Jualan Selamat Tinggal Terfaktab

Thursday 9 November 2017

I am here since 2009 & tahun 2010 dah start the hype on Terfaktab. Dari blog penulisan karya indie membawa ke sebuah syarikat penerbitan buku with the same name, Terfaktab. Walaupun tak berapa gemar dengan sesetengah penulis Terfaktab but I do follow the progress of this squad. Dari blog kepada syarikat penerbitan & percetakan lepastu dapat liputan dari media masuk newspaper masuk TV. Masa tu rasa wow they're doing great. 

And yes of course kenal lah some of their writers macam Sis Zara, LensaRosak, Mr. K, Leplep, The BentPencil, Amoi, Elena Reeney, Hellioz, Nami, & Gory. Ada jugak some of them yang I follow dekat socmed. Haruslah dulu ada koleksi novel terbitan awal diorang ni macam Kitab Terfaktab, Nakal Tapi Halal and much more tapi dah tak ingat dah mana novel ni sebab ramai sangat yang pinjam. T.T


But this year, its such a sad news to read. Terfaktab dah nak tutup publishing company dia. But I'm not sure for blog & wattpad. Penutupan ni sebab faktor ekonomi negara kita, as you guys know we're not in a great state right now plus dah ramai yang tak berminat untuk baca buku lokal/indie/fixi. So untuk buat clearance, geng Terfaktab buat Jualan Selamat Tinggal & yes the price is wow sangat runtuh. You guys can check it HERE.




Kalau tak tahu nak order buku yang mana, here some suggestions based on customer's demands.

1. Evasion
2. The Boy Who Lost His Sight
3. Rentaka Sekalian Bijasura
4. Voice In My Head
5. Semoga Tuhan Merahmati Sains
6. The Knife's Got Reflections
7. Monokromatik
8. LVOE
9. November
10. September

Jualan Selamat Tinggal ni berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember. Masuk 2018, its all gone. But I hope Terfaktab will come back. Rest, lay low for a while, regain & reconquered!

Selamat tinggal Terfaktab, terima kasih sebab pernah hadir berikan cahaya dalam kehidupan satu ketika dulu. Gone but never forgotten.

Movie Review : Happy Death Day


Director : Christopher B. Landon
Cast : Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Charles Aitken
Genre : Mystery/Thriller
Trailer : 


Last night rasa nak tengok movie genre thriller, scroll down nampak Happy Death Day tengok IMDB rating average plus dah siap ada subtitles so try lah layan. Haritu pun ada nampak someone buat review cakap movie ni best tu yang semangat nak tengok.


Tree (Jessica Rothe) wakes up every morning in Carter's room due to hangover from last night party. Sepanjang perjalanan Tree ke rumah sewa dia, dia jumpa petition girl, couple dating dekat park, budak junior kena buli, alarm kereta berbunyi, lelaki yang pernah keluar date dengan dia, kawan rumah sewa, bergaduh dengan ketua rumah, budak bilik dia bagi cupcakes untuk birthday dia, dia lambat pergi kelas lepastu datang hospital untuk hook up dengan lecturer/doctor, malam tu sembang dengan ketua rumah untuk party, terserempak dengan sports fans lepastu mati. So she keeps repeating her day for 17th times. Each day she try to find out siapa pembunuh dia. 

Image result for happy death day

For me movie ni biasa je even the genre thriller, pembunuh tu bunuh Tree tak kejam mana pun lah. Ada scene yang dia cut off terus. Its like you're watching one of movies at Diva channel. But even Diva lagi kejam cara bunuhnya. Macam movie Disney pun ye jugak sebab ajar kita untuk buat baik dengan semua orang lol. I don't think she needs to do that. Life in college is tough, she have to be mean in order to be on top. Plus she's the Kappa! 


Even you guys already know the plot but it still fun to watch sebab lakonan Jessica memang mantap. She's freak out, she's terrified, she's emotional, falling love, making jokes, her action scene I mean she's really fit into college girl caharcter. Kudos for that. And oh my Charles Aitken is so hot!


All in all movie ni enjoy lah bila tengok tapi agak huh jugak lah bila dia taknak orang tahu pun hari kejadian tu hari lahir dia tapi dia set ringtone lagu birthday???

Part dia putuskan hubungan dia dengan doctor/lecturer dia tu lagi lah terjongket kening. Amboi senangnya kau drop subject padahal in realiti nak dapat markah tu boleh buat nangis tau tak. Her action to hook up with Dr. Greg is justified lah. Memang bersepah lecturer gatal cenggitu. Nak lulus kena jadi kekasih gelap dia.

This movie can give something more but pffttt they blew it off. Boleh je kalau dia buat Tree nak buang Greg dari hidup dia & Greg meradang sampai nak bunuh Tree. Well, that can be a solid motive instead of you found out that alaaa tak boleh bagitau reason nanti jadi spoiler. 

Image result for happy death day

& out of all her enemies and orang yang dia benci, dia tak letak pun nama Lori sedangkan dia menyampah dengan roommate dia, selalu buli, treat her bad, dia tak terfikir ke Lori orang pertama yang akan bunuh dia since they're roommate? She's the one who knows her birthday.

Plus, kenapa suspect Danielle ketua rumah dia yang bunuh sedangkan pembunuh tu someone yang fit athletic stamina tinggi well she's supposedly look through the details bukannya random main teka je. That's why I said movie ni macam movie Disney because they focus on the social message rather than the genre itself and losing the storyline but somehow movie ni dapat PG13 lol.


Alang dah PG13 buat la kejam sikit cara pembunuhan tu. Baru la rasa seram sikit nak solve the mystery. Tapi tu lah, movie ni movie blonde kan, so tak payah letak harapan tinggi sangat lah kot for blonde lol.

The only blonde I adore is Caroline Forbes in The Vampire Diaries. Woot woot!!

But its good to watch sebab sampai habis director simpan mystery tu cuma motif pembunuhan tu lah rasa macam apa benda lah nak bunuh semata sebab tu je. 

 1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre 0, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.4 = 6.4/10

Kotak Komen Hilang

Wednesday 8 November 2017

Hari ni semangat nak blogwalking tapi terbantut bila kotak komen hilang. Tak pasti masalah dari laptop ni ataupun dari blog sendiri.


Tapi rasanya bukan masalah dari laptop sebab ada blog yang okay je kotak komen diorang. Cuma certain blog yang hilang mungkin dari satu template yang sama but I'm not sure which templates.

Minggu lepas kotak followers yang bermasalah. Error 502. Seminggu jugak lah sampai terbantut nak join any contest, bloglist or segmen. Join yang memang dah ada dalam friendlist je. Harap esok dah okay dah. Hihu

Ayam Spicy Korea Simple & Sedap!

Masa tengah buang masa dekat Twitter ternampak pulak kawan post resipi Ayam Spicy Korea. Bila belek bahan dengan cara nak buat tu ya tuhan senangnyaaaa! Masa shopping barang dapur terus beli bahan untuk resipi ni. Bila dah siap masak, menjadi pulak tu terus jatuh cinta sebab senang sangat nak masak.


Bahan-bahan :

A (Kalau tak ada tepung ala KFC)
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung beras 1 cawan
- Serbuk penaik 1 sudu
- Lada sulah 1 sudu
- Serbuk cili 1 sudu

B
- Bawang putih - ikut suka
- Gula Perang - 2 sudu
- Sos ABC Pedas - 2 sudu
- Cili kisar - 1 sudu
- Serbuk cili - 3 sudu (kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
- Kicap soya - 4 sudu
- Tepung jagung - 1 sudu dibancuh
- Madu - 2 sudu

C
- Ayam (make sure tak basah berair sangat)
- Halia
- Bawang putih
- Garam 1 sudu kecil
- Lada hitam

D
-Telur 1 biji
- Bijan

Cara-cara

1. First of all, perap dulu Bahan C selama 5 minit. Lagi lama lagi sedap.


2. Dah settle perap, gaul ayam dengan Bahan A kemudian celup dengan telur then goreng macam biasa. Nak garing ke separa garing ke ikut kehendak perut masing-masing. 


3. Dah angkat ayam tadi letak dalam pinggan, sekarang buat sos pulak guna Bahan B. Tumis bawang putih dulu jangan sampai garing lepastu masukkan cili kisar dengan serbuk cili sampai naik minyak lepastu masukkan sos cili pedas ABC, madu, kicap dengan gula perang & tepung jagung yang dibancuh tadi. 


4. Dah dapat kuah macam yang diidamkan, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul kuah dengan ayam, lumur sampai cantik. Make sure semua part ayam tu kena okay. 

5. Dah habis lumur, tabur lah bijan banyak mana yang korang suka. Dah siap! 

Senang je kan? Dah boleh makan ayam pedas Korea sepedas hati kau terbakar tengok SongSong couple kahwin. 

Movie Review : Bareilly Ki Barfi (2017)


Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nitesh Tiwari, Shreyas Jain

Cast : Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkumar Rao, Pankaj Tripathy, Swati Semwal, Naila Grewal, Seema Pahwa

Production Company : Junglee Pictures, B R Studios

Distributor : AA Films

Genre : Romance / Comedy

Running Time : 116 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The Ingredients of Love karya Nicolas Barreau yang diterbitkan pada tahun 2011, Ashwini Iyer Tiwari bersama penulis skrip Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain mengolah Bareilly Ki Barfi mengikut selera masyarakat India dan berlatarbelakangkan pekan Bareilly yang terkenal dengan manisan.

Kisah bermula bila banyak lamaran perkahwinan Bitti Mishra (Kriti Sanon) ditolak sebab perangai dia yang agak tomboy. Sentap dengan kata-kata mak dia (Seema Pahwa) bila dianggap menyusahkan, Bitti lari dari rumah tanpa hala tuju. Bosan menunggu keretapi sampai, Bitti beli buku Bareilly Ki Barfi dan batalkan niat untuk lari lepas baca kisah Babli gara-gara watak utama dalam novel tu sama seperti Bitti.

Bitti bagitahu plan untuk cari penulis Pritam Vidrohi (Rajkumar Rao) sebab dia nak tahu macam mana Pritam boleh kenal kenal diri dia walaupun tak pernah berjumpa. Actually lebih kepada excited sebab ada lelaki yang suka dengan karakter Bitti apa adanya. Hakikatnya buku tersebut ditulis oleh Chirag Dubey (Ayushmann Khurrana), owner publishing store yang putus cinta dengan Babli (Naila Grewal) dan semadikan kisah mereka dalam buku Bareilly Ki Barfi.

Chirag jatuh cinta dengan Bitti tapi mak Bitti tak suka penulis buku tu so dia minta tolong Pritam menyamar tapi malangnya Bitti dan keluarga dia pula suka dengan Pritam. Keadaan makin kusut bila Chirag buat cerita tentang status Pritam supaya Bitti batalkan niat untuk berkahwin. Sakit hati sentiasa dibuli buatkan Pritam cabar Chirag untuk rampas Bitti. Berjaya atau tak plan Pritam tu kena tengok lah movie romantic comedy di bawah banner Junglee Pictures dan B R Studios ni.

Dari awal movie sampai habis momentum tak jatuh atau membosankan, semuanya terletak cantik dengan scene komedi yang fresh especially bila Rajkummar Rao muncul onscreen. Walaupun dia hero kedua tapi dia lebih menyerlah dari watak pemalu dan anak mak kepada watak pembuli, berlagak dan over- confidence. Ada masanya Ayushmann tenggelam dalam beberapa scene bersama Rajkummar. Nasib baik screentime dia lebih panjang supaya kita tak lupa yang watak Chirag adalah watak hero.

Dialog dari Nitesh Tiwari dan Shreyas Jain pun cantik dan mengangkat tema feminism melalui watak Bitti. Kalau sebelum ni Kriti cuma jadi cantik dalam movie tapi kali ni watak dia lebih mantap. Ditambah pula chemistry dia dengan Pankaj Tripathi sebagai duo anak beranak, menambah lagi impak pada lakonan dan watak Bitti. Favorite scene Bitti bila dia mengadu dengan ayah dia yang dunia dia lebih indah kalau dia adalah lelaki.

‘Everything would be much easier if I was a boy. No question asked. He smokes cigarette….but he a boy. Wanders out all night….but boys normally do, don’t they? He’s a loudmouth but has a heart of gold. So what if his engagement got cancelled twice….he didn’t like the girl, he just can’t marry anyone. Being a girl is a complete disaster.’

Lakonan Seema Pahwa pun apa kurangnya bila dia jadi mak tipikal yang risau akan jodoh anak perempuan tunggal. Scene dia marah Chirag tak nak minum air teh dia tu on point habis!

‘Why did you ask for tea if you didn’t want it? Don’t you know a litre of milk costs Rs 52?’

Visual dari Gavemic U Ary diambil dengan shot yang cantik ditambah pula dengan props dan costume yang sesuai dengan budaya setempat. Music score Bareilly Ki Barfi pun best especially lagu Nazm Nazm dan Bairaagi dengan lirik yang romantik. My pick is Bairaagi sebab nyanyian Arijit Singh dan muncul pada scene Chirag dah putus asa dan patah hati bila Bitti nak kahwin dengan Pritam. Dah terlambat untuk dia betulkan keadaan. Lirik lagu dan lakonan Ayushmann buat lagu tu jadi beremosi.

Untuk family entertainer dan movie bertemakan kisah cinta tiga segi, Bareilly Ki Barfi patut jadi pilihan. Lakonan, dialog, visual, music score, suntingan semuanya menjadi. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10