Showing posts with label movie Korea. Show all posts
Showing posts with label movie Korea. Show all posts

Movie Review | Beast Clawing At Straws (2020)

Sunday 17 May 2020


Director : Kim Young-Hoon
Writer : Kim Young-Hoon
Cast : Bae Sung-Woo, Jung Woo-Sung, Jeon Do-Yeon, Shin Hyun-Bin, Jung Ga-Ram
Production Company : B.A. Entertainment, Megabox JoonAng PLUS M
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : 19 February 2020, 25 January 2020 (Rotterdam International Film Festival)
Trailer :


Joong-Man (Bae Sung-Woo) bekerja separuh masa di sauna-hotel kemudiannya terjumpa sebuah bag jenama Louis Vuitton yang megandungi sejumlah duit yang banyak semasa mengemas. Memandangkan keadaan kewangan dia yang agak teruk lepas business dia gagal, tambah pula dengan anak perempuan dia perlukan duit untuk yuran pengajian dan ibu dia yang menghidap Alzheimer, Joong-Man ambil keputusan untuk sorok beg tersebut dalam stor. Dia betul-betul perlukan duit tu. Lagipun,bos dia layan dia dengan teruk walaupun dia perform yang terbaik di sauna tu. 


Sementara itu, plot kedua berkisarkan Tae-Young (Jung Woo-Sung), pegawai kastam yang pinjam wang dalam jumlah yang agak besar dari loan shark, Doo-man (Jeong Man-sik) untuk bantu bisnes teman wanita dia, Yeon-Hee (Jeon Do-Yeon). Tapi malangnya Yeon-Hee hilangkan diri tanpa berita. Loan shark pula tak sudah bagi warning supaya bayar on time. Tae-Young plan untuk peras ugut foreigner dan minta bantuan sepupu dia tapi detektif polis syak dia berkomplot dengan foreigner tersebut.


Plot ketiga, Mi-Ran (Shin Hyun-Bin)kerugian teruk dalam saham yang dia labur. Tak cukup dengan tu, suami dia selalu merungut isteri dia menyusahkan dan lepaskan geram dengan pukul sampai cedera. Mi-Ran terpaksa bekerja sebagai pelayan bar untuk dapatkan duit dengan cepat. Klien dia, Jin-Tae (Jung Ga-Ram) yang bersembunyi di Korea kerana jenayah bunuh, offer untuk bunuh suami Mi-Ran sebab dia jatuh hati dengan Mi-Ran.


Movie ni diadaptasikan dari novel "Wara nimo Sugaru Kemonotachi" karya Keisuke Sone yang diterbitkan pada tahun 2011. Debutant director-writer Kim Young-Hoon deliver yang terbaik untuk adaptasi novel Jepun ni dengan pembahagian kepada 5 babak. 

Dari awal cerita kita didedahkan dengan masalah-masalah kewangan dari 3 watak utama ni tapi uniknya bila dipertengahan cerita baru kita dapat susun balik timeline sebenar dari mana beg Louis Vuitton tu datang dan berakhir. Fret not, still entertaining and easy to understand.


Jalan cerita juga kompleks dan banyak kejutan demi kejutan muncul sehinggakan sukar untuk kita tebak ke mana arah dan apa akan jadi seterusnya. Bersilih ganti antara komedi dan thriller di antara kesemua watak di kawasan bandar pelabuhan bernama Pyeongtaek . The only thing we can do is just enjoy every character and their flaws with miserable life. Tak ada garis di antara baik ataupun jahat dalam movie ni sebab bertemakan survival dalam kesempitan hidup.


Dalam movie Beast Clawing At Straw ni director highlight watak-watak wanita yang nampak licik dan manipulative dengan kelebihan dan kecantikan yang mereka ada. Glad to found a movie where women steals the spotlight especially watak Yoon-hee yang opportunist dan femme-fatale bila muncul di second half tapi jadi kunci utama yang cantumkan ketiga-tiga plot. Tapi tak kurang hebat juga watak lelaki dengan barisan pelakon yang mantap.


Actually tertanya juga kenapa watak Yoon-hee ni beria nak terlibat sekali dalam perang kecil ni sebab dia kaya. Cukup rasanya untuk dia bayar balik duit Doo Man. Mungkin business dia ada problem tapi tak pula director tunjuk kenapa. Mungkin lebih baik kalau dipanjangkan screentime supaya kita dapat tahu lebih detail lagi.


Movie ni agak raw and gore bila ada beberapa scene yang ditunjukkan secara close up watak-watak dipukul atau dibunuh tanpa belas. Visual dan color grading nampak cantik suntingannya diadun dengan background music untuk menghidupkan suasana messy and fucked up life.


Overall it is fun and entertaining to watch a twisty tale like Beast Clawing At Straw. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

Movie Review | A Hard Day - Take It to the End (2014)

Tuesday 31 July 2018


Director : Kim Seong-hun
Writer : Kim Seong-hun
Cast : Lee Sun-kyun , Cho Jin-woong, Shin Jung-geun, Jung Man-sik, Shin Dong-mi, Heo Jung-eun,
Production Company : AD406 , Dasepo Club
Distributor : Showbox/Mediaplex
Genre : Crime/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date :   18 May, 2014 (Cannes), 29 May, 2014 (South Korea)
Trailer :



Movie yang memenangi 18 anugerah di pelbagai award events dalam pelbagai jenis kategori termasuklah Movie Terbaik Pilihan Juri, Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Editing Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik, Pelakon Terbaik dan tercalon dalam kategori-kategori lain.

Mengisahkan tentang Detektif Ko Gun-su (Lee Sun-kyun) terlanggar seorang lelaki di jalanraya selepas mengelak seekor anjing dalam perjalanannya untuk pergi ke majlis pengebumian ibunya. Panik dengan kemalangan tersebut, dia membawa mayat lelaki tersebut masuk ke dalam but kereta dan kebumikan bersama mayat ibunya di Pergunungan Yangja.


Masalah tak berakhir di situ bila dia mula menerima panggilan misteri dari saksi kemalangan (Cho Jin-woong) ditambah pula dengan pencarian polis kerana lelaki yang dilanggarnya ialah seorang pembunuh. Panggilan misteri semakin bertambah bila dia cuba mengelak dan bertambah malang bila terdapat CCTV di kawasan kemalangan pada malam tersebut.

Rakan sekerjanya, Detectif Choi Sang-ho (Jung Man-sik) mula mengesyaki Ko Gun-su kerana perangainya yang aneh dan keretanya yang rosak teruk walaupun Ko pernah beritahu dia terlanggar kereta polis peronda di tepi jalan. Makin kuat syak wasangkanya bila dia mendapat surat saman kereta Ko di kawasan Pergunungan Yangja, tempat yang sama di kawasan rumah pembunuh tersebut.

 

Sementara Detektif Ko mencari siapa lelaki misteri sebagai saksi kejadian, dia juga mencari apa kaitan pembunuh yang dilanggarnya malam tersebut dengan saksi kejadian kerana saksi tersebut inginkan mayat pembunuh walau dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup mencederakan keluarga Detektif Ko terutamanya Mina (Heo Jung-eun), anak perempuannya.
   
Tajuk movie A Hard Day ni memang kena sangat dengan situasi Detektif Ko, tak putus masalah yang datang sampai dia tak mampu tenang fikirkan jalan penyelesaian tapi dalam masa yang sama you guys akan terhibur dengan strategi dia terutama scene dia masukkan mayat pembunuh dalam keranda mak dia di rumah mayat. 


Walaupun saspen tapi berdekah tengok nasib dia yang malang dan gagal nak pula bila handphone pembunuh tu berbunyi lepas dia dah paku keranda sampai minta tolong mak dia. Lagi satu scene bila dia dah serahkan mayat pembunuh kepada saksi kejadian bila yang dirancang gagal nak pula bila saksi gigih sangat nak belanja dia makan. Perfect body language from Lee Sun-kyun to portray how cool he wants to be in that moment padahal cuak teruk kalau plan gagal. I just love every reaction he display onscreen.


Although genre movie ni thriller tapi boleh kata 70% berdekah je tengok jalan cerita dia, memang terhibur sangat dengan perangai Detektif Ko dan skuad dia. Action tak lah berapa banyak but some scene are worth to watch macam scene Detektif Ko nak pergi ke pantai jumpa Mina tapi saksi tu datang rumah untuk bunuh dia. Dia tak gunakan senjata pun cuma guna barang yang ada dalam rumah and yupp house is no longer a safe place.


Dalam berdekah tu ada juga menangis bila tengok scene kekejaman saksi kejadian, dia boleh pergi ke tahap macam tu semata untuk selamatkan diri dia. Bagi dia, nyawa manusia tu cuma habuk debu berterbangan di udara je. Setakat nak bunuh orang tu celah gigi je dan yang paling kejam, method pembunuhan dia akan nampak seperti kemalangan. Perfect.


Just like any other Korean movies or dramas, tema A Hard Day juga memaparkan kisah rasuah yang berleluasa dalam institusi polis. Even ending pun tak dapat ubah virus dalam institusi ni so movie ni bukan sebagai medium menyampaikan mesej untuk banteras rasuah tapi nak tunjukkan sejauh mana tahap rasuah dalam institusi yang kononnya penyelamat negara. A bitter cold truth.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Battleship Island (2017)

Saturday 24 February 2018

Related image

Director : Ryoo Seung-wan
Cast : Hwang Jung-min, So Ji-sub, Kim Soo Ahn, Song Joong-ki, Lee Jung-hyun and Kyoung-young Lee.
Genre : War/Thriller/Drama
Running Time : 132 minutes
Trailer :


Bertemakan Perang Dunia Ke-2, sebuah band yang diketuai Lee Kang-ok (Hwang Jung Min) dan anak perempuannya,  So Hee (Kim Soo Ahn) mencari jalan keluar dari Pulau Hashima yang dipenuhi 400 orang rakyat Korea yang ditipu, diculik, dibawa secara paksa untuk melombong hasil galian di kawasan tersebut. Diseksa, masalah kekurangan nutrisi, kerja sehingga mati tak kira kanak-kanak ataupun dewasa, kehidupan di pulau tersebut seperti neraka. 

Japan to publicize testimony denying that Koreans were forced to work ‘under harsh conditions’ at UNESCO-listed ‘Battleship Island’

Sesampainya di pulau, dia kenal dengan seorang gangster yang famous di Korea, Choi Chil Sung (So Ji Sub) dan seorang pelacur secara paksa Mal Nyeon (Lee Jung Hyun). Selepas insiden di bilik air bilamana ketua buruh memukul seorang buruh dengan sengaja Chil-sung menggertak untuk berlawan dengannya. Dengan kemenangannya dan dipersetujui oleh pegawai askar Jepun, dia menggantikan tempat ketua buruh tersebut. Dalam masa yang sama, Park Moo Young (Song Joong-Ki) askar latihan dihantar ke pulau tersebut untuk misi rahsia menyelamatkan ketua Korean Independence Movement, Hak-chul Yoon (Kyoung-young Lee) keluar dari pulau tersebut. Namun setelah mengetahui agenda sebenar di pulau tersebut, Park berubah fikiran dan mengajak semua buruh kasar di situ untuk melawan askar Jepun dan keluar dari pulau tersebut. 

Image result for battleship island

We already know life during war world era is tragic and awful so during watching this movie, my heart broke especially when involving torturing scene from Japanese soldier. Pukul tu dah biasa tapi golek atas paku sampai mati memang ngeri kot. Nobody deserves that. Bila tengok life diorang dekat pulau ni memang rasa bersyukur sangat tak hidup pada era tu. Betapa gigihnya director nak wujudkan kembali era tu sebab tujuan asal movie ni pun sebab nak menghidupkan rasa patriotik dan cinta pada negara mereka. Emotion tu memang sampai.

Tambah emosi bila tengok scene Jang-ok dengan anak perempuan dia. Sehabis boleh dia akan buat apa saja cara untuk pastikan So-hee hidup gembira di pulau tu tanpa gangguan dari askar Jepun dengan kebolehan berbahasa Jepun dan ketua band. Tapi kedudukan dia tetap terancam sebab askar Jepun yang kejam dan licik sentiasa mengugut untuk menjual So-hee sebagai geisha.

Walaupun Joong-ki muncul lambat dalam movie ni which is during second half padahal nama dia digunakan during promotional events but he proved his worth as an actor. Karakter Park sebenarnya watak fiksyen so tak banyak referece yang Joong-ki dapat untuk hidupkan watak Park but Joong-ki being Joong-ki. His persona as savior is delightful.

Image result for battleship island

Sama jugak dengan pelakon utama lain, semuanya hebat belaka even pelakon kanak-kanak yang pernah berlakon dalam movie Train To Busan. Memang patut movie ni dapat rating tinggi sebab chemistry between them is superb. Social message sampai, emotion is there walaupun storyline dia agak serabut but still its enjoyable.

Walaupun movie ni katanya based on a true story tapi pihak Jepun menafikan yang rakyat Korea dilayan secara kasar macam yang digambarkan dalam movie Battleship Island walaupun betul ramai yang datang secara paksa. Sekarang ni pihak Jepun tengah mengumpulkan bukti tentang kejadian ni tapi agak sukar sebab ramai yang terselamat semuanya menetap di Korea Selatan.

Even Pulau Hashima ni wujud di Jepun dan menjadi tempat tinggalan sejarah tapi team Battleship Island tak berlakon di sana sebaliknya mencipta set yang seakan sama dengan Pulau Hashima di Chuncheon dan menelan kos 5x ganda dari bajet asal. With great cinematography work from Lee Mo-gae, I can say its worth it since this movie won 5 awards of Best Art Direction, Best Cinematography and Visual Effects. Not only that, tapi banyak lagi kategori award yang BI menang antaranya Best actor, Supporting Actress, Top 10 Film.

Image result for battleship island

Recommended to watch? Obviously yes tapi jangan tengok kalau lemah semangat ataupun tengah makan sebab banyak gore scene and pretty much some of you guys cannot bear to watch.  
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10