About Me

Hey there!

A blogger by passion, a reviewer as freelance. To be frank with you I don't even know if reviewer actually and legally exist. I can't self-appointed as movie critic am I? The level is too high to achieve but hey nothing impossible for a dream!

Often the difference between what is miserable and that which is spectacular lies is the leap of our faith - Sushant Singh Rajput

Farhana Jafri, nama pena dan nama sebenar selama 30 tahun. 
I start blogging sejak 2010 dan menggunakan niche Entertainment sebagai niche utama sebab suka layan movie tapi tak tahu nak rant dekat mana. Dari bermotifkan nak meroyan, jadi blogger part-time lepastu belajar pasal SEO untuk kikis duit dari platform ni. 

Alang-alang nak kikis, I improve skill menulis dan ambil kursus yang berkaitan dengan filem. I belajar pasal review, dunia perfileman, penulisan, muzik, film distribution, fashion dan beberapa kursus yang berkaitan dengan industri perfileman. Untuk setakat ni I dah pernah bekerjasama dengan iflix, Astro Originals, KRU Music, Awesome TV, Imaginal Pictures dan Ace Talents. 

Kebanyakan movie dalam blog ni lebih terarah kepada movie atau web-series Bollywood sebab minat dengan Hindustan dari kecil lagi. Salah satu objektif rajin update dekat blog ni juga sebab nak ramai orang keluar dari kepompong #TheKhans dan layan movie Bollywood yang lebih bagus skrip dan kualitinya. Selain Bollywood, ada juga movie dari Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Hollywood dan lain-lain. 

Untuk berkolaborasi, review, pertanyaan atau berkenalan, boleh email di farhannajafri@gmail.com atau tekan saja mana-mana social icon di blog ni. Have a nice day :)

1 Comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.