Menang SPM Fever GA dari sponsor Mamapipie

Friday 22 December 2017

Alhamdulillah rezeki bulan 12 dapat menang GA anjuran blog Abam Kie bulan November 2017. Tak sangka pun boleh menang sebab bagi cerita entah apa benda je masa SPM dulu. Apa benda pun sampai sekarang teringat lewlz.


Cerita entah apa benda pun boleh menang tempat keempat, kira okay lah tu dari 38 orang bloggers yang join SPM Fever GA ni. 


Kalau join contest Abam Kie ni kena cepat bagi respond kalau tak dia bagi orang lain. Raya haritu dah terkena dah sebab busy sangat siapkan kerja before cuti raya sampai tak sempat buka blog sudahnya hadiah burn. Alhamdulillah menang lagi sekali & takmau hadiah lari dekat orang lain lagi terus kucar-kacir contact Abam Kie. Dari Abam Kie ke Mamapipie. Dah buat sesi pilih hadiah, hari hadiah sampai ke tangan pun tiba. 

Bukak packaging nampaklah shawl monochrome yang dipilih haritu & hari ni decide nak pakai so boleh up terus entri ni. 


Thanks Mamapipie! Selesa sangat pakai monochrome shawl ni. Tebal pulak tu so tak payah pakai inner, tak payah iron pulak tu. Senang bentuk satu hal. Kalau nak cepat memang sambar shawl ni je lepasni. :D

Mitos Tanda Warna Pada Produk

I've noticed ramai yang sebarkan tentang tanda warna pada produk yang kita gunakan seperti ubat gigi, pencuci muka, krim sapu dan lain-lain di media sosial kebelakangan ni. Dekat Whatsapp pun banyak walaupun dah ramai yang tahu perkara sebenar. 

Image result for tanda warna di belakang ubat gigi

MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
HITAM: Bahan kimia sahaja

1. Betul ataupun tidak tanda warna ni sebagai indicator kepada penggunaan bahan kimia dalam produk ni? 

Jawapannya, SALAH. Tanda warna ni cuma tanda warna kepada mesin yang proses semua produk ni. Ada mesin guna tanda warna hijau, ada yang hitam, ada yang biru so it is totally safe to use by consumers. 

2. Kenapa ada tanda warna ni?

Sebab mesin pemotong perlu tanda warna ni untuk tugas memotong, melipat, membentuk, mengapit dan sebagainya terhadap produk tersebut. Kalau tak ada tanda warna ni mungkin mesin akan keliru atau tak dapat kesan arahan yang diberikan. 

3. Kenapa ramai yang sebarkan fakta salah ni?

Sebab nak lariskan produk yang diorang jual. Bila guna teori ni ramai yang percaya sebab tak tahu penggunaan tanda warna di kilang proses produk. 


Rasa Murung atau Kemurungan Klinikal?

Thursday 21 December 2017

'Rasa murung lah hari ni'
'Dah all out dah tapi hasilnya hancur jugak, down lah macamni!'
'Sedihnya rasa hari ni. Tak rasa nak buat apa pun. Nak stay dalam bilik je. Taknak jumpa orang lain'

Selalu kan dengar orang cakap macamni? Ataupun diri sendiri yang cakap perkataan macamni ataupun rasa macamni? Before you jump into a conclusion that you have been hit with Depression, let me tell you it is not. Rasa down, rasa murung, rasa sedih memang penyebab kepada kemurungan tapi tu cuma mood depression. It is normal for people to have it bila kita di tahap kesedihan & manusia normal akan bangkit balik macam biasa, teruskan kehidupan macam biasa sebab mood depression cuma satu stage kesedihan yang biasa manusia akan tempuhi. Biasanya akan berlarutan sehingga seminggu. Itu normal, bukan penyakit. Kalau lebih dari seminggu go seek medical help. 

Image result for kemurungan

Meanwhile, kemurungan klinikal pula akan membuatkan sistem otak manusia terjejas dan boleh menyebabkan fizikal terjejas dan interaksi sosialnya. This is because bila manusia murung yang berlanjutan, dia akan mengalami insomnia, selera makan terganggu, cara berfikir terganggu, emosi tak menentu, kurang fokus dan sukar untuk buat keputusan, sakit kepala, loya, sakit sendi, semput ataupun sakit belakang. Kemurungan klinikal ni biasanya akan berlaku selepas 2 minggu dalam keadaan murung yang berlanjutan. 

Kemurungan klinikal cuma boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor psiaktri je bukan wild thoughts yang manusia selalu buat. 'Oh I've got all the symptoms so I'm a person with depression!' No babe, it doesn't work like that. Dan semestinya bukan boleh dirawat dengan baca Al-Quran sebab lemah iman dan jauh dari Tuhan. Chill? Even brain scan pun berbeza kot. 

Image result for brain scan depression

Most of the cases, yang murung ni nampak lagi happy, lagi bahagia dari manusia biasa berdasarkan kajian dari penyelidik2 di Universiti of Rochester Medical Centre. Mungkin itu caranya untuk sembunyikan penyakit since masyarakat pandang serong kepada pesakit mental. Dan sekarang ni jadi trend pula untuk dapatkan perhatian di social media. Lagi lah orang yang ada depression ni taknak bagitahu sakit diorang. 

If you happen to know someone yang ada masalah kemurungan, pujuk dia pergi jumpa doktor psikatri since most of them resist medical help. Or the least you can do lend your shoulder to them. Tapi kalau kau rasa nak azankan pun membantu kau buatlah tak pun baca satu kitab terus. Whatever you can do to help them, just help them before we lose them.