Movie Review : Paathshaala (2010)

Tuesday 29 September 2020


Director : Milind Ukey
Writer : Ahmed Khan
Cast : Shahid Kapoor, Ayesha Takia, Nana Patekar, Saurabh Shukla, Sushant Singh, Ali Haji, Nassar Abdulla, Anjan Srivastav, Preeti Kopikar, Swini Khara, Sushmita Mukherjee, Sanatan Modi
Production Company : Eros Entertainment, Paperdoll Entertainment
Distributor : Eros Entertainment, Paperdoll Entertainment
Genre : Drama
Running Time : 122 minutes
Release Date : 16 April 2010
Trailer :


Movie yang bertemakan tentang institusi pendidikan – Paathshaala yang bermaksud sekolah menjadi topik pada masa itu sama ada sekolah adalah tempat untuk belajar ataupun compete antara sekolah-sekolah lain dan dikomersialkan. Yang famous, dapat kemudahan terbaik untuk para pelajar walaupun pencapaian akademik jauh ketinggalan. 


Dilema dan pilihan yang perlu Pengetua Aditya Sahay (Nana Patekar)buat untuk sekolah kesayangan dia, Saraswati Vidya Mandir bila trustee utama (Nassar Abdulla) mula mempersoalkan status. Rahul Prakash Udyavar (Shahid Kapoor) pula English teacher baru dan jadi tumpuan di sekolah tersebut kerana masih muda, stylish dan kacak. Nak tahu siapa hero dengan heroin, tengok cikgu paling bergaya dekat sekolah tu.


Yuran mula naik dan membebankan ibu bapa juga para guru sebab semua kemudahan perlu disewa. Ditambah dengan perangai pihak management yang diketuai Lallan Sharma (Saurabh Shukla) memang menjengkelkan. Pelajar mula jadi mangsa penderaan dan diketepikan secara tidak langsung pelajar jadi tak bersemangat nak belajar dan mula sakit.


Tak tahu lah dari mana pihak sekolah ada duit untuk panggil freelance journalist, pihak media dan film production untuk naikkan publisiti sekolah. Perangai masing-masing pun boleh tahan. Freelance journalist paling kekwat sekali. Sepatutnya buat la contact dengan pihak media ni semua supaya tak ada isu dah dapat duit nak blah macam tu je. For drama okay lah tapi nampak tak bijak. 


Sama juga dengan scene pelajar demam dan suhu mencecah 103 darjah celcius. Penampo karang. Sejak bila thermometer ada suhu cecah 100 lebih? Kalau measurement ikut Fahrenheit faham lah. Sepatutnya kena wujudkan watak cikgu Sains dalam movie ni. Ada nutritionist tapi takde cikgu Sains.


Menyampah juga tengok repetitive scene dari awal Udhav masuk sampai ke hujung bila Pengetua Sahay asyik tertinggal surname dia lepastu Udhav dok remind. Kalau dia lupa pun kenapa? Still nama dia jugak. Kenapa introduce nama panjang-panjang dekat pengetua yang dah tua. Sah-sah la ada yang tertinggal. Masa Anjali Mathur (Ayesha Takia) terima surat dari US, macam terkejut jugak kenapa dia koyak surat tu rupanya props team salah letak nama Anjali Kapoor. Hahaha


Movie ni ada konsep dan tema yang bagus dengan beberapa dialog padu tapi sayangnya plot dan penceritaan dia tak menarik. Visual pun tak membantu. Nasib baik lah music album dia bagus, boleh la buat pengubat.


Another good point dalam movie ni, watak Udhav dengan Anjali tak bercinta pun walaupun both of them are leading pair. Dalam movie ni semua sayangkan pelajar.  Tak tahu la sistem dekat India ni macam mana tapi zaman sekolah kita ada pertandingan choral speaking, debat, teater, nasyid, band, dance, sukan, specific subject macam Math atau Fizik, kawad kaki dan banyak lagi lah. Semua benda ni kalau menang memang masuk paper. Well at least my school lah. Tu belum lagi kalau buat rekod bendera terpanjang, tanam pokok terbanyak misalnya.


Dekat sini pun dah banyak sangat membantu naikkan nama sekolah dan pelajar ada sistem merit demerit. Tak faham kenapa Saraswati Vidya Mandir ni tak ada apa-apa program dan guru macam terlampau manjakan sangat pelajar dia. Pengawas pun tak wujud dalam sekolah ni. Ketua pelajar dan pembantu pun tak ada. This school is sooooooo weird at so many level. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.3, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

Movie Review : Sairat

Monday 28 September 2020


Director : Nagraj Manjule
Writer : Nagraj Manjule, Bharat Manjule
Cast : Rinku Rajguru, Akash Thosar
Production Company : Zee Studios, Aatpat Production, Essel Vision Productions 
Distributor : Zee Studios
Genre : Romance / Drama
Running Time : 174 minutes
Release Date : 29 April 2016
Trailer :


Tahun 2018 I dah pernah tengok movie Dhadak lakonan Ishaan Khatter dan Janhvi Kapoor terbitan Dharma Production which is a remake from Sairat. Tapi disebabkan ramai yang kata movie Sairat lagi bagus, so I decided to watch and feel the romance and drama. Majorly I feel disappointed sebab I rasa Dharma Production dah buat yang terbaik ikut template romance drama yang mengangkat tema cinta terhalang ni. 


Watak dengan plot pun ada sedikit perbezaan lah bila si hero, Prashant "Parshya" Kale (Akash Thosar) seorang yang bijak dan merupakan kapten pasukan kriket daerah dia. Waktu lapang dia akan bantu kawan baik dia, Salim Shaikh (Arbaz Shaikh) repair motor dekat bengkel. Dari awal movie lagi dah nampak dia tergila-gilakan Archana "Archi" Patil (Rinku Rajguru), anak kepada politician, Tatya (Suresh Vishwakarma). 


Watak Archi ni for me agak rude lah sebab dia berkuasa dekat kampung tu dan keluarga dia pun terkenal dengan peras ugut dan buli kasta bawah. Tapi Parshya sendiri tak ada jawapan kenapa dia suka dengan Archi. Berbeza dengan Dhadak bila heroin under Dharma akan digambarkan dengan indah. Watak Parthavi tak lah melampau macam Archi sampai lecturer pun dia tak hormat dan buli kawan dia tapi lebih sopan dan feminine. Cantik, pandai menari dan mengusik. Siapa je tak jatuh cinta….


Masa bercinta memang lah indah sampai larikan diri ke bandar dan merancang hidup berdua tapi realiti tak sama dengan movie bila masing-masing tak ada kelulusan tinggi untuk dapat jawatan bagus dan gaji tinggi. 

Payah untuk Archi nak adapt hidup dalam kawasan kotor macam tu sampai dia rasa menyesal lari dari rumah untuk hidup dengan Parshya. Boleh nampak yang dia jenis tak fikir panjang sebab dia signed FIR mengatakan Parshya dan kawan-kawan dia nak rogol dan culik Archi. 


Dekat situ pun jalan cerita dah meleret dah. Berbeza dengan jalan cerita Dhadak bila ayah Parthavi guna kuasa untuk suruh polis pukul Madhu dan kawan-kawan dia. Then Parthavi datang ke balai kemudian rampas pistol dan bawa Madhu lari ke Mumbai. Plot movie Dhadak lebih bagus, menghiburkan dengan scene komedi di first half dan drama di second half, visual memukau dengan sinematografi indah dan soundtrack best. 


Even dah 2 tahun I tengok Dhadak, sampai sekarang tak boleh lupa macam mana terkesannya dengan ending berbanding dengan ending Sairat. Ada perbezaan pada ending tapi I rasa Dhadak lebih kejam dan traumatic to watch. Bila tengok reaction Parthavi memang goosebump habis lah. Sama juga dengan emotional scene yang lain. Setiap kali Janhvi menangis, rasa nak menangis sekali sebab dia terperangkap dalam keadaan. Berbeza dengan Sairat bila Rinku tak mampu convey perasaan dia walaupun Janhvi dan Rinku sama-sama berstatus debutante. 


Di Marathi, movie Sairat agak popular sebab mungkin tak banyak movie berkisarkan cinta terhalang antara dua kasta berbeza tapi dekat Bollywood, movie dengan tema ni dah banyak dah so penerimaan audience Bollywood tak seperti Marathi but still screenplay Sairat hasil seni Sudhakar Reddy Yakkanti patut diberi pujian. 





Fun fact, soundtrack Sairat adalah yang pertama dapat dirakam di studio Hollywood. Lagu hasil ciptaan Ajay dan Atul berjudul "Yad Lagla" dan "Zingaat" juga dirakam semula dalam bahasa Hindi untuk movie Dhadak. Untuk runut bunyi tak banyak beza tapi I prefer Hindi lah sebab suka bahasa Hindi dan lagu Dhadak lebih bernyawa dengan lirik mendalam.


Overall, I prefer Dhadak and will always love Dhadak sebab chemistry Ishaan-Janhvi lebih strong untuk genre romance. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10

Movie Review : Kaabil (2017)

Sunday 27 September 2020


Director : Sanjay Gupta
Writer : Sanjay Masoom, Vijay Kumar Mishra
Cast : Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Suresh Menon, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha
Production Company : Filmkraft Productions Pvt. Ltd
Distributor : Filmkraft Productions Pvt. Ltd, B4U Motion Pictures
Genre : Action / Thriller / Romance
Running Time : 139 minutes
Release Date : 25 January 2017
Trailer :

‘In real life, how can two negatives become a positive?’

Rohan Bhatnagar (Hrithik Roshan ) dan Supriya Sharma (Yami Gautam) dua-duanya buta kekal. Berkenalan melalui Mrs Mukherjee juga Zafar (Suresh Menon) dan jatuh cinta kemudian berkahwin. Malang menimpa pasangan romantik ni bila Amit Shellar (Rohit Roy) dan Wasim (Sahidur Rahman) selalu mengganggu Supriya kerana kecantikan dia.

Lebih parah bila Supriya dirogol secara bergilir di rumah dia sendiri semasa Rohan keluar bekerja. Bila Rohan failkan FIR kepada polis mengikut saranan Inspector Amol Chaube (Narendra Jha), orang upahan Madhavrao Shellar (Ronit Roy) mengurung Rohan dan Supriya di warehouse lama sehingga 24 jam dan campak dalam laut supaya bukti forensik terhapus. Sakit hati jugak dengan perangai polis ni sebab boleh je ambil sample semen dekat cadar dan selimut Supriya. Dekat tape pun boleh dapat kesan cap jari.


Geram dengan kelemahan diri yang gagal menjaga Supriya, Rohan berdiam diri sehingga keesokan hari. Bila balik dari kerja Supriya dijumpai tergantung di kipas bilik. Madhavrao Shellar berjumpa dengan Rohan untuk ucap takziah dan dalam masa yang sama bagi amaran supaya Rohan diamkan perkara ni daripada pihak media atau polis sebab pilihanraya dah dekat.


Sakit hati dengan sikap puppet pihak polis yang berpihak kepada politician, Rohan ambil keputusan untuk balas dendam terhadap kematian isteri dia.

Mengambil inspirasi plot dari movie Hollywood - Blind Fury (1989) dan juga movie Korea – Broken (2014), Sanjay Gupta menghasilkan skrip yang diadun dengan template movie Bollywood yang lebih menarik. Walaupun plot agak predictable tapi strategi berbeza ikut keupayaan dan limitasi watak. Bila ada villain macam adik-beradik Roy ni lagi la rasa gerun.


Lakonan Hrithik dengan Yami sebagai pasangan buta pun meyakinkan dengan beberapa scene yang menonjolkan range of emotion mereka berdua.  Walaupun Hrithik dah pernah melakonkan watak kurang upaya dalam movie Koi Mil Gaya (2003) dan Guzaarish (2010) tapi watak buta ada cabaran tersendiri bila dia kena control penggunaan mata bila berdepan dengan sesuatu. Nak shoot lagu Mon Amour ambil masa jugak lah sebab dalam movie tu Hrithik dengan Yami kena menari. But I do wish writer expand lagi watak Supriya. Sakit hati juga bila jiran-jiran dekat kawasan tu macam tak ambil peduli.


Visual hasil kerja Sudeep Chatterjee dan Ayananka Bose dengan beberapa shot yang menarik dan bermain dengan camera untuk menggambarkan keadaan especially in second half bila Rohan balas dendam dalam keadaan gelap. Ada juga la kelemahan certain scenes bila shooting location nampak fake dan set up yang dibina untuk movie Kaabil.


Brownie points untuk soundtrack album Kaabil dari Rajesh Roshan dengan beri nafas baru kepada lagu klasik Saara Zamana dari movie Yaarana (1981). Title track Kaabil lah paling berhantu sebab lirik dia menyentuh hati bila Rohan tanya samada cinta dia layak untuk Supriya atau tak. Even ballad rendition gave melodrama feels. Dengan suara Jubin ditambah pula lakonan Hrithik masa tu memang menangis lah cerita dia.


Since I tak layan sangat movie Bollywood tahun 70-an ataupun 80-an so plot revenge thriller dari Sanjay Gupta ni kelihatan baru walaupun penonton movie Bollywood rasa tak ada apa yang baru. For me, movie Kaabil ni dah cukup rencah for a light entertainment. Most important for me, lakonan Hrithik mantap kalau nak dibandingkan dengan karya thriller yang lain.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10