Movie Review | Thugs of Hindustan (2018)

Thursday 31 January 2019


Director : Vijay Krishna Acharya
Writer : Vijay Krishna Acharya
Cast : Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Lloyd Owen, Fatima Sana Shaikh, Katrina Kaif
Production Company :   Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Action / History / Comedy
Running Time : 164 minutes
Release Date : 8 November 2018 (India), 28 December 2018 (China)
Trailer :


‘When you watch Firangi, you’ll forget about Jack Sparrow’ – Aamir Khan

Tergigit lidah Aamir Khan bila movie Thug Of Hindustan tak dapat kutipan tinggi dan dapat banyak negative reviews baik dari critics mahupun penonton sampai terduduk dia bayar balik semua kerugian.


Tak pasti sama ada naskhah period drama ni adalah official remake ataupun diinspirasikan oleh movie Pirates Of Caribbean tapi apa pun tajuk movie dan watak Firangi (Aamir Khan) memang tak jauh beza pun dengan franchise terkenal Hollywood tersebut. Permulaan movie diceritakan tentang keluarga diraja yang dibunuh oleh John Clive (Lloyd Owen) lepas Raja Mirza Sikander Baig (Ronit Roy) menyerah kalah bila anak sulungnya, Aslam (Sharad Joshi) jadi tawanan Clive.

Lepas tandatangan perjanjian serah kuasa, Mirza sekeluarga kena bunuh dengan Clive tapi belum sempat Clive tembak Zafira (Fatima Sana Shaikh), Khudabaksh (Amitabh Bachchan) datang selamatkan puteri tersebut dan lari dari negeri tu. Sejak dari kejadian tu, mereka berdua berlatih dan simpan dendam untuk bunuh Clive. Dalam masa yang sama juga, mereka kumpul seberapa ramai orang yang mempunyai misi yang sama.


On the other hands, Firangi dengan keldai dia mengembara dari daerah ke daerah menipu dan merompak saudagar kaya ataupun jadi mata-mata kepada askar British sampai lah satu hari dia ditugaskan untuk jejak Khudabaksh. Misi dia hampir berjaya tapi sudahnya dia ubah plan untuk join Khudabaksh and the gang untuk hidup bebas dari sistem hamba askar British.

Jalan cerita TOH ni tak ada yang unik pun sampai boleh kalahkan franchise POC tambah pula bila jalan cerita yang agak predictable even plot twist scene pun dah boleh agak apa akan jadi. Dialog pun biasa je so tak tahu dari mana datangnya keyakinan Aamir Khan masa promote movie ni. Khidmat CGI antara faktor kegagalan besar jugak sebab kebanyakan scene dalam movie ni bergantung penuh dengan khidmat tersebut.


Amitabh Bachchan at first reject offer untuk berlakon dalam movie ni tapi disebabkan Aamir Khan yang pujuk untuk bekerja dengan dia dan mungkin dia janjikan kutipan panggung yang cun, so Amitabh yang tak berapa sihat pun setuju. Banyak kali jugak dia keluar masuk hospital masa shooting sebab dia kena pakai kostum berat lepastu berlakon fighting scene. 

Kekecewaan tu jelas terserlah bila movie terbitan Yash Raj Films ni gagal bila dia sembang dalam interview sebab dia dah all out. Lakonan dia macam biasa, memang bagus dari awal sampai habis cuma boleh nampak dia penat dalam kebanyakan babak. Chemistry dia dengan Aamir pun tak cantik onscreen walhal both of them ada banyak screentime bersama. Dinamik dua watak ni yang diperlukan untuk jadi kekuatan filem Thugs of Hindustan. 


The ultimate reason I watch Thugs of Hindustan is just because of Katrina Kaif walaupun scene dia sikit je tapi totally worth it. Kehadiaran Suraiyya berjaya ubah mood filem terutamanya tarian energetik dan menggoda dalam lagu Suraiyya dengan Manzoor-E-Khuda. Koreografi yang unik dan kreatif adalah buah tangan koreografer terkenal, Prabhudeva. Tak ramai pelakon yang mampu catch up energy Prabhudeva but Kat did with ease and grace.

Memang berhasil lah strategi Aamir Khan ubah watak Katrina dari heroin kepada muncul dalam beberapa scenes dan lagu je untuk tarik audience. Walaupun sakit hati tapi bahagia dapat tengok Katrina sebagai si cantik Suraiyya.



Movie Thugs of Hindustan terlihat seakan-akan male-dominance movie bila watak Zafira sebagai anak diraja pun tak dikembangkan sangat dalam movie ni. Sayang bila talent Fatima sebagai heroin kononnya, hanya boleh dilihat pada hujung movie sahaja bila dia dapat peluang untuk bunuh Clive. Tapi most of the time watak dia tenggelam dan pasif berbeza dengan watak dia dalam Dangal, nampak yakin dan bersemangat walaupun introvert.

Lakonan Lloyd Owen menyerlah dalam screentime yang memerlukan dia bersifat kejam sebagai penjajah yang setia dengan negara asal. Watak John Clive adalah adaptasi longgar dari pegawai British, Robert Clive yang kejam dalam buku sejarah India. 


Thugs Of Hindustan ada China special edition means movie TOH yang ditayangkan di negara China akan diedit sendiri oleh Aamir Khan. Peliknya filem edisi Cina tu pendekkan watak-watak lain untuk highlight watak Firangi. Even deleted scenes dari movie asal pun dimasukkan tapi edisi ni hanya ditayangkan di China sahaja. I tak rasa watak Firangi boleh pergi jauh sebab kekuatan filem terletak pada beberapa watak utama bukan hanya Firangi semata. But anyway, whatever floats the boats kan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10

6 comments

  1. Amitabh Bachan tu bukan jadi Davy Jones kan ? hihi.. kalo depa buat remake citer tu agak krik2 jugala..

    ReplyDelete
  2. Bagi LeYa masa first tengok review di wayang dulu, ia memang sebuah filem yg menarik...

    ReplyDelete
  3. Yeah.. Akhirnya Kak Sha dapat juga baca review Farhanan pasal filem ini.. Lama tunggu tau.. Tengok trailer dia macam menarik tambah ada Katrina tapi rupanya biasa-biasa je.. Terus rasa hampa nak tengok.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan video lagu Katrina je lah nampak nya.. Tak pernah tak cantik Katrina ini menari..

      Delete
  4. lahai sygnya, ingatkan meletup sbb lakonan amir khan, tp tak menjadi yek

    ReplyDelete
  5. macam best ja cerita ni.. kita singgah n follow sini ya..
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.