Kerja Baru Di Pet Store

Thursday 12 July 2018

Hujung bulan 5 haritu dah habs kontrak dengan company lama sebab projek pun dah siap maka berehat la selama sebulan sebab tak dapat tawaran kerja dari mana-mana company. Yang apply pun banyak kena reject je sudahnya pergi sendiri cari dekat area rumah ni. Malas nak menapak jauh sangat sebab malas nak hadap jam. Nak tunggu kerja yang dijanjikan pun macam tak berkunjung tiba. Duit makin susut, badan makin lemau sebab makan tidur saja kerjanya.

Kebetulan dekat pet store tengah mencari Sales Admin, saja try apply. Lepas interview terus dapat dan esoknya mula kerja. Sales admin ni ingatkan duduk dalam office control inventory je rupanya nak kena pergi warehouse kira stock, susun semua stock, siapkan order customer, pack barang yang pecah dari packaging lepas tu masuk office kira semua stock, semua harga berkaitan dan segala yang berkaitan.


Haritu lepas raya target nak masuk gym konon nak buang lemak tapi dah tak perlu dah semua tu sebabnya dekat warehouse kotak berkilo angkat sana sini siapkan order customer. Menangis wei angkat makanan anjing atau kucing yang 20kg tu. Memang tak duduk cerita dia siapkan order sebab satu order makan 3 atau 4 pallet. Order dari kedai lain memang banyak, order dari cutomer kedai sendiri pun ramai jugak sebab harga lagi murah dari kedai biasa. 


Minggu pertama ni agak penat sikit sebab tak familiar lagi dengan kedudukan semua barang. Nak siapkan order pun makan masa berjam lamanya sebab tak tahu barang dekat mana. Kalau semalam dia terletak elok dekat belakang, hari ni dia ada dekat belah depan pula sebab kedudukan sentiasa berubah. Mungkin kena buat sistem tag lepas ni, biar duduk satu tempat je. Order pun boleh siap cepat sebab dah tahu dah dekat mana setiap produk. 




Tiap hari balik kerja confirm menangis sebab penat kemain. Lebam sana sini tak payah cakap lah. Nasib lah ada penguat semangat tiap malam suruh bersabar. Haritu target seminggu je nak kerja dekat tempat baru ni tapi makin hari makin okay lah sebab dah faham cara kerja cuma penat tu masih lagi sama. Since kereta pun rosak, tiap hari jalan 2km pergi, 2km balik dari rumah. Dalam sehari memang cecah lah 10,000 langkah tu. Memang menyahut seruan Fit Malaysia betei.

Tapi tetap murung sebabnya berat badan masih sama walaupun setiap hari bermandi peluh. Grrrr

Bak Hang Ataupun Baq Hang?

Wednesday 11 July 2018



Sebelum ni dah meroyan dekat Twitter lepastu meroyan dekat FB, sekarang nak meroyan dekat blog pulak sebab nanti mesti ada jugak yang Google lagu mana nak sebut perkataan popular ni.

Walaupun kita ni bukan la anak jati Kedah sangat, beranak Kedah pastu besaq dekat KL, lepak pulak dekat Subang Jaya hari-hari Hari Raya hang sambung lah lagu Havoc tu.

Perkataan Bak dengan Baq ada beza selain daripada huruf yang terang dan nyata berbeza. Tak kisah lah hak hang nak tulis bak ataupun baq tapi sebagai yang membaca ikut pronunciation perkataan tersebut, agak sakit mata jugak la tengok orang dok taip bak hang/bak hiangggg/ bak bak bak menatang apa?

Tau dak bak tu apa dia? Bak tu boleh jadi bagi, boleh jadi minta.

‘Bak mai sat menatang tu’
‘Wei bak la balik selipar aku’

Tu contoh penggunaan bak dalam conversation harian. Kalau orang dok sebut padu bak hang tu tak tau dia nak mintak padu macam mana. Kuantiti isipadu la kot nohhh.

Tapi BAQ HANG ni bukannya nak minta tapi nak bagitau orang tentang sesuatu perkara. Diambil dari HABAQ HANG tapi bila sembang kencang dia jadi baq hanggggg siap dengung campoq dengan reaction muka sekali. Baru padu pi dia.

Tapi kalau hang pun dok bak bak kat orang, sembang jadi menatang padia tak tau. Bukan baq hianggg naaa, baq hiangggg ni try hard sangat. Hang buat relaks sikit boleh kot. Sekian sembang buat teruk oghang utagha.


Dekat area rumah ni agak susah nak cari kedai yang sediakan masak lemak tempoyak ikan patin, restoran Patin Queen Claypot ni pun baru je dibuka. Disebabkan menghala jalan balik rumah, saja try lunch dekat sini.


Dekat restoran ni bukan ada menu masak lemak tempoyak ikan patin je tapi ada banyak lagi menu lain dan dibahagikan ikut set/pakej. Ada Set Patin, Set Sup Tulang, Set Ayam Dara dan banyak lagi. Dah tak ingat sangat sebab masa tu memang fokus nak makan ikan patin je.




Bukan takat makan dekat restoran je tapi ada jugak tempahan catering ataupun delivery. Dekat restoran ni pun ada buat Pakej Hari Lahir siap ada belon, bunga dan chocolate bar untuk yang diraikan. Nak celebrate dekat sini pun not bad jugak sebab kawasan luas dan sejuk cuma deco je lah tak berapa nak gah sangat. Pandai la korang adjust kalau nak. Kalau nak ada kek, dekat je dengan bakery sedap tapi lupa nama. Next time lah buat review sebab hari tu borong kemain banyak dekat situ.

So our choice that day is set personal, set patin sebab nak merasa je malas nak ambil banyak sangat karang tak habis pulak. Dalam set personal ni ada ikan patin tempoyak, nasi putih, telur masin, ulam dan sambal belacan, dessert, buah-buahan dan air.


My review, not bad lah makan dekat situ memang sedap cuma tak ada lah sampai tahap Queen. Berbaloi lah dengan harga dia untuk satu set. Walaupun set personal tapi ikan patin tu boleh makan berdua sebab portion saiz besar.

Menu not bad, harga pun agak murah dan service bagus. Next time mungkin singgah lagi untuk makan bila singgah dekat bakery sebab dua kedai ni located dekat area yang jarang pergi. 

Wet World Waterpark, Shah Alam

Tuesday 10 July 2018

Throwback cerita bulan April lepas dapat pergi Wet World Waterpark, Shah Alam dengan family sebab ada harga tiket promosi tapi gigih sangat ponteng kerja sebab malas pergi on weekend due to overcrowd. Tak fun lah mandi bila kena bersesak dengan orang lain. Masa pergi tu pun ramai jugak yang ambil cuti untuk spend time dekat situ. 



Walaupun tak sesak tapi nasib baik jugak lah ada bawa duit lebih dari harga yang ditetapkan sebabnya harga meningkat bermula bulan April due to entertainment tax increment. Lari dah bajet nak beli barang lain dekat dalam tu. 


As you guys can read on that table, Wet World Waterpark ni ada dua tempat. Satu di Shah Alam, satu lagi dekat Pedas, Negeri Sembilan. Sama je dua-dua ni cuma yang dekat Pedas tu ada kolam air panas. I tak suka pergi kolam air panas so I choose to go at Shah Alam je lagipun dekat dengan rumah. Belas minit je dah sampai. Karang kalau menapak ke Pedas, dah lemau main air hah siapa pulak nak drive balik?!

But hey, you guys can rental using van rental service from Bus Best to go there. Yang tak pernah dengar lagi company Bus Best ni, no worries since company ni diiktiraf oleh Tourism Ministry of Malaysia lepas ditubuhkan tahun 2005. Bukan setakat sediakan pelbagai jenis perkhidmatan ikut acara atau majlis je tapi kebersihan tip top dan cara pemanduan pun selamat. :) 


Back to track, lucky for us on that day, cuaca agak okay lah. Tak panas sangat, walaupun risau hujan lebat sebab awan gelap kemain. Lepas puas berdoa, petang dalam pukul 3 tu baru lebat hujannya. Kira cun lah dari pagi pukul 8 kitorang masuk enjoy sampai 3 petang lepastu Zohor dekat situ je since ada disediakan surau tapi kalau tak selesa pun, masjid Shah Alam ada. 

Dekat Wet World Shah Alam ni ada 5 permainan disediakan - Monsoon Busters, Super Hurricane, Caribbean Rider, Whirlwind Escape, Thunder River. Tapi tak semua permainan available setiap masa, ada jadual dia ikut hari dan tak semua perlu guna tube. Sewa tube pula harga RM50, RM25 deposit supaya tak hilang. Loker pula harga RM5 sekali masuk barang. 


My fav ride is Thunder River sebab paling panjang dan paling tenang. Tapi kalau terpercik air hasil mandian orang dekat Private Cove kau redho je lah. Thunder River ni dua kali je dia open untuk hari biasa so tak boleh nak merasa banyak kali. Yang ulang main sampai sakit tekak menjerit serupa takde hari esok, ialah Monsoon Buster. Beratur kemain panjang siap berebut tube dengan adik-adik. 

Super Hurricane tu best lah jugak tapi yang tak bestnya kena naik menara tinggi 6 tingkat sebelum dapat main. Lagi satu hal kalau takde kerjasama dengan partner memang tak keluar lah kau dik non sebab nak masuk dalam lubang keluar tu agak azab. 



Caribean Rider slide pertama yang kitorang try masa tu tapi bahaya sikit lah sebab laju pastu kena jarakkan jauh sikit orang pertama dengan orang kedua sebab taknak orang belakang hentam orang depan. Ada juga yang ingkar arahan sudahnya cedera sebab bahu kena hentak dengan orang belakang, tangan kena pijak, kepala terhantuk dekat lantai. Menangis lah cerita dia balik rumah sebab orang belakang lelaki badan tegap. Well, ada sebab kenapa peraturan dicipta. 

Nak makan dekat sini agak banyak juga pilihan cuma mahal lah. Dekat luar makanan cucuk jual sebatang seringgit, dekat dalam cecah 4 hengget. Tu baru cucuk, jangan kau tanya yang pinggan. Memang ada bawa bekal dari rumah tapi tak boleh bawa masuk dalam. But fret not, sebab you guys boleh keluar masuk selagi tag tak tercabut dari tangan. Balik nanti dia suruh kau koyak dekat kaunter, buang segala kenangan yang ada dalam tong sampah. 




Dekat dalam pun ada tersedia cabana untuk rehat dan letak barang tapi harga dia untuk orang have have je lah. Picisan macam kita ni mampu tengok je dari luar air peluh Cola dia menitis lepas keluar dari mini fridge. 




Masa pergi sini tak banyak pun bergambar sebab tak beli pouch kalis air tu dekat kedai. At first rasa macam rugi je beli tapi menyesal jugak bila tengok ramai yang bergambar masa main air. Ada hikmahnya jugak kot sebab spend time main air sampai lemau instead of bergambar 100 keping tapi upoad Insta 1 keping je. *ayat sedapkan hati*

Selain service cabana, locker, surau dan tandas, dekat sini ada juga service hair dryer tapi kena masukkan token lah. 1 token 5 hengget untuk 5 minit. Rela jugak lah rambut berkepam balik rumah syampu lepastu blow sendiri. 


Masa pergi ni ada jugak nampak bahagian yang ditutup untuk renovation and bakal ada tambahan slide/ride baru terbesar dan terpanjang di Asia tapi tak pasti lah apa benda sebab dia tak bagi hint pun. Mungkin dah siap nanti harga makin bertambah ataupun sama. Tapi yang pastinya, it was worth it and rezeki terpijak jugak lah dapat beli tiket harga promosi, dekat FB pun ada ternampak tiket promosi untuk taman tema air di Melaka tapi tak pasti dekat page mana. Ada rezeki lagi nak menapak kali kedua pulak. 

Telemovie Review | The Hantus (2018)

The Hantus

Pengarah : Nabil Ahmad, Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nabil Ahmad
Pelakon : Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan, Mimi Lana, Namron, Rab Khalid, Sazrin Aizul, Firdaus Ghufran, Ucop Cecupak, Ziema Din
Genre : Komedi/Romantik
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018
Syarikat Produksi : KMN Production Sdn. Bhd
Penyiar : Astro First Eksklusif 480
Trailer :


This is the first time Nabil Ahmad jadi penulis skrip dan pengarah bersama and even pengarah bersama pun, kata Alif Satar dia memang gigih tau nak jayakan telemovie ni sampai lunyai skrip original dia pegang masa shooting. Sanggup pulak tu tunggu schedule Faizal Husein dengan Alif Satar free sebab nak diorang je yang berlakon dalam telemovie ni. And I really think its worth it.

Dalam telemovie ni ada 5 part yang menceritakan perjalanan Fahmi (Alif Satar) sebagai hantu selepas kemalangan di lebuhraya Karak apabila bas yang dipandu oleh Din Pekak (Rab Khalid) terbalik jatuh ke dalam gaung. Tapi jangan disalahkan Din sebabnya ni semua angkara bisikan syaiton. Hanya Fahmi je yang berjaya keluar dari bas tu dan naik ke atas untuk minta pertolongan tapi sayang tiada siapa pun yang berhenti untuk menolong.


Muncul Abang kereta Volkswagen kuning yang macho (Faizal Husein) datang tolong dan bawa ke balai polis dan hospital selepas ambil Kak Ponti (Khatijah Tan) di lorong kedai. Dalam Part 1, diceritakan tentang kisah hidup Din Pekak manakala Part 2 tentang kisah Abang Volkswagen kuning yang legend di lebuhraya Karak tapi handsome macho stylish teruk hantunya pun. Faizal Husein pulak tu ya tuhannn crush dari kecik! Disebabkan Nabil memang suka dengan Faizal Husein dalam Gila-Gila Remaja, watak Abang Volkswagen ni pun diambil sebijik macam watak Azroy.


Part 3 pulak mengisahkan tentang Kak Ponti (Khatijah Tan) yang ala-ala Hantu Kak Limah sebab sembang guna dialek Perak. Perangai pun gila-gila masuk air. Sepanjang perjalanan nak ke balai polis dan hospital tu Fahmi tak sedar lagi yang dia dah jadi hantu. Lepas beberapa siri menyakat manusia baru dia faham dia dah mati dalam kemalangan tu tapi dia okay je sebab Abang Volkswagen dengan Kak Ponti jenis kaki enjoy dan bawa dia ke funfair hantu.


Dekat funfair ni lah dia berjumpa dengan Dhia (Hannah Delisha) yang akan hidup bila dekat dengan dia tapi pengsan bila berjauhan. Comel sangat lakonan Hannah Delisha dalam telemovie ni. Dalam Part 4 ni mengisahkan tentang bagaimana Dhia mati, memang agak ngeri kehidupannya dah ala-ala Final Destination dah. Masa scene otak dia pecah tu nampak real betul, power makeup artist diorang ni. Ada juga scene dating ala SRK-Kajol dalam Dilwale cuma dalam ni ambil masa selama 2 minit je.


Part 5 pula mengisahkan tentang kehidupan Fahmi sendiri, bagaimana dia ditipu dan dipergunakan oleh Cinta (Mimi Lana) sehingga dia naik bas keluar dari Genting yang dipandu oleh Din Pekak. Ada sebab kenapa Dhia melekat dengan Fahmi dan jatuh cinta dengan Fahmi. Mampu atau tidak Fahmi dan Dhia bersama? Siapakah Dhia sebenarnya? Jawapannya dalam The Hantus!

Walaupun naskhah ni menggunakan tajuk The Hantus dan berkisarkan kehidupan hantu yang ingin bersuka ria tapi tak ada pun babak seram dalam telemovie ni cuma scene balai polis tu sebenarnya real dan boleh search di Youtube – ni Nabil yang bagitahu sebab tak berani nak tengok hantu apa yang ada. Dalam movie lawak lah. Funfair dalam telemovie ni diinspirasikan dari Mimaland tapi tak berapa menjadi sangat pun sebab nampak macam funfair biasa je. Jauh beza dengan Mimaland.


Antara sebab kenapa Nabil pilih barisan pelakon The Hantus kerana mereka ni semua bersahaja dalam lakonan dan nampak neutral and yesss they are! Memang chill santai je tengok telemovie ni ditambah pula dengan visual shot yang cantik dan colour grading ala cerita klasik zaman 60-an atau 70-an ditambah dengan lagu dari Kugiran Masdo memang menghidupkan vibe zaman tu. Kali ketiga tengok lakonan Mimi Lana dan kali ni berlakon sebagai gadis liar and what can I say, I'm already a fan now.

For me, Nabil already proved his worth as a director tapi kali ni dia bekerja dengan barisan pelakon mantap so kerja dia agak mudah, can’t wait for another genre in his production dan pelakon baru. Wish him luck and all the best for his new career!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10