Sticky Honey Garlic Butter Shrimp

Thursday 7 June 2018



Nampak resipi senang ni dekat FB terus masuk dapur buat sendiri sebab semua bahan memang dah ada. Senang pulak tu nak masak. Boleh jadi resipi malas lepas ni kalau malas nak masak tapi kebulur nak makan benda sedap. Tapi resipi ni dah diubah sikit ikut tekak pedas.

Bahan-bahan :
Malas nak cincang bawang putih halus 

Bahan A:
- 4 sudu besar madu
- 4 sudu besar kicap cair
-4 ulas bawang putih dicincang halus
- 5 biji cili padi
- 2 biji lemon (diperah air)

Bahan B:
- Udang (ikut suka nak kopek kulit ataupun tak)
- Garam
- Rempah oregano/mixed herbs
- Butter
- Daun bawang

Cara-cara penyediaan :

1. Gaulkan semua bahan A kemudian tuang separuh untuk diperapkan dengan udang.
2. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan udang yang diperap dengan Bahan A dan biarkan sehingga udang masak.


3. Tambahkan baki Bahan A ke dalam kuali kemudian masukkan garam dan rempah secukup rasa.
4. Biarkan sehingga kering sedikit dan udang betul-betul masak.
5. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang.

Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.

Kalau tak suka manis sangat, boleh adjust kuantiti madu dan kicap tu. Kalau terlajak berkuah boleh je masukkan satu sudu tepung jagung. Semua boleh adjust, no worries kbai selamat mencuba!

Ayam Panggang Nusantara, Chicken Rice Shop, Giant Seksyen 13 Shah Alam

Wednesday 6 June 2018

Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza. 


Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis. 



Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh. 

Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan. 


Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi. 


Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.

Festival Ros Taif, Arab Saudi

Taif Rose Festival 14

Festival Ros Taif adalah salah satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain.​ Harga wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.

Related image

Image result for rose festival taif

Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan. 

 
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.


Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni. 







Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.

Image result for rose festival taif

Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list.