Waterpark Bukit Merah Laketown, Perak

Friday 28 September 2018

Tarikan utama di Bukit Merah Laketown haruslah waterpark dia yang dibina sebesar 4.4 hektar dan merupakan antara waterpark yang terbesar di Semenanjung Malaysia. At first waterpark ni hanya untuk owner kediaman di Bukit Merah je tapi diorang rasa lagi best kalau dibuka untuk orang ramai.

Image result for bukit merah

Dekat sini ada 14 permainan termasuklah Chairlift/Gondola, Lazy River, Giant Wet Bubble, Giant Tube Slides, Kids Adventure River, Water Speed Slides, Jumbo Shower, Perak Mining Company, Water Pillar, Boomerang. Fun fact, dekat Bukit Merah Waterpark je you guys boleh jumpa Boomerang ni tapi tak ramai pun yang berani nak try Boomerang ni sebab boleh tertinggal jantung dekat belakang. Okay, just kidding. You guys will be just fine. Kot.

Image result for bukit merah waterpark

Harga tiket untuk masuk waterpark dalam RM54 tapi rajinkan lah diri check dekat FB Bukit Merah sebab masa kitorang pergi ni tengah ada Merdeka Deals so harga tiket boleh drop sampai RM28 per person. Dah jimat banyak kan dekat situ?! Belum lagi kalau korang bertuah join sukaneka dekat bahagian luar macam dalam entri ni. Untung badan, boleh masuk free je siap bermalam dekat hotel lagi. Jangan risau, admin dia memang rajin update dan reply komen dengan gif and memes lagi.

I can say waterpark Bukit Merah ni kids friendly sebab banyak pool kanak-kanak dan paras air pun tak dalam sangat. Sangat sesuai untuk family beriadah ataupun lawatan sekolah kanak-kanak. Cuma yang tak bestnya banyak permainan ditutup masa kitorang pergi tu so main apa yang ada je lah. No wonder lah murah hahaha. Not sure kalau ada masa tertentu yang dia buka tapi rasa macam dah berkurun tak guna je, chairlift pun jadi hiasan je dekat bahagian atas. Its too bad since chairlift one of the attraction in here.

Related image
credit - google

Since pergi dekat waterpark ni memang nak release stress lepas penat berkerja, memang handphone simpan je dalam loker. Yet again lepas kes terlupa dekat Wet World, boleh jugak lupa nak beli waterproof case supaya senang ambil gambar dekat kawasan macam ni.

Since my experience for waterpark wujud dekat Wet World Shah Alam which you can read here, I can say I prefer Wet World lah sebab dekat Waterpark Bukit Merah ni banyak sangat cekadak dia. Tak boleh pakai baju ada zip lah, tak boleh ada butang lah, tak boleh ada kolar lah, yang pakai brooch haruslah tak boleh, senang cerita memang khas untuk swimsuit je untuk certain attractions. Dekat Wet World chill je pakai baju kelawar pun boleh untuk semua attraction. Bayar tiket untuk main semua tapi dapat main half of it or maybe not even half so what’s the point kan?

Image may contain: outdoor

For now waterpark kena tutup sampai tahun depan sebab nak buat some renovation dan kerja-kerja pembersihan. Dengar cerita nak tambah lagi attractions and games dekat waterpark ni macam Mini Tornado Slide dan Race Slides, so I hope next year boleh datang enjoy dekat sini lagi and create more memories.

Graffiti Competition Bukit Merah Laketown

Wednesday 26 September 2018

Masa awal masuk ke Bukit Merah Laketown ni ternampak graffiti artist tengah design new graffiti dekat dinding bangunan. Rupanya ada graffiti contest dari 15 September hingga 16 September 2018. Hadiah wang tunai berjumlah sebanyak RM12,500 dan beberapa hadiah lain. 


Sebanyak 10 kumpulan yang menyertai pertandingan ni dan bertemakan Sayangi Malaysiaku bersempena Hari Malaysia. 3 September hari pemilihan design yang dihantar oleh artis-artis graffiti di email bmlrgraffiti@gmail.com kemudian dipilih ke peringkat final di Bukit Merah Laketown. 







Since tengok yang masih in progress so tak boleh nak pilih design siapa yang cantik. Check dekat FB Bukit Merah pun tak ada update siapa pemenang Graffiti Competition ni sebab Ahad dah bergerak ke tempat lain so memang tak jejak dah Bukit Merah Laketown Resort ni. I guess one of them ada yang buat graffiti di Taman Tasik Taiping but this is just a wild guess haha. 


Selain dari graffiti competition ni, ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan acara sukaneka ringan. Kalau berjaya boleh dapat tiket percuma untuk masuk themepark ataupun bermalam di resort Bukit Merah Laketown. So kitorang cuba nasib....



...dan tak berjaya haha ingat senang ke nak menang sesuatu yang besar? Memang tak dapat la derr. Peraduan Teka Kuaci tu pun entah siapa yang bertuah. Nak kira satu hal, tu pun belum tentu mengena kiraan tu. Tapi tak mahal pun nak join, dalam RM3 je satu game. 

Bukit Merah ni ada banyak promo deals masa Hari Merdeka dan Hari Malaysia, mungkin sebab banyak cuti kot so boleh lah buat pakej menarik untuk tarik pengunjung. Harap tahun depan ada lagi so boleh datang lagi sini. 

Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown


Alang-alang dah datang ke Bukit Merah, bukan selalu dapat tengok Orang Utan walaupun ada yang kata jejak kasih dengan kawan lama. Hey, it's not nice to say things like that. We should be proud of our nation mascot.



Tbh, ni pertama kali tengok Orang Utan depan mata. Selama ni kalau pergi zoo Orang Utan taknak keluar ataupun tengok dalam TV je. Harga tiket nak pergi ke Pulau Orang Utan ni RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak tapi boleh dapat dengan harga rendah kalau you guys menginap di hotel Bukit Merah Laketown. 

Kenapa harga tiket mahal? Sebab pakej naik bot merentas Tasik Bukit Merah. Pulau Orang Utan ni dibuka dari jam 9 hingga jam 6 petang. Setiap trip dalam masa 45 minit. 




Hari kitorang pergi ke pulau tu agak berangin so at first takut jugak nak naik kang tak pasal mabuk pulak sebab dia bergelora dashat jugak tapi okay je siap boleh bergelak ketawa sebab bot bergerak perlahan je cuma sekali sekala terpercik air tasik tu dekat muka. 

Perjalanan dari jeti ke Pulau Orang Utan agak lama sebab Tasik Bukit Merah seluas 40sqft. Dalam perjalanan tu boleh nampak rumah banglo cantik, villa Kampung Air, skycycle di Ecopark, Themepark Bukit Merah dengan landasan keretapi Bukit Merah. Ikan je tak nampak melompat sana-sini padahal dekat tasik ni port kaki pancing. Mungkin ikan tidur.


Sampai je dekat Pulau Orang Utan, kitorang disambut oleh Kak Lina yang cantik dan ramah sebagai tour guide dekat pulau ni. Tak panjang pun trail untuk tengok orang utan ni dalam 200 meter je sebab kita dalam cage meanwhile orang utan berkeliaran sini sana.



Kak Lina dah pesan awal-awal dah, kalau jenis bernasib baik dapat la tengok orang utan. Kalau tak, memang seekor dua je yang keluar tayang muka. Alhamdulillah nasib kitorang baik sebab dekat jeti pulau pun dah nampak 2 ekor orang utan bergayut dekat pokok.


Masuk dalam sikit nampak satu family orang utan bergayut dekat pondok ambil makanan. No wonder kitorang bernasib baik sebab masa tu tea-time diorang. Orang utan haiwan herbivore sebab makan buah-buahan je. Dekat pulau ni bukan setakat ada orang utan je tapi ada pelbagai jenis tanaman herba dan pokok buah sebagai bekalan makanan dan ubatan orang utan.



Fun fact, 97% DNA orang utan sama macam manusia. Jenis darah, cap jari, hormon diorang so orang utan betina pun period setiap bulan dalam masa 3 atau 5 hari. Mengandung pun selama 9 bulan jugak sama macam manusia. Dekat dalam dunia ni ada dua je jenis orang utan, yang berkulit oren cerah dari Kepulauan Sumatera meanwhile yang berkulit oren gelap dari Kepulauan Borneo. 

Dekat Pulau ni ada tugu ketua orang utan, bukan sebarang tugu tau. Ketua yang dinamakan Mike ni mati selepas bergaduh dengan ketua baru, BJ. And yupp we’re so lucky to meet BJ! Saiz dia tersangatlah besar dari orang utan yang lain.



Dekat pulau ni kitorang tak dibenarkan rapat dengan pagar sebab ada renjatan elektrik dan tak juga dibenarkan pegang orang utan sebab diorang ni agak liar. Pulau ni cuma penempatan sementara diorang je sebelum dilepaskan ke hutan. Sebab tu pulau tu direka sama suasananya seperti di hutan supaya diorang boleh adapt dan tak janggal bila dilepaskan nanti.

Pulau Orang Utan ni bukan under Kerajaan Negeri so you guys boleh nampak ada tabung-tabung derma untuk orang utan. Kalau tak cukup duit derma ni, Kak Lina and the team akan minta sumbangan dari pihak luar. Selalunya foreigner yang suka menderma jutaan ringgit untuk Pulau Orang Utan. Kalau diorang datang selalunya akan stay lama dekat pulau tu dalam sebulan dua sebab nak belajar dan kaji tentang orang utan.

Apart from foreigners, veterinar pelatih di IPT Malaysia pun dihantar ke Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk buat kajian tentang orang utan. Ada juga tanaman yang ditanam oleh pelajar pelatih seperti UPM. Yang buat kajian je ada access untuk masuk ke dalam sangkar. Untuk pelawat ni boleh duduk dekat luar je lah tapi dapat juga peluang tengok secara dekat tapi kena ludah pulak dengan orang utan. Amboi sangat perangai dia.




Ada juga yang senyum atau posing depan kamera. Yang lari bersembunyi selalunya yang betina sebab sejenis yang pemalu dan puteri lilin. Impressed dengan Kak Lina sebab dia kenal semua orang utan dekat pulau – Mike, BJ, Kareena, April and so on. I ingat watak penting je haha.

Otw nak balik tu beli sikit bookmark sebagai kenangan dan menderma dekat Pulau Orang Utan ni. Nak beli fridge magnet tapi sold out pulak haihhhh. Anyway I have a great time here ditambah pula dengan Kak Lina yang sangat ramah melayan. Million thanks!