Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2 pada 10 Januari Ini

Wednesday 10 January 2024

Para penonton Astro serta peminat tegar web novel Wattpad kini boleh menantikan ‘Kau vs Aku 2’, siri romantik komedi popular yang kembali dengan penceritaan baharu yang lebih menarik, ditayangkan secara serentak di platform penstriman sooka dan di slot Dramavaganza menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) buat pertama kalinya, mulai 10 Januari 2024, setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam.


Penerbitan siri adaptasi ini telah berjaya menjadi siri hiburan No.1 di sooka dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut. Dengan kejayaannya dalam menambat hati ramai penonton serta peminat-peminat dengan gandingan pasangan watak utamanya yang dibintangi oleh Shasha Abedul dan Dini Schatzmann, siri coming-of-age ini kembali dengan plot baharu untuk menyambung kisah cinta pertama mereka berdua.

Menerusi 8 episod,'Kau vs Aku 2' menyambung kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish. Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar (Ellyza Azizi). Apakah yang bakal terjadi pada mereka?





Menurut Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah, “Siri ini telah mendapat sokongan dan kasih sayang yang banyak sejak penerbitan musim pertamanya. Maklum balas positif yang kami terima tanpa henti ini menjadikan siri ini antara siri yang popular serta tercalon dalam Anugerah Telenovela 2023. Sebagai tanda terima kasih kami kepada setiap penonton dan peminat, kami teruja untuk kembali dengan musim kedua, membawa banyak kelainan plot dan jalan cerita yang menyeronokkan. Kami berharap dengan kembalinya musim terbaharu ini, siri ini sekali lagi dapat menambat hati ramai penonton serta mengubati rindu mereka yang menunggu penyambungannya”.

Musim kedua ini masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil sebagai Ashraf, Mia Sara Shauki sebagai Nina dan Arena Wan sebagai Syafikah.

Episod baharu ‘Kau vs Aku 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka dan Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023

Thursday 4 January 2024

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023 | Kegemaran penonton termasuk Projek: High Council dan All Star Gegar Vaganza

Astro memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

Berikut merupakan senarai rancangan popular Astro yang berjaya menambat hati penonton:

Projek: High Council - Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.

All Stars Gegar Vaganza – Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.

Andai Itu Takdirnya – Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.

Malaysian Football League – Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Liga Perdana - Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.

Pasanga – Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Didi & Friends – Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.

Travel with Mummy – Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.

Travelawak: Projek Bapak-Bapak – Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

Astro menjemput para pelanggan untuk menonton rancangan-rancangan ini. 

Semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (Saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. Sehingga 31 Januari 2023*, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro boleh ditonton melalui On Demand dan untuk para pelanggan baru Astro, marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%** bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.

*HITS NOW akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024

**Diskaun 30% untuk langganan dengan pendaftaran auto-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.

ASTRO ORIGINALS ANGKAT DRAMA PREMIUM KE TAHAP LEBIH TINGGI MENERUSI 5 KARYA HEBAT TAHUN INI! | “Judul yang dibariskan termasuk I.D, Framed, X-Change, Projek : Exit, First Wives”



Astro Originals yang menumpukan drama berkualiti premium dan jalan cerita segar, telah membariskan drama-drama ternama, sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri seperti ‘Projek : High Council’, ‘LIAR’, ‘Riot!’, ‘Gamers Mangkuk’ dan banyak lagi. Bagi meneruskan objektifnya dalam memacu transformasi konten tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton, Astro Originals mempersembahkan deretan drama hebat untuk tahun 2024. 

Antara yang menjadi taruhan adalah ‘I.D’, ‘Framed’, ‘X-Change’, First Wives dan ‘Projek : Exit’. Setiap naskhah terbitan Astro Shaw ini bakal membawakan genre berbeza serta melibatkan produksi dan pengarah berpengalaman. 

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Drama-drama premium Astro Originals terdahulu berjaya meraih kejayaan tersendiri. Antaranya, Projek : High Council telah muncul sebagai siri yang paling banyak ditonton di Astro Go dan On Demand, mengatasi naskhah-naskhah popular Hollywood yang tersedia di platform kami. Siri itu juga mencatat lebih 1 bilion tontonan di TikTok, meraih lebih 23 juta capaian media sosial, serta tersenarai dalam top 10 paling banyak dicari di Google sepanjang 2023.  

Lebih membanggakan, setiap tahun menerusi konten yang dihasilkan, turut mengangkat bakat-bakat tempatan ke persada lebih tinggi dengan meraih pengiktirafan; dan terbaru seperti Anugerah Perak untuk Pelakon Pembantu Terbaik bagi kategori Program Televisyen / Siri di Content Asia Awards menerusi watak Ayam (Naim Daniel) di dalam Projek : High Council, dan drama LIAR merangkul Anugerah Perak untuk Adptasi Format TV (Skrip) Terbaik, juga di Content Asia Awards.

“Lanjutan daripada momentum kukuh tahun 2023, Astro Shaw terus memperhebatkan kandungan dengan menumpukan kepada konten bertaraf premium merangkumi genre berbeza, jalan cerita segar dan lebih berani yang tidak pernah diketengahkan di Malaysia, serta kualiti produksi mengagumkan yang akan mewarnai gelanggang seni tanah air. Selain itu, pihak kami juga telah mewujudkan kerjasama strategik dengan produksi seperti Alpha 47, Independent Pictures, Radius One dan pengarah-pengarah terbaik negara bagi memastikan sentuhan variasi dalam setiap konten yang dipersembahkan. Kami berharap setiap drama premium ini mampu memberi keterujaan kepada penonton dan turut mampu memberi impak positif pada industri seni tempatan.”

Bermula dengan I.D yang akan menemui penonton Februari hadapan, sentuhan pengarah ‘Projek: Anchor SPM’ dan filem PUSAKA, Razaisyam Rasyid dan lakonan Naim Daniel, Amelia Henderson, Aedy Ashraf, Ellyzza Azizi, Datuk Rosyam Nor dan Betty Banafe. Menampilkan genre young adult dan cybercrime, I.D mengisahkan Aidi yang pakar dalam bidang menghasilkan aplikasi, tetapi sering dibuli. Aidi meminati seorang bintang pempengaruh terkenal, Anggun dan dia menggunakan kelebihannya dalam dunia digital dengan mengubah identiti dan penampilan di media sosial untuk mendekati Anggun. Perbuatan Aidi turut menjeratnya kepada jenayah scammer.  

Framed mengangkat genre fantasy investigative thriller, yang dijayakan gandingan serasi pelakon popular Meerqeen dan Mimi Lana. Turut membintangi Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Zamarul Hisham, Khir Rahman, Rusdi Ramli, Vanidah Imran​ dan Ram Raaga. Diarahkan oleh pengarah filem aksi, Sein Qudsi, Framed mengenai Lia yang mencari jawapan kepada kehilangan ibunya menerusi sebuah kamera polaroid yang memberi petunjuk gambaran tragedi masa hadapan. Namun, pencarian tersebut telah membawa Lia dan Edi terlibat dalam sebuah konspirasi besar.

X-Change sebuah drama premium genre crime, action, coming of age dan romance, hasil showrunner Lemuel Ong dan diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad. Siri ini dibintangi oleh Arfie Shah, Joey Leong, Datuk Rosyam Nor, Hariz Hamdan, Marissa Yasmin, Sadiq M. Jamil, Steve Yap​, Ardini @ Angeline Tan, Alvin Wong, dan Shweta Sekhon. Drama penuh aksi dan mendebarkan ini mengisahkan Khalif, seorang remaja yang ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara bersama teman wanitanya. Tetapi latar belakang keluarga Khalif, yang terlibat dalam jenayah bagi meneruskan hidup, memaksa Khalif untuk membuat pilihan antara impiannya dan tanggungjawabnya kepada keluarga. Keadaan memaksa Khalif semakin terjebak dengan jenayah, sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar. 

Sementara itu, First Wives arahan Imri Nasution, lakonan Mimi Lana, Malek Mccrone dan Andy Teh mengangkat tema women empowerment dengan kisah dua kawan baik sejak kecil. Diyana dan Michelle yang mengetahui pengkhianatan suami mereka telah bekerjasama untuk mengenakan suami masing-masing. Rancangan pertama mereka adalah merompak kedai suami mereka sendiri. 

Bagi peminat Projek : High Council dan Projek : Anchor SPM, terbaru Projek : Exit, sebuah lagi hasil karya oleh showrunner dan pengarah Zulaikha Zakaria masih mempartaruhkan genre teen drama, coming of age. Kisahnya bermula apabila seorang pelajar 16 tahun yang gagal dalam cubaan membunuh diri dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak. Di situ dia berkawan dengan seorang pelajar lelaki dan merancang untuk melarikan diri dari sekolah asrama tersebut. Lakonan oleh Shasha Abedul, Amierul Aiman dan Naim Daniel.   

Nantikan drama-drama premium Astro Originals seperti I.D, Framed, X-Change, First Wives dan Project : Exit di Astro Premiere (Saluran 410) atau strim di platform On Demand dan Astro GO.  Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X , Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Minggu ke-3 The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Putera Katak tersingkir. Dengan persembahan lagu Everything I Do (I Do it For You) oleh Bryan Adams, Putera Katak gagal memikat hati barisan juri dan para penonton sehingga dipilih sebagai maskot di kedudukan terbawah dengan jumlah markah terendah iaitu 56.98%.

Penyingkirannya merungkai identiti disebalik topeng iaitu Rashidi Ishak yang diteka tepat oleh Sherry Alhadad & Michael Ang.  Minggu ini yang membawa tema Movie Night  turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 73.39%, diikuti oleh Sang Kancil dan Bawang Putih. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN



• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Minggu 2 TMSM4 : Cili Padi, Duo Pertama di TMSM Tersingkir di Minggu ke-2!

Thursday 28 December 2023

Maskot duo pertama dalam The Masked Singer Malaysia, Cili Padi menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan rancangan musim ke-4 ini pada minggu kedua dengan markah keseluruhan terendah iaitu 59.44%. Mempersembahkan lagu Pening  nyanyian asal Datuk M.Daud Kilau dan juga Ezlynn, peserta disebalik maskot ini merupakan adik-beradik Amira Othman & Irfan Haris

Kesemua tekaan para juri tidak tepat termasuk Fattah Amin yang hadir sebagai juri jemputan buat minggu kedua. Selain itu, maskot Roti John berjaya meraih tempat pertama dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 74.71%. 

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


Teratai

Ikan Emas

Bunga Matahari

Pom Pom Kin

Abang Jagung

Bawang Putih

Biskut Aiskrm

Musang

Putera Katak

Roti John

Sang Kancil

Mat Helang

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Astro Menyambut Tahun Baharu dengan HITS NOW serta Tontonan PERCUMA untuk 6 Saluran

Saturday 23 December 2023

Astro Menyambut Tahun Baharu dengan HITS NOW serta Tontonan PERCUMA untuk 6 Saluran | Sambut 2024 dengan tawaran hebat daripada Astro untuk detik-detik terindah bersama yang tersayang

Astro teruja untuk menyambut tahun baharu dengan buah tangan terakhir yang luar biasa pada tahun ini untuk semua pelanggannya. Nikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. Mulai 1 Januari 2023, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Cipta kenangan terindah bersama keluarga anda dengan “HITS NOW” yang akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024. Pelancaran ini tepat pada masanya untuk anda dan orang tersayang dalam menyaksikan senarai pelakon A-list dan pencipta yang berinspirasi dalam mencipta sejarah ketika siaran LANGSUNG Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari 2024. Saluran ini akan menyiarkan drama yang popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan yang menarik dan banyak lagi, termasuk America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2023, semua pelanggan Astro boleh menikmati filem blockbuster terbaharu di HBO Hits, ketawa bersama yang tersayang dengan telatah komedi di HBO Family, mulakan pengembaraan pendidikan yang ditawarkan di Moonbug, tonton kandungan kegemaran Korea di K-Plus serta gabungan kandungan kegemaran semasa dan klasik abadi di Showcase bagi mereka yang mempunyai cita rasa yang unik.

1) HBO Hits (Saluran 415): Peminat tegar filem boleh selami diri mereka dengan hits blockbuster sepanjang masa. Saksikan Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik.

2) HBO Family (Saluran 414): Cipta kenangan terindah anda bersama keluarga dengan HBO Family yang menawarkan persekitaran tontonan yang menarik dan mesra keluarga. Nikmati program seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie bersama-sama.

3) Showcase (Saluran 413): Disusun pilih untuk para penonton Malaysia, Showcase mempersembahkan gabungan kandungan kegemaran semasa serta yang abadi. Tahun Baharu ini, selami keajaiban filem dengan kandungan istimewa, blockbuster dan kegemaran keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

4) K-Plus (Saluran 396): Destinasi utama hiburan Korea yang menampilkan siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup. Terokai yang terbaik dari Hallyu dengan Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge, sesuai untuk seisi keluarga.

5) Moonbug (Saluran 618): Tonton rancangan prasekolah di Moonbug, termasuk kegemaran seperti Blippi dan CoComelon. Menyanyi, ketawa dan belajar dengan anak-anak anda dalam dunia Moonbug yang menarik. 

Raikan Saat-saat Bermakna Bersama Keluarga dengan Astro 

Astro berbesar hati untuk memperkenalkan kempen terbaharu kami yang berkisarkan slogan “Masa Bersama Merapatkan Kita,” mempamerkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang.

Dalam meneruskan dedikasi kami untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, kami telah melancarkan inisiatif ini untuk menggalakkan para pelanggan meluangkan masa yang bermakna bersama keluarga dengan Astro, menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana:


Marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%* bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.

*Diskaun 30% dikenakan untuk langganan dengan pendaftaran audo-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.