Nampak resipi senang ni dekat FB terus masuk dapur buat
sendiri sebab semua bahan memang dah ada. Senang pulak tu nak masak. Boleh jadi
resipi malas lepas ni kalau malas nak masak tapi kebulur nak makan benda sedap.
Tapi resipi ni dah diubah sikit ikut tekak pedas.
Bahan-bahan :
Malas nak cincang bawang putih halus
Bahan A:
- 4 sudu besar madu
- 4 sudu besar kicap cair
-4 ulas bawang putih dicincang halus
- 5 biji cili padi
- 2 biji lemon (diperah air)
Bahan B:
- Udang (ikut suka nak kopek kulit ataupun tak)
- Garam
- Rempah oregano/mixed herbs
- Butter
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan :
1. Gaulkan semua bahan A kemudian tuang separuh untuk
diperapkan dengan udang.
2. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan udang yang diperap
dengan Bahan A dan biarkan sehingga udang masak.
3. Tambahkan baki Bahan A ke dalam kuali kemudian masukkan
garam dan rempah secukup rasa.
4. Biarkan sehingga kering sedikit dan udang betul-betul
masak.
5. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang.
Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.
Kalau tak
suka manis sangat, boleh adjust kuantiti madu dan kicap tu. Kalau terlajak berkuah boleh je masukkan satu sudu tepung jagung. Semua boleh adjust, no
worries kbai selamat mencuba!
Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop
di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang
Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza.
Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis.
Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh.
Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan.
Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi.
Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.
Festival Ros Taif adalah salah
satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan
setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat
di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi
minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak
wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain. Harga
wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.
Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan.
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.
Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni.
Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.
Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list.
Cast : Ajay Devgn, Ileana D'Cruz,
Saurabh Shukla, Amit Sial, Amit Bimrot, Gayathri Iyer, Sheeba Chaddha
Production Company : T-Series,
Panorama Studios
Genre : Drama/Crime
Running Time : 128 minutes
Release Date : 16 March 2018
Trailer :
Movie arahan Raj Kumar Gupta yang
diadptasi dari kisah sebenar serbuan team jabatan cukai negara ke rumah Sharda Prasad Pandey,
seorang kontraktor juga seorang ahli politik ternama di Lucknow pada tahun 1981.
Serbuan ni adalah serbuan paling lama mengambil masa dalam sejarah India hingga
menjadi tajuk utama berita selama beberapa hari. Jumlah wang tunai yang
dirampas dalam serbuan tersebut sebanyak Rs 420 crore zaman tu tapi kalau ikut
nilai sekarang, anggarannya Rs 1140 crore bersamaan dengan RM 673,617,099.22.
Amay Patnaik (Ajay Devgn),
seorang pegawai jabatan cukai yang jujur dalam hal yang berkaitan dengan kerja.
Sentiasa mengikut peraturan dan tak pernah terima rasuah sepanjang dia bekerja
dan disebabkan perkara tu, dia selalu kena transfer setiap 2 bulan. Datang
tempat baru je mesti ada rumah yang kena serbu dengan dia sampai isteri dia,
Malini (Ileana D’Cruz) naik letih pack unpack barang. Dia tak payah pergi kerja
pun sebab kerja dia dekat rumah pun dah menimbun.
Sama juga dengan kes di Lucknow,
dia dapat panggilan misteri pada satu malam suruh dia pergi ke kuil untuk
dapatkan info tentang senarai nama yang tak pernah bayar cukai. Cukai sangat
penting untuk pastikan ekonomi negara sentiasa berjalan. Lepas dapat bukti yang
kukuh, Amay sediakan dokumen lengkap untuk serbuan tersebut.
Nak serbu bukan main boleh terjah
je walaupun ada bukti kukuh sebab Rameshwar Singh aka Tauji (Saurabh Shukla) ni
orang ternama, ahli politik yang disegani dan disayangi oleh orang kampung. Dia
tak bayar cukai tapi dia guna duit tu untuk ‘tolong’ orang kampung yang daif disebabkan
dia tak bayar cukai. Ketua Amay dah nasihatkan supaya berhati-hati dalam
serbuan ni sebab kalau Amay gagal jumpa duit yang disorok tu, berkemungkinan
besar akan disaman dan dibuang kerja. Tapi Amay yakin dengan bukti yang dia ada
dan teruskan juga serbuan ke rumah Tauji.
Amay tahu pihak polis dan pegawai
jabatan cukai sendiri tak boleh dipercayai sebab ada yang akan bagitahu rumah
yang bakal diserbu untuk prepare larikan harta haram dan bahan bukti so Amay ambil langkah untuk kumpulkan semua
pegawai dan pihak polis waktu subuh dan bahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan akan dapat envelope yang mengandungi peta dan lokasi serbuan.
So masing-masing tak ada masa untuk inform dan kutip duit dari situ.
First half memang intense sebab
team Amay memang tak jumpa langsung duit haram yang disorok di rumah Tauji tu.
Semua barang kemas dan perabot yang dibeli ada resit serta cukai yang dibayar.
Semua memang nampak cantik je. Tak ada masalah pun. Tauji yang rimas dengan
team Amay dah mula warning supaya keluar dari rumah dia sebelum dia bawa hal ni
ke mahkamah.
Tapi second half memang nak
pengsan tengok jumlah wang tunai, jongkong emas dengan barang kemas dalam rumah
tu. Sangat banyak! Kalah rumah Najib-Rosmah. Kalau serbuan rumah Najib guna
bagasi, serbuan rumah Tauji ni guna kotak besar gedabak. Memang menangis team
Amay buat kerja tak berhenti kira harta Tauji ni semua.
Dalam movie ni boleh nampak macam
mana team Amay buat kerja. Gali perigi, pecahkan dinding rumah, geledah semua
barang yang ada, gali tanah dan macam-macam lagi cara yang diorang guna supaya
boleh korek harta Tauji. Dah penat korek, penat mengira pulak tu. Belum masuk
ancaman dan gangguan dari keluarga Tauji dan penduduk kampung sebab bagi
diorang, Tauji ni ibarat insan mulia.
Kalau ikutkan kisah benar, masa
serbuan ni tak ada yang cedera pun tapi director campurkan dua kisah serbuan
sebenar dalam satu movie for dramatic effect. Serbuan di rumah Tauji ni okay je
tapi di kilang milik businessman MLA Sardar Inder Singh di Kanpur pada tahun 1980, 88 orang pegawai cukai ni
ditelanjangkan dan dibelasah sehingga ada yang lumpuh dan cedera parah walaupun
ada polis masa tu. Dalam movie ni nampak la bahaya buat serbuan, bukan setakat
nyawa sendiri je terancam, nyawa anak bini pun dalam bahaya juga sampai kena letakkan
bawah pengawasan polis.
Dalam banyak rahsia terungkai,
ada dua misteri tersimpan sampai ke hujung movie. Sepatutnya jumlah harta haram
Tauji ikut dokumen, ada banyak lagi tapi tak tahu dia sorok dekat mana. Second,
sampai ke sudah Amay tak reveal siapa yang bagitahu dia semua info tentang
kegiatan Tauji dan keluarga. Walaupun dalam movie ada cerita tapi tu cuma
rekaan director. Berbeza dengan kisah sebenar, tak ada siapa yang tahu walaupun
isteri Amay yang disayangi lebih dari nyawa sendiri, sebab Amay dah berjanji
akan simpan rahsia ni sampai mati.
Masa tengok movie ni memang
stress jugak la sebab teknologi zaman 80-an mana sama dengan sekarang. Kalau
serbuan sekarang siap bawa mesin kira duit. Zaman tu kira sendiri guna jari
lepastu rekodkan. Kalau kematu tangan kau, kematu lah yang penting siap. Pastu
dulu mana ada smartphone nak roger orang luar. Sepanjang serbuan ni berjalan,
tak boleh guna telefon kecuali urusan penting. Sebagai manusia zaman millennial
agak stress dan kesian tengok pengorbanan diorang selama berhari tanpa henti kira harta
haram Tauji.
Sayangnya soundtrack tak berapa nak
ummpph sangat dalam movie ni which u can always skip that part tapi editing,
cinematography and dialogue dia mantap. Bila tengok social movie macam
Raid ni ada certain dialogue yang power dari cast. Lakonan Ajay Devgn dengan
Shaurabh Shukla yang menghidupkan movie Raid since both of them karakter utama.
Macam mana kejujuran dan kebijaksanaan dia mengawal kerja dia dari penjenayah
licik macam Tauji sama macam movie based on raid case, Special 26 lakonan
Akshay Kumar.
Lepas karya terbaik Raj Kumar Gupta
dalam movie No One Killed Jessica, Raid is another great movie from his shelf.
Walaupun jalan cerita yang simple dan boleh diagak what happens next tapi
director and team berjaya buat penonton stay untuk tahu apa jadi nanti.
Recommended to watch and a great dedication for the unsung heroes.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 7.9/10
Sembang pasal aiskrim, last month I join an event organized by FruitiKing at Sunway Pyramid, Subang for promoting their own first flagship store. I can taste all 6 flavors of their ice-cream – Sweet Corn, Cempedak, Durian, Musang King, Mango and Soursop. Kelebihan aiskrim FruitiKing ialah perisa buah asli tanpa bahan pengawet, pewarna ataupun perasa.