Movie Review | Intruder (2020)
Sunday, 26 July 2020
Pengarah: Son Won-pyeong
Penulis: Son Won-pyeong
Pelakon: Song Ji-hyo, Kim Mu-yeol, Park Min-ha
Syarikat Produksi: B.A. Entertainment
Pengedar: Ace Maker Movie
Genre: Mysteri / Thriller
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 4 June, 2020
Trailer:
Arkitek Kang Seo-Jin (Kim Moo-Yul) dalam keadaan kemurungan selepas kematian isterinya yang ditimpa kemalangan langgar lari dan meninggalkan Ye-Na (Park Min-ha), anak perempuan mereka berdua berstatus anak yatim. Seo-Jin masih mencari siapa yang melanggar isteri dia tapi sayangnya walaupun menjadi saksi utama kejadian tersebut, memori dia terganggu dan tak ingat details kejadian tersebut.
Tak lama kemudian, dia dapat panggilan dari Seoul Emmanuel Orphanage maklumkan yang adik perempuan dia, Yoo-jin (Song Ji-hyo) muncul kembali selepas hilang 25 tahun. Yoo-jin hidup dengan keluarga angkat dan selepas kematian mereka berdua, Yoo-jin terjumpa surat dan dokumen lama yang mengesahkan dia sebagai anak angkat. Masa tu baru dia tahu tentang keluarga dia yang sebenar.
Seo-jin ambil langkah berjaga-jaga dengan minta untuk buat ujian DNA. Selepas 3 hari, keputusan ujian dihantar ke rumah dan 99.9% hasil ujian sepadan. Parents Seo-Jin insist untuk bawa Yoo-jin menetap di rumah. Sampaikan ibu Seo-jin anggap kematian isteri dia diganti dengan Yoo-jin. Tersentak dengan kata-kata tu dan ragu-ragu dengan kehadiran orang asing, Seo-jin minta orang gaji dia perhatikan Yoo-jin.
Malangnya, orang gaji yang mula dapat tahu sisi buruk Yoo-jin dan boleh mengancam keluarga, dia pula hilang dan lari dengan teman lelaki secara tiba-tiba. Seo-jin tahu ada sesuatu yang aneh dengan Yoo-jin dan cuba mencari jawapan dengan ujian hipnosis supaya ingatan dia kembali dalam dua kejadian – 25 tahun lepas dan hari kejadian langgar lari isteri dia.
Tapi doktor pskiatri dia, Sang-Goo (Lee Hae-oon) rasa ujian hipnosis tak akan membantu sebaliknya nasihatkan Seo-jin untuk ambil ubat supaya tak keliru antara halusinasi dan dunia nyata.
Novelis bergenre thriller, Son Won-pyeong debut sebagai pengarah dan penulis movie Intruder dan cuba mewujudkan misteri dengan konsep kekeluargaan sebab dari pandangan dia, bila keluarga yang berkelakuan aneh akan wujudkan impak yang lebih seram dan mengerikan.
First half movie Intruder mungkin buatkan rasa ingin tahu membuak, tegang dan menarik tapi bila bergerak masuk second half, jalan cerita dah mula nampak terburu-buru untuk habis sedangkan banyak scene yang boleh dikembangkan. Pace penceritaan Intruder perlahan sangat. Mungkin untuk build up rasa seram yang mencengkam dan saspens tapi buang masa kerana jalan cerita mudah dijangka. Stay untuk tahu apa motif Yoo-jin kacau keluarga Seo-Jin sahaja.
Plot twist Intruder bagus lah jugak sebab golongan perosak macam Yoo-jin memang wujud dan pengarah sepatutnya fokus dekat golongan ni dan dedahkan lebih lagi macam mana mereka plan untuk masuk dalam kehidupan mangsa supaya watak antagonis lebih kuat dan elemen dramatik lebih tinggi.
Sayang bila director buat sesuatu yang cliché, lemahkan watak utama dengan ganggu keadaan mental. Lebih menarik kalau kita boleh eh bersama dengan watak utama tapi tak ada moment tu. Sepenuhnya pengarah letak rasa ragu-ragu untuk jadi punca utama Seo-jin gali balik apa kisah silam Yoo-jin.
Lakonan Song Ji-hyo dan Kim Mu-yeol pun bagus cuma sayang bila watak tak dikembangkan dengan baik dan tak ada hard-hitting dialogues. Ji-hyo banyak kali cuba wujudkan vibe ngeri dengan bahasa tubuh dia tapi masih terserlah kelemahannya.
Pelakon sampingan pun tak ada banyak screentime untuk berkembang tapi kalau ada scene diorang pun semuanya menurut kata Yoo-jin dan orang-orang suruhan dia jsahaja. Nothing much they can do.
Tak faham scene detektif jumpa Yoo-jin untuk ambil statement orang gaji dia hilang tapi director tak fokus dekat percanggahan statement Yoo-jin bagitahu keluarga dengan detektif. Kenapa tunjuk percanggahan tu kalau tak ada apa-apa perubahan pada jalan cerita? Even Seo-jin tak argue benda tu sebab detektif dedahkan log panggilan orang gaji dia. Tak pelik pun kalau orang gaji dia last call dia sebab dia masih bekerja pada hari dia hilang.
Visual and music score just okayish. Nothing much to talk about. All in all, Intruder tak mampu wujudkan genre thriller dan seram hanya bersandarkan plot ahli keluarga yang lama hilang kembali.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10






































