Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Terbanyak Di Dunia

Wednesday 13 September 2017

2 hari lepas, research dari Universiti Oxford dengan kerjasama Institute Reuters keluarkan hasil kaji selidik yang melibatkan dunia digital untuk tahun 2017. & suprisingly, Malaysia pengguna Whatsap yang tertinggi sebanyak 51%, negara Brazil sebanyak 46% & Sepanyol 32%. Kaji selidik ni melibatkan 36 buah negara di dunia. 

Mengikut kajian ni, rakyat Malaysia gunakan khidmat Whatsapp untuk bisnes, pengajian dan bertukar maklumat selain daripada berkomunikasi, berbeza dengan negara Amerika Syarikat hanya 3% sahaja yang gunakan Whatsapp, selebihnya bergantung kepada media. 

Lepas baca report ni, agak setuju lah dengan kajian ni sebab masa belajar dulu semua subjek ada Whatsapp group. Ada 5 subjek dalam 1 sem, dipecahkan lagi kepada 3 group. 1 group untuk kuliah, 1 lagi untuk kelas tutorial & lagi satu untuk group presentation. Dah berapa banyak dah group Whatsapp dekat situ. Tu belum lagi kalau dalam subjek tu ada field project. Tambah lagi satu untuk AJK. Masak kau. Boleh cecah 1000 message dalam sehari lepastu hp hang sebab panas sangat. T.T

Daripada sumber kaji selidik SKMM pulak, rakyat Malaysia lebih cenderung guna social media berbanding media cetak & platform tertinggi sekali digunakan ialah Facebook sebanyak 58%. 



Dengan data kaji selidik ni, yang mana nak guna sistem hebahan better avoid radio sebab paling rendah sangat yang guna.. Yang mana nak start bisnes boleh lah guna Whatsapp ataupun Facebook. Lagi murah, ye dak? Pantas pun pantas. 

Walaupun hebahan iklan di social media di negara kita tinggi, tapi penggunaan Adblock di negara Malaysia masih lagi rendah iaitu 27% sahaja so tak ada masalah untuk buat duit. Adblock ni berfungsi untuk menyekat iklan yang ada pada sesuatu laman. Kadang tu dalam satu laman ada 24  jenis iklan. Jadi Adblock ni bantu kita jimatkan masa untuk buang semua iklan. Jimat jugak quota internet kita. Youngster memang dah aware dengan Adblock ni sebab penggunaan Adblock memang majoriti dari golongan muda. 


Kalau ikut hasil kajian ni pun, tak banyak yang guna khidmat Adblock sebab kebanyakan laman tak bagi tengok full content kalau ada Adblock. Tapi ada jugak yang buang sementara je, esok lusa aktifkan balik sebab Adblock ni memang bagus kepada pengguna digital tapi satu kerugian kepada penjana duit dari iklan sebab banyak laman yang mati berpunca dari Adblock ni. But no worries, penggunaan Adblock di Malaysia tak meluas pun lagi. 

Untuk yang nak baca full report, boleh pergi dekat SINI

Kemangkatan Sultan Kedah - Sultan Abdul Halim

Tuesday 12 September 2017

Petang semalam pukul 3.30 dah nampak ada yang post berita ni tapi belum dapat perutusan rasmi lagi so ignore je taknak percaya tapi tak lama lepas tu dah keluar dekat page FB negeri Kedah maklumkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah dah mangkat jam 2.30 petang pada 11 Sepetember 2017 di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah & bendera negeri Kedah dinaikkan setengah tiang selama seminggu tanda berkabung. 

Image result for sultan abdul halim mangkat

Jenazah baginda akan dikebumikan tengahari ni selepas pertabalan Sultan yang ke-28 sebagai Sultan negeri Kedah yang baru selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim. Selepas selesai acara istiadat pertabalan & laungan Daulat Tuanku sebanyak 3 kali, jenazah Sultan Abdul Halim akan dikebumikan di Makam Istana Langgar jam 4 petang nanti. 

Sayu sebenarnya terima perkhabaran ni sebab Sultan Abdul Halim antara Sultan yang berjiwa rakyat, menggalas tugas sebagai Agung sebanyak 2 kali iaitu pada 21 Sept 1970 hingga 12 Sept 1975 dan 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016 walaupun pertabalan kali kedua tu diterima pada umurnya mencecah 83 tahun tapi dia tetap kuat untuk menjaga negara. Antara Sultan yang sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin negara, antara yang rajin dan berdedikasi menjalankan tanggungjawab. 

Cuaca mendung je hari ni dari pagi, dari pagi lagi dengar Hot FM pasang bacaan surah Yassin, Al-Fatihah & Ayat Kursi. Bila bukak socmed, nampak pulak update post dari cucu Sultan Abdul Halim, Ku Rina. 

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

It's such a heartwrenching moment for all Kedahan because we lost such a beautiful gem today. Merafak sembah takziah, semoga roh tuanku Sultan Abdul Halim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Jasamu dikenang selalu. Semoga Sultan Kedah yang ke-29 akan menggalas tanggungjawab menjaga negeri Kedah dengan amanah. Insya-Allah. 

The Dough Show - Dominos Pizza

Last week rasa teringin sangat nak makan pizza so singgah kejap dekat Dominos Kuala Selangor. Luck cantik pulak masa tu ada promotion beli 2 Pizza Deals with Extra Cheese ( Regular/Large) dapat 2 tin air Wonda Coffee Extra Expresso Signature Brew. 


Sementara menunggu pizza siap, yang bestnya dekat franchise Kuala Selangor ni apart from nice decoration so you boleh bergambar dekat mana-mana je dinding, ada jugak The Dough Show!


The Dough Show ni kita boleh tengok la cara staf buat pizza ataupun menu lain. Tapi yang best nak tengok haruslah pizza. Mana yang lapar tu muka kemain fokus macam nak terkam pizza tu, nasib ada cermin penghadang. 






Lepas setengah jam tunggu, dapat la merasa pizza yang kitorang order, Pizza Tuna dengan Surf & Turf. Tapi sayangnya kitorang dah order set Extra Cheese lepastu pergi mintak pulak Crust Cheese Meleleh. Muak terus makan. Macam makan pizza dengan cheese semata. Mengundang padah betul. Tapi still sedap cuma comot lah kitorang makan. 


Siapa yang hantu cheese boleh lah serbu Dominos sekarang. Layan cheese & Wonda Coffee. Memang terbaik!