Movie Review : Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare

Saturday 19 September 2020


Director : Alankrita Shrivastava
Writer : Alankrita Shrivastava
Cast : Konkona Sen Sharma, Bhumi Pednekar, Amol Parashar, Vikrant Massey, Kubra Sait, Karan Kundra, Kalp Shah, Hearty Singh, Neelima Azami
Production Company : Balaji Motion Pictures, ALT Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Satire / Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 4 October 2019 (Busan International Film Festival), 18 September 2020 (Netflix)
Trailer :


Dolly aka Radha Yadav (Konkona Sensharma) tumpangkan adik sepupu dia, Kaajal (Bhumi Pednekar) di rumah flat mereka tapi Kaajal bagitahu yang suami Dolly, Amit (Aamir Bashir) menggatal dan cuba ajak tidur dengan dia. Disebabkan tak selesa dengan kelakuan buruk Amit dan kecewa bila Dolly backup Amit, Kaajal keluar dari rumah dan menginap di rumah tumpangan. 


Di situ dia kenal Shazia (Kubra Sait) dan banyak habiskan masa pergi party dan bersiar di Agra dengan DJ Teja (Karan Kundra). Bagi Shazia, DJ Teja cuma fling affair sementara tunggu lelaki kaya bawa dia pergi ke Canada. Shazia tak suka dengan perangai abang DJ Teja yang suka buat rusuhan atas tiket parti politik.


Kaajal makin selesa dengan kehidupan dia walaupun pada awalnya dia jijik dengan pekerjaan dia sebagai call operator untuk Red Rose app bila dia kena layan lelaki-lelaki kesunyian. Tapi lepas dia kenal dengan Pradeep (Vikrant Massey), dia mula jatuh cinta. Sementara Dolly risaukan cara hidup Kaajal yang makin liar di mata dia, masalah hidup dia pun apa kurangnya bila dia mula mencuri duit office untuk improve lifestyle dia dan anak-anak.


Disebabkan masalah dia dan Amit, Dolly mula suka dengan kehadiran delivery boy Ippy apps, Osman Ansari (Amol Parashar). Amit yang tak sudah-sudah salahkan Dolly bila anak bongsu mereka, Pappu mula berubah seperti perempuan buatkan Dolly stress. Dia ambil keputusan untuk jumpa mak dia (Neelima Azami) yang dah lama tinggalkan sebab nak hidup dengan lelaki lain.


Jalan cerita movie Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare dari awal lagi dah padat dengan drama dari dua watak utama jadi bila ditambah dengan drama dari watak sampingan dan scene hujung rasa berkecamuk sangat.  I dislike the ending. Scene Pradeep dan Kaajal berjumpa pertama kali pun nampak tak meyakinkan bila kita dah dengar watak Shazia bagi nasihat dekat Kaajal pasal lelaki tambah pula director dah letak hint cincin di tangan Pradeep. Surprise tu tak menjadi. Kalau director tak berniat untuk buat surprise, that’s even worst I guess.


Since movie ni satire so I mencari metafora ataupun scene yang relate dengan kehidupan kita. Some scenes did great but some scenes left me in blurry. Scene Kaajal pergi rumah tumpangan yang penuh dengan salib dan poster Mary antara yang tak boleh nak dijelaskan. Kenapa rumah tu penuh dengan perempuan mengandung dan kenapa Kaajal disambut dengan soalan dia nak surrogate ataupun operation?


Kenapa Kaajal berhenti kerja sebab boss pressure tapi stay dekat Red Rose even improve company tu padahal dia tak suka pun. Scene Dolly dia jumpa mak dia pun I tak faham psikologi dan relevan antara dua watak ni. 

Not much for visual and music score even the script was bad. I wish director stick dengan kisah Dolly dan Kitty sebab lakonan dan dinamik Konkona Sen Sharma dan Bhumi Pednekar memang strong. Both ace their character perfectly especially watak Kaajal bila dia naïf untuk hidup di kota besar. Same goes to Vikrant Massey. 


I suka konsep yang diketengahkan dalam movie ni tapi movie Dream Girl, Lust Stories dan Lipstick Under My Burkha dah datang dengan cerita dan garapan yang cantik and makes Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare looks half-baked movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

Movie Review : TE3N (2016)

Wednesday 16 September 2020


Director : Ribhu Dasgupta
Writer : Suresh Nair, Ritesh Shah, Bijesh Jayarajan
Cast : Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddiqui, Vidya Balan, Sabyasachi Chakraborty, Padmavathi Rao, Aarnaa Sharma
Production Company : Reliance Entertainment, Kross Pictures
Distributor : Reliance Entertainment
Genre : Crime / Mystery
Running Time : 136 minutes
Release Date : 10 June 2016
Trailer :


Setiap hari John Biswas (Amitabh Bachchan) akan datang ke balai polis untuk tahu perkembangan kes penculikan dan pembunuhan cucu tunggal dia, Angela Roy (Aarnaa Sharma) sejak 8 tahun lepas. Tapi jawapan yang dia terima masih sama, polis akan update sebaik sahaja mereka jumpa petunjuk baru. Puas Nancy (Padmavathi Rao) pujuk suami dia supaya move on tapi John masih berdegil nak dapatkan keadilan. 


Sudahnya Nancy minta bantuan Father Martin Das (Nawazuddin Siddiqui) untuk pujuk John tapi mereka berdua jumpa petunjuk baru bila John jumpa kanak-kanak perempuan dari rumah anak-anak yatim pakai topi Angela. Bukan sebarang topi sebab Nancy sendiri yang kait dan Angela pakai pada hari kejadian. 


John dengan Martin pergi ke Imambara untuk cari siapa yang derma tapi sayangnya topi tersebut dijumpai di tanah usang yang diwakafkan kepada pihak masjid untuk dijadikan tanah kubur. Martin nasihat John supaya rajin datang ke gereja dan berdoa pada Tuhan supaya diberikan ketenangan tapi John bidas dengan tempelak Martin yang lari dari kesilapan dia sebagai polis dan berubah jadi paderi. 


Beberapa hari kemudian Insp Sarita Sharma (Vidya Balan) minta bantuan Father Martin bila kes penculikan dengan modus operandi yang sama lepas 8 tahun berulang lagi. Dalam masa yang sama Insp Sarita cuba cari petunjuk dalam kes John Biswas. Kali ni Insp Sarita yakin Tuhan bagi peluang kedua untuk Father Martin tebus kesilapan dia. 


John yang dah tawar hati dengan sikap Father Martin cuba cari sendiri siapa pembunuh Angela bila orang masjid bagitahu ada pen yang datang dari kotak besi sama yang tertanam bersama topi Angela. Berjaya tak Father Martin dan Insp Sarita jumpa pembunuh yang sama dengan John, kena tengok la movie ni. 

Team production decide untuk namakan movie ni Teen yang bermaksud 3 bila 3 orang watak utama cuba mencari penculik misteri di bandar Kolkata. Though this movie is not the original bila TE3N adalah remake kapada movie Korea – Montage yang diterbitkan pada tahun 2013 tapi performance dari semua pelakon yang perlu diberi tumpuan. 


Olahan Ribhu Dasgupta buatkan kita tak senang duduk bila kita pun rasa tawar hati dengan sikap Father Martin lepas mereka balik dari Imbara dan ragu-ragu dengan kecekapan Insp. Sarita dan team dia. Tak mungkin semudah tu Insp Sarita berjaya jumpa penculik. Ada something yang tak kena tapi tak tahu apa benda. Ada plot twist di hujung cerita tapi sebenarnya trick yang dibikin rapi. 

Tak pasti kenapa Kolkata dipilih sebagai plot tempat dalam movie TE3N tapi yang pastinya beberapa lokasi bersejarah di Kolkata dibuka untuk shooting. Tushar Kanti Ray paparkan keindahan Kolkata dengan beberapa shot cantik dan juga budaya penduduk dari hiasan dalaman rumah dan bagunan. 


Music album not bad lah cuma ada beberapa lagu yang terlampau slow. I wish Clinton Cerejo dan Clinton Cerejo increase tempo lagu selari dengan kelicikan watak-watak dalam movie ni. Lagu Kyun Re ada versi Amitabh Bachchan dalam movie supaya dapat rasa kesedihan kehilangan cucu tersayang and he did amazing.


Walaupun ada yang kata movie ni predictable dan lemah dari segi perjalanan cerita but for me they did their best cuma pace je agak slow. Mungkin director nak match dengan usia John tapi tak ada masalah pun dia bergerak laju sikit sebab Father Martin dengan Insp Sarita muda lagi. Sayang bila watak diorang berdua tak dapat menyerlah dengan screentime yang terhad. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review : Maska (2020)


Director : Neeraj Udhwani
Writer : Ishita Moitra, Neeraj Udhwani
Cast : Manisha Koirala, Javed Jaffrey, Nikita Dutta, Shirley Setia, Prit Kamani
Production Company : Mutant Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Running Time : 110 minutes
Release Date : 27 March 2020
Trailer :


Jarang nak tengok movie lakonan Manisha Koirala tapi tengok rating tinggi so I give it a try lah. Mengisahkan tentang anak-beranak yang menjaga legasi keturunan Rustom yang berasal dari Parsi dan pindah ke South Bombay dan buka restoran. Signature menu di Rustom Café ialah Maska Bun ataupun roti disapu butter di bahagian tengah. Roti ni diuli sendiri oleh tukang masak iaitu owner café dengan teknik rahsia. 


Dari datuk diturunkan kepada ayah (Javed Jeffrey) dan bakal diwariskan kepada Rumi Irani (Prit Kamani) tapi Rumi ada impian untuk menjadi pelakon di Bollywood. Dia masuk belajar di Bansi’s Acting School dan jatuh cinta dengan Mallika Chopra (Nikita Dutta). Rumi cuba untuk jadi method actor tapi dia tak berjaya menang Best Student award tak seperti Mallika. 


Dia tak putus asa dan decide untuk tinggal dengan Mallika walaupun ibu dia (Manisha Koirala) larang sebab tak ada siapa yang nak jaga restoran. Dia pun dah tua dan sakit lutut untuk jaga bersama Hassan. Rumi tinggalkan rumah dan buktikan yang dia akan jadi big star suatu hari nanti. Tapi lepas 3 bulan pergi audition, tak ada satu role pun dia dapat. 

Masa celebration party Mallika, Rumi berjumpa dengan seorang director untuk movie genre romantic tapi belum jumpa hero sebab tak ada duit. Rumi setuju untuk invest dan jadi hero berlakon bersama Mallika. Dia dah plan untuk balik ke rumah dan jual Rustom Café. 


Diana yang tak sedar tentang plan Rumi anggap kepulangan anak dia adalah doa yang termakbul bila Rumi masak special dish sama macam mendiang suami dia. Dari Rumi kecil lagi dia yakin yang Rumi dianugerahkan bakat memasak sama macam ayah mertua dan suami dia. Dalam masa yang sama, Persis Mistry (Shirley Setia) cuba tunjuk keindahan dan magik yang Rumi cipta hasil dari restoran dia. 


Jalan cerita Maska mungkin predictable dan cliché tapi untuk light entertainment dengan mesej yang menyentuh hati, I’m totally ready to surrender my heart for it. Hah gittewww sebab movie ni comel lah. Watak Manisha Koirala dalam movie ni pun kelakar. Menjadi betul bila dia watak mak yang dramatik. Bond anak dan ibu dengan Rumi tu nampak comel sangat. Marah macam mana pun dekat anak dia, sayang tetap sayang. Anak dia buat silap, dia tetap ada untuk betulkan keadaan. 


Ingatkan watak Rumi dah comel dah rupanya Shirley Setia lagi comel! Dah lama dah follow Shirley sejak zaman dia cover lagu penyanyi lain sampai dapat sign contract sebagai penyanyi and now dah jadi pelakon dah! Watak dia sebagai Persis pun sesuai dengan karakter dia. Dia marah pun nampak comel! #FanAlert!


Since movie ni bertemakan makanan, visual dari Eeshit Narain agak mendera nafsu lah bila dia tayang makanan dengan shot dan tone yang cantik. I telan liur je bila scene makanan ni muncul. Mana nak jumpa semua makanan ni? Lighting pun main peranan untuk tujuk kehangatan kasih sayang dan kemesraan semua watak dalam movie Maska.






Music score quite nice masuk lah dengan vibe every scene the songs appear. I almost teared up in second half. Suka dengan mesej dari movie Maska tentang impian bila tak semua impian kita sesuai dengan bakat dan skills kita. Macam Rumi yang simpan cita-cita untuk pegang trofi Best Actor dan naikkan semangat dengan kata-kata motivasi tapi hakikatnya dia ditakdirkan untuk bahagiakan hari orang lain dengan masakan yang sedap. 


It’s a great lesson for us in real life too. Tak kisah lah betapa banyak kata-kata motivasi yang kita serap dalam kehidupan tapi berpijaklah di dunia yang nyata.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Bulan lepas I try one of the cube of herbs tea sebab Ms Fisa jual jar of molasses cubes ni. Dalam satu balang ada 10 cubes berbeza flavors. Ada 5 flavors - ginger, rose, roselle, red dates and osmanthus. I choose roselle cube sebab I suka roselle. I nak try halia tapi takut terkentut berpanjangan pulak sebab badan jenis berangin hshshs



Cube dia kecil je dibungkus dalam plastik supaya tak mudah rosak bila buka tutup jar untuk ambil cube yang lain. Nak bancuh cube ni senang sangat. Just rendam dalam air panas dan biarkan dia kembang sementara tunggu air panas bertukar suhu sikit supaya tak melecur tekak nak menelan nanti. 


Warna teh dia agak pekat kan? But fret not, air dia tak lah pahit macam teh pekat sebab bila minum ada bau roselle dan manis kurma. Siapa yang suka kurma memang sesuai sangat minum supercube ni. Bila supercubes dah berubah menjadi air, nampak la kepingan roselle dalam ni. Sedap bila minum suam. 


Ada banyak kelebihan 3Ibu Molasses Herbs Cube ni, antaranya : 
  • Melegakan stress
  • Mengurangkan anxiety
  • Melegakan sakit sendi dan ketegangan urat
  • Membantu sistem pencernaan
  • Tidur lebih lena
  • Membantu mencantikkan kulit dan rambut
  • Milk booster untuk para ibu

3Ibu Molasses Cube ni boleh je minum kosong ataupun dengan susu segar kalau yang suka jenis creamy. Satu jar ni berharga RM39 dan kalau nak hadiahkan kepada kawan atau keluarga pun boleh request box dengan special cards. Boleh order dekat IG PeacherMosa okiessss! 

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Spend e-Penjana Di Tealive Sungai Besar


Selama Tealive beroperasi dekat Sungai Besar ni tak pernah ada kesempatan nak menyinggah tapi masa balik Sabak Bernam minggu lepas saja singgah belikan Tealive satu family sebab nak habiskan e-Penjana haritu. 

Touch & Go pun dah bagi reminder supaya habiskan cepat sebelum hujung bulan ni. Rugi la kan kalau expired. Guna juga untuk RFID tol tapi berapa banyak la sangat dalam RM10 macam tu je. So kita habiskan dekat Tealive confirm laju je licin hshshs


Masa kitorang sampai tu dalam pukul 3 so tak lah ramai orang sangat. Sampai je terus dah boleh order. Nasib baik kitorang dah tahu nak order apa dari dalam kereta lagi. Tapi tu lah, bila dah set order dalam kepala cantik-cantik nanti sampai dekat kaunter kena amnesia pulak. 


Sementara nak ingat balik order tu, scan MySejahtera and check temperature duluuuuuu. Dah settle order dan bayar guna T&G E-wallet, masuk tunggu dekat dalam sebab ada air-cond hehe


Deco dekat dalam cantik walaupun tak besar sangat macam cafe. 





Order tak banyak dan orang pun tak ramai so tak payah la tunggu lama sangat. Haritu ada cakap nak try bawa reusable cup Tealive tu kan? Tapi tu lah, tertinggal pulak dekat office so tak tahu boleh guna balik untuk order baru ke tak 


At first nak bayar 5 drinks guna e-wallet I je tapi adik kata mungkin tak cukup nanti so kitorang split dua. Bila dah bayar tu cukup je kalau bayar semua in single receipt. Tapi takpe lah boleh guna balance untuk duit tol. Lepas ni mungkin boleh guna untuk topup Umobile ataupun beli sosej dekat Family Mart. Anyway mission accomplished! 

Rumput Kucing Ataupun Kangkung?

Umum tahu kan kalau kucing bersihkan perut dia dari gumpalan bulu dalam perut dengan makan rumput. Kalau tak tahu, tu dah bagitahu. I pun baru je tahu sebab baru je bela kucing. My cats seekor dah besar, dua ekor lagi baru berusia 3 bulan so experience lain-lain. 


Yang besar I boleh lepas setiap hari biar dia jalan-jalan pergi dating ataupun pergi bergaduh. Sangat-sangat senang nak jaga dia sebab dia pandai jaga diri. Plus dia kucing jalanan then kitorang adopt so sebelum jumpa kitorang dia dah memang reti jaga diri. 

Kucing yang baru nak kenal dunia ni lah nak kena jaga. Banyak benda kitorang tak tahu and still learning. Salah satunya rumput untuk kucing ni lah. Sebelum ni diorang makan bayam Brazil tapi sebab lupa nak siram, so mati lah dia kering-kontang. Bila beli kangkung memang laju lah memasing serbu tapi bila beli kangkung bukannya tahan lama. 


So solution terbaik beli rumput kucing dekat Shopee lah sebab murah lepastu senang je nak bercambah. Beli benih lepastu spray je. Esoknya dah keluar tunas then seminggu kemudian dah boleh bagi kucing makan dah. 


Bagusnya ada rumput ni rather than beli kangkung atau ambil rumput dekat luar, tak perlu dah nak risau ada bahan kimia ataupun racun. Super safe for your cats. 

Movie Review : 8 x 10 Tasveer

Tuesday 15 September 2020


Director : Nagesh Kukunoor
Writer : Nagesh Kukunoor
Cast : Akshay Kumar, Ayesha Takia Azmi, Sharmila Tagore, Javed Jaffrey, Girish Karnad, Anant Mahadevan, Benjamin Gilani, Rushad Rana, Pia Shah
Production Company : SIC Productions, Mirah Entertainment
Distributor : Percept Picture Company, Sahara One
Genre : Mystery / Thriller / Action
Running Time : 122 minutes
Release Date : 3 April 2009
Trailer :


Dah lama cari movie ni sebab sinopsis menarik bila Jai (Akshay Kumar), forest ranger ada kelebihan istimewa untuk melihat masa silam selama 1 minit dari gambar yang diambil pada masa kejadian. Awal movie lagi director dah tunjuk kelebihan Jai bila dia bantu dua orang di kawasan tersebut. Macam mana dia boleh dapat kuasa tu dan bila dia tahu dia ada kuasa tu tak pula diberitahu. 


Bila Jai selesai membantu je, girlfriend dia, Sheila (Ayesha Takia Azmi) dah ajak dia pergi ke jetty sebab ayah dia (Benjamin Gilani) terjatuh ke dalam laut masa diorang berempat celebrate hari terakhir sebelum wasiat baru ditandatangan. Agak pelik lah kenapa nak celebrate something yang private macam tu. Nak pula wasiat orang kaya dan ramai musuh macam Jatin ni.


Sebelum Jatin dibawa masuk ke dalam ambulans, dia sempat bagitahu Jai yang dia nampak something dekat dalam bot. Tapi belum sempat dia habiskan ayat, dia dah pun meninggal dunia. Roh dia pula minta bantuan Jai melalui mimpi. Lepas habis upacara funeral, Jai didatangi seorang detektif Happi a.k.a Habeebullah Pasha (Javed Jaffrey) yang OCD dan claim Jatin sebenarnya dibunuh dan bukan sakit jantung. 


Jai anggap teori Happi merepek sebab yang ada dekat atas bot tu semuanya kawan-kawan ayah dia. Lagi dia sakit hati bila Happi tuduh mak dia (Shamila Tagore) yang bunuh sebab semua harta dipindahkan kepada Savitri. Jalan paling mudah untuk misteri ni ialah guna kuasa dia melalui gambar terakhir ayah dia. Kelebihan pada Jai masa tu sebab gambar tersebut ada kesemua saksi so dia boleh tengok apa jadi dari mata-mata saksi. 


Jai nampak pak cik Sunder (Anant Mahadevan) masukkan pil dalam gelas wain ayah dia sama seperti apa yang Happi bagitahu dia sebelum ni. Dan ayah dia bukannya terjatuh sebab cuai tapi sebab besi di bahagian depan dah dipatahkan supaya Jatin lost balance. Dengan pil tu tak mungkin Jatin boleh selamat sebab badan dia dah lemah. Persoalannya siapa yang bunuh ayah dia dan kenapa? 


Plot 8x10 Tasveer ni mungkin tak lah sebagus genre mystery tapi keunikan pada jalan cerita buatkan movie ni masih okay untuk layan di zaman sekarang. Cuma sayangnya genre thriller tak strong sangat dan scene Jai masuk ke dalam gambar tu melengahkan dan buang masa. Happi pun tak membantu bila dia cuma datang dan bergantung sepenuhnya dengan kuasa Jai sedangkan mereka berdua perlukan bukti kukuh untuk tukar kes sakit jantung kepada homicide. 

Brownie points for Nagesh Kukunoor sebab tampilkan watak yang berbeza – polis detektif yang menghidap OCD. Walaupun watak Happi tak digarap dengan baik tapi kelainan yang dibawa dan ketengahkan isu psikologi wayyy ahead of its time. Plot twist pun unpredictable langsung sebab director dah bagi hint untuk watak lain tapi rupanya surprise surprise! 



Since movie ni shot dekat Canada, boleh la cuci mata dengan scenery cantik dari lensa Vikas Shivraman dan some technique yang membantu menghidupkan certain scene. Music album dia okayish lah tapi lagu bergerak seiring dengan cerita so tak membazir screentime lah.


All in all I’m glad I finally watch this movie sebab reach my expectation walaupun movie ni flop dan terima kutukan berbakul masa released tapi berbaloi je tengok dengan lakonan mantap Akshay Kumar. A superstar for a reason. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10