Movie Review | My Name Is Loh Kiwan (2024)
Saturday 10 August 2024
Writer: Kim Hee-jin
Cast: Song Joong-ki, Choi Sung-eun
Production Companies: Yong Film, HighZium Studio
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 133 minutes
Release Date: 1 March 2024
Trailer:
Berlatarkan kehidupan pelarian Korea Utara yang hidup merempat di China, Loh Ki-wan (Song Joong-ki) kehilangan ibunya, Ok-hee (Kim Sung-ryung) ketika melarikan diri dari pihak polis. Duit hasil dari menjual mayat ibunya digunakan untuk hidup di negara Belgium. Setibanya di sana, Loh Ki-wan cuba untuk mendapatkan refugee card dengan bantuan dari penterjemah Korea bernama Kim Gyeong-sil (Lee Mi-sun).
Proses tersebut memakan masa selama setahun di mana Loh Ki-wan perlu menghadiri sesi temuduga dan juga perbicaraan di Mahkamah Tribunal. Sepanjang berada di Belgium sementara menunggu perbicaraan selama setahun, banyak dugaan yang dialami sebagai pendatang dan juga pelarian. Dia cuba untuk berjimat kerana sukar untuk mendapat kerja di situ.
Satu hari duitnya dicuri oleh Marie Lee (Choi Sung-eun) yang telah beberapa kali mempunyai rekod buruk dengan pihak polis. Anehnya selepas kejadian tersebut mereka mula berkawan lalu jatuh cinta. Hubungan mereka dihalang oleh Lee Youn-sung (Jo Han-chul), bapa Marie.
Loh Ki-wan mendapat kerja di kilang daging dan tinggal di asrama pekerja kemudian berkenalan dengan Kim Seon-ju (Lee Sang-hee) yang juga merupakan orang Korea. Awalnya Seon-ju sudi membantu Loh Ki-wan tapi berpaling tadah ketika muncul sebagai saksi dalam perbicaraan pertama.
Naskhah My Name is Loh Ki-wan arahan Kim Hee-jin merupakan adaptasi dari novel fiksyen berjudul I Met Loh Ki-wan karya nukilan Cho Hae-jin yang diterbitkan pada tahun 2019. Filem ni menjadi bualan kerana lakonan cemerlang dari Song Joong-ki dan juga penampilan yang jauh berbeza dari mana-mana watak yang dia pernah lakonkan.
Pace penceritaan My Name is Loh Ki-wan agak perlahan tapi sebab masuk Netflix jadi tak ada masalah untuk tukar speed. Tapi tetap ada masalah pada kurangnya penerangan kepada watak utama yang hidup sebagai pelarian yang berjaya keluar dari Korea Utara.
Untuk yang familiar dengan kehidupan rakyat Korea Utara memang senang sangat kasihan dengan keadaan hidup Loh Ki-wan dan Ok-hee tapi kenapa lari ke China ataupun Belgium menjadi tanda tanya. Kalau negara China, kita faham lah sebab dekat tapi Belgium? Bukan negara Asia dan menggunakan bahasa asing sepenuhnya.
Tak faham juga kenapa watak Loh Ki-wan lari keluar dari asrama yang disediakan untuk individu yang memohon status pelarian sah di Belgium. Kalau dia kena buli ataupun dicabul di asrama tu boleh faham lah tapi semata sebab tak selesa. Lepas tengok babak ni dah mula rasa tak syok untuk teruskan tapi tetap juga tengok sampai habis dengan harapan akan ada twist ataupun babak yang justify tindakan Loh Ki-wan.
Sayangnya babak perkenalan Loh Ki-wan dengan Marie makin memburukkan keadaan sebab Marie terjebak dengan dadah dan berhutang dengan mafia di sana. Mungkin sebab terhutang budi, Loh Ki-wan jatuh cinta dengan Marie tapi pilihan yang dia buat semasa di Belgium pun mengundang juga. Tak sesuai langsung dengan tagline - do we deserve happiness? Jawapannya mestilah tidak sebab sendiri cari pasal.
Walaupun tak berapa minat dengan babak percintaan yang tiba-tiba take over plot utama juga watak Marie yang mengundang masalah dan menambah bala dalam hidup Loh Ki-wan, filem My Name is Loh Ki-wan masih ada kekuatan tersendiri dengan menggunakan realiti kehidupan pendatang dan pelarian di negara asing. Bukan sesuatu yang mudah untuk hidup sendiri tanpa orang tersayang atau kawan yang ambil peduli dengan kita. Sedangkan hidup di negara sendiri pun belum tentu bahagia dengan layanan orang sekeliling.
“I realized what I really wanted in the end was not the right to live in this country, but the right to leave it whenever I wanted to.”– Kiwan
Chemistry Joong-ki dengan Choi Sung-eun tak lah kuat mana tapi bearable lah sebab kedua-dua watak pun ada trust issue sampai Loh Ki-wan tunaikan janji dia pada Marie. Lepas tengok filem ni baru perasan yang nama Loh Ki-wan tu adalah Lucky One walaupun hidup dia tak lah lucky sangat. One time watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10