Showing posts with label Alamanda Shopping Centre. Show all posts
Showing posts with label Alamanda Shopping Centre. Show all posts

Menang Besar di Kempen ‘Golden Ticket’ 2024!

Monday 13 May 2024

Menang Besar di Kempen ‘Golden Ticket’ 2024! | Ganjaran hebat ‘Silver Ticket’ di Suria KLCC menanti para pengunjung

Terkenal sebagai Pusat Beli-Belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan. Suria KLCC membuka tirai Kempen ‘Golden Ticket’ bersama rakan-rakan media dan pempengaruh ternama pada hari ini. Para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik bermula dari 11 sehingga 26 Mei. Bersempena dengan sambutan kelima Kempen ‘Golden Ticket’ ini, para peserta berpeluang untuk membawa pulang e-Baucar Beli Belah Suria KLCC yang bernilai RM5,000.



Dekorasi kempen yang bertemakan karnival pada kali ini bakal memperlihatkan sesi cabutan di Centre Court yang akan mempersembahkan 100 kotak misteri. Salah satu daripada 100 kotak tersebut menjanjikan hadiah unggul iaitu sekeping ‘Golden Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM5,000), sekeping ‘Purple Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM50), atau penambahan hadiah terbaru untuk tahun 2024, iaitu ‘Silver Ticket’.

Penampilan ‘Silver Ticket’ ini bakal memukau para pengunjung dengan inspirasi sentuhan mewah. Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka, antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z-Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.

Untuk menyemarakkan kemeriahan kempen kali ini, para pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners” yang mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.

Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. 100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.

Hujung minggu lebih bermakna dengan kepelbagaian aktiviti menarik seperti aktiviti lukisan muka dan belon pusing.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami.

“Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun. Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini. Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G.

Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.

50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut.

Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Secara tidak langsung, para pengunjung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membawa pulang ganjaran hebat.

Pusat Beli-Belah Mesra

Kempen ‘Golden Ticket’ kini kembali dengan sambutan tahunan yang ke-3 di Pusat Beli Belah Mesra, Kemaman, Terengganu yang bermula dari 10 sehingga 30 Mei.

Usulan dari perancangan dan koordinasi kempen yang berjaya pada tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ menjemput para pembeli untuk menyertai kempen kali ini dengan berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli Belah Mesra.

Kempen ini akan diadakan di Centre Court yang akan menampilkan 55 buah kotak misteri. Para pelanggan berpeluang memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ atau ‘Blue Ticket’. Tiket-tiket ini terdiri daripada hadiah utama Baucar Beli-Belah Mesra bernilai RM1,000 dan juga Baucar Beli-Belah Mesra yang bernilai RM30.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac 2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin.

Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya. Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, “Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Pertubuhan Warisan Suci.”



Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri berkata, “Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.

Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim.

********************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2024. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

Thursday 29 February 2024

KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH | Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman menyediakan pengalaman unik dan menarik buat semua

Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka.

Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu.

Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”. Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma. Kereta kuda putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalamn yang menarik buat si cilik.

Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian yang bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.

Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.

Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau.

Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.

Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.

PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL MEMBAWAKAN KARNIVAL VIKIDS YANG UNIK

Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.

Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.

Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.

Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun). Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.

Untuk info lanjut, layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

*****************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2024. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah

Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar.

Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini adalah untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC

Sunday 21 January 2024

Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC | Dekorasi ‘Old Shanghai’ bakal membawa pengunjung terokai masa lampau dengan penuh gaya

Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ bakal berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”.





Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.

Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan yang memukau dan mengagumkan.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah eksklusif Suria KLCC.

Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

Rakam detik indah sambutan yang bertemakan ‘Old China’ ini di ‘Festive Photobooth’ dimana para pengunjung boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Peluang mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini.

Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.

“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,” ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”


Pusat Beli-Belah Alamanda



Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina bakal mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024. Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.

Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.

Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pelanggan yang berbelanja akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80.

Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.

Pusat Beli-Belah Mesra

Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. Pusat Beli-Belah Mesra akan menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang bertemakan ‘Old Shanghai’.

Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.

The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


********************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),

Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

SAMBUTAN PENUH MAGIS MEWARNAI SURIA KLCC DENGAN KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’

Saturday 2 December 2023

SAMBUTAN PENUH MAGIS MEWARNAI SURIA KLCC DENGAN KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’ | Raikan keceriaan perayaan Krismas dengan menghantar poskad dari meja pengeposan ‘Gingerbread’!

Megah berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan yang penuh dengan kemilau cahaya Hari Krismas yang bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Berinspirasikan daripada tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’ sepanjang perayaan Krismas, tema sambutan ini bakal mewarnai Suria KLCC mulai dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024.

Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.

Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.

Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat. Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad‘Gingerbread Man’.

Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.

Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.

Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.

“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.

Mesra Mall, Terengganu

Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.

Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**********************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia