Magnet Case Mr. DIY Deco Dapur

By farhanna jafri - 06:23


Dah lama cari magnet case untuk letak barang dapur sebab dapur agak kecil so tempat sangat terhad nak pula bila rumah sewa ni tak boleh suka hati drill nanti satu kerja pulak nak simen balik segala lubang bila nak pindah keluar.

Masa pergi Mr. DIY tanpa nawaitu penting dan hala tuju, ternampak magnet case holder ni dekat salah satu rak dekat kedai tu. Tapi tak banyak pun yang ada. Cuma ada satu design dan satu warna itupun ada 4 je. So I took just 3 dan biarkan lagi 1 case holder hidup kesunyian. Kang ambil banyak kang tak tahu nak buat apa pulak kan.

Satu magnet case holder ni harga RM3 je sebab tu beli 3. Selagi tak keluar dari bajet RM10 tu consider mampu lagi lah nak beli. Orang sengkek je faham apa I sembang ni. Nak deco rumah tapi sengkek hihu.

Balik rumah terus semangat tempek dekat fridge. Pindah semua cutleries masuk dalam magnet case holder ni. Satu untuk sudu, satu untuk garfu, satu lagi untuk perkakas lain yang kecil. Sebelum ni letak dalam bekas tapi asyik jatuh sebab sudu garfu berat. Bila letak bercampur mula la nak marah susah nak ambil. Baik asingkan senang sikit nak buat kerja. Yang mana faham tu faham lah.

Lepas dah ubah, jadi lah cenggini haaa


Magnet case holder warna putih tu jumpa dekat Daiso tapi tak best letak sudu dalam tu sebab dia asyik nak baring sebab space dia luas. So kita sumbat plastik sampah supaya tak sepah sana sini. Memang puas hati sebab jimat space.

Actually nak beli lagi tapi nak cari yang panjang sikit bekasnya sebab nak letak sudip dengan senduk panjang pulak. Tak suka gantung sebab susah nak capai. I pesen clumsy sikit so bila masak dekat dapur memang bersepah. Orang lain masak sopan je, kita macam nak pergi berperang. T.T

Image result for magnet case holder fridge

Case macam ni pun ada usha jugak tapi kalau I tutup tak kemas lepastu tumpah bersepah dekat lantai satu hal pulak nak kemas! Dah lah pemalas! Pastu stress pastu makan pastu gemuk lagi pastu stress lagi. Kbai!

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. taksabarnya nak ada rumah snediri nak hias dapur dengan benda benda macam ni hehe

    ReplyDelete
  2. kan bila nak deko rumah ni kalau selagi boleh jimat and nampak barang tu pada range harga yang sangat bagus untuk dibeli, jadi, apalagi terus kaut amik kan hehe

    Bagus idea susun sudu semua dalam tu nak beli tapi sebab duduk dengan parents nanti bebel pulak dorang. Kena tunggu ada rumah sendiri nanti lah gamaknya. hihi

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  3. Wah menarik jugak idea mcm ni. Sekurangnya nampak kemas sedap sket masuk dapur. tapi dia boleh tampung berat sampai berapa eh?

    ReplyDelete
  4. Case last pic tu memang style tapi betul sangat lah kalau dah bersepah dah jadi menyampah pulak haha

    ReplyDelete
  5. Menarikk magnet case ni.. Mampu milik sangatt

    ReplyDelete
  6. nice review..tu la kalau yg last tu pun, tgk pun mcm nk tumpah

    ReplyDelete
  7. best nya dapat DIY macam ni. Ni mau buat dekat kk tak memasal dapat pelangkkung felo, haha

    ReplyDelete
  8. nice lah dik... jimat space pun iya jgk kan

    ReplyDelete
  9. Macam best pula tengok magnet case holder tu.. nak kena usha juga kat DIY nie.. nampak kemas..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)