Cabaran 25 Hari Blogging : Kereta Idaman Saya

Wednesday 29 August 2018


Masa kecil dulu memang berangan syok betul kalau ada kereta, boleh pergi sana sini tapi bila dah besar mula rasa nak menangis bila tengok maintenance kereta kadang boleh habis beribu. Kena pulak kalau bulan tu nak kena renew roadtax, tukar tayar, tukar minyak hitam memang pengsan. 

Tak ada maknanya nak jalan sana sini bila ada kereta. Makin berjimat ada lah sebab nak fikir minyak dengan tol. Nak fikir traffic jam dengan parking pun satu hal jugak. Baik duduk rumah je lah. 

Tapi ni sembang masa tengah sengkek. Bila berduit memang happy buat road trip sebab driving ni antara salah satu terapi diri. Nak pulak kalau boleh speed sampai 180 lepastu kena speed trap lepastu murung. T.T

Since suka sangat layan English series, memang selalu sangat nampak kemunculan Mustang so hati dup dap sekali la bila nampak pesen 1965 Ford Mustang Fastback 5-Speed. Design dia agak sexy and classic. Nak pulak kalau warna merah fuhhhh mengancam!



Nice kan? Tapi mampu tempek dekat dinding je lah gambar ni sebab harga sebiji pun dah cecah RM 104 ribu itupun belum tentu wujud lagi. Tskkkkk

Kereta idaman korang pulak yang mana? Jangan kata kereta nasional ketiga pulak, padam terus komen korang nanti.

Cabaran 25 Hari Blogging : Subjek Kegemaran Saya

Tuesday 28 August 2018


Subjek kegemaran dari sekolah rendah sebenarnya Math tapi tak tahu lah kenapa SPM gagal score. SPM dapat result tak cantik lepastu sekarang lambat pulak tu nak mencongak. 

'Babe, I sampai sekarang tak faham macam mana u boleh grad Degree in Finance' - My partner, 2018 and he will always wondering the same thing. 

Kenapa suka Math? Bcs Math is FUN!!!

Tapi tak fun jugak lah bila masuk algebra dengan segala sin,cos, tan, vagera vagera. Sudahnya guna dadu je jawab soalan. Mungkin I tak suka Math tapi I suka kebahagiaan bila dapat jawab soalan Math? Ermmmm .......

Mungkin I suka English? Tapi grammar teruk pulak. Nope.

Not Science, definitely nope. 

Ermm Geografi kot. Tapi peta dunia pun tak mampu nak hafal. Urgghhhh.

Let's see if Kemahiran Hidup can bring some hope in this entry. Ermmm nope, I gagal menjahit dan bertukang. Masak pun hangit kadang tu. Bercucuk tanam pun certain pokok je. 

I think Pendidikan Muzik sebab suka dengar lagu? Tapi pernah kena halau kelas sebab tak pandai main rekorder. Kena ketuk lagi tangan wei sakitnya lah! So nope!

Mungkin Bahasa Malaysia. Sebab kesenian Bahasa Melayu tu tak lapuk dek zaman. One of the reason suka menyembang dengan my partner sebab butir bicara agak klasik. Hatta, waima stuff. Mungkin sebab dia banyak dengan lagu M.Nasir kot. Tapi I mengantuk kot dengar lagu M.Nasir, stok lagu buat tidur tu. 

Mungkin takkan jumpa jawapannya apa sebab semua subjek pun penting dalam kehidupan seharian kita dan kita akan terus belajar semua benda dari semasa ke semasa. Kan? Have a nica day people :)

Lirik Lagu : Hilang Cintaku - Hez Hazmi

Monday 27 August 2018

Tengah scroll youtube nampak lagu baru Hez Hazmi - Hilang Cintaku baru release 2 hari lepas terus kucar-kacir dengar. Surprisingly lagu ni dah tak sama dengan 3 lagu Hez sebelum ni. Ada kelainan dari segi muzik, quite catchy cuma masih lagi genre jiwang dan lirik yang masih belum move on. Imej Hez pun lain dari sebelum ni.

Image result for hez hazmi cinta yang hilang

But anyway, YEAYYYY!




Lagu - Hilang Cintaku
Artis :  Hez Hazmi
Komposer/Lirik : DJ FUZZ & HEZHAZMI

Benar aku
Benarku sunyi tanpamu
Kin hidupku tak seindah dulu
Lembut tanganmu
Pelukkan manjamu
Segala kenangan kita

Kau ku percaya
Kau segalanya
Inilah waktunya
Mengapa kita akan terpisah

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu

Benar aku
Benarku sayang padamu
Takkan ada yang seperti dirimu
Hancar harapanku
Sanggup kau musnahkan mahligai vang kita bina

Kau ku percaya
Kau segalanya
Inilah waktunya
Mengapa kita akan terpisah

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu

Hilang cintaku
Cintaku hanya kamu
Ku akui hatiku
Hanya untuk dirimu