Wordless Wednesday : End Of Contract

Wednesday 18 April 2018


What Makes Me Different From Everyone Else?

Tuesday 17 April 2018


Pheww this question actually which attract me to do the challenge hihihi, so I list down some of it:


Sembang Benda Betul

Tbh masa zaman kanak-kanak sehingga remaja memang menipu tu dah jadi amalan biasa dah. Harian pun boleh jadi sebab boleh lari dari parents yang garang kemain. Tak pernah fikir langsung apa jadi kalau menipu. Bab dosa pahala tak pernah ambik port langsung pun. Tapi bila diri sendiri kena tipu, baru tahu rasa sakit. Since then taknak dah tipu orang walaupun tipu sunat sampai sekarang memang sembang benda betul je. Kalau salah, terus minta maaf. Kalau teruk macam mana pun hasil selepas cakap benda betul pun, kasi kental hati je lah hadap. Shit happens.

Apathy

Bab ni kadang orang nampak sebagai meroyan ataupun seorang Pana suka emosi sendiri tapi sebenarnya lebih kepada meletakkan diri dalam kehidupan orang tu. Apa jadi kalau kena dekat diri kita? Bila rasa sakit, tu yang boleh jadi emosi padahal tak ada kaitan pun dengan life sendiri. Bila tengok movie boleh jadi emo sebab benda ni lah. Dulu cita-cita nak jadi nurse tau sebab nak jaga orang sakit tapi tengok orang sakit jadi sebak syahdu menangis pulak sebab kesian sudahnya batalkan je hajat tu. Boleh imagine nurse menangis tengok patient penuh satu hospital? Tak kan?

Berpijak Di Bumi Nyata

Benda ni pun selalu buat orang tersalah anggap, dikatanya kita ni pesimis walhal kita ni realis. Memang betul dalam kehidupan ni kalau kita berfikir kita boleh capai sesuatu perkara tapi jangan lah berfantasi sangat. Optimis tu boleh, berfikiran positif tu pun boleh tapi letakkan sesuatu pada tempatnya lah. Kalau ikut data dan ilmu memang tak mampu, buat cara tak mampu lah. Mungkin keajaiban tu wujud tapi bukan untuk semua manusia dan dalam semua keadaan.

Dah lah cukup lah 3, nak pergi layan drama Korea ni. Kbai.

Semak Pusat Mengundi Dengan Apps MySPR


Sekarang dah boleh check dah pusat mengundi di mana, bukan kawasan mengundi tapi diadakan di sekolah mana. Yang mana dah daftar tapi belum check lagi, ada eloknya check awal-awal sebab ada banyak perubahan yang berlaku. Kalau boleh setiap minggu check sebab bila-bila sahaja perubahan tempat boleh berlaku. Check awal-awal boleh plan cantik-cantik, kan?

1) Download apps MySPR di IOS ataupun Playstore


2) Pilih Semakan Daftar Pemilih


3) Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda -, kemudian tekan Semak

Nanti akan keluar semua butiran peribadi, lokaliti, daerah mengundi, parlimen, negeri, pusat mengundi, saluran, masa mengundi dan no. siri pengundi macam ni. 


Senang sangat nak check, kalau malas nak download apps pun boleh tumpang kawan punya. Selamat mengundi!