MBG Fruit Shop, LRT Bangsar

Sunday, 4 April 2021

Masa pergi training dekat Menara UOA Bangsar, antara salah satu benda best adalah MBG Fruit Shop outlet yang terletak berhadapan dengan entrance LRT Bangsar. First day training tak sempat nak beli sebab dah lambat untuk daftar masuk tapi hari kedua dengan ketiga dah happy sebab dapat breakfast dengan jus. 


Tak pernah tahu MBG pun ada jus sama macam dekat Boost. My fav is Immunity Juice - gabungan tembikai, strawberry dengan oren. Yang bestnya dekat sini harga dia lebih murah dari Boost dan lebih sedap sebab buah dia fresh. Pernah la dapat jus Boost rasa buah tu dah nak masam. 


Semua jus minuman dekat MBG ni dikategorikan ikut harga so senang lah nak pilih ikut cash dekat wallet memasing. Hari kedua tu dapat lah minum Immunity Juice. 


Tapi hari ketiga tu tak dapat sebab buah tembikai dah habis. Buah yang lain dekat outlet tu pun banyak yang dah habis so try lah minum jus baru, mana tau jadi fav pulak lepas ni. Belek punya belek nampak jus gabungan buah naga, epal dengan oren. 


Anddddd it's donnnneeee! 

Not bad lah rasa dia walaupun tak sesedap Immunity Juice tapi okay lah. Murah seringgit dari semalam, warna pun cantik haha 

Lepas ni kalau pergi Citta Mall boleh la order Immunity Juice dekat situ pulak. Tak pernah perasan walhal selalu pergi sana. Maybe lepas ni kena bukak mata besar sikit masa berjalan tu hehe

Sales Training HDRF Penjana, Menara UOA Bangsar Day 3

Saturday, 3 April 2021


It's the final dayyyy! Dalam lemau nak pergi tu berjaya jugak habiskan training selama 3 hari. Lengkap attendance ditandatangan, semua dokumen sokongan dah submit, borang elaun pun dah isi but hmmm the Street Sales Challenge kinda bothers me like a lot sebab I tak suka menjual. Nasib baik challenge ni berkumpulan so I boleh tolak dekat orang lain. 


Hari ketiga masih lagi bersama Coach shila dengan Coach Hafifi. Pagi ni dah kena chant positive dalam group yang lebih besar. I copy balik je ayat orang lain - nak jadi kreatif, semangat dan aktif. I actually nak cakap nak jadi semangat, happy dan nak hadiah dekat belakang tu tapi sebab dah tahu takkan membantu dalam challenge so sedar diri jugak lah hshshs

Macam yang coach dah bagitahu pada hari kedua, kami kena buat kumpulan dan pilih Nama Kumpulan, Ketua, Bendahari, Digital, Produk Jualan dengan Sales Target. Disebabkan ada peserta yang terpaksa balik gara-gara emergency, dari 4 kumpulan terpaksa dipecahkan kepada 3 kumpulan je - HAQ, Dinamik dengan KUFAN. 


Most of us kerja makan gaji so tak ada la produk jualan sendiri jadi coach bawa kuih raya dengan belinjo untuk dijual. Kalau dapat close sale, kumpulan tu dapat ambil upah. Nampak macam best tapi bukan senang nak jual kuih raya dengan harga melebihi RM20. 

Kumpulan HAQ letak sales target sebanyak RM1000 dengan produk jualan penyembur fabrik dari air zam-zam dengan garam, kuih raya dan pre-order untuk banana chips caramel. Diorang set up carboot depan Menara UOA Bangsar. 


Kumpulan KUFAN adalah gabungan nama ahli kumpulan, sesuai lah dengan karakter diorang yang happy go lucky. KUFAN so fun cenggitu lah lebih kurang. Dengan Zahirah sebagai ketua, diorang letak target sebanyak RM891 dengan barang jualan yang berasaskan makanan - 3Ibu Supercube Molasses Herbs, kuih Batang Buruk, choco jar dan cheese nachos. Diorang lucky sebab dapat share booth dengan pakcik peniaga dekat area Masjid Negara tu. 


And as for my team pulak, kitorang decide untuk jual kerepek Belinjo Gold. Nasib baik lah En. Hariz dengan Aidil memang kerja dekat Menara UOA tu so diorang bawak kerepek pergi ke office Destini sampai habis licin siap ada yang nak pre-order. Tester sekali kena rembat jadi barang jualan. Bila stok IR Perfume sampai, kitorang terpaksa berpecah sebab nak jumpa lebih ramai orang. 


Kawasan Bangsar agak sunyi waktu pagi even peminta sedekah pun balik rumah dan muncul balik pada waktu orang balik kerja. Kitorang berjalan dekat kawasan sekitar pun tak ada ramai orang. Bila nak masuk jam 12 tu yang lelaki pergi menjual area Masjid Negara sebab dekat situ ramai and the girls pergi menjual dekat kawasan LRT Bangsar dengan KL Sentral.


Bila kita jumpa ramai orang lebih banyak lah rejection yang kitorang dapat dan kebanyakan orang Bangsar memang melekat dengan handphone. Kalau yang menunggu kosong tu berapa ramai lah sangat. Sebelum nak approach pun dah kena reject. 


Meniaga waktu panas, berjalan sana-sini memang penat lah cerita dia. Migraine, kaki melecet semua ada. Jualan je tak ada. Iman pulak lebih fokus ke arah online marketing so dia dapat la jual dalam 5 botol perfume. Aidil pula dapat jual satu botol perfume tapi tester jatuh pecah. Banyak pengalaman kitorang dapat bila digabungkan. Aidil dah bagitau tak dapat close sales tak apa, just kutip pengalaman je. 

Challenge ni bermula dari jam 10 pagi sampai 2.30 petang tapi disebabkan solat Jumaat so coach anjak lagi 1 jam untuk bagi ruang kitorang edit video. Lepas dah buat challenge, dah lunch semua masuk balik untuk presentation. Masa presentation ni akan didedahkan hasil jualan serta pengalaman semasa buat Street Sales Challenge. 



Kumpulan HAQ dapat hasil sebanyak RM200 lebih, kumpulan KUFAN dapat RM300 lebih dan kumpulan Dinamik sebanyak RM638. Jadi secara rasminya kumpulan Dinamik lah menang challenge ni sebab target RM500 tapi dapat hasil jualan sebanyak RM638. Tak sangka langsung! Bila kira markah sales + leads + video pun kitorang dapat markah paling tinggi dari pengiraan coach. Pergghhh!

Iman senyum lebar tengok hasil congak Bendahari

Dah penat buat challenge, dah kira markah maka tiba lah sesi penyampaian hadiah hamper kepada semua kumpulan dari pihak Evoing Training. 

'Shasha, macam mana nak tahu yang mana hadiah hamper untuk juara, yang mana untuk no.2 dengan no. 3?'

'Oh semua hamper tak ada beza pun Coach Shila!'

Berdekah la semua orang cerita dia, beria kira markah bagai tapi tak ada beza pun. Coach Shila pun cover dengan ayat 'Anda semua adalah pemenang'. Cliche uollsss


Ada banyak gambar tau masa sesi penyampaian hadiah ni tapi pihak penganjur tak ada update pulak dekat FB atau social media platform lain. I nak gambar dari DSLR lah sebab banyak gambar group kitorang. Sayang sebab tak ada langsung ambil guna personal handphone. 


Yang ni je la ada gambar ramai-ramai untuk sales training HDRF Penjana bersama Tujuh Armada. Habis dah 3 hari training untuk jadi Sales Warrior. Untuk Coach Amar, Coach Shila dan Coach Hafifi terima kasih untuk semua ilmu yang diberi. Kepada peserta yang join especially team DESTINI - Aidil, Ahnaf, Zahirah, Datin Diana, Dato' Lokman, Kelvin, Hariz, Umi thanks for being such a friendly and chill members. Great to know Hanzo, Saiful, Halim, Kak Faizah, Amira, Kak Nora, Jardine too! 

Ada rezeki jumpa lagi, insya-Allah :)

 

Hari pertama dah belajar untuk ubah mindset, untuk hari kedua kami diajar untuk jadi Sales Warrior oleh Coach Shila Hakim. Beliau ni dahulunya bekerja di bank kemudian kerja goverment lepastu keluar jadi sales warrior dan jadi coach untuk sales and marketing di Malaysia, Indonesia, Brunei dengan Singapura. 


Since hari kedua datang awal dari semalam, dapat la beli Immunity Juice dekat MBG. Tak sangka ada jugak dekat MBG sebab kenal jus ni dekat Boost je. Harga pun lagi murah dari Boost. Hari kedua dapat datang awal sebab naik Grab dari rumah ke MRT Kwasa Sentral. So dah cut setengah jam masa waktu perjalanan dari rumah ke MRT. Tunggu bas sampai berlecak pun belum tentu datang walhal dalam Moovit apps dah bagitahu pukul berapa ETA. 

And one thing I've learned that day yang harga Grab akan berubah ikut waktu. Masa I nak book jam 7.30 pagi, harga booking RM18 and got me like whaaaat? Bila buka balik jam 7.40 pagi, harga dah jatuh kepada RM13. So I book jam 7.50 pagi and the price dropped to RM10. Hmmm padahal musim cuti sekolah so jalan lengang sangat. 

Okay, so back to my sales training. Sepatutnya kelas Sales Warrior ni ada 3 orang coach - Coach Shila Hakim, Coach Ejul dengan Coach Hafifi tapi yang datang dua orang je sebab Coach Ejul dekat utara. Sorang ke dua orang pun I okay je as long the class is fun. 

Andddd yup it is fun walaupun beberapa test macam V.A.K dengan D.O.P.E ni dah pernah belajar dekat UITM sebelum ni. I tahu I sejenis visual and sejenis eagle. Weird combination but he he he just deal with it. 


I rasa macam pernah ambil test D.O.P.E ni secara online so feel free to Google kalau rasa nak tahu anda di kalangan yang mana. Walaupun dah pernah belajar tapi nice jugak la belajar balik sebab ada ilmu dari Coach Shila dengan Coach Hafifi yang I dapat untuk dipratikkan which is I don't even know when. 


Lepas minum pagi tu kena buat kumpulan kecil dalam 4 orang satu kumpulan untuk chant positives goals untuk hari tersebut. Kena bagitahu 3 benda positif atau goals untuk hari ni kemudian ahli kumpulan yang lain akan jerit yes! yes! yes!

Coach Shila suruh amalkan setiap hari sebelum pergi kerja supaya aura positif tu bertebaran di pejabat. Bila buat positive chants tu, mindset akan berubah dan kita ada matlamat untuk hari tersebut. Minda kita tahu apa nak buat sepanjang hari instead of dilanda Monday's Blues. Lepas chant tu I dapat banyak bintang sampai naik pangkat Dato' hahaha 

Lepas lunch pula kitorang kena menari Beautiful Day supaya hilang rasa mengantuk dan sejuk. Bilik tu memang sejuk walaupun dah bawa sweater tebal dan buka tingkap dekat tepi. Macam mana diorang bekerja dalam building tu. Mau tersengguk lepas lunch. 

Coach Hafifi buka lagu Sepanyol untuk test pendengaran sebab kitorang semua. Entah apa benda I tulis, jauh beza betul dengan apa yang penyanyi tu sebut. Coach kata manusia ada 2 mata, 2 telingan dan satu mulut tapi manusia sekarang ni lebih banyak guna satu mulut daripada 2 telinga untuk mendengar. Sebab tu lah banyak kes salah faham berlaku. 

Nak jadi Sales Warrior kena sedar untuk mendengar, kena mendengar apa keperluan customer. Bukannya main hentam keromo je hard sell produk sampai customer lari. Tak dapat close sales pun tak apa asalkan build connection dan trust dengan customer. Lagi satu benda I belajar supaya jangan cepat assume tapi banyakkan bertanya dengan kaedah 1H 5W. 

Banyak jugak lah yang kitorang belajar untuk hari kedua sebab semua yang diajar pada hari kedua akan digunakan esoknya untuk Street Sales Challenge. Pergghhh gigil nak jual produk!