Penjualan Data Peribadi

Tuesday 31 October 2017

Lately dalam seminggu berapa kali dapat call dari ejen insurans, scammers, salesmans dari dalam ataupun luar negara. Kadang bukannya seminggu, dalam sehari boleh dapat banyak call sampai rasa nak tukar terus nombor telefon. Tu belum masuk lagi mesej. How is this happened?

Baru-baru ni Lowyat.net dedahkan data rakyat Malaysia dijual secara meluas & pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia tengah berusaha mencari individu & organisasi yang terlibat dalam hal ni. Mungkin orang rasa benda ni simple je. Alahhh tak payah lah angkat kalau number tak kenal call. Install apps sekian sekian untuk tahu siapa yang call. 

Tapi sampai bila kita nak diganggu oleh golongan ni? Little did you know, data seseorang iaitu nama, umur, nombor telefon, alamat rumah boleh dibeli bermula dari harga RM0.20 hingga RM0.50 seorang. Suprisingly yang menjual data kita ni bukan orang yang jauh dengan kita pun tapi yang ada sekeliling kita antaranya syarikat telco di Malaysia, Jobstreet, pusat perubatan dll. Semua data ni dikumpul dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Yang mana tak pernah tukar number phone dalam area tahun tu, kemungkinan besar data dia dah pun dijual & besar kemungkinan dah masuk darkweb dah pun.

Data yang dijual dari syarikat Telco

Data yang dijual dari pusat perubatan

Maybe ada yang nampak benda ni remeh, setakat nama, umur, no IC, alamat rumah tapi sebab benda remeh ni lah boleh wujud identiti kedua. Mana kita nak tahu ada orang guna identiti kita untuk jalankan illegal business. Tahu2 je polis dah datang ketuk rumah. Tu belum masuk kes duit boleh hilang dari akaun bank walhal tak buat sebarang transaksi. 

Tahun 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi telah digubal untuk melindungi data kita yang diperolehi dari semua individu atau organisasi yang memproses data peribadi kita dari digunakan oleh pihak lain untuk tujuan komersial. Antara contoh data peribadi yang dimaksudkan ialah :
  1. Nama dan alamat
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor pasport
  4. Maklumat kesihatan
  5. Alamat e-mel
  6. Gambar
  7. lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam fail peribadi
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ni, subjek mempunyai 6 hak dalam melindungi data peribadi, antaranya ialah :
  1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
  2. Hak untuk mengakses data peribadi
  3. Hak untuk membetulkan data peribadi
  4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
  5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

You guys boleh baca tentang akta ni dengan lebih lanjut di SINI. Well, lets hope for the best sementara KKM & PDRM menyiasat kes ni & for those yang dah rimas kena kacau dengan semua nombor yang tak dikenali mungkin boleh call Telco provider korang & bagitahu masalah ni before anything bad happened. :)

Movie Review : Toilet Ek Prem Katha

Monday 30 October 2017

Just like every year, Akshay will come up with a social movie for his fans and country and this time around its Toilet : Ek Prem Katha. Mengisahkan tentang Jaya (Bhumi Padnekar) yang berkahwin dengan Keshav (Akshay Kumar) tapi lari keluar dari rumah lepas dia tahu dekat rumah Keshav tak ada tandas. It supposed to be funny but it is not & this movie is based on a true story of Anita Narre di India sana. 

Image result for toilet movie

Director : 
Cast : 
IMDB Rating : 7/10
Trailer :



First half movie ni agak draggy and I can't find the chemistry between Akshay-Bhumi. Yes, both of them are talented but their onscreen chemistry is nowhere to be found. First half cerita tentang kisah percintaan diorang & macam mana Jaya nak survive tanpa ada tandas di rumah Keshav lepas berkahwin. Setiap pagi sebelum Subuh semua perempuan dekat kampung tu akan keluar ramai-ramai pergi berak dekat semak so masa tu lah diorang akan bergosip sambil berak. 

Idk how they survived for years living like that. Jadi isu bila ada team Bollywood datang buat shooting kacau diorang nak berak sebab malu lah bila orang nampak sedangkan dah tahun 2017 kot. Kenapa tak ada tandas dalam rumah diorang di kampung tu? Sebab melangggar adat & budaya pemahaman diorang di mana dalam rumah tak boleh ada tandas sebab dianggap mengganggu kesucian rumah tu. Rumah tempat kita beribadat tapi tandas tempat kita membuang benda kotor dalam badan. 

Bab romantik kisah percintaan Jaya-Keshav memang on point sebab Akshay memang handal jadi romeo ni tapi movie ni jadi huru-hara bila first half dia dah drag then masuk second half dia nak angkut satu negara masuk sekali dalam masa yang singkat. I feel the excitement of this movie dekat second half bila Keshav start jumpa menteri untuk selesaikan masalah tandas dia lepas bini dia dah lari tinggalkan dia. Siapa je yang tahan duduk dalam rumah yang takde tandas. Kalau nak terkencing terberak semua kena tunggu pagi esok. 


I really love it when director point out bukan salah kerajaan yang tak ambil kisah tapi salah diri sendiri yang taknak berubah bila Keshav beria salahkan kerajaan taknak bina tandas di kampung dia. Sama lah macam dekat negara kita, dah ada kemudahan dari kerajaan tapi rakyat yang rosakkan & susahkan orang lain yang betul-betul memerlukan. & even Keshav dah bina tandas untuk Jaya pun, ayah dia rosakkan sebab melanggar adat & budaya. Tu belum masuk part kecaman yang Keshav terima dari kaum perempuan sendiri sebab berkahwin dengan perempuan berpelajaran tinggi sampai melanggar adat. What a great highlight. Bukan senang nak ubah mentaliti orang. 

Image result for toilet movie

Scene lawak dalam movie ni terhibur nak pulak bila masuk scene Naru tapi ada some part yang terlampau try hard. Terlampau bergantung dengan Sunny Leone untuk buat lawak pun tak boleh jugak sebab mengah bila tengok. Soundtrack movie ni hambar tak macam movie Akshay yang lain tapi lagu Hans Mat Pagli deserves to be in the playlist. 

I wish diorang tunjuk how chaotic public servants bila tandas dekat pejabat kena kunci sebab part tu kira strong part jugak lah yang menggerakkan movie ni. Dari 11 bulan permohonan jadi seminggu je memang kena ada something powerful lah. Like I said earlier, second half memang huru-hara. Tak hairan pun lah macam mana movie ni boleh dapat kutipan tinggi sebab fans Akshay Kumar yang naikkan kutipan while for me, movie ni gagal in terms of entertaining & educating. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Movie Review : A Gentleman

Saturday 28 October 2017

Related image
Director : Raj Nidimoru and Krishna D.K.
Cast :  Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Darshan Kumaar, Suniel Shetty, Hussain Dalal
IMDB Rating  : 7/10
Trailer :  



From Bang Bang 2 to Reload to A Gentleman. I guess title A Gentleman suits better kot with this movie ni kena lah dengan dia punya character yang sunder & risky tu. A Gentleman mengisahkan tentang kehidupan dua watak yang berbeza, Rishi seorang perisik unit khas di India dan Gaurav Kapoor seorang pegawai pemasaran di Miami. Dua kehidupan & perwatakan yang jauh berbeza tapi disebabkan satu insiden yang berlaku & viral menyebabkan semuanya berubah. K I hate synopsis. T.T

A Gentleman antara dalam list movie yang nak sangat tengok sebab :

1. Sid Malhotra
2. Sid Malhotra
3.Sid Malhotra
4. Sid Malhotra
5. Sid Malhotra

Related image

Hihu he's so hot & I cannot help it. Sorry fellassssss.

I already watch 2 movies of Raj & D.K - Go Goa Gone & Happy Ending. GGG memang best tapi HE average je. So lepas 3 tahun lepas kegagalan HE, this duo come up with A Gentleman. Tbh, I tak follow up sangat pun progress movie A Gentleman since busy dengan kerja cuma tahu lah siapa casting & production team sebab movie ni dari tahun lepas lagi dah heboh dah. Sepatutnya jadi sequel kepada Bang Bang movie Hrithik Roshan & Katrina Kaif tahun 2014 tapi diorang decide untuk gerak sendiri. 

Bila gerak sendiri haruslah kena keluar idea sendiri & diorang still kekalkan genre yang sama, action romantic comedy. Untuk action, yes movie ni memang sarat dengan action since spy memang bersepah dengan misi sana sini and I enjoyed every scene tapi ada problem sikit dengan romance genre. I agree gabungan Sid & Jac memang looks beautiful onscreen tapi sayang chemistry takde. Nampak awkward walaupun both of them have great physical figure but zero chemistry I'm sorry I cannot approve this jodi. But I gotta say that pole dance is top notch, I really love it. But apart from that, Jacqueline dalam movie ni memang buang masa je lah.



Jacqueline = the flower pot heroine (heroin tempek, masuk dalam movie untuk nampak cantik je)

Selain dari Sid yang hot mata Iolls ternampak Darshan dalam movie ni wow oh wow! Bukan sebab hot tapi sebab dia punya lakonan paling mantap dalam ni oh em jiiiiii! Seriously lepasni tolong lah ambik dia jadi hero. Dia berlakon jadi baik, innocent, husband yang supportive dalam movie Mary Kom, menjadi. Dia berlakon watak jahat, spy yang hati kering pun menjadi. He deserves an award for this! Walaupun screen time dia tak banyak sangat but hey, he steals the show! 


First half movie ni memang best, flow cerita dah cantik dah tapi masuk second half dia dah jadi hambar sikit sebab dia bagitahu rahsia movie ni awal sangat. So dekat second half tu dah tak banyak sangat dah suprise element or suspense tu. Kira second half tu kau layan je sisa popcorn yang tertinggal. Nasib Sid yang berlakon. Semangat jugak lah nak tengok sampai habis :P

If you guys nak relaks nak tengok movie, nak enjoy just watch this movie. Untuk santai & harapkan movie cliche tapi lawak, this movie is definitely your choice. Lagu dia pun semuanya best especially Bandook Meri Laila my current fav song!

Kalau movie under Fox Star Studio tak payah risau pasal cinematography dia sebab memang letops! View dekat Miami memang cantik. Tapi kalau dah ada Sid dekat dalam movie tu, yang tak cantik pun jadi cantik hewhewhew

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 =  5.5/10