Minggu suku akhir ‘The Chosen One 2024’ menyaksikan Akhil Mikhail berjaya merampas juara mingguan daripada Kiki Fateeha selepas beberapa minggu menguasai kedudukan pertama. Dengan bertemakan “Rock”, minggu kali ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai juri jemputan. Turut menarik perhatian para juri, Eriq Fikri yang membawa lagu bertajuk Seroja nyanyian Search berada di top three bersama Akhil dan Kiki.
Manakala, perjalanan terhenti buat peserta Baiq Balqis, sekaligus membawa lima peserta yang lain ke minggu separuh akhir. Pada masa yang sama, peserta Azry Sabri masih menjuarai Gempak ERA The Chosen One of The Week. Saksikan episod baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’
• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).
• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.
• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.
• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
Azry Sabri ft Fahimi & Firdaus Rahmat - Peronda Jaket Biru (WINGS) |
Eriq Fikri ft Sufian Suhaimi - Seroja (Search) |
Kiki Fateha ft Aepul Roza - Gemuruh (Search & Wings) |
Akhil Mikail ft Tomok - Akar & Bumi (Amuk) |
Baiq Balqis - Kesal (Ella) |
• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.