Showing posts with label drama Malaysia. Show all posts
Showing posts with label drama Malaysia. Show all posts

Drama Review | Alter-Naratif (2023)

Tuesday, 17 March 2026


Pengarah: Faisal Ishak
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Honey Ahmad, Aina Izzah, Nik Jassmin Hew, Haris M. Nor
Pelakon: Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah, Rahhim Omar
Syarikat Produksi:
Penyiaran: Viu, iQiyi
Genre: Cereka Fiksyen
Jumlah Episod: 8 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023 – 13 Julai 2023
Trailer:

Electric dust Agency (EDA), sebuah syarikat yang berfungsi untuk memadam memori manusia dan berkebolehan dalam mengubah lalu menggantikan memori melalui kod yang dimasukkan. Mel Isa (Nabila Huda) bekerja keras meneruskan perniagaan dan legasi ayahnya, Dr. Isa (Rahhim Omar) memperjuangkan teknologi baharu yang mampu menyelamatkan manusia pulih dari trauma dan masalah hidup mereka. 

Mel dibantu oleh Aira (Liyana Jasmay) yang juga rakan baiknya dan Dr. Rahim (Adlin Aman Ramlie) yang pakar dalam teknologi tersebut. Vinesh (Gisnervern Arikrishnan), Kina (Neera Azizi) dan Fahim (Anas Ridzuan) bekerja di bahagian operasi. 

Sedang Mel berusaha mendapatkan dana dari Yoshimoto Corporation, Aira bertemu dengan Sam (Gambit Saifullah) yang mengendalikan Syne di mana pelanggan dapat merasai pengalaman memori melalui VR yang diberikan. Aira dapat pengalaman menggunakan pelbagai jenis dadah di Syne tanpa bahayakan otak dan fizikalnya. 

Kina pula didekati oleh Judy (Yvonne Lee) yang cuba bertanya tentang keberadaan Zaiton (Marissa Yasmin), ibu kandung Kina yang dikatakan telah lama meninggal dunia. Kerana Judy, Kina dapat tahu ayahnya, Jaafar (Namron) simpan rahsia tentang Zaiton dan ibunya adalah salah seorang pakar saintis yang bekerja di EDA di bawah kelolaan Dr. Isa berpuluh tahun lepas. 

Naskhah cereka sains Alter-Naratif ciptaan Aina Izzah merupakan naskhah yang dipilih ketika Viu Pitching Forum 2021. Penceritaan yang unik dan kreatif membawakan alternatif rawatan menggunakan teknologi moden di mana EDA boleh memadam memori dan mencipta memori palsu sementara Syne pula menggunakan memori orang untuk idea perniagaan. 

Tapi sama seperti perniagaan yang lain, EDA pun struggle dengan kewangan sampai terpaksa ikut cakap klien macam babak Mel terpaksa padam memori anak Datuk Syafik (Mustapha Kamal) gara-gara dia salah seorang funder EDA. 

Macam susah nak percaya keadaan kewangan EDA pun ada juga sebab tak diceritakan dengan mendalam berapa kos setiap rawatan walaupun pelanggan yang datang ke EDA tak pernah putus. Ada juga yang sanggup datang berkali-kali untuk hilangkan memori. Tengok pada teknologi yang EDA guna, tak lah macam mahal sangat tapi susah nak rely on props sebab obvious sangat series ni tak dapat peruntukan bajet yang besar. 

Selain plot yang berlatarkan EDA, watak utama, Mel juga mempunyai konflik peribadi di mana dia mengalami halusinasi dan mimpi ngeri. Konflikni yang menghadirkan elemen misteri dan kejutan di awal series. Lakonan Nabila cemerlang sebagai Mel yang dimanipulasikan mindanya sampai tak senang duduk bila dia berjumpa dengan Isa. Kita tahu dia berhalusinasi tapi curious sangat nak tahu apa sebenarnya yang jadi. 

Walaupun series Alter-Naratif paparkan mesej kekeluargaan dan kemanusiaan tapi series ni tak sesuai lah untuk tontonan keluarga. Gaya hidup Mel ke arah Barat, dalam pejabat penuh dengan arak dan rokok. Sama juga dengan kawan baik dia, Aira. 

Personally, I tak berapa gemar dengan series yang tayang gaya hidup Barat semata untuk tampil moden dan urban. Memang lah realitinya ada tapi tak perlu masukkan pun tak apa. Somehow it looks cringe and poser. Dialog pun banyak yang tak bertapis. Watak Fahim dimasukkan untuk elemen komedi tapi lawak dia hambar. 

Series Alter-Naratif arahan Faisal Ishak mempunyai pacing yang tak sekata bila di awalnya bergerak laju kemudian mula meleret dengan drama antara Mel dan Isa sehingga buatkan episod akhir rushing untuk habis. Masuk Episod 5 dah mula bosan tapi terselamat lah sebab ada romantic angle antara Aira dan Sam. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =  6.6/10

Drama Review | Bisik Asmara (2026)

Saturday, 28 February 2026


Pengarah: Jamal Khan
Penulis Skrip: Rozie Rashid, Zakinah Ab Zarith
Pelakon: Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sophia Albarakbah, Nadia Brian, Rusminah Sidek, Wanns Ahmad, Syazuwan Hassan, Nafiz Muaz, Amanda Misbun, Aleza Shadan, Arash Mohamad, Fadilah Mansor, Zaki Azeman, Zahrin Aris
Syarikat Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Penyiaran: TV3 (Slot Samarinda), iQIYI
Genre: Drama / Cinta
Jumlah Episod: 20 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2026 – 24 Februari 2026
Trailer:

 

Bisik Asmara mengisahkan Farhan (Zul Ariffin) dan Sheila (Sophia Albarakbah), pasangan suami isteri yang menjalani perkahwinan jarak jauh kerana tanggungjawab terhadap keluarga. Sheila mengajar sebagai guru sekolah rendah di Ipoh sambil menjaga uminya (Rusminah Sidek) sementara Farhan bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur.

Setiap minggu Farhan akan pulang ke Ipoh untuk menemani Sheila atau pulang ke rumah ibunya (Fadilah Mansor) namun sejak berkawan rapat dengan Noreen (Uqasha Senrose), perhatian dia mula beralih. Noreen bukan sahaja pekerja atasan di pejabat malah jiran tingkat atas di rumahnya. Semakin hari Farhan dan Noreen semakin rapat hingga mereka berdua luahkan perasaan sayang antara satu sama lain.

Noreen mula obsess dengan Farhan dan mahukan perhatian yang penuh setiap masa sampai sanggup kacau Farhan di Ipoh dan bagi hint pada Sheila. Rakan sekerja mereka, Fikri (Syazuwan Hassan) perasan perubahan Noreen dan Farhan dan mula pelbagai cara untuk elakkan keadaan menjadi keruh. Dalam masa yang sama, Zhariff (Zaki Azeman), bekas tunang Noreen juga muncul untuk pujuk Noreen kembali ke dalam hidupnya. 

Naskhah Bisik Asmara yang sarat dengan episod kecurangan arahan Jamal Khan dan ditulis oleh Rozie Rashid juga Zakinah Ab Zarith menggunakan tema kecurangan dan skandal di pejabat sebagai penggerak cerita. Awalnya tak berminat nak tengok tapi Zul Ariffin segak sangat dalam Bisik Asmara ni. 

I tak letak expectation tinggi pun untuk Bisik Asmara sebab drama tempatan yang biasa je cuma terkejut dengan lakonan Sofia Albarakbah. Nampak macam dah improve banyak tambah pula untuk babak emosi. Chemistry dengan Zul pun nampak meyakinkan sebagai pasangan suami isteri cuma kekangan haruslah pada skrip bila tak diperkuat atau diperdalamkan lagi tentang hubungan Sheila dan Farhan. 

Tumpuan banyak diberikan pada hubungan terlarang Farhan dan Noreen sebab taktik produser pun nak tarik penonton dengan babak-babak curang. Dalam promo Zul Ariffin ada bagitahu yang love language dia adalah physical touch sebab tu dia mudah sangat sayang Noreen dan tak boleh adapt dengan PJJ. Tengok gaya Farhan ni, bukan love language yang jadi isu tapi memang lemah dengan godaan Noreen. 

Tak ada beza pun plot curang Bisik Asmara dengan naskhah curang yang lain. Cara Farhan kena sondol pun sama je dengan suami orang yang lain. Pengakhiran watak-watak utama pun dah boleh dijangka tapi akan ada telemovie masa Raya nanti jadi tak tahu lah kalau Noreen berjaya dapat apa dia nak. 

Latar pekerjaan yang dimasukkan dalam Bisik Asmara ni lemah lah jugak sebab I pernah terlibat dalam sektor pembinaan jadi bila tengok babak Noreen dengan Farhan dekat tempat kerja rasa nak geleng kepala. Reaksi Noreen dengan Farhan setiap kali ada masalah dekat site pun muka tenang je padahal benda tu tak sepatutnya berlaku pun. Tersalah measurement pun Farhan boleh cool padahal isu tu isu besar. Tak pasti lah siapa jadi rujukan penulis, yang pastinya tak buat extra homework. Kalau tak tahu tak payah masukkan. 

Episod akhir makin merepek sebab meleret dengan doa dan tazkirah dari pelakon pembantu padahal tak memberi impak apa pun pada cerita. Makin bosan ada lah. Ingatkan Kak Long (Nadia Brian) nak bergaduh dengan Noreen rupanya ulang dialog sama je. Umi yang demensia pun kemain panjang pula doa dia. 

Selain watak Sheila, kesian dengan watak Puan Mahani (Aleza Shadan) sebab dapat suami tak guna dan anak tak kenang budi. Kesian bila dengar dia kata anak yang dibesarkan dengan doa sebab dia terkesan dengan episod kecurangan tapi alih-alih anak dia sondol suami orang pulak. Memang patut lah Pn Mahani bercerai dengan En Mustapha (Arash Mohamad), nak jadi bapa pun tak mampu, nak jadi suami yang qawwam jauh sekali. Geli tengok episod-episod awal bila dia jumpa Noreen. Puas hati bila Pn Mahani bertempik bila tahu Noreen sondol suami orang. 

I layan dekat iQiyi jadi tak ada masalah dengan bisikan-bisikan dalam drama Bisik Asmara ni sebab ada sari kata disediakan. Dua hari pun dah boleh habis sebab boleh tukar speed 2x. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Drama Review | Mawar Dahlia (2025)

Sunday, 18 January 2026


Pengarah: Shamsul Akmal Asmoni
Penulis Skrip: Sophilea
Pelakon: Wanna Ali, Zac Zaky, Haidar Hasanudin, Azri Iskandar, Marissa Yasmin, Esma Daniel, Jesse Lim, Norlie Tamam, Laura Olivia, Faa Zaini, Fian Ali, Mohamad Saifullah, Azim Yusof
Syarikat Produksi: Pencil Pictures & Records 
Penyiaran: iQiyi
Genre: Drama 
Jumlah Episod: 12 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
Trailer: 


Mawar (Wanna Ali) merupakan seorang pereka fesyen dan memiliki sebuah butik bersama rakan kongsi perniagaannya, Nel. Walaupun perniagaannya berkembang maju hingga ke persada antarabangsa namun Mawar sentiasa diabaikan oleh suaminya, Daniel Haykal (Zac Zaky). Mawar sering makan hati apabila Daniel mungkir janji atau biarkan dia bersama anaknya, Adel (Laura Olivia) ketika bercuti. 

Satu hari Mawar terserempak dengan Rio Hadith (Haidar Hasanudin), teman baiknya sejak kecil tapi mereka lost contact setelah Mawar terima lamaran Daniel. Bila Rio tahu Mawar diabaikan oleh Daniel, dia cuba pujuk Mawar untuk luangkan masa bersama hingga cinta mereka berputik. Rio ajak Mawar untuk temankan dia ambil gambar alam dan berkhemah selama seminggu. 


Perkara yang sangat mustahil untuk Mawar lakukan kerana dia tak pernah tak pulang ke rumah. Kalau dia ikut Rio, kisah curang dia akan kantoi dengan Daniel tapi kalau dia tak ikut Rio, hati dia pula merana. 

Sepertimana takdir pertemukan Mawar dengan Rio, takdir juga bawa Mawar berjumpa dengan adik kembarnya, Dahlia (Wanna Ali). Mawar pujuk Dahlia untuk gantikan dia selama seminggu sahaja di rumah sebagai isteri Daniel dan ibu kepada Adel. Hal butik tak perlu ambil tahu kerana Nel akan uruskan sebaiknya. 


Terdesak mencari dana untuk pembedahan ibu mereka, Maria (Marissa Yasmin), Dahlia bersetuju dengan idea gila Mawar. 

Naskhah drama berjudul Mawar Dahlia arahan Shamsul Akmal Asmoni ketengahkan idea yang menarik tentang kembar yang terpisah dan setuju untuk tukar tempat. Masa tengok teaser Mawar Dahlia dah tertarik sebab tak pernah lagi jumpa naskhah tempatan yang guna idea ni. Teruja nak tengok macam mana penulis dan pengarah nak olah ikut budaya kita. 


Drama Mawar Dahlia ada tiga konflik utama yang bergerak serentak di mana Mawar dengan konflik perkahwinan, Dahlia pula dengan konflik kewangan malah dikejar oleh samseng kerana bapa tirinya, Raz (Esma Daniel) hilangkan duit Stevan (Jesse Lim). Raz sebenarnya dikhianati oleh bapa kandung Mawar dan Dahlia, Iskandar (Azri Iskandar). Sementara Raz meringkuk dalam penjara, Iskandar hidup dengan tenang setelah jadi punca berantakannya hidup isteri dan anak-anak dia. Anak kandung Raz pun dalam bahaya kerana sentiasa diganggu oleh anak buah Stevan. 


Patutnya penulis buang konflik samseng yang berpuluh tahun mencari duit dia yang hilang. Tak faham kenapa samseng tu tak boleh move on padahal Dahlia, Raz, Maria atau anak Raz tak tahu menahu tentang duit dia. Takdir pertemukan Mawar dengan Rio, Mawar dengan Dahlia, Maria dengan Dahlia tapi tak pertemukan Stevan dengan Iskandar. Anak buah Stevan ni pun kejap mengejar, kejap tidak. Merepek betul. 

Plot Mawar bertemu dengan Rio dah menarik dah sebab chemistry Wanna dengan Haidar mewujudkan elemen romantik dalam naskhah Mawar Dahlia. Kesian tengok Mawar diabaikan oleh Daniel dan Daniel sikit pun tak kesian dengan isteri dia siap mengadu dengan kawan bila isteri merajuk. 


‘Bekas isteri aku si Ratna tu dulu tak pernah berbunyi pun bila aku abaikan dia tapi si Mawar ni tak sudah-sudah buat hal.’ – Daniel

Kalau I jadi Mawar pun I sentap sebab Daniel acknowledge je masalah rumah tangga tapi taknak selesaikan. Penulis sengaja antagoniskan watak Mawar bila dia spend time dengan Rio sebab watak Daniel berubah lepas jumpa Dahlia. Dia batalkan semua meeting dan hal kerja sebab nak spend time dengan isteri dan anak. Laaahh boleh je rupanya, saja buat teruk nak torture mental isteri. 


Sebab perubahan Daniel yang mendadak tu, Dahlia tak berhenti judge Mawar sebab tak hargai Daniel padahal tak tahu perangai Daniel yang sebelum tu. Skrip dan dialog dalam drama ni memang problematic tapi dah layan separuh jalan, layan je lah sampai habis. 

Masa swapping scenes tu kelakar juga lah tengok Dahlia nak sesuaikan diri sebagai Mawar. Menjadi betul lakonan Wanna Ali dalam dua watak dengan personaliti yang berbeza. Mawar lebih kepada feminine dan elegan sementara Dahlia lebih kasar dan talkative. 


Terkejut masa tengok babak Dahlia kena kejar dengan samseng sebab babak tu shoot dekat klinik area rumah tapi jump ke IKEA. Banyak babak Mawar dengan Dahlia dekat The Strand dan sekitar Damansara. Jadi seronok juga lah nak tengok sebab tempat yang kita familiar. 

Mawar Dahlia ni kalau tak berat sangat dekat genre drama dan olah dalam template romantik komedi mungkin boleh jadi sebuah naskhah yang menarik. Semua babak melodrama terutamanya dari orang tua Mawar Dahlia yang banyak tone down momentum naskhah ni. 


Drama ni kan dicipta untuk tontonan penonton tempatan tapi kenapa ada babak Maria masuk hospital swasta? Nak kesian pun malas sebab banyak juga lah keputusan dangkal dari orang tua Mawar dan Dahlia. Good to know lah Mawar dan Dahlia dapat happy ending lepas parents meninggal. Good riddance. 

Kecewa juga dengan team production sebab proceed dengan babak Dahlia tidur dengan Daniel sedangkan jelas hukumnya haram. Sama juga dengan babak Mawar dan Rio. Walaupun tayang dekat streaming platform tapi kenapa tayang babak macam tu padahal bukannya beri kesan pada penceritaan pun. Tak pasti lah naskhah ni copy drama negara lain ataupun idea asal sebab mana-mana jawapan pun tetap boleh persoalkan kenapa wujud babak macam ni sedangkan boleh dielak. 


Hopefully Wanna Ali dengan Haidar Hasanudin dapat projek dengan skrip yang bagus in future sebab sayangnya bila talent yang bagus tersia dengan naskhah ala kadar. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 5.5/10

Drama Review | Seribu Nina (2022)

Friday, 12 December 2025


Pengarah: Umi Salwana Omar 
Penulis Skrip: Nazri Vovinski, June Tan, Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin, Baizura Kahar
Pelakon: Adriana Adnan, Syafiq Kyle, Marsha Milan, Adlin Aman Ramlie, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsia Ng, Riezman Khuzaimi, Arash Mohamad, Roniey Shahrul, Kimberly Chuah
Syarikat Produksi: Infinitus Entertainment 
Penyiaran: Viu, iQiyi
Genre: Romantik / Komedi / Sains Fiksyen
Jumlah Episod: 10 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022 – 16 Jun 2022
Trailer: 


‘Date dengan you rasa macam date dengan orang lain…. sebab masa you berputar lain sikit daripada orang.’ - Amar

Amar merupakan pensyarah muda dengan personaliti yang teliti dan sentiasa merancang untuk mengelakkan sebarang risiko terjadi dalam hidup sementara kekasihnya, Nina (Adriana Adnan) lebih bebas dan bersikap spontan. Amar sentiasa luangkan masa di Café Roman, kafe tempat Nina bekerja. Namun setelah 3 tahun bercinta, Amar masih teragak-agak untuk melamar Nina menjadi isteri.


‘Tiada yang sempurna, Amar. Manusia tak sempurna. That’s why they get together, couple, getting married supaya diorang boleh complete each other. Tahu tak Amar punya masalah apa? Masalah Amar ialah Amar melihat semua benda sebagai risiko. Sometimes, you just have to go for it.’ – Firdaus

Ketika Amar masih tercari-cari jawapan sama ada Nina adalah orang yang tepat sebagai pasangan hidup, Nina pula bertemu dengan Didi (Marsha Milan) yang berniat untuk bawa dia pulang ke dimensi asalnya. Nina berkeras tidak mahu ikut Didi hingga dia diburu oleh pemburu upahan yang ditugaskan oleh Orang Besar (Arash Mohamad). 


Penculikan Nina disaksikan oleh Amar sendiri hingga dia bekerjasama dengan Didi mencari Nina di beberapa dimensi. Didi menggunakan alat untuk lompat ke dimensi lain bersama Amar. Perjalanan Amar menyelamatkan Nina buatkan dia sedar apa yang telah dilakukan oleh Nina sejak mereka bertemu di Café Roman. 

Naskhah Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar yang pernah mengarah filem Kami Histeria (2014), Gol & Gincu Vol. 2 (2018) dan Sa Balik Baju (2021) menggunakan genre romantik komedi untuk mengangkat kisah cinta berbeza personaliti antara Amar dan Nina. 


Uniknya, penceritaan Seribu Nina menggunakan konsep multiverse di mana setiap dimensi mempunyai perbezaan budaya dan gaya hidup jadi setiap Nina yang dijumpai oleh Amar mempunyai karakter yang tersendiri. Amar juga jumpa watak Amar dan Sado (Fahmy Reza) yang berlainan personaliti dan karakter cuma tak lah menjadi fokus sangat sebab naskhah ini lebih terarah pada Nina. 

Dimensi yang wujud ni juga macam dunia what if dari setiap manusia macam what if dunia ni tak ada lelaki jadi dimensi 890 mempunyai penduduk perempuan yang membesar tanpa lelaki. Dimensi 350 pula dimensi yang tiada peraturan dan banyak lagi. Tak sangka lah drama tempatan boleh mengangkat tema multiverse tanpa terlihat cringe atau dangkal sebaliknya menarik untuk ditonton. 


Walaupun Adriana Adnan baru pertama kali berlakon sebagai watak utama dan banyak lagi watak sampingan yang lain, lakonan dia sangat meyakinkan. Tajuk sahaja Seribu Nina tapi Nina yang muncul tak lah sebegitu ramai. Priyanka Chopra pun pernah berlakon untuk watak yang banyak dalam satu filem, What's Your Raashee? (2009) sampai tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Tak pasti lah untuk Adriana macam mana but for me, she really did a great job as Nina. Bila dia sedih dan kecewa dengan tindakan Amar, I can feel it too. 


Chemistry Adriana dengan Syafiq Kyle menghidupkan lagi dunia romantik komedi Seribu Nina sampaikan 10 episod terasa pendek. Setiap perbincangan antara Amar dan Nina menarik dan mempunyai mesej yang tersendiri. I suka bila penulis masukkan rasa unik yang Amar rasa setiap kali Nina ada di sekitar dia buatkan kita yakin yang pasangan dalam naskhah ni akan dapat happy ending. 

Dinamik Syafiq dengan Marsha pun membantu pengembaraan antara dimensi terasa menghiburkan. Lakonan Marsha sebagai polis tempoh percubaan pun kelakar  bila dia bersahaja dengan mimik muka yang pelbagai. Watak Didi ekstra lah sikit sebab ada stunt action dan semuanya dilakonkan sendiri oleh Marsha kerana dia nak nampak real on camera. Usaha Marsha training lebih masa tu berbaloi lah walaupun tak banyak babak aksi dia. 


Dialog dari barisan penulis antara kekuatan siri Seribu Nina kerana menyokong genre utama. Selain kisah romantis, Seribu Nina juga mempunyai sub-plot tentang pemerkasaan wanita dan kehidupan. Banyak watak yang wujud untuk nasihatkan Amar malah Amar sendiri sedar yang sikap dia terlalu berjaga-jaga buatkan dia terlepas banyak benda dalam hidup dan bahayakan hubungan dia dengan Nina juga. 


Sinematografi dari Mohd Roslan Jalaluddin banyak membantu perjalanan Seribu Nina didukung pula dengan muzik latar yang menarik. Bila masuk babak romantis, pengarah masukkan musik latar yang soothing buatkan momen antara Amar dan Nina terlihat awwdorable. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Drama Review | Ijab Kabut (2022)

Saturday, 22 November 2025


Pengarah: Faliq Sharif
Penulis Skrip: Nadia Khan, Mamu Vies, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal, Baizura Kahar, Qawiem Hamizan
Pelakon: Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin, Fadlan Hazim
Syarikat Produksi: Jazzy Pictures
Penyiaran: Viu, iQiyi
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 10 Episod (25-30 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022 – 10 November 2022
Trailer:


Sejak kecil Deanna (Azira Shafinaz) dan sepupunya, Athira (Ezzaty Abdullah) sentiasa bersaing dalam setiap perkara. Deanna bijak dalam pelajaran dan menjadi produser muzik terkenal di bawah Bella Records. Sementara Athira pula pandai memasak dan bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya. 

Beberapa jam sebelum majlisnya berlangsung, Nenek (Khatijah Tan) hadiahkan gelang emas warisan keluarga kepada Athira. Cemburu dengan pemberian tersebut, Deanna yakinkan keluarganya perkahwinan dia bersama Saiful (Kodi Rasheed) akan berlangsung dalam masa 8 bulan lagi di Dewan Magica Hall. Malangnya, Saiful tidak bersetuju dan putuskan hubungan mereka kerana rimas dengan perangai Deanna yang suka mengawal serba-serbi. 


Segala yang dirancang bersama Khai (Fadlan Hazim), si wedding planner hampir musnah sehinggalah Deanna dapat idea untuk mencari bakal pengantin lelaki dalam masa 8 bulan. Tempoh masa yang sangat singkat namun Deanna berjaya buat Khai dan Mat (Iedil Dzuhrie Alaudin) setuju dengan idea gila tersebut. 

Perancangan mereka mudah, langsungkan perkahwinan bersama Mat supaya Mat dapat exposure dari produser-produser terkenal yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Sementara Khai dapat kelebihan bila hasil kerjanya sebagai perancang perkahwinan akan menjadi cover page untuk majalah Idaman. Tanpa disangka kedua-dua lelaki tersebut jatuh cinta pada Deanna lalu buatkan semua yang dirancang hampir musnah. Berjaya tak Deanna capai impian untuk dapatkan gelang emas dari Nenek, kena layan lah drama komedi ni di iQiyi. 


Naskhah arahan Faliq Sharif berlatarkan dunia kerjaya yang jarang digunakan dalam penceritaan baik perancang perkahwinan mahupun produser muzik. Seronok juga tengok cara mereka bekerja sebab dalam memastikan semuanya berjalan lancar, ada banyak perkara di balik tabir yang berlaku terutamanya kerenah pelanggan. Dapat pelanggan macam Deanna boleh sakit kepala lah, sebab pengantin lelaki pun masuk dalam job scope Khai juga.


Dah lama nak tengok drama Ijab Kabut sebab Kak Neddo yang tulis skrip tapi baru sekarang jumpa bila masuk iQiyi. Nak subscribe Viu tapi malas sebab tak ada speed setting. Tengok dekat iQiyi, 10 episod boleh habis dalam satu malam sebab curious nak tahu apa akan jadi dalam kisah tiga watak utama ni. Susah nak teka siapa yang Deanna akan pilih sebab Khai dengan Mat, masing-masing ada kekuatan tersendiri. 


Tak sangka pairing Iedil dengan Azira menjadi walaupun chemistry mereka berdua tak lah kuat sangat tapi sebab lakonan kedua-duanya natural dan bersahaja. Watak Mat pula kelakar jadi setiap masa rasa seronok bila Deanna dengan Mat bertemu. 

Bila Deanna dengan Khai pun macam secocok juga sebab personaliti dua-dua watak ni sama. Dua-dua jenis perfectionist dan anxious bila plan mereka gagal. Nampak macam Khai sejenis yang pushy tapi bila cerita bergerak, penulis tunjuk yang hati dia lembut cuma trauma dengan cinta lama. 


Penceritaan Ijab Kabut nampak macam mudah dan sentiasa berpihak pada Deanna tapi untuk genre yang santai, boleh abaikan mana yang tak logik. Kadang geram juga sebab semua benda kena ikut tekak Deanna tapi kalau Deanna ni sejenis yang waras, mungkin Ijab Kabut tak akan terjadi. 

Sepanjang drama ni pun ada banyak product placement sampai dah boleh agak bila produk tu akan muncul. Kelemahan Ijab Kabut terletak pada lakonan pelakon sampingan kecuali Luqman Hafidz sebagai chef katering dan Megat Shahrizal sebagai Coach Bima Sakti. Banyak screentime diberikan pada Rozita (Sarancak) sedangkan dia tak mampu deliver pun. Babak kelakar pun tak menjadi. Patutnya ambil pelakon yang dah berpengalaman untuk babak komedi. Seolah-olah casting director bagi keutamaan pada pelakon utama dan bagi watak pelakon-pelakon sampingan kepada yang terima tawaran. 


Sinematografi Ijab Kabut diberi suntikan visual yang moden dan elegan, sesuai dengan dunia Deanna dan Khai. Lagu tema - Istimewa Untukmu menghidupkan suasana romantik antara Deanna dan Mat. Dua department yang berbeza dimonopoli oleh dua watak utama yang berbeza sebab tu I cakap susah nak tahu siapa jodoh Deanna. 

Keseluruhannya I seronok layan Ijab Kabut dan berpuas hati dengan pengakhiran drama dan mesej yang diketengahkan oleh penulis. Pada akhirnya, watak Deanna jadi waras dan matang juga seperti yang diidamkan oleh Nenek. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5/10

Drama Review | Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? (2023)

Sunday, 6 July 2025


Pengarah: Faizul A. Rashid, Megat Sharizal
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Haris M. Nor, Lepat Hafiz 
Pelakon: Zahirah MacWilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah, Nia Atasha, Aqilah Abas, Wan Raja, Azhar Sulaiman, Dato’ Yusri Abdul Halim, Aleza Shadan, Megat Sharizal, Azri Iskandar, Aida Amirah, Eamie Elyana, Megat Adli
Syarikat Produksi: Razor's Edge Pictures 
Penyiaran: TV3, Tonton, Netflix
Genre: Misteri / Jenayah 
Jumlah Episod: 10 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2024 – 6 Julai 2024 (TV3 - Slot Lestary)
Trailer: 


Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Mengisahkan tentang kes pembunuhan kejam Syarinie (Eamie Elyana) di rumah sewanya. Mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan setelah dirogol oleh pembunuh. Wartawan jenayah dari Harian Metro, Rozimi Razak (Aloy Paradoks) ditugaskan untuk membuat liputan kes jenayah tersebut tapi rakan sekerjanya, Fatema (Zahirah Mcwilson) bertegas untuk kendalikan kes tersebut bersama-sama.

Walaupun dilarang oleh ketua mereka, Zabidi (Wan Raja) tapi Fatema tetap curi-curi melakukan siasatan dan serahkan tugasannya kepada Hazi (Nia Atasha), intern di situ. Fatema yang terkesan secara peribadi dengan kes pembunuhan tersebut berazam untuk mencari pembunuh Syerinie. 

Makin bertambah semangat untuk melaporkan kes tersebut apabila Fatema berjaya mendapatkan maklumat eksklusif dari saksi utama bernama Liza (Amanda Tan) yang dianggap sengaja disorokkan oleh DSP Marzuki (Mustaqim Bahadon). Tindakan Fatema menyebabkan Harian Metro dan juga pihak polis berada dalam keadaan yang berisiko. 

Sebelum ni pernah nampak ada tweet yang puji skrip drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Ni lain dari yang lain ditambah pula genre jenayah dimasukkan buatkan drama ni tampil segar untuk industri tempatan. Bila masuk Netflix, laju juga lah tekan butang play sebab suka dengan genre misteri dan jenayah. 

Dekat intro pun dah bagitahu yang kes Syerinie merupakan adaptasi longgar dari kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia. Bila tengok episod 1, dah boleh agak kes ni diambil dari kes Noritta Samsudin, eksekutif pembangunan dan perniagaan yang mati dibunuh di kediamannya di Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas pada Disember 2003. 

Fakta kes yang itu sahaja yang sama, selebihnya diolah mengikut kreativiti penulis dan kisah ini diceritakan melalui perspektif wartawan jenayah. Dari gaya drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Diceritakan, boleh nampak yang barisan penulis buat homework dan bekerja mengikut guidance dan supervision Harian Metro lah. Nama pun dah ambil nama penerbitan yang betul, takkan lah nak main belasah je buat cerita kan? 

Dekat dalam drama ni boleh nampak macam mana wartawan jenayah bekerja rapat dengan mangsa, suspek, saksi, pihak polis dan pelbagai pihak luar. Kalau ikutkan agak berisiko juga lah kerja sebagai wartawan jenayah ni sebab sentiasa diperhatikan oleh watak-watak antagonis. Nak sebarang tulis pun tak boleh juga sebab ada risiko disaman oleh beberapa pihak macam dalam babak Zafran (Azri Iskandar) saman Harian Metro lepas Fatema keluarkan artikel tentang sisi gelap kehidupan Syerinie. 

Dari episod-episod awal lagi kurang gemar dengan watak Fatema yang baran dan memilih kerja. I faham kehendak penulis yang nak bangkitkan isu gender bias tapi dalam drama ni a bit too much. Bila tengok barisan penulis semuanya adalah lelaki dan pengarah juga lelaki, I rasa mereka gagal untuk kupas isu yang sering berlaku dalam alam pekerjaan ni dengan baik. Watak Fatema nampak sentiasa baran dan emosi tak kena tempat. 

Sama juga dengan watak Hazi dan Yasmin. Nampak ketara penulis tak pandai nak kembangkan situasi Hazi menangis depan Yasmin dalam kereta. Babak tu patutnya ada emosi yang mendalam tapi nampak dangkal sebab dialog yang keras. Apa salahnya bercinta dengan bos sendiri? Bukan kerja Hazi terganggu pun. Tiba-tiba Hazi cakap men are trash bagai lepastu Yasmin pun setuju. Girls talk bukan macam tu eh. Sama lah dengan babak Fatema baran sampai tuduh Rozimi mansplaining dekat dia. 

Barisan pelakon dah deliver yang terbaik untuk watak masing-masing tapi sayang lah bila skrip dan dialog melemahkan penampilan mereka. Kalau di episod-episod awal penceritaan terlihat menarik, masuk episod 6 hingga ke hujung dah mula longgar sebab banyak babak yang tergesa-gesa. Patutnya stick dengan Imadi sebagai antagonis dan perbalahan antara Fatema dengan DSP Marzuki sahaja. Bila muncul watak Riyad (Azhar Sulaiman) dengan isteri dia (Aleza Shadan), dah tak seronok dah. 

Sub-plot Edisi Khas tu pun selesai macam tu je padahal anak buah DSP Marzuki dah syak orang dalam. Buat kerja tak clean langsung, memang senang lah orang syak ada mole. Patutnya biar watak lain yang handle akaun Twitter Edisi Khas tu supaya akaun ni tetap wujud dekat musim 2 nanti. Baru kena sergah sikit dah bakar laptop. 

Dalam drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? Baru boleh nampak lakonan Wan Raja menjadi sebab sebelum ni nampak dia sebagai pelakon sampingan dalam ruang yang terhad. Seronok lah tengok watak Zabidi, ketua yang cool dan sempoi. No wonder lah TC (Chew Kin Wah) dengan Rozimi seronok bekerja dengan dia. Walaupun dia tegas dengan Fatema tapi boleh faham lah yang dia buat tu untuk jaga anak-anak buah dia dari Ishak (Megat Sharizal). Tak syok bila penulis wujudkan love angle dengan Hazi yang entah untuk tujuan apa sebab sub-plot dua watak ni tak menambahkan apa-apa substance pada penceritaan pun. Chemistry pun lemah. 

Idea tu dah gempak tapi execution lemah, tapi tak hairan lah sebab tak berapa minat sangat dengan karya Megat Sharizal. Apapun kalau ada musim 2 nanti, harapnya ada improvement supaya boleh jadi arkib dan rujukan untuk kes jenayah di Malaysia. Nak tunggu pembikinan filem macam lambat lagi. Filem Dukun tu pun kena peram lama. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Drama Review | Mentua: Kasih Yang Dipersia (2024)

Friday, 30 May 2025


Pengarah: Zamri Zakaria
Penulis Skrip: Amin Shakib, Eja Lorena, Siti Solehah Abdul Ghani, Zarihah Hassan, Shida Zali
Pelakon: Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Syarul Ezani, Siti Elizad, Raden Zaharatul, Dayang Areeda, Apich Lo, Farahdhiya, Datuk Jalaluddin Hassan, Jasper Supayah, Nasir Jani, Farhan Asri, Zarynn Min
Syarikat Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd 
Penyiaran: TV3 (Lestary), Tonton, Netflix
Genre: Drama 
Jumlah Episod: 15 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2024 – 27 September 2024
Trailer: 


Datin Azizah (Fauziah Dato’ Ahmad Daud), pemilik Bayu Textile merupakan seorang yang dominan. Hampir kesemua urusan rumahtangga, keluarga dan syarikat diuruskan oleh dirinya sendiri hingga menjadi idola ramai usahawan muda di luar sana termasuklah Emilia (Siti Elizad), pemilik Juwita Valet. 

Syarikat yang baru sering menjadi sebutan dalam industri tekstil lalu berjaya berdiri sama tinggi dengan Bayu Textile. Tanpa pengetahuan Datin Azizah, anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani) bercinta dengan Emilia lalu berkahwin senyap-senyap kemudian pulang meminta restu kedua belah keluarga. 


Berang dengan perlakuan Amir yang membelakanginya juga berkahwin bersama pesaing Bayu Textile membuatkan Datin Azizah mencetuskan perang atanra mentua dan menantu. Pelbagai cara dilakukan supaya Emilia kalah dalam permainan tersebut. 

Naskhah Mentua arahan Zamri Zakaria mempunyai plot yang menarik di mana menggunakan tema yang sering ditakuti oleh setiap menantu perempuan. Barisan penulis pastinya curahkan semua tumpuan dan kreativiti kepada watak Datin Azizah untuk tampil sebagai watak yang narsistik sementara watak yang lain terlihat dangkal dan lemah. 


Tak ambil masa yang lama untuk suka dengan watak Datin Azizah walaupun production team cuba gambarkan Datin Azizah sebagai watak antagonis dalam naskhah bersiri sepanjang 15 episod. Lihat saja watak Amir dan Emilia yang mencuri perhatian netizen dengan lamaran di luar syarikat Juwita Valet sehingga viral kemudiannya tanpa perkenalkan Emilia kepada keluarga dengan baik, Amir bawa Emilia berkahwin tanpa pengetahuan. 

Watak Sofea (Hanna Aqeela) yang dibawa masuk untuk runtuhkan perkahwinan Emilia pun tak lah susah sangat kerja dia bila Amir sendiri tak bertegas dengan pekerja. Tugas Sofea cuma perlu ajak Amir temankan dia makan sampai terlupa isteri dah sediakan makanan di rumah. Amir sendiri gagal buat kerja dengan baik sampai hilang tender kepada Juwita Valet. Kalau jadi Datin Azizah, memang mengamuk lah tengok syarikat semakin rugi. 


Bukan salah Datin Azizah atau Sofea pun bila Amir tak jalankan kerja dengan baik sampai syarikat Bayu Textile menanggung rugi ditempelak oleh pelanggan akibat kualiti kain yang teruk. Bukan salah Datin Azizah kalau Amir sendiri tak apply leave padahal dah berjanji dengan isteri untuk pergi bercuti. Penulis cuba gambarkan Datin Azizah sebagai narsistik sedangkan apa yang dilakukan hanyalah kehidupan orang yang realistik. 

Ada masanya kata-kata Datin Azizah kedengaran bongkak tapi kalau anak-anak dia semuanya lemah, macam mana dia tak masuk campur? Make sense lah dia anggap Emilia sebagai pesaing sebab hasil kerja Juwita Valet bukan hebat mana pun. Ada babak Emilia kagum dengan rekaan eksklusif yang dikeluarkan oleh designer syarikat. I tengok pun tak berkenan, macam mana dia sebagai pengarah syarikat boleh puji rekaan baju kurung sebagai kemas dan cantik? Apa maksud dia dengan kemas? Warna kelam, rekaan lapuk tapi dia suka. 


Belum masuk lagi soalan dia tentang baju songket untuk majlis sanding. Memang patut kena kutuk dengan Datin Azizah sebab pertikaikan signifikan kain songket dengan perkahwinan di zaman moden. Betul lah kata Datin Azizah, kain songket relevan dari generasi lama sehingga generasi mendatang. Tak akan pernah lapuk warisan Melayu. 

Mungkin penulis patut buang babak Sherina (Raden Zaharatul) yang meroyan tak tentu hala dan tambahkan babak Emilia fight dengan Datin Azizah. Sebab watak Azim (Apich Lo), Lidya (Farahdhiya), Husin (Datuk Jalaluddin Hassan) atau Siti (Jasper Supayah) tersangatlah lemah sebagai watak sampingan. Protagonis yang ramai cuma untuk kuatkan teori yang watak Datin Azizah bukan narsistik seperti yang digambarkan. 


Beria tunggu Emilia nak lawan Datin Azizah tapi sebaliknya yang jadi bila Emilia menangis saja sampai ke hujung cerita. Tak nampak langsung 90% persamaan dengan Datin Azizah yang dikatakan. Setiap langkah yang diambil semuanya lemah dan dangkal. 

Suka tengok perbualan Datin Azizah dengan Pak Zain (Nasir Jani) sebab perbualan mereka berisi. Antara semua watak sampingan yang wujud di dalam rumah Datin Azizah, hanya Pak Zain yang hormat dan faham apa kehendak majikan dia. Masa dia menyembang tentang pelapis baru dapat insight baru yang garam bila dimakan banyak akan memudaratkan tuan badan. Nasihat yang berguna supaya Datin Azizah step down dan berehat sebab dia sendiri pun dah berusia. 


Tapi itulah, Amir dan Azim tu kalau boleh diharap, I tak rasa Datin Azizah nak sibuk dengan urusan pejabat. Kalau jadi Datin Azizah memang makan hati dengan perangai anak-anak sebab tak jaga hati dia langsung bila tahu Husin curang. Azim nampak depan mata ayah dia keluar dating dengan Lidya pun dia cakap tak ada perlunya untuk menyibuk urusan orang. 

Kesian dengan Datin Azizah sebab dapat anak macam tu. Sakit pun dia tak pergi jenguk padahal tak ada pun flashback untuk bagitahu apa dendam Azim dengan ibu dia. Kalau ada pun sebab ego dia jatuh lepas gagal buktikan kerjaya sebagai designer boleh pergi jauh. Tak faham kenapa freelance job dia tak pergi jauh sampai tak mampu bayar basic utilities. Lepastu nak emo bila isteri dia, Mimi (Dayang Areeda) suka ambil duit dari Datin Azizah. Dia patut bersyukur Mimi tu bersabar walaupun terpaksa tebalkan muka minta duit supaya boleh survive setiap bulan. 


Kalau ikutkan hati nak buat review setiap episod sebab setiap episod ada kedangkalan dan benda merapu yang anak dan menantu Datin Azizah buat tapi malas sebab tak ada masa satu hal, tak larat nak hadap drama ni lagi pun ye jugak. Apapun, I berjaya habiskan drama Mentua sebab watak Datin Azizah. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3  = 4.6/10