Tapi chickn pie dia sedap, bila makan melting dalam mulut. Nak pulak makan panas-panas memang nyummm sangat rasa ayam dengan mushroom soup. Makan dengan salad and chips, memang puas hati. If only this pie is bigger mesti lagi bahagia jadinya.


Lepasni tak sure nak singgah sini lagi or tak sebab service dia tak la best mana even staff pun tak ramah. Agak lama jugak nak tunggu order siap sampai boleh selfie beratus gambar lol nasib deco cantik. Nak try Mykori sebab banyak choice katanya, bingsu pun ada topping buah-buahan. Till then, happy bingsu!

Movie Review : Jalebi


Director : Pushpdeep Bhardwaj
Writer : Kausar Munir, Pushpdeep Bhardwaj
Cast : Rhea Chakraborty, Varun Mitra, Digangana Suryavanshi
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Viacom18 Motion Pictures
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 12 October 2018
Trailer :


Tertarik dengan music soundtrack & recommendation dari kawan, try layan movie Jalebi sebab trailer nampak menarik. Movie arahan Pushdeep menceritakan tentang kisah cinta Aisha (Rhea Chakraborty) seorang penulis freelance yang datang ke Delhi untuk cari ilham. Disebabkan kawan dia ajak utuk join sesi tour, Aisha mula suka dengan Dev (Varun Mitra) local tour guide.

Dari situ Aisha mula mengorat Dev sampai both of them decide untuk kahwin tapi mampu ke Aisha gadis bandar yang kaya nak adapt dengan suasana luar bandar dan hidup sederhana dengan Dev? Banyak benda yang Aisha kena berkompromi untuk cinta dia kepada Dev.


Tambah pula terikat dengan keluarga Dev nak pula bila mak Dev tak suka bila Aisha pakai kurang sopan ataupun merokok dalam rumah. Dev pulak tersepit antara mak ataupun Aisha. Tak lama lepastu Aisha mengandung tapi dia nak gugurkan sebab dia tak ready untuk jaga baby dalam usia muda. Dia baru umur 21, impian dia nak jadi penulis dengan company besar pun tak tercapai lagi tapi Dev yakinkan dia yang both of them boleh jadi parents terbaik untuk Disha –gabungan nama Dev dan Aisha.


Since then both of them happy tapi sayangnya Aisha gugur disebabkan accident, mak Dev pulak salahkan Aisha tak reti jaga anak sampai dicanangnya dekat semua. Aisha makin stress then decide untuk bercerai. Dev terpaksa biarkan Aisha pergi sebab dia pun dah penat dan stress terpaksa pilih Aisha ataupun mak dia. 


7 tahun kemudian, Aisha pergi Delhi untuk wedding kawan dia tapi terpaksa duduk satu gerabak dengan isteri Dev dan anak dia, Disha. Macam manan kejam Dev tak pujuk Aisha balik, macam tu lah kejam bini dia, nak main uji Aisha padahal Aisha dah cukup kuat halang diri sendiri dari bunuh diri sebab depression tak mampu nak move on dengan cinta dia untuk Dev. Tak mampu nak faham kenapa Dev fikir Aisha tu bunga walhal Aisha tu manusia. 


Jalan cerita Jalebi memang best tapi lakonan Rhea bila masuk intense scenes jadi penghalang untuk movie ni pergi lagi jauh. Tapi menangis jugak lah kalau siapa yang merasa stress hidup dengan keluarga mertua lepastu suami pesen tak mampu nak pilih isteri ataupun mak. Cinta je cukup bila kita berdua tapi bila masuk orang lain dia mula nak lompong sana sini.

Music soundtrack movie Jalebi memang best especially lagu Pal nyanyian Arijit Singh dengan lagu Tumse nyanyian Jubin Nautyal.


Cinematoghraphy movie ni cantik sebab shooting dekat Delhi nak pula Dev tourist guide dekat situ so banyak la bangunan dan tempat cantik dekat Delhi yang jadi latar untuk movie ni. Ada jugak some scenes dekat Switzerland bila Aisha dengan Dev honeymoon and dekat Kashmir.




1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.8/10

Happy International Women's Day - Women's March 2019

Saturday 9 March 2019

Penuh dekat timeline status pasal Women's Day yang sepatutnya jatuh 6 Mac tapi anjak kepada 8 Mac sebab perempuan lambat bersiap but we are not gonna talk about that because that is so lame for 2019. Bersepah je jumpa lelaki yang lambat bersiap sebab setting rambut lewlz. 

Image result for women day

Anyway, tanggal 9 Mac 2019, perhimpunan aman diadakan di KL dan juga di KK, Sabah sebab nak melantangkan suara menentang kezaliman dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak. For sure I tak dapat nak join sebab bekerja so I just scroll my timeline untuk tahu updates dari perhimpunan ni. Ramai juga aktivis dan NGO yang join which is great to watch. 

Antara tuntutan-tuntutan keadilan yang diketengahkan di perhimpunan ni adalah :



Was it succeed? Was it failed?

Who knows the outcome of it tapi memang happy tengok perarakan ni dengan colourful placard to fight the injustice in our system and law. Bukan setakat perempuan je yang datang, ada juga lelaki yang join tapi jadi isu bila ramai individu LGBTQ yang turun so the news headline turns out ugly. 

Again, I don't wanna talk about LGBTQ community because it is not wrong to fight for a great cause. Bukan salah diorang atau penganjur kalau yang menentang tu datang dari komuniti yang tak diterima masyarakat sedangkan tuntutan dan objektif perhimpunan tu jauh lagi besar dari ego manusia dangkal. 

So here are some of the pictures from the Women's March 2019. Credit to the owner of the tweets & pics :)























BONUS : 


Its great to watch lots of powerful quotes flying in the air with loud voices speak and fight for women's right. Lately memang banyak penindasan yang berlaku walaupun kita ada banyak agensi yang hulurkan bantuan. Banyak kes name and shame but it is not enough bila pelaku semakin meliar. 

Mungkin perhimpunan ni mustahil untuk ubah masyarakat yang dah terbiasa dengan beberapa perkara dan budaya tapi tak mustahil sesuatu yang kecil boleh jadi perubahan besar, kan? Happy International Women's Day for women out there.