Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts
Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts

Rasa Nostra, Ara Damansara Indah Khabar Dari Rupa

Thursday, 17 July 2025


Selalu nampak iklan Rasa Nostra dekat Facebook and yes, of course kitorang tertarik lah untuk pergi sebab restoran dia cantik. Menu pun nampak sedap dalam gambar. Masa pergi makan dekat Wartek pun park kereta dekat area restoran Nostra Rasa ni. So kitorang dah target nak cuba makan dekat sini. 



Dekat Rasa Nostra ni boleh pilih untuk makan di bahagian luar restoran, di dalam ataupun dekat dalam ruang berpenghawa dingin. Memandangkan masa tu panas terik, kitorang pilih dekat dalam bilik yang ada air-cond tapi bilik tu berbau sebab pekerja restoran Nostra Rasa ni letak mop hapak dekat laluan menuju ke kitchen. 



Menu Rasa Nostra ni ada banyak pilihan baik makanan ataupun minuman. Ikutkan nak ambil Kopi Saloma tapi sebab Viatnamese Latte rasa macam ermmm next time lah. Lagipun rasa takut pulak bila menu yang overclaim ni. Sudahnya ambil teh ais je. Yun ambil Vanilla Cookie & Cream. Syida dengan yang lain bawa air masak dari office. 


I order Butter Chicken, Yun order Nasi Ayam Gepuk, Syida order Nasi Lemak Sambal Kerang, Syu dengan Aiesyah pulak order Buttermilk Chicken dengan sambal gempuk. Gambar atas ni Buttermilk Chicken tapi dari gambar pun dah nampak sedih, apatah lagi rasa dia. Dah terlanjur order kena lah makan. Keropok dia pun keraihhhhh. 


Ni pula Nasi ayam Gepuk yang Yun order, dah la paling lambat sampai sudahnya macam nasi dengan popcorn chicken je rupa dia. Sambal pun tak macam sambal gepuk sebab dia sambal blend lepastu ada perahan limau. 


And this was my teh ais gaisssss. Rasa nak menangis tengok warna dia sebab ceroi. Nasib baik lah tak order segala jenis minuman dia yang lain. Vanilla Cookie & Cream pulak manis leting. Padah terlupa bawak air masak macam yang lain. 

Bayangkan kitorang dah pishang tunggu makanan sebab pekerja dia ada dua orang je lepastu bila makanan sampai kena makan bersama bau hapak mop. Masa kitorang pergi ni tak ramai orang pun sebab ada dua meja je itupun satu meja 2 orang, satu meja lagi 3 orang. 

Makanan yang dia serve pun bukannya masak dekat kitchen sebab Syida ternampak dia buka dari pek makanan masa lalu pergi tandas. So kitorang tak faham kenapa makanan sampai lambat gila. Mungkin microwave ada satu je T.T

So no more after this. Teruk gila dining experience dekat sini, habis lebur masa dan duit macam tu je. 

Iced Matcha Latte, Slowork Coffee & Matcha, Ara Damansara

Wednesday, 16 July 2025


Kawasan Ara Damansara dah makin meriah dengan cafe dan restoran baru. Lepas makan tengahari dekat Wartek, kitorang singgah beli matcha dekat Slowork Coffee & Matcha. Restoran ni baru buka mungkin dalam tahun lepas sebab dah lama tak makan dekat sini. 

Kalau Jumaat kitorang prefer dekat kawasan Oasis Square je sebab tak rushing nak balik, lagipun parking pun senang. Dekat sini kena pusing few times kalau datang masa lunch hour sebab dekat dengan Chinese food court. Tapi masa ni kitorang lunch dah lambat, nak dekat pukul 2 dah so senang la sikit dapat parking. 


Restoran Slowork buka dari jam 11 pagi sampai 9 malam. Restoran ni kecil je tapi selesa. Dekat sini ada menu makanan Penang macam mi udang, nasi lemak, laksa Thai, mi Jawa, creamy salted egg, chicken chop, carbonara, cendol macam tu. I tak tengok beria pun menu dia sebab motif utama pergi Slowork sebab nak beli Iced Matcha Latte je. Sementara tunggu order siap, usha itu ini sebab restoran baru. 




Dekat sini ada kek juga tapi gaya dia macam menu tu tak fix, mungkin berubah ikut mood Slowork. Tapi ni cuma teori rambang yang entah betul entah tidak. 




And it's doneeeeee! Rasa matcha dia sedap je, tak clumpy sebab dia dah whisk lama. Mungkin sebab tu nama dia Slowork sebab nak whisk matcha supaya bancuhan jadi cantik. Kalau ada mood nak try lagi I akan try tapi memandangkan ZUS dah ada matcha so I guess maybe next time sebab harga RM14 satu cup. For me, harga dia mahal sikit compared to ZUS sebab cup dia kecik nyah. 

In case you guys nak try, boleh waze alamat Slowork ni 53 Jalan PJU 1a/42, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel. : 012-590 3273

Lunch Nasi Padang, Padang On Wheels, Subang Bestari

Monday, 30 June 2025


Padang On Wheels antara restoran yang wujud dekat Subang Bestari tapi tak rasa nak pergi. Dah banyak kali nampak review dari rakan blogger even artis dan selebriti makan dekat sini tapi tetap jugak maleh nak jejakkan kaki. 

Padang On Wheels dulu serve untuk lunch dan dinner je tapi lepas pandemik, ada sarapan pagi juga. Tak pernah pun try makan dekat sini walaupun mati kutu nak breakfast apa. 

Kebetulan masa raya tu nak pergi open house tapi nak hujan lebat so cancel plan pergi open house lepastu makan tengahari dekat sini. 




Tak banyak pun choice lauk dekat Padang On Wheels tapi pilihan dia nampak menarik juga sebab ada siput sedut dengan pucuk paku. Masa tu ambil keli masak lemak cili api, tempe goreng dengan masak lemak pucuk paku. Adik ambik ikan talapia goreng, pucuk ubi masak lemak dengan sidut seput masak lemak. 





Seronok tengok tempe dia sebab goreng rangup, besar pulak tu. Tak banyak tempat buat tempe goreng crispy macam ni. Klasik betul serving plates dia, kena lah dengan konsep nusantara tu. Masak lemak dia sedap, tak perlu ada sambal pun sebab dah pedas. 



Lepas makan dekat sini baru tahu kenapa nama dia Padang On Wheels, restoran ni start dengan jual nasi padang guna food truck. Bila dah beroperasi di restoran, nama tu dikekalkan. Unik lah juga nama dia, interior pun cantik, makanan sedap juga. 

Restoran Padang On Wheels, Subang Bestari ni ada dua bahagian - bahagian luar dan bahagian dalam. Walaupun luar nampak cantik tapi kitorang tetap pilih makan dekat dalam sebab ada aircond. Sekarang ni cuaca panas terik, mana mahunya makan sambil berpeluh. 


Dekat Padang on Wheels ni ada juga dijual Sambal Botol Merah dan Sambal Botol Hijau dengan harga RM19.90 sebotol. I bet harga dia a bit pricey tapi kalau sedap rasanya tak ada masalah. Cuma bukan I lah yang beli hshshs


It's a good experience lah makan dekat sini sebab menu dia sedap tapi bab rasa tu tak ada lah sedap gila. Standard nasi padang tapi harga up sikit. Tak jauh beza pun dengan Restoran Wartek, Ara Damansara tapi okay lah boleh repeat lagi sebab premis restoran dia cantik, bersih dan selesa. 

Nabe Hotpot, Pavilion Bukit Jalil


Kadang rasa macam semua orang pernah buat apa yang kita buat, makan apa kita makan tapi hakikatnya tidak sebab ada je orang yang tak pernah merasa lagi. Macam Lin tak pernah makan steamboat seumur hidup dia so kitorang decide nak bagi dia pengalaman dan kenangan tu. Masa buat undian nak pergi steamboat mana, kebetulan Izzah dapat job review dekat Nabe Hotpot, Pavilion Bukit Jalil. So kitorang set tarikh dan masa untuk lepak dekat sini. 


Plan asal nak gerak lepas Lin habis kerja dalam pukul 11 pagi macam tu tapi Izzah kata pagi Sabtu terlalu pagi untuk dia jadi anjak waktu ke belah petang lepas Zohor macam tu. Cuaca tak lah panas sangat, tak juga mendung, just nice untuk pergi jalan-jalan. Walaupun tak ada kaitan sebab nak berjalan dalam mall, tapi cuaca di luar mempengaruhi perjalanan. 



Rate untuk weekend (RM54.88) dekat Nabe Hotpot ni tak sama dengan rate untuk weekdays (RM59.88). Dekat sini ada lebih dari 80 pilihan bahan mentah disediakan. Tapi kalau ikutkan 80 pilihan ni tak lah banyak mana sebab aneka sayur sahaja dah 20 lebih, campur dengan bahan frozen segala jenis bebola tu lagi. Termasuk juga dengan pilihan mi yang disediakan. 

Angka ni termasuk air yang disediakan oleh Nabe Hotpot juga. Dekat Nabe Hotpot ni ada 5 jenis air disediakan secara free flow - Ice Lemon Tea, Ice Peach Tea, Ice Lemonade, Green Tea dan Iced Tea. Tak best lah jugak sebab tak ada soft drinks atau kopi. Tapi taste orang tak sama kan, so kalau yang suka aneka minuman dekat Nabe ni tak jadi masalah pun. Kalau tak suka, bawak je lah air sendiri. 


Dekat Nabe Hotpot ada potongan nipis daging dan ayam, marinated grill seafood, marinated ayam dan daging. Seronok makan sotong dekat Nabe Hotpot sebab dia guna potongan sotong kurita warna purple, bukan sotong biasa dekat pasar tu. Kenyang makan sotong je 2 jam lepak dekat sini sebab marinated daging dia tak best. Tak best sebab I tak suka BBQ dengan blackpepper hshshs




Pilihan untuk ready-to-eat food dia tak banyak sangat. Ada nasi goreng, bebola goreng, ayam Korea dengan crab ball. I try makan nasi goreng dia, ya Allah masin nyah. Lepastu ambil kuah tomyam untuk hilangkan masin rupanya masin jugak 😭


Kalau kena pilih antara Seoul Garden dengan Nabe Hotpot, I akan wajib pilih Seoul Garden sebab ada daging perap kopi, makanan ready-to-eat dia menarik, even pilihan air pun ada soft drinks dengan kopi. Pilihan kedua mungkin Nabe Hotpot sebab ada sotong, daging itik dengan dumpling. 



Pilihan sos dekat Nabe Hotpot tak jauh beza pun dengan restoran steamboat yang lain. As long as you pandai mix and blend, you will get the perfect sauce for your meal lah gituhhhh. Memandangkan meja kitorang meja special, layanan dari staff Nabe pun special sebab diorang bagi sample sauce tapi yang diorang buat tak syok sangat sebab ada aftertaste dari sesame oil. 



Dekat sini ada waffle maker jugak, makan dengan aiskrim fuhhhh naisss. Aiskrim dia ada satu jenis je - soft serve perisa pandan. Bab perisa mungkin bertukar la kot. Seoul Garden patut letak waffle maker jugak sebab aiuskrim diorang banyak. 



Masa beratur tunggu turn nak buat waffle ni, queue hampir dipotong oleh ibu dan anak sebab dia nak buat content untuk anak dia dekat tempat yang I dapat. Eh memang tak lah nak bagi sebab I beratur lama kot. Diorang suka hati je datang nak potong queue sebab nak buat content. Kalau kau influencer pun kau beratur je macam orang lain. 

Plus, tak ada beza pun belah kiri atau kanan sebab kawan I buat content masa dia dapat bahagian kiri. Cantik elok je hasil videonya. 


Masa nak bayar tu dapat cuba tekan buzer 10 saat tapi memasing gagal buat challenge tu maka keluarlah duit dari poket untuk bayar dekat cashier. Dekat depan kaunter ada troli jajan, boleh ambil candies atau jajan kita suka. Semua ambil lolipop sebab memasing dah kenyang nak sumbat makanan lain. 


Lepas solat Asar kitorang bergegas pergi ke IOI Damansara Mall sebab nak tengok wayang Final Destination: Bloodlines. Lepas melantak beria, tengok movie ngeri nasib baik tak muntah dalam hall. Anyway, thanks to Izzah, Lin, Fariha dan paling penting Mira sebab drive kitorang ke sana sini dengan selamat. Lepas ni kita lepak Seoul Garden pulak ea Mira hshshs

IKEA | Vanilla Sweet and Sour Cake

Monday, 7 April 2025


Raya ke-4 masih bercuti tapi dah balik Subang so saja cuci mata dekat IKEA. Alang-alang datang sini brunch lah sekali dekat restoran dia sebab tak ramai orang. Rupanya ramai juga cuma tak lah kena berebut tempat. Menu dia tak berapa nak syok sangat bila tak banyak pilihan. 


Sudahnya ambil menu tipikal bila pergi ke IKEA - Kepak ayam 6pcs dengan meatball tapi saiz kids. Kalau ambil yang saiz normal confirm tak habis. Try pasta dia jugak tapi sedih sebab rasa hambar. Sos bolognese dia masam teruk, tak macam versi Melayu lah yang pedas tu. Nama pun makan dekat IKEA sahih lah rasa dia asli begitu. 

Dah makan menu tak syok, balas balik dengan dessert baru di restoran IKEA - Vanilla Sweet and Sour Cake. Kek dia comel ye siap ada corak bintang dekat surface tu. Harga untuk sebentuk kek yang kecil comel ni RM10.90 tapi untuk IKEA Family boleh dapat RM9.90. 

Vanilla Sweet and Sour Cake ni hasil kolaborasi IKEA dengan Secret Recipe. Rasa kek ni biasa je sebab vanilla dia tak lah kuat sangat. Yang putih tu krim dan lapisan kek dia warna hijau yang terpaling bawah tu. 


Outer layer Vanilla Sweet and Sour Cake ni ada lapisan jeli yang nipis, rasanya untuk rasa masam tu tapi tak masam pun. Nasib baik saiz kek ni kecil sebab makan half pun dah muak. Tak pasti lah nak repeat lagi ke tak lepas ni sebab dia tak lah sedap sangat tapi tak lah teruk juga rasa dia. Semua bhaan dia tu tak kuat sangat pun rasa dia. Kalau beli lagi pun nanti mungkin sebab dia cantik hshshs