Tisu Najis Panda

Tuesday 26 December 2017

Najis panda dijadikan tisu, syarikat China buat untung

Tisu Panda Poo dihasilkan oleh The Qianwei Sengseheng Paper Company di negara China yang diperbuat daripada najis panda. Yewwww 

Hasil usahasama syarikat The Qianwei Sengseheng Paper Company dan China Conservation & Research Center mengitar semula najis panda untuk dijadikan tisu sebagai kegunaan di tandas, dapur, napkin dan pelbagai lagi produk kegunaan rumah. 

Menurut The Qianwei Sengseheng Paper Company, najis panda seberat 10kg sehari kaya dengan fiber hasil dari tabiat pemakanan panda iaitu memakan buluh. Tambahan pula, sisa ludahan panda sebanyak 50kg semasa memakan buluh turut dicampur bersama najisnya. 

Untuk penghasilan tisu najis panda, najis panda akan dikumpul dari 3 ekor panda di wilayah Sichuan setiap minggu dan akan direbus, dipasteur untuk dijadikan tisu. Kemudian diuji sama ada mengandungi bakteria dan selamat digunakan oleh pengguna. Tisu najis panda ini akan dijual RM26.60 sekotak tapi tak pasti pula untuk berapa helai tisu. 

Will you guys buy this tissue or disgusted with its ingredients? :P

Menang SPM Fever GA dari sponsor Mamapipie

Friday 22 December 2017

Alhamdulillah rezeki bulan 12 dapat menang GA anjuran blog Abam Kie bulan November 2017. Tak sangka pun boleh menang sebab bagi cerita entah apa benda je masa SPM dulu. Apa benda pun sampai sekarang teringat lewlz.


Cerita entah apa benda pun boleh menang tempat keempat, kira okay lah tu dari 38 orang bloggers yang join SPM Fever GA ni. 


Kalau join contest Abam Kie ni kena cepat bagi respond kalau tak dia bagi orang lain. Raya haritu dah terkena dah sebab busy sangat siapkan kerja before cuti raya sampai tak sempat buka blog sudahnya hadiah burn. Alhamdulillah menang lagi sekali & takmau hadiah lari dekat orang lain lagi terus kucar-kacir contact Abam Kie. Dari Abam Kie ke Mamapipie. Dah buat sesi pilih hadiah, hari hadiah sampai ke tangan pun tiba. 

Bukak packaging nampaklah shawl monochrome yang dipilih haritu & hari ni decide nak pakai so boleh up terus entri ni. 


Thanks Mamapipie! Selesa sangat pakai monochrome shawl ni. Tebal pulak tu so tak payah pakai inner, tak payah iron pulak tu. Senang bentuk satu hal. Kalau nak cepat memang sambar shawl ni je lepasni. :D

Mitos Tanda Warna Pada Produk

I've noticed ramai yang sebarkan tentang tanda warna pada produk yang kita gunakan seperti ubat gigi, pencuci muka, krim sapu dan lain-lain di media sosial kebelakangan ni. Dekat Whatsapp pun banyak walaupun dah ramai yang tahu perkara sebenar. 

Image result for tanda warna di belakang ubat gigi

MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
HITAM: Bahan kimia sahaja

1. Betul ataupun tidak tanda warna ni sebagai indicator kepada penggunaan bahan kimia dalam produk ni? 

Jawapannya, SALAH. Tanda warna ni cuma tanda warna kepada mesin yang proses semua produk ni. Ada mesin guna tanda warna hijau, ada yang hitam, ada yang biru so it is totally safe to use by consumers. 

2. Kenapa ada tanda warna ni?

Sebab mesin pemotong perlu tanda warna ni untuk tugas memotong, melipat, membentuk, mengapit dan sebagainya terhadap produk tersebut. Kalau tak ada tanda warna ni mungkin mesin akan keliru atau tak dapat kesan arahan yang diberikan. 

3. Kenapa ramai yang sebarkan fakta salah ni?

Sebab nak lariskan produk yang diorang jual. Bila guna teori ni ramai yang percaya sebab tak tahu penggunaan tanda warna di kilang proses produk. 


Rasa Murung atau Kemurungan Klinikal?

Thursday 21 December 2017

'Rasa murung lah hari ni'
'Dah all out dah tapi hasilnya hancur jugak, down lah macamni!'
'Sedihnya rasa hari ni. Tak rasa nak buat apa pun. Nak stay dalam bilik je. Taknak jumpa orang lain'

Selalu kan dengar orang cakap macamni? Ataupun diri sendiri yang cakap perkataan macamni ataupun rasa macamni? Before you jump into a conclusion that you have been hit with Depression, let me tell you it is not. Rasa down, rasa murung, rasa sedih memang penyebab kepada kemurungan tapi tu cuma mood depression. It is normal for people to have it bila kita di tahap kesedihan & manusia normal akan bangkit balik macam biasa, teruskan kehidupan macam biasa sebab mood depression cuma satu stage kesedihan yang biasa manusia akan tempuhi. Biasanya akan berlarutan sehingga seminggu. Itu normal, bukan penyakit. Kalau lebih dari seminggu go seek medical help. 

Image result for kemurungan

Meanwhile, kemurungan klinikal pula akan membuatkan sistem otak manusia terjejas dan boleh menyebabkan fizikal terjejas dan interaksi sosialnya. This is because bila manusia murung yang berlanjutan, dia akan mengalami insomnia, selera makan terganggu, cara berfikir terganggu, emosi tak menentu, kurang fokus dan sukar untuk buat keputusan, sakit kepala, loya, sakit sendi, semput ataupun sakit belakang. Kemurungan klinikal ni biasanya akan berlaku selepas 2 minggu dalam keadaan murung yang berlanjutan. 

Kemurungan klinikal cuma boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor psiaktri je bukan wild thoughts yang manusia selalu buat. 'Oh I've got all the symptoms so I'm a person with depression!' No babe, it doesn't work like that. Dan semestinya bukan boleh dirawat dengan baca Al-Quran sebab lemah iman dan jauh dari Tuhan. Chill? Even brain scan pun berbeza kot. 

Image result for brain scan depression

Most of the cases, yang murung ni nampak lagi happy, lagi bahagia dari manusia biasa berdasarkan kajian dari penyelidik2 di Universiti of Rochester Medical Centre. Mungkin itu caranya untuk sembunyikan penyakit since masyarakat pandang serong kepada pesakit mental. Dan sekarang ni jadi trend pula untuk dapatkan perhatian di social media. Lagi lah orang yang ada depression ni taknak bagitahu sakit diorang. 

If you happen to know someone yang ada masalah kemurungan, pujuk dia pergi jumpa doktor psikatri since most of them resist medical help. Or the least you can do lend your shoulder to them. Tapi kalau kau rasa nak azankan pun membantu kau buatlah tak pun baca satu kitab terus. Whatever you can do to help them, just help them before we lose them.

Movie Review : Ittefaq

Tuesday 19 December 2017

Image result for ittefaq review

Director : Abhay Chopra
Cast : Sidharth Malhotra, Akshaye Khanna, Sonakshi Sinha
Genre : Mystery/Thriller
Running Time : 1 hour 40 minutes
Trailer : 


Ittefaq, movie remake dari movie tahun 1969 dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang Vikram Sethi (Sid Malhotra), seorang penulis novel yang melarikan diri setelah disyaki membunuh isterinya Katherine Sethi di apartmen mereka. Secara kebetulan terjumpa Maya (Sonakshi Sinha) & mayat suaminya, Shekhar semasa minta pertolongan & perlindungan dari pihak polis. Vikram berdepan dengan dua pembunuhan & kes diketuai oleh Inspektor Dev (Akshaye Khanna) dan harus diselesaikan dalam tempoh masa 3 hari. With limited evidence, witnesses, different stories by two suspects and short period of time, will Dev find the real truth behind this murder case?

I didn't know which movie is better, the original one or the remake but judging from the storyline of the movie, it is entertaining and deserves the attention. Nak pulak bila ada pelakon lama yang memang terkenal dengan bakat lakonannya, Akshaye Khanna. He carry this movie on his shoulder with a great performance! Walaupun dalam movie Mom dia lakonkan watak sama dengan misteri yang sama but still he proved his worth. 

Image result for ittefaq review

Since movie ni tak banyak sangat location cuma bergerak di antara penjara & rumah plus with a simple murder case, so tak pening sangat with editing cuma sakit hati jugak dengan Sonakshi Sinha sebab kayu dalam movie ni. I mean, what happened girl? As if this is your debut movie back in 2010. Lucky for her, screentime dia tak banyak berlakon seorang. Mostly with Akshaye and Sid so dia terselamat sikit tapi disebakan lakonan dia, intensity tu tak berapa nak ada. Its just there whether from devastated Sid or Akshaye in solving the case. 

Kind of weird jugak bila both of them, Maya & Vikram tak panggil lawyer untuk defend themselves since tuduhan polis agak berat, kes bunuh padahal Maya ramai kawan lawyer sebab suami dia seorang lawyer and Vikram pula penulis terkenal so nak dapatkan lawyer bagus tu bukannya susah sangat pun sebab dia berduit. In addition to that, kenapa scriptwriter tak bagi dialog more provocative untuk watak Dev sedangkan Vikram dah bagi motif jelas bila dia kata dia terhutang banyak dengan Katherine instead of tunjuk rasa kesian dengan Vikram? 

Image result for ittefaq review

Ittefaq tak ada lagu so you guys yang nak layan movie Hindustan tapi tak suka lagu then this is the one for you. Since tak banyak sangat bukti & saksi, dengan 2 cerita berbeza tapi dengan situasi yang sama I bet you guys pun akan wondering siapa pembunuh sebenar. Walaupun dah dapat jawapan tapi tak yakin nak berpegang dengan jawapan tu sampai lah dia reveal sendiri at the end of the story sebab masing-masing ada motif kuat untuk membunuh. Promo events movie ni pun tak reveal banyak sangat hint sebab taknak misteri tu terbongkar. Well I guess their strategy worth it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8/10