Movie Review : Fanney Khan

Monday 15 October 2018



Director : Atul Manjrekar
Writer : Hussain Dalal, Abbas Dalal (dialogues)
Cast : Anil Kapoor, Aishwarya Rai Bachchan, Rajkummar Rao, Divvya Dutta, Pihu Sand, Satish Kaushik
Production Company : T-Series Films, Rakeysh Omprakash Mehra Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network
Distributor : T-Series Films, AA Films
Genre : Musical/Comedy/Drama
Running Time : 129 minutes
Release Date : 2 August 2018 (United Arab Emirates, 3 August 2018 (India)
Trailer :



Fanney Khan mengisahkan tentang usaha seorang ayah, Prashant Kumar Sharma alias "Fanney Khan" cuba untuk jadikan anak kesayangan dia seorang penyanyi superstar sehebat namanya, Lata (Pihu Sand) diinspirasikan oleh Lata Mangeshkar.

Tapi bukan senang nak buat album, nak labur satu album pun dah makan juta rupees, belum masuk kos promosi album lagi. Macam mana seorang pekerja kilang nak dapat duit sebanyak tu? Lagi parah bila kilang tempat Prashant kerja ditutup secara tiba-tiba sebab bos seleweng duit syarikat. Hancur impian dia nak tengok anak dia jadi penyanyi. Nak survive dengan duit simpanan dia hasil pandu teksi pun berapa lah sangat.

Image result for fanney khan

On the other hand, Baby Singh (Aishwarya Rai) dah fed-up dengan permintaan manager dengan producer yang nak dia buat benda mengarut supaya rating program diorang naik. Dulu dia jadi penyanyi sebab impian dia tapi sudahnya dia dipergunakan orang je. Ada bakat pun tak guna sebab orang suka dia sebab dia cantik. Dia nak cuti, nak lari dari life dia yang serabut.

Hari dia lari dari manager dia, hari yang sama dia naik teksi Prashant sudahnya Prashant letak pil tidur dalam air mineral dia sebab nak culik untuk minta duit. Ni semua gara-gara anak dia bagitahu Baby Singh boleh dapat 3 juta rupees untuk sesi poting riben. Dia kerja kilang sampai tua pun takkan mampu dapat duit sebanyak tu.

Related image

Dengan bantuan kawan sekerja dia, Adhir (Rajkumar Rao) ditugaskan jaga Baby Singh sementara dia cari jalan untuk minta duit tebusan dari manager Baby Singh. Tapi Adhir ni jenis lurus, senang je kena tipu dengan Baby. Dari menculik Baby jadi rapat lepastu jatuh cinta. Sementara diorang dua ni happy bercinta, Prashant dah terperangkap dengan tipu helah manager Baby demi capai impian tengok Lata jadi penyanyi.

Image result for fanney khan

Jalan cerita movie ni agak messy dari awal sampai lah habis walaupun lakonan Anil dengan Rajkumar cuba untuk selamatkan penonton dari mati kebosanan. Kenapa mengarut? Mana ada orang bash kalau setakat nak jadi penyanyi. Seriously I’ve watched various Bollywood reality show, appearance bukan syarat utama pun untuk success kalau setakat nak jadi penyanyi. Kalau untuk jadi pelakon, memang dari kepala sampai kaki orang judge.

Secondly, apa benda Baby Singh merapu pasal Btown industry? Hard work and talent will get you on top? Hipokritnya! 2 kali dia ulang dan tekankan dalam movie yang benda ni tak berlaku dalam industry padahal manager miang dengan semua perempuan dia jumpa. Belum masuk Aishwarya try hard nak jadi sexy and seductive. Lepas Ae Dil Hai Mushkil and now this.

Related image

Movie ni mungkin tak sesuai untuk tontonan sekeluarga sebab mesej sosial dia agak bercanggah dengan adab budaya kita. Lata Sharma dari awal movie sampai habis movie marah ayah dia sebab tak bagi duit belanja padahal dia tak ada effort pun nak bantu family. Kerja dia tidur, makan, berangan jadi penyanyi. Annoying sangat sampai rasa nak penampar je budak gemuk ni. Malu bila orang kutuk gemuk tapi tak ada langsung effort nak kuruskan badan. Dah lah pemalas.

Soundtrack album dalam movie ni biasa je untuk genre musical movie tapi lagu Mohabbat fun and catchy but still rasa nak penampar bila tengok choreography. Cincai sama macam jalan cerita movie ni. Lagu Tera Jaisa Tu Hai pun biasa je padahal lagu tunjang utama dalam movie Fanney Khan ni. Lirik dia cantik tapi tak strong macam lagu Main Kaun Hoon dalam movie Secret Superstar padahal lebih kurang je mesej lagu ni.


Sayang tengok bakat lakonan Anil dengan Rajkumar Rao tersia dalam movie FK ni tapi sebab movie ni dah dapat bayangan macam mana chemistry dua pelakon berbakat ni dalam movie Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga nanti! Tak sabar nak tengok!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 5.1/10

Movie Review : Dhadak

Saturday 13 October 2018

Related image

Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Ishaan Khatter, Janhvi Kapoor, Ashutosh Rana, Ankit Bisht, Shridhar Watsar, Aishwarya Narkar, Kharaj Mukherjee, Godaan Kumar
Production Company : Zee Studios, Dharma Productions
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama/Romance
Running Time : 138 minutes
Release Date : 20 July 2018
Trailer :



Dah lama tunggu movie debut anak SriDevi, Jhanvi Kapoor dengan adik Shahid Kapoor, Ishaan Khatter ni sebab Karan Johar dah hype diorang dua sebelum finalise leading actor lagi. Selalunya debut movie memang akan dapat genre romantic drama ataupun rom-com je sebab yang tu paling senang nak dilakonkan. Dhadak adaptasi dari movie Marathi, Sairat yang mendapat kutipan 1 billion.

Dhadak mengisahkan tentang kisah percintaan "Madhu" Bhagla (Ishaan Khatter) dan Parthavi Singh (Janhavi Kapoor) di Udaipur, India. Tapi percintaan diorang berdua terhalang disebabkan kasta berbeza. Madhu cuma anak owner restoran biasa di Udaipur, Parthavi pulak anak keturunan diraja dan ahli politik, Mr. Ratan Singh (Ashutosh Rana).

Related image

Walaupun Madhu dah bersumpah dengan ayah dia takkan jatuh cinta dengan Parthavi tapi Parthavi sengaja ugut Madhu tak boleh ikut dia pergi mana-mana lagi. End up, diorang kantoi dengan Mr. Ratan sudahnya Madhu dengan kawan-kawan dia kena belasah dalam penjara. Restoran ayah dia pulak kena raid dan disaman sampai bankrap.

Madhu dengan Parthavi berjaya larikan diri sampai ke Kolkata dengan bantuan pakcik Madhu di Nagpur. Di Kolkata, life Madhu dengan Parthavi agak susah sebab sebelum ni parents diorang yang sediakan semua benda tapi di Kolkata diorang kena cari duit sendiri untuk survive. Untuk Madhu cari duit tu tak susah pun sebab dia pun bekerja sambil belajar masa dekat Udaipur.

Image result for dhadak

Agak susah bagi Parthavi nak adapt dengan kehidupan macam tu, sebelum ni tinggal dekat mahligai, semua benda yang dia nak dia cuma mintak je. Dia tak suka something, dia mengadu je dengan ayah dia. Dekat Kolkata, dia tak suka something dia tetap kena hadap. Dia pun bukannya faham sangat bahasa Bengali.

Ingatkan dia nak give up dan lari balik ke Udaipur tinggalkan Madhu rupanya dia stay. Dia pun sama macam Madhu, usaha sampai kehidupan diorang berubah sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, Parthavi selalu contact dengan mak dia sebab rindu. Madhu dah memang lupa terus dengan family sebab ayah dia dah buang dia sejak bankrap.

Image result for dhadak

Jalan cerita movie ni biasa je, for me cerita cinta berbeza kasta sampai larikan diri dari keluarga ni dah banyak difilemkan di Bollywood cuma perjalanan kisah cinta tu yang berbeza. Ada yang bad ending, ada yang happy sampai ke tua. Dhadak dalam kategori yang mana, tu kena tengok sendiri lah.

Lakonan debut Ishaan dengan Jhanvi ada strong chemistry especially for a romantic scene. Even for comedy pun comel especially part Madhu nak papi. Bila tengok lakonan Ishaan teringat lakonan Shahid since both of them belajar dekat sekolah lakonan yang sama. Mesti la dapat tunjuk ajar dari cikgu yang sama kan?


Untuk Janhvi, walaupun belum mampu capai tahap mendiang ibu dia lagi tapi for a debutante, she did great. Lakonan dia more to innocence and natural. Her eyes speaks volume. Leaves impression in emotional and dramatic scene. Tambah pula dia sendiri yang request dekat Karan Johar untuk berlakon dalam movie ni. So boleh kata dia well prepared lah. Brownie points, Jhanvi menari cantik sangat masa dekat kelas tarian tu. Debut under Dharma gives her advantage for being pretty onscreen.


Suka tengok kesenian bangunan bersejarah di Udaipur dan bandar Kolkata dari lensa Vishnu Rao. Costume pula dari collection Manish Malhotra, memang menyerlah lah kecantikan watak heroin yang datang dari keluarga kaya. Soundtrack album dia yang buat ramai tertarik especially lagu tema Dhadak. Gabungan suara Ajay dan Shreya mengasyikkan. Thanks to Farah Khan for a beautiful choreoghraphy in Zingat. 


Should I recommend you guys for this movie? Yes! It still haunting me till this day kot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10

Movie Review : Hotel Transylvania 3 - Summer Vacation

Friday 12 October 2018

Image result for hotel transylvania 3 summer vacation

Director : Genndy Tartakovsky
Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher, Kathryn Hahn, Jim Gaffigan, Mel Brooks
Production Company : Sony Pictures Animation
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Comedy
Running Time : 97 minutes
Release Date : June 13, 2018 (AIAFF)
July 13, 2018 (United States)
Trailer :



I rarely watch animation movie but this franchise definitely my fav pick to watch. Kali ni Hotel Transylvania mengisahkan tentang Drac and family pergi bercuti di Bermuda Triangle sebab nak rest dari kerja yang menimbun dekat hotel diorang. So Mavis (Selena Gomez) book cruise hotel untuk diorang. Oh ya, his friends pun ikut sekali. Ha’ah serigala dengan ratusan anak dia tu.

Dalam movie kali ni memang serigala happy sebab dekat cruise tu ada service jaga anak customer so diorang happy sangat boleh hidup bebas dari anak-anak diorang. Papa Drac (Adam Sandler) pulak tak habis pertikaikan kenapa boleh wujud cruise hotel. Kalau setakat nak bercuti dekat hotel, dia pun ada hotel. Mehhhhh

Related image

Kalau dalam HT 2, Mav yang angau kena panahan Zing! Tapi dalam HT 3 ni, Papa Drac pulak yang terkena Zing! Lepas dah beratus tahun hidup sendiri sejak Mama Drac mati, 100 tahun yang lepas. Tapi Mavis tak boleh terima sebab Zing! cuma jadi sekali je seumur hidup. So she thought Papa Drac just faking it. Since then, Mavis cuba untuk cari apa muslihat Captain Erika (Kathryn Hahn) hadir dalam hidup Papa Drac.

Tekaan Mav tepat bila Captain Erika sebenarnya cucu pembunuh Dracula yang famous sejak dulu, Abraham Van Helsing (Jim Gaffigan). Ni bukan spoiler tau sebab first half pun director Genndy Tartakovsky dah bagitahu siapa sebenarnya Captain Erica dan niat jahat dia. Mungkin sebab movie ni dah aim audience dia kanak-kanak, so jalan cerita dia pun ringan dan santai je.

Related image

Jalan cerita movie ni biasa je nak pulak bila plot twist dan ending tu dah boleh dijangka dah tapi yang best nak tengok bila scene kelakar dari Papa Drac bila jatuh cinta. Dari Drac yang mengerikan kepada Drac yang angau. Scene Jelly tu pun comel, mabuk laut sampai keluar baby jelly. Tapi ada juga scene yang hambar dan agak draggy tapi tak banyak pun.

Mesej sosial dalam HT3 ni ketengahkan tentang perbezaan monster dan manusia dalam kehidupan tapi masih boleh hidup bersama. The message is strong but the way director portray it is weak. Seriously weak. Tapi mesej family bonding agak kuat dan cantik. Sweet relationship antara Mavis-Johnny, Mavis-Papa Drac, Papa Drac and his friends seems quite lovely and warm. 

Related image

Nasib tak tengok dekat cinema movie ni but still I have fun watching this movie at home. Harap nanti HT 4 ada storyline yang lagi umpph untuk adults and kids itupun kalau ada lagi lah sebab hamper kerugian jugak producer franchise ni since kutipan tak balik modal. Anyway blah blah blahhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10