4 Tips Elak Masalah Lupa

Monday 19 November 2018



Sebulan lebih je lagi untuk kita masuk ke 2019, ada yang dah prepare Azam 2019? Ada yang dah prepare dengan schedule 2019? Tahun baru, kisah baru, rancangan baru, hidup baru tapi macam mana kalau kita terlupa?

Penyakit lupa ni agak common dalam kehidupan seharian, even dah ingat pun tetap jugak tercicir satu, dua benda ataupun semua sekali. Sebelum 2019 menjelma, here some tips for you guys untuk jadikan tahun 2019 lebih berjaya dan bermakna.

1. Cara hidup yang sihat

Quite cliché and classic tapi ni sebenarnya salah satu cara yang efektif untuk kuatkan ingatan. Tidur yang cukup 6-8 jam, makan banyak sayur dan buah supaya badan dapat nutrisi terbaik, makan kekacang dan kismis, banyakkan minum air mineral sekurangnya 2 liter sehari, elakkan merokok ataupun alkohol, workout 3 kali seminggu supaya otak lebih cerdas.

2. Elakkan Stress

Selalu stress dan hidup dalam kemurungan antara punca utama otak lupa atau tumpul sebab tekanan mengganggu kesihatan mental. Stress boleh sebabkan otak kita tak fokus dengan info sedia ada atau gagal terima info yang baru bila neuron hipokampus di lobus temporal berkurangan. Nak tajamkan ingatan kena kurangkan masalah sedia ada ataupun kurangkan perkara negatif yang jadi sekeliling kita.

3. Banyak Membaca

Related image

Walaupun sekarang zaman visual tapi membaca sebenarnya mengasah minda kita untuk lebih tajam dan cekap sebab minda jadi kreatif dan bermain dengan imaginasi berbeza dengan melihat. Kita cuma menerima sampai otak jadi malas nak bergerak. Azam tahun baru ni patut masukkan membaca dalam senarai tambah pula Menteri Pendidikan kita nak hidupkan kembali budaya membaca.

4. Rancang Dengan Teratur

To start with something big you guys kena merancang sehabis baik, tak cukup kalau setakat tulis memo untuk semua yang perlu dilakukan tapi dengan bantuan planner cantik ni for sure hari akan berjalan lebih lancar sebab dah teratur cantik dah.

Planner Aqisbi Planner Terbaik Untuk 2019


Yang bestnya dalam planner ni bukan setakat boleh tulis apa yang perlu kita buat untuk sekian tarikh tapi boleh juga keep track financial dan aktiviti ibadah kita. Baru nampak progress ibadah kita dekat mana, makin bagus atau makin lemau.





Bukan setakat catit tugasan harian je tapi boleh buat review performance you guys dalam sebulan tu macam mana. Makin meningkat ataupun flat je tak ada perubahan langsung. As a blogger, monthly review ni sangat penting sebab nak tengok performance blog di tahap yang memuaskan ataupun hambar je. Daily dah, monthly pun dah review, mesti nak tengok performance tahunan jugak kan? Fret not, dalam planner ni ada tersedia!



Agak bosan dengan kehidupan seharian, sambil organize tapi sambil main dengan imaginasi sendiri dengan beberapa doodles comel. Nak melukis pun boleh tapi tangan kayu macam kita ni lukis matahari dengan bukit dan laut je lah.


Dalam setahun mesti ada beberapa kali kita tersalah buat keputusan ataupun rasa down dengan ujian so dalam planner ni dah letak siap-siap dah segala motivational quote supaya you guys mampu cross out azam dengan jayanya. 


Nak beli senang je boleh dapatkan dekat Shoppee ataupun di FB Page Aqisbi Planner sendiri dengan harga RM25 sahaja! Beli 1 planner boleh dapat 1 notepad percuma dengan 1 memo pad percuma. Kalau follow mungkin dapat hadiah istimewa dari tuan rumah. Tak rugi pun beli disamping design yang cantik dan comel dengan isi yang padat dan padu. Tempahan dah dibuka sebelum 2019 menjelma! Grab cepat sementara tengah banyak stok ni.

Movie Review : GOLD

Saturday 17 November 2018

Related image

Director : Reema Kagti
Writer : Javed Akhtar
Cast : Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Amit Sadh, Vineet Kumar Singh, Sunny Kaushal
Production Company : Excel Entertainment
Distributor : AA Films India, Zee Studios Intl
Genre : History/Sports/Drama
Running Time : 153 minutes
Release Date : 15th August 2018
Trailer :


Lepas beberapa movie bertemakan sukan terutamanya sukan kriket dan wrestling, kali ni disajikan pula dengan movie bertemakan sukan hoki lepas berdekad kemunculan movie Chak De! pada tahun 2007.

GOLD mengisahkan tentang satu pasukan hoki negara India yang ditubuhkan sejak tahun 1936 dan bermain di bawah negara British since India belum merdeka dari penjajahan lagi. Tapan Das (Akshay Kumar) merupakan manager team hoki negara dengan barisan pemain yang agak hebat masa tu.

Image result for gold movie 2018

Walaupun team ni hebat tapi tak semestinya kejayaan milik diorang sebab main di bawah British, of course kemenangan tu hak milik British. Bila menang pun nyanyi lagu British bukannya lagu India. Disebabkan benci ditindas, Tapan Das nak tubuhkan satu team hoki negara untuk jadi wakil India dekat Olympic 1948.

Sana sini Tapan Das cari sponsor, cari balik semua player hebat dia dan tempat untuk berlatih tapi sayangnya bila team dah serasi bergerak sebagai satu kumpulan, India berpecah dan wujud Partition sebelum capai kemerdekaan. Team hoki tu pun hilang ramai permata sebab Muslim akan berpindah ke Pakistan sementara Hindu stay di India. Bukan takat berpecah je tapi ada yang trauma kena ugut bunuh dan dipukul.


Hancur harapan Tapan Das nak bawa team hoki ke Olympic, memang dia putus asa sangat sampai hari-hari mabuk. Tapi bekas kapten hoki negara, Samrat (Kunal Kapoor) bagi semangat siap janji nak tolong dia train team hoki kalau dia mampu cari sponsor, player dan tempat berlatih. Gigih Tapan Das cari sampai dapat dengan bantuan isteri cantik dia, Monobina Das (Mouni Roy).

Kelemahan Tapan Das ni cuma satu, suka minum arak sampai mabuk teruk sudahnya disebabkan ketagihan melampau, dia kena banned dari join Olympic. Sudahnya team yang dia jaga dan train tu pergi ke London tanpa dia.


Movie GOLD ni walaupun caca marba jalan cerita dia tapi lakonan semua pelakon memang terbaik even screentime sikit tetap bagi impak pada jalan cerita. Sebelum ni tak pernah lagi layan lakonan Mouni Roy dalam drama Naagin tapi bakat dia memang terserlah dalam movie GOLD, bukan semata mengharapkan muka cantik dan jadi penghias movie semata. Sama juga dengan lakonan Amit Sadh sebagai Putera Raghubir yang lahir sebagai centre forward memang kelakar nak layan.

Jalan cerita tak lah caca marba sangat cumanya kalau dipendekkan kisah hidup Tapan Das dan lebihkan perjalanan team hoki ni mungkin lagi best. Watak Tapan Das yang diadaptasi dari kisah AC Chatterjee, manager team hoki India nampak lemah dalam movie ni disebabkan alcohol addiction padahal tak ada pun side tu. Cuma ditambah untuk bagi nampak lebih drama tapi World War II dengan Partition tu sendiri dah boleh bagi kesan mendalam kepada penonton. Ada scene yang agak fiksyen macam scene Tapan Das pujuk sami bagi tempat tinggal kepada player. It just mehhhhh to me.


Sama macam tajuk, memang team hoki India menang emas dekat Olympic tapi berbeza lah dalam movie ni cara diorang boleh menang emas tu. Kalau dalam movie tunjuk pasal unity dan semangat untuk kalahkan British tapi hakikat sebenarnya team hoki India memang kuat masa tu. Even masa separuh akhir dah menang besar dah.

Untuk movie ni sengaja Reema create scene drama macam tu supaya berdebar bila tengok. Memang berdebar pun sampai bersorak sakan bila diorang gol cumanya muncul jugak soalan macam mana Tapan Das boleh simpan player emas dia, si Himmat Singh ( Sunny Kaushal) sampai saat akhir macam tu. Kalau kita, even hebat pun mesti dah nervous teruk tapi dalam movie ni memang jadi shining armor sangat.


Dalam movie ni terlampau banyak lagu yang buatkan jalan cerita jadi panjang, lagu pun tak best lagi lah lemau nak layan. Cuma lagu negara India, ‘Jana, Gana, Mana‘ je yang mampu buat rasa semangat sangat nak tengok. Walaupun lagu negara orang lain tapi sebab Reema berjaya garap scene hockey match dengan baik, rasa bangga sangat dengan jasa team hoki mengharumkan nama negara.

Sembang pasal visual memang nampak cantik cuma ada beberapa scene, nampak ketara sangat VFX dia terutamanya scene Tapan Das pujuk Imtiaz (Vineet Kumar Singh) jadi kapten team hoki dan bantu Tapan pilih player team negara.


Walaupun ada flaw dalam jalan cerita tapi memang berbaloi layan sebab lakonan setiap pelakon berjaya timbulkan semangat kesukanan dan patriotik ditambah dengan dialog padu karya Javed Akhtar.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

Caramel Pudding Marble Cake Masya!

Thursday 15 November 2018

Dah lama tak makan pudding caramel sebab susah nak jumpa satu hal, susah nak jumpa yang tak manis sangat dan tak hanyir telur pun satu hal. Last week nampak kawan post dia buat adunan kek baru. Laju je tangan kata nak padahal makan kek bukannya banyak mana pun.

Dah settle share location rumah dengan sembang harga, Ahad petang dapat jugak merasa air tangan dia. Tapi masa dapat tu tak terus makan sebab kek ni kena makan masa sejuk. Petang masuk, malam baru dapat rasa. Sanggup tunggu sebab dah craving lama sangat dah.



Nampak macam biasa je, tapi bila masuk dalam mulut fuhhhh terbaik! Kena dengan tekak sebab tak manis sangat dan tak rasa hanyir telur tu. Makan masa sejuk pulak memang merinding amat!


Marble cake dekat lapisan bawah pulak lembut, sedap dan cantik! Even makan pada hari ketiga pun still sedap lagi. Kek dia pun tak lembik terendam disebabkan pudding caramel dekat lapisan atas. Day three and still rocking. 

Since makan tak banyak sangat, bawak pergi office bagi yang lain merasa jugak and yupp diorang pun suka. Habis licin satu box ni. Berbaloi sangat beli, nanti bila craving nak order lagi sebab rumah tak lah jauh mana so dia boleh COD je. 



Satu box harga RM35 termasuk COD. Cover area Shah Alam dengan Subang tak silap. Nak order PM je dekat FB dia okay. Kalau nak beli je lah, kalau nak mintak resipi tu tak jamin la pulak boleh dapat ke idak. Ciao!