Tips Layan Drama Korea

Thursday 26 January 2017

First of all, uolls pergi la tengok drama Goblin! Best wei! I enjoy this drama bukan part cinta dia tapi part Goblin dengan Grim Reaper tu haishhh geram je tengok. Penat gelak layan scene diorang. Gigih okay tunggu every week padahal tak pernah pun gigih macam ni. Sabtu je dah get ready nak layan.


Since Iolls memang layan drama Korea tiap tahun & quota setiap tahun ada 2, so sekarang tengah habiskan quota. Malas nak letak quota bebanyak sebab mostly lebih kurang je storyline. Goblin tahun lepas punya :')

Sekarang tengah layan The K2, sama jugak, quota tahun lepas ;P

Dulu masa sekolah rajin la nak layan drama berepisod ni. Drama Liontin tu cecah beratus pun sanggup tengok tapi sekarang tak mampu lah. Drama hidup kita pun banyak tak hadam. Actually bila layan drama Korea mesti tertidur depan laptop. Meleweh sangat. 

Masa tu geram jugak sebab bila dah tengok separuh mesti la nak layan sampai ending tapi malas nak layan part meleweh draggy dia semua. Boleh je nak skip2 scene tapi jadi tak syok la.

So haritu adik bagitahu rahsia dia mampu layan drama dalam masa tak sampai 3 hari without skipping any scene.

Rahsianya, pergi dekat setting tekan playback faster. Ni kalau VLC player la. Speed dia automatic akan jadi 2. Kalau dekat youtube, dekat setting tu haaaa. Pilih la nak 2 ke, 1.5, 1 ikut yang korang nak. Sekarang ni layan movie pun tekan faster. Jimat masa wei. Dari sejam jadi 20 minit je.

Semalam dengar OST Goblin pelik kenapa sendu teruk lagu tu pastu baru teringat masa layan drama ni speed dia laju so lagu pun jadi rancak sikit. Kekeke

3 comments

  1. tips yang sama adik ira aplikasikan. memula pelik "pehal kau tengok laju2" katsnya alaa baca sub je pun bukan paham dia cakap. Ingatkan adik sorang pelik rupanya ni antara rahsia peminat kdrama --'

    ReplyDelete
  2. xpernah pula buat tp kalau bosan selalunya main forward je nak jimat masa..haha

    ReplyDelete
  3. huaaa nmpk nau dh kertu..tak reti pun mendalah2 ni semer..akk tau 4wd bila tang iklan or joget2 industan je..huhu. goblin ni akk dah ketinggalan ketapi..ni br tehegeh2 mnta adik tlg donlod kan. huaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.