Movie Review | Kang Solah from Kang Mak x Nenek Gayung (2025)
Thursday, 26 March 2026
| Inspired by Hantu Kak Limah atau Rosmah? |
| Inspired by Hantu Kak Limah atau Rosmah? |
Selepas kejayaan luar biasa filem Gayong pada tahun 2025 yang berjaya meraih kutipan melebihi RM4 juta, kini tiba masanya untuk satu pengumuman yang dinanti-nantikan. Gayong 2 bakal kembali menggegarkan layar perak dengan skala yang lebih besar, emosi yang lebih mendalam, dan aksi yang jauh lebih mendebarkan, menjanjikan sebuah kesinambungan epik yang pasti mengujakan penonton, dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran.
Dalam filem pertama, penonton dibawa menyelami perjalanan awal Datuk Meor Abdul Rahman dalam mempertahankan maruah, warisan dan jati diri melalui ilmu persilatan Gayong. Kisah perjuangan, pengorbanan serta semangat bangsa yang diangkat bukan sahaja menyentuh emosi, malah meninggalkan impak yang cukup mendalam kepada penonton.
Kini, Gayong 2 melangkah lebih jauh dengan skala yang lebih besar dan taruhan yang lebih tinggi. Filem ini hadir dengan aksi yang lebih intens, konflik yang semakin mendalam serta penceritaan yang lebih padu. Bukan sekadar sebuah sambungan, Gayong 2 menjanjikan pengalaman yang lebih menyeluruh, menghiburkan dan pada masa sama meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada penonton. Pendek kata, ini adalah kesinambungan yang benar benar dinanti dan diyakini mampu mengatasi jangkaan.
Diinspirasikan daripada kisah benar legenda pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman, watak ikonik ini sekali lagi dihidupkan dengan penuh jiwa oleh Beto Kusyairi. Dengan kekuatan lakonan yang sarat emosi dan penghayatan yang mendalam, beliau dijangka terus membawa dimensi baharu kepada figura seorang tokoh yang begitu dekat dengan warisan dan identiti budaya kita.
7-Eleven Malaysia Hulur Sumbangan RM27,888 | Bantu penyediaan juadah moreh setiap malam untuk jemaah sepanjang Ramadan
Wakil 7-Eleven Malaysia menyampaikan sumbangan sebanyak RM27,888 kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur (PKKMNKL) bagi menyokong program moreh Ramadan masjid tersebut untuk para jemaah.
Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 – Pada bulan Ramadan, bulan yang menyatukan Masyarakat untuk saling berkongsi rezeki serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, 7-Eleven Malaysia telah menyumbang sebanyak RM27,888 kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur bagi menyokong program moreh Ramadan masjid tersebut untuk para jemaah sepanjang bulan yang mulia ini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan dalam satu majlis penyerahan cek replika oleh Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, yang turut disertai oleh Co-CEO 7-Eleven Malaysia, Encik Tan U-Ming.
Sumbangan ini akan membantu dalam penyediaan dan pengagihan juadah moreh di Masjid Negara selepas solat tarawih setiap malam. Sepanjang Ramadan, ratusan jemaah berkumpul di masjid bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, malah turut berkongsi juadah ringkas bersama, mencerminkan nilai kemurahan hati, kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi inti pati bulan suci ini.
Masjid Negara sekian lama menjadi mercu tanda kerohanian dan pusat komuniti di mana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul sepanjang Ramadan. Daripada keluarga dan pelajar hinggalah para pekerja serta musafir yang melalui ibu kota, masjid ini menjadi tempat untuk mendekatkan diri dengan Allah sambil merasai salam mesra sebuah komuniti yang saling mengambil berat antara satu sama lain.
Melalui program Ramadan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur, pek makanan moreh disediakan dan diagihkan setiap malam kepada para jemaah bagi memastikan mereka yang menunaikan solat berjemaah pada waktu malam dapat menikmati juadah sebelum pulang ke rumah. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak masjid dalam memenuhi keperluan komuniti sepanjang bulan Ramadan.
Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad berkata bahawa Ramadan merupakan waktu yang penuh makna untuk masyarakat saling mendekati dan menyokong antara satu sama lain, dan syarikat berbesar hati dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong usaha Masjid Negara dalam berkhidmat kepada para jemaah.
“Ramadan mengingatkan kita tentang pentingnya nilai belas ihsan, berendah hati, dan berkongsi rezeki bersama masyarakat. Kami berbesar hati dapat menyokong usaha Masjid Negara dalam menghimpunkan masyarakat melalui program moreh Ramadan ini dan berharap sumbangan ini dapat mewujudkan detik kebersamaan yang bermakna dalam kalangan para jemaah.”
Selain menyediakan makanan, program moreh ini turut memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama jemaah yang berkumpul setiap malam di masjid. Detik kebersamaan ini mencerminkan semangat sebenar Ramadan di mana amalan kebaikan dan sikap saling membantu mampu merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.
Sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada Semurni Kasih, inisiatif tahunan 7-Eleven Malaysia sepanjang bulan Ramadan yang memberi tumpuan kepada sokongan terhadap program-program bermakna yang memperkasa komuniti serta menyemai semangat prihatin dan murah hati. Melalui Semurni Kasih, syarikat terus bekerjasama dengan pelbagai rakan komuniti bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan bersama.
Melalui sumbangan ini, 7-Eleven Malaysia berharap dapat memainkan peranan yang bermakna dalam menyokong inisiatif yang memperkasa komuniti setempat serta memastikan semangat memberi dan berkongsi terus disemai sepanjang bulan Ramadan.
*********************
Tentang 7-Eleven Malaysia
7-Eleven Malaysia Holdings Berhad melalui anak syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. adalah pemilik dan pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia. Diperbadankan 4 Jun 1984, 7-Eleven Malaysia adalah jenama terkemuka dalam sektor peruncitan dan telah menjadi ikon selama 40 tahun. 7-Eleven Malaysia adalah perintis dan pengendali terbesar kedai serbaneka di Malaysia dengan lebih 2,700 cawangan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan setiap hari. Rangkaian kedai 7-Eleven boleh didapati di kawasan komersil sehinggalah ke perumahan pinggir bandar di seluruh negara termasuklah di stesen minyak, stesen LRT, pusat beli-belah dan institusi kesihatan. Aplikasi My7E juga turut mempunyai lebih 3.6 juta lebih ahli dan kami kekal komited untuk menawarkan pengalaman yang terbaik dengan ganjaran menarik untuk penggemar My7E. 7-Eleven Sentiasa Bersama-sama Anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi www.7-eleven.com.my
Pengembaraan Straw Hats diteruskan menuju ke Grand Line selepas berjaya menumpaskan Buggy the Clown (Jeff Ward) dan Alvida di Coco Village di musim pertama (2023). Perhentian pertama Straw Hats dalam musim kedua ialah Loguetown di mana Gold Roger, idola Monkey D. Luffy (Iñaki Godoy) dipancung di khalayak ramai.
Mereka berlima berhenti di Loguetown untuk mencari bekalan sebelum sampai ke Grand Line. Sanji (Taz Skylar) dan Luffy mencari bekalan makanan sementara Nami (Emily Rudd) mencari barangan yang diperlukan. Zoro (Mackenyu) mencari pedang ketiga dan tuah berpihak kepada dia apabila bertemu dengan pedang pusaka di sebuah kedai. Di sana, dia bertemu dengan Tashigi (Julia Rehwald) yang arif dengan pedang terbaik di dunia.
Tanpa pengetahuan Zoro, wanita tersebut adalah Marine dan pembantu utama Captain Smoker (Callum Kerr) yang menjejak Straw Hat. Sama juga dengan Tashigi yang pertama kali bertemu dengan Zoro.
Selain Captain Smoker, Straw Hat juga diburu oleh Buggy dan Alvida di Loguetown. Menariknya, ejen Baroque Work juga mengintip pergerakan Straw Hat setelah menerima arahan dari Mr. 0 (Joe Manganiello) untuk menghapuskan Monkey D. Luffy.
Musim kedua paparkan perjalanan Straw Hat ke Reverse Mountain, Whisky Peak, Little Garden dan Drum Island sepanjang 8 episod. Banyak watak-watak baru dari Baroque Works juga Marine diperkenalkan sebagai musuh kepada Straw Hat selain musuh sedia ada. Watak ahli baru Straw Hat yang baru juga diperkenalkan iaitu Chopper (Mikaela Hoover) dan Princess Vivi (Charithra Chandran).
Sama macam musim pertama, One Piece series menghidangkan banyak babak aksi terutamanya dari watak Roronoa Zoro. Fokus tengok Zoro bunuh 100 orang ejen Baroque Works di Whisky Peak dan betul lah apa yang Mackenyu kata, peminat One Piece memang akan kira sampai cukup 100. It’s me! I lah yang beria kira betul ke 100 orang terkorban di tangan Zoro. Sanji diberi peluang untuk belasah beberapa ejen Baroque Works walaupun ahli Straw Hats yang lain tak percaya.
Team production bagi kejutan dalam musim kedua dengan kembangkan kisah Chopper dan Dr. Hiriluk (Mark Harelik) yang diadun dalam genre drama. Surprisingly, it works for One Piece franchise. Watak Chopper dalam anime memang comel, bila masuk ke live action, semua details tentang dia terlihat cantik. Chopper himself memang dah comel, suara dan karakter dia pun comel. Senang sangat nak emosi bila dia masuk ke hutan untuk mencari cendawan yang boleh sembuhkan segala penyakit.
Watak Laboon yang setia menunggu Rumbar Pirates pulang di Reverse Mountain pun comel juga walaupun mengerikan bila dia buka mulut. Amazed dengan visual team yang menghidupkan watak-watak dari dunia fantasi ke dunia nyata. Dalam musim kedua ni ada watak Brook (Martial T. Batchamen) tapi versi manusia. Kemudiannya nanti baru dia akan muncul sebagai tengkorak, teruja nak tengok macam mana team One Piece nak paparkan watak Brook versi hantu nanti. Watak Wapol (Rob Colletti) dengan mulut besi pun menjadi cuma geli tengok dia buka mulut keluarkan askar tu.
Production design juga tak mengecewakan bila berjaya paparkan dunia One Piece yang vibrant dan colourful. Keunikan setiap pulau diberikan perhatian yang teliti walaupun cuma menjadi latar tempat dalam ruang yang terhad. Hutan di Little Garden yang penuh dengan hidupan aneh pun menghidupkan lagi penceritaan. Pengembaraan Straw Hats tak nampak mengerikan malah mengajak kita rasa cemburu dengan perjalanan mereka di beberapa perhentian. Sentuhan yang diberikan untuk interior dalaman Merry pun mempunyai aesthetic tersendiri.
Sama macam musim pertama, I still tak faham kenapa Netflix tak bagi peluang untuk One Piece berkembang lebih dari 8 episod sedangkan franchise series Netflix yang lain dapat peluang ni bila menginjak ke musim dua. Banyak sangat yang dibuang dari anime One Piece kerana ruang yang terhad.
Ingatkan momen krew Straw Hats akan dipaparkan lebih banyak bila chemistry dan dinamik kesemua watak terasa kuat seperti keluarga, rupanya tak pun. Mungkin musim 3 nanti baru dikembangkan watak Miss All Sunday (Lera Abova) yang elegan tapi mengerikan.
Tak banyak babak aksi untuk Luffy yang merupakan ketua Straw Hats sampai posisi dia dalam kumpulan tu menimbulkan tanda-tanya. Takkan semua benda harap dekat Zoro? Rasa kecewa bila Straw Hats jumpa Mr. 3 (David Dastmalchian) dengan Miss Goldenweek (Sophia Anne Caruso). Makin lemah bila tengok Luffy one-to-one dengan Mr. 3, dia nampak dangkal dengan serangan rambang dan melulu. Kalau dalam anime, mungkin karakter Luffy yang ni nampak kelakar tapi dalam live action rasa tak kena.
Tak faham juga masa Luffy kendong Nami untuk panjat gunung nak jumpa dengan Dr. Kureha (Katey Sagal). Ingatkan dia nak guna kelebihan dia untuk naik cepat rupanya panjat gunung macam biasa sedangkan masa mereka suntuk. Kalau dia dah guna tapi terpaksa ubah method separuh jalan sebab kabus tebal atau lapar tu boleh faham lah.
Harapnya Netflix pertimbangkan untuk tambah beberapa episod untuk musim ketiga nanti memandangkan One Piece musim kedua mendapat 16.8 juta tontonan dalam masa 4 hari. Musim 3 akan ceritakan tentang Alabasta.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10