Movie Review : Crazy Rich Asian

By farhanna jafri - 04:24

Image result for Crazy Rich Asian

Director : Jon M. Chu
Writer : Kevin Kwan
Cast : Constance Wu, Henry Golding, Michelle Yeoh , Gemma Chan, Lisa Lu, Awkwafina, Ken Jeong,
Production Company : SK Global Entertainment, Starlight Culture Entertainment, Color Force, Ivanhoe Pictures, Electric Somewhere
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Romance/Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : August 7, 2018 (TCL Chinese Theatre), August 15, 2018 (United States)
Trailer :


Movie yang diadaptasi dari novel karya Kevin Kwan, Crazy Rich Asians ni antara movie yang mendapat perhatian untuk tahun ni bukan cuma disebabkan culture Asia tapi shooting location, makanan and even pelakon negara kita yang join team CRA. Setakat ni movie CRA dah cecah kutipan sebanyak $236 juta seluruh dunia dan merupakan movie rom-com yang tertinggi jumlah kutipan pada dekad ni.

CRA mengisahkan tentang Nick Young (Henry Golding) yang pulang ke Singapore dan membawa teman wanitanya, Rachel Chu (Constance Wu) untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya sekaligus bawa Rachel berjumpa dengan keluarganya. Sampai je dekat Singapore baru Rachel tahu siapa sebenarnya Nick Young and turns out dia merupakan anak orang kaya. Kaya je takpe tapi kaya gila agak merisaukan sebab Rachel cuma pensyarah ekonomi biasa je.


Bukan setakat nak kena hadap peminat fanatik dan ex-girlfriend Nick, tapi kena hadap perangai keluarga Nick yang pentingkan status tambah pula dengan mak Nick, Eleanor Young (Michael Yeoh). They say love conquers all but will their love surpass this test?

Just like every rom-com movie, memang akan ada dreamy scene yang buat kita rasa bestnya jadi Rachel Chu. Lovey-dovey scene antara Rachel dengan Nick satu hal, view cantik dekat Singapore satu hal lagi. Tapi tak semua tempat di Singapore je, ada juga di Pulau Rawa padahal dekat Langkawi je uolls, tempat diorang adakan bridal shower party. I tak nak sembang pasal sate mana yang best ataupun some of places yang diorang cilok dekat kawasan negara kita because you guys can just Google it since dah bersepah yang sembang pasal ni.  


Hats off untuk wardrobe and stylist movie CRA, Mary Vogt dengan Andrea Wong! Sentuhan diorang memang cantik sangat nak pulak all outfit and dresses daripada my fav Elle Saab especially and other brands macam Ralph Lauren, Dolce & Gabbana, Valentino, and Dior. Of course my fav look Elle Saab dress masa Rachel pakai dekat wedding ceremony Araminta. Even wedding set Araminta pun cantik dan unik. Tak terfikir pulak nak buat wedding ceremony bertemakan sawah padi. Lit af!



For a rom-com movie dengan jalan cerita yang agak simple dan predictable, lakonan memasing tak lah berat mana pun even ada konflik terselit tapi suka sangat dengan scene Rachel jumpa Eleanor dekat pusat mahjung sembang pasal masa depan Nick. Watak Rachel nampak convincing and bold dalam scene tu. Dari karakter yang lemah bertukar momentum jadi kuat dan berani.

Henry tak menonjol sangat dalam movie ni, dia boleh kata macam pasu bunga pun ye jugak sebab tugas dia untuk jadi hot dan handsome je. Michael Yeoh antara strong character dalam movie ni bila dia jadi mak yang protective since kehidupan diorang sekeluarga yang agak tough. Sama juga dengan Astrid (Gemma Chan) yang terpaksa mengalah untuk suami yang lemah. If only they developed more for her character! Thanks to Peik Lin (Awkwafina) dan family dia yang kelakar dan ceriakan suasana nak pula masa scene diorang tahu Rachel awek Nick Young.


Kalau kita dah terbiasa dengan manglish Singapore untuk conversation harian tapi dalam movie ni speaking Mandarin ataupun English je. Family Peik Lin je lah yang sembang Manglish especially mak dia. Soundtrack album movie ni mostly lagu tentang duit untuk hidupkan suasana kaya gila tu but I really really fell in love with Elvis Presley's song - Can't Help In Love versi Kina Grannis. Sounds dreamy, fascinating and mesmerizing haaaa gittew, kena la dengan scene Nick sebut I Love You dekat Rachel. Awwwww sangat!


Overall movie ni memang best nak layan sambil berangan kahwin dengan anak orang kaya, handsome dan penyayang yang sanggup buat apa saja untuk kita. Since movie ni success teruk seluruh dunia makanya director dah ready nak buat sequel. Yeayyy!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Menarik jalan cerita... Kak pip tak tengok lago, maybe kena beli CD la ni..

    ReplyDelete
  2. Seriously lagu can't help falling in love tu mmg umphh!

    ReplyDelete
  3. suka tgk majlis kawen sepupu nick

    ReplyDelete
  4. wahhhhh... nice jgk baca review nih dik, ptt la penah baca ada jgk kwn2 blogger yg kata movie ni nice jgk...

    ReplyDelete
  5. baru layan citer ni haritu..boleh tahan jalan citer dia..best & suka watak Rachel..masa mula-mula mcm dh nak give up nak kena hadap ex-gf Nick, family Nick lagi..pas tu dia jumpa mak si Nick tu, nmpk confident dia bercakap..nampak nak tarik diri tapi dalam masa yg sama brainwash mak si Nick yg protective ke apa..tak tau la...

    ReplyDelete
  6. Wah, besar kutipan untuk filem ni yer

    ReplyDelete
  7. Tak berapa nak tengok.. Tapi suka scenery dalam filem ini.. Ada tengok gambar-gambar dia je..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)