Finally Met Zubayr!!

Tuesday 8 September 2020



Tahun lepas terdetik nak call Kinah tapi tak angkat. Bila dia whatsapp katanya dah dekat hospital nak bersalin dah. 

Terkejut jugak lah masa tu sebab cuak jugak kalau nak bersalin ni. Doa untuk dia je supaya dipermudahkan urusan bersalin semua. 

Esoknya keluar la si comel ni haaaa.... Ahmad Zubayr 

Disebabkan I tak suka jumpa newborn baby sampai cecah umur 6 bulan, so cadangnya nak tunggu lah tapi hambek kau kena PKP pulak. First time jumpa guna video call je. Mudah sangat ye nak buat Zubayr ketawa. 


Tapi sekejap je lah dapat video call sebab dia nak menyusu pulakkkk...

Lepas dah habis PKP, bulan lepas baru ada rezeki nak jumpa dia. Belum masuk rumah lagi dah dengar suara Zubayr. Dah la mudah senyum macam parents dia jugak. Murah dengan senyuman. Mudah pulak tu nak berkawan dengan orang. 

Masa pergi ni Zubayr dah pandai pusingkan badan dah. Tak lama lagi dah boleh merangkak lepastu dapat kaki dah. Tak menang tangan la parents dia lepas ni. Baru pandai bergolek pun dah ada episod jatuh katil dah. 


Susah ye nak bergambar dengan Zubayr ni sebab dia aktif sangat. Nampak tak gambar tangan dia blur sebab dia nak ajak main. Kitorang nak kena menyanyi supaya dia pandang kamera itupun tak pandang haha

Hopefully lepas ni ada rezeki kita jumpa lagi Zubayr. Semoga membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan sumber senyuman untuk parents! See you when I see you Zubayr *hugs*

Movie Review : Laal Rang

Sunday 6 September 2020


Director : Syed Ahmad Afzal
Writer : Syed Ahmad Afzal, Pankaj Matta
Cast : Randeep Hooda, Akshay Oberoi, Rajneesh Duggal, Pia Bajpai, Meenakshi Dixit, Shreya Narayan, Rajendra Sethi, Ashutosh Kaushik, Jaihind Kumar, Abhimanue Arun, Kumar Saurabh, Rehan Kidwai, Sanjay Dumroo, Kulvinder Baksshish, Pall Singh, Atul Chouthmal, Pushkar Anand
Production Company : Krian Media
Distributor : Krian Media
Genre : Crime / Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 22 April 2016
Trailer :


Sebelum tengok movie Laal Rang ni tak pernah pula terdetik pasal blood illegal trade. Selalunya keluar news pasal organ trafficking je rupanya darah yang kita derma pun boleh buat duit. Pernah la baca tweet yang hospital kerajaan jual darah dekat hospital swasta but if it’s true pun still hospital kepada hospital so prosedur memang terjaga lah. Takkan ada kes penderma meninggal ataupun terjebak dengan bakteria atau virus HIV. 


Movie Laal Rang ni diinspirasikan oleh kisah benar di kawasan luar bandar India pada tahun 2002 bila sindiket penjualan darah ni tertangkap. I didn’t find the actual story tapi dalam satu interview, Randeep Hooda bagitahu yang cerita ni pengalaman sebenar penulis skrip masa dia belajar di kolej dulu.  So apa yang dia nampak, itu la yang dia ceritakan dalam movie Laal Rang. 

Rajesh Dhiman (Akshay Oberoi) berjumpa dengan Shankar Singh Malik (Randeep Hooda) di kolej dan makin rapat bila Rajesh pun join illegal trade ni. Bukan saja dapat duit yang banyak dan boleh beli Yamaha RX100 pada zaman tu, Shankar juga dihormati dan dianggap sebagai penyelamat dari kemiskinan. 

Bila penderma darah sesuai untuk menderma, Shankar akan bayar Rs200 untuk satu pint. Kemudian dia akan jual kepada klinik yang memerlukan darah. Peak season bila negara dilanda demam denggi dan demand untuk darah akan meningkat. Masa tu polis pun join sekali menderma dekat Shankar sebab dapat duit. Kalau derma dekat hospital kerajaan dapat jajan dengan air kotak je. 


Since Rajesh dengan Shankar adalah pelajar medik, mereka berdua akan take over data entry setiap darah yang diderma. Setiap tahun akan diadakan kempen menderma darah dan semua pelajar universiti wajib menderma. Shankar dan Rajesh akan curi beratus beg darah kemudian jual di luar kawasan supaya tak tertangkap dengan Inspektor Gajraj (Rajniesh Duggall).


Disebabkan sindiket haram ni adalah pengalaman dari penulis skrip dari perspektif orang luar yang memerhati, jalan cerita Laal Rang ni tak fokus sangat dengan modus operandi sindiket ni dan operasi yang ditunjukkan dalam movie ni more to general trading. 


Mungkin juga sebab tak ada sumber rujukan, so team production lebih beratkan kepada bromance antara Rajesh dengan Shankar dan juga kisah cinta Rajesh dan Poonam (Pia Bajpai) ataupun cinta melodrama Shankar dan Raashi (Meenakshi Dixit). Boleh je kalau director kembangkan siasatan Insp Gajraj bila ada penderma yang dah mula meninggal. Ending pun kalau dibikin dark atau open ending lagi menarik. 


Lakonan Randeep Hooda tak mengecewakan bila dia adalah jiwa dalam movie Laal Rang walaupun screentime dia tak sebanyak Akshay Oberoi. Dari seorang yang nampak hebat di mata masyarakat sampai kita dapat kenal sisi lemah dia padahal tak perlu tahu pun sebab movie ni genre crime drama tapi dah jadi friendship drama dah. Anyway barisan debutante semuanya menyerlah dengan lakonan masing-masing. 


Visual and music score quite okayish since movie ni budget rendah. Tak perlu beria allocate budget untuk 7 lagu pun tak apa sebab tak membantu naikkan mood pun. Movie Laal Rang ada kekuatan tema dan subjek dengan barisan pelakon yang hebat tapi sayangnya dibazirkan peluang keemasan tu dan tersasar. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Drama Review : A Suitable Boy


Director : Mira Nair
Writer : Andrew Davies
Cast :  Tabu, Ishaan Khatter, Tanya Maniktala, Rasika Dugal, Ram Kapoor, Danesh Razvi, Mahira Kakkar, Namit Das, Mikhail Sen, Shubham Saraf, Shahana Goswami, Randeep Hooda, Joyeeta Dutta, Sharvari Deshpande, Vijay Varma, Ranvir Shorey, Vinay Pathak
Genre : Romance / Drama
Running Episodes : 6 episodes
Release Date : 26 July – 24 August 2020
Production Company : Lookout Point
Distributor : BBC Studios, Viniyard Films, Netflix
Trailer : 


Berlatarbelakangkan tahun 1951, kisah keluarga Menteri Kewangan India, Mahesh Kapoor (Ram Kapoor) menyingkap drama keluarga dalam mencari pasangan untuk anak-anak yang meningkat dewasa. Kisah bermula dengan perkahwinan anak sulung, Pran Kapoor (Gagan Dev Riar) dengan Savita Mehra Kapoor (Rasika Dugal).

Mahesh dah carikan pengantin dari Benaras untuk anak bongsu dia Maan (Ishan Khatter) tapi sayangnya anak bongsu dia belum ada kerjaya dan gemar habiskan masa dengan main cinta bersama Begum Saeeda (Tabu) yang jauh lebih tua dari usia Mann.


Actually kisah A Suitable Boy ni lebih berkisar tentang pilihan Lata Mehra (Tanya Maniktala) antara cinta pandang pertama dengan Kabir Durrani (Danesh Razvi), penulis puisi calon kakak dan abang ipar dia, Amit Chatterji (Mikhail Sen) ataupun pilihan ibu dia, Rupa Mehra (Mahira Kakkar) seorang pembuat kasut di Lucknow – Haresh (Namit Das). 

“Last term, I was living in the university hall. And everything felt modern, and free, and we were 20th-century young women. Now I'm living with my sister, her husband, and my mother too.” – Lata Mehra

Awalnya Lata cukup yakin dengan cinta Kabir tapi bila Kabir tak nak lari dengan dia dan mula berubah kepada seorang yang passionate dan terlampau kejar cita-cita dia, Lata mula berbelah bahagi. Dia mula buka ruang hati dia untuk Amit sebab mereka berdua kongsi minat yang sama tapi bak kata Rupa, Amit hanya buang masa dengan menulis puisi tak seperti Haresh yang mulakan kerjaya dia dari bawah dan faham apa erti usaha dan kerja keras.


Konflik percintaan Lata bergerak seiring dengan permasalahan negara bila India baru sahaja berpisah dengan Pakistan dan konflik agama masih lagi menebal. Beberapa sceneketegangan antara dua agama ditonjolkan bila Maan dan Firoz (Shubham Saraf) berkawan baik. Salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan Lata terhadap Kabir juga.


Web series A Suitable Boy diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Vikram Seth dan diterbitkan pada tahun 1993. Well I don’t know if the series has done justice or not but I truly enjoy 6 episodes project of Mira Nair and Andrew Davies. Kecewa bila semua watak converse dalam English sebab under project BBC so tak dapat nak tengok perbezaan slang setiap daerah seperti Kolkata, Riadhpur, Brahmpur atau Lucknow. Bertambah kecewa bila perayaan Holi tak ada lagu macam movie series Bollywood yang lain. Ada la beberapa scene Begum Saeeda nyanyi itupun pendek je.


Sembang pasal tahun 1950, of course kita dapat tengok campuran budaya kaum India, Muslim dan juga British. Bukan setakat dari pakaian dan hair style juga makeup tapi seni binaan dengan seni ukiran halus dan juga props yang lain menghidupkan suasana pada zaman tersebut. Kudos to Hemant Wagh as art director and Shaira Kapoor for costumes.


A Suitable Boy jadi tumpuan di Bollywood sebab Ishaan Khatter bercinta dengan Tabu dalam series ni which unusual pairing macam Saif-Dimple dalam Dil Chahta Hai (2000). Sayangnya kisah cinta mereka berdua bukan lah kisah utama macam dipromosikan dari awal lagi. Even poster yang keluar pun guna watak mereka berdua.


Such a pleasant to watch this series walaupun dimodenkan dan mengikut citarasa British tapi happy for cast and team for doing their best. Kudos to Ishaan for another global attention after Beyond The Clouds. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.2/10

Movie Review : Bewafaa (2005)


Director : Dharmesh Darshan
Writer : Dharmesh Darshan, Raj Sinha (dialogues)
Cast : Akshay Kumar, Anil Kapoor, Manoj Bajpayee, Kareena Kapoor Khan, Sushmita Sen, Shamita Shetty, Nafisa Ali, Kabir Bedi
Production Company : Sridevi Productions
Distributor : Sahara One
Genre : Romance / Drama
Running Time : 151minutes
Release Date : 25 February 2005
Trailer :


Movie yang bertemakan Bewafaa (kecurangan) seorang isteri bila si suami tak ambil kisah langsung perihal keluarga dan busy dengan kerja walaupun dah balik ke rumah. But, let’s flashback to 3 years back bila movie ni bermula dengan kisah cinta Anjali (Kareena Kapoor Khan), anak bongsu Canadian-born mother (Nafisa Ali) and Indian father (Kabir Bedi). 

Patuhnya mak Anjali kepada suami dia bila dia selalu remind diri dia dan anak-anak dia supaya sentiasa bercakap Hindi. So in every scene akan nampak satu family ni terpinga mencari translation Hindi untuk perkataan English. Pegang je lah kamus kan senang. 

Bila Aarti (Sushmita Sen) datang ke Canada untuk melawat parents dan beranak, satu family happy sebab Aarti tak pernah bagitahu yang dia pregnant sebab dah 3 kali gugur. Anjali ambil kesempatan ni untuk kenalkan Raja (Akshay Kumar) kepada Aarti sebab dia takut parents dia tak suka dengan Raja bila Raja just a struggling musician. Sedangkan abang ipar dia, Aditya Sahani (Anil Kapoor) businessman top 10 India.


Seperti yang dijangka, Aarti meninggal selepas bersalin kemudian Anjali rasa dia bertanggungjawab untuk jaga anak-anak kakak dia. For no reason. Aditya tak pernah paksa, kakak dia pun tak tinggalkan amanat, parents dia pun tak paksa. So dia tinggalkan Raja tanpa bagitahu apa-apa dan pergi ke India lepas berkahwin dengan Aditya.


Sepanjang 3 tahun dekat India, Aditya tak pernah kisah pun dengan Aarti atau anak-anak dia. Tak tahu bila masa dan macam mana Anjali boleh develop rasa cinta dekat Aditya sampai dia beria nyanyi dia happy sangat nak jumpa kekasih hati. Pfftt ???

Cringe habis bila dia menari dalam rumah yang penuh dengan gambar Aarti bersaiz besar. Belum masuk part dia tiru style Aarti dan ubah hairstyle. Whyyyy?



Even dah makeover pun Aditya tetap tak pandang dia. At this point I dah tunggu bila Raja nak datang balik. Somebody has to help Anjali kan? 

So enter Raja with his weird sideburn…… Whyyy?


And Anjali dengan Raja berjumpa dan bercinta tapi banyak kali terhalang lah sebab tiba-tiba kawan-kawan Aditya ada di mana-mana. Dengan makcik bawang hot macam Pallavi (Shamita Shetty) dengan good for nothing Dil (Manoj Bajpayee), siapa tak cuak rahsia akan kantoi. 

Walaupun dalam movie ni lakonan Kareena tak over tapi buat relaks sudah la. Sepanjang 7 minit Dil dengan Pallavi menyanyi, 7 minit tu lah Anjali resah sebab terkesan dengan lirik. Memang sah la kantoi dia curang. Pallavi main teka je dia curang sebab terjumpa dekat restoran then ada 2 cawan kopi dekat meja Anjali. HAHAHAHA worst script ever!


Dah la skrip hancur, visual editing lagi la kelakar. Transition certain scenes dah macam slide presentation dah bila dia guna kebanyakan effect dalam Microsoft Power Point haha dengan tiba-tiba tone berubah warna kuning. Mungkin nak tunjuk yang diorang dekat Canada. Rasanya audience pun tahu kot diorang shooting dekat Canada sebab bendera Canada bertampal dekat dinding sana sini.




The only saving grace for this movie is the music album from Nadeem-Shravan. Sebab music album Bewafaa best sampai dinobatkan kedua tertinggi jualan pada tahun 2004 lah ramai yang nak tengok movie ni tapi ugghhh sakit kepala terus. Mungkin zaman tu acceptable la kot tapi tengok tahun 2020 ni buat gelak je lah.


1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.2, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10

Movie Review : Love Per Square Foot

Saturday 5 September 2020


Director : Anand Tiwari
Writer : Anand Tiwari, Sumeet Vyas
Cast : Vicky Kaushal, Angira Dhar, Alankrita Sahai, Ratna Pathak Shah, Raghubir Yadav, Supriya Pathak, Arunoday Singh, Kunaal Roy Kapur, Gajraj Rao
Production Company : RSVP Movies
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 133 minutes
Release Date : 14 February 2018
Trailer :


Hidup dalam keluarga middle class di bandar besar Mumbai memang menyedihkan dan gambaran kehidupan tu ditonjolkan oleh watak Sanjay Chaturvedi (Vicky Kaushal) yang hidup di flat kerajaan bila ayah dia bekerja di stesen keretapi.


Rumah tak lah besar mana dan tiada bilik untuk Sanju sejak kecil. Bilik air pula kena berkongsi dengan ahli keluarga dan setiap pagi kena ikut giliran untuk bersiap sebelum pergi kerja. Sama juga dengan kehidupan Karina D’Souza (Angira Dhar) yang hidup di rumah pak cik dia dan setiap kali jiran tingkat atas hentak kaki atau melompat, rumah mereka akan berdebu.


Sanju dan Karina sama-sama ada impian untuk mempunyai rumah sendiri dengan ruang selesa dilengkapi furniture dan electrical appliances. Tapi rumah yang paling murah adalah di bawah skim Jeevan Saathi bila golongan sasarannya pasangan yang dah berkahwin. Sementara Sanju jadi hamba cinta bos dia, Rashi (Alankrita Sahai) yang dah pun berkahwin dengan Kishan (Arunoday Singh) tapi tak bahagia, Karina pula masih teragak-agak dengan keputusan dia untuk berkahwin dengan Samuel (Kunaal Roy Kapur).


Sudahnya Sanju come up dengan idea untuk sama-sama apply rumah tu dan tanpa sengaja daftar perkahwinan mereka di mahkamah. Awalnya susah untuk Blossom D’Souza (Ratna Pathak Shah) nak terima kenyataan anak dia akan berkahwin dengan lelaki beragama Hindu tapi sebab sayang dengan anak perempuan tunggal dia, Blossom compromise here and there.


Tapi tak semua yang kita plan tu akan berjalan lancar macam yang kita nak. Apatah lagi untuk middle class people. Shit happens every single time. Macam mana urban couple, Sanju-Karina cuba selesaikan masalah ni kena tengok sendiri lah and trust me it’s worth to watch. Fun fact, movie ni ditayangkan di Beijing International Film Festival 2019.


Jarang dapat tengok lakonan Vicky Kaushal dengan watak ringan macam ni and he looks so cute most of the time. Perfect Mumbai middle class munda. Dialog dia kelakar and his frustration when his loan application got rejected is perfect! Though I want to raise toast for Anand Tiwari and Sumeet Vyas great script writing, I wish they stressed more on housing scheme’s cruelty. Baru nampak drama dan betapa lelahnya pasangan muda ni sampai bersetuju untuk kahwin kontrak.


Chemistry Vicky Kaushal dengan Angira Dhar pun comel. Suka tengok scene diorang menari dekat wedding. I really wish director panjangkan lagi scene diorang berdua. Lakonan Angira Dhar tak nampak kekok sebagai pelakon baru dan supporting cast are amazing! 

Since movie ni tentang middle class, dan berkisarkan tentang rumah, tak banyak shot dan sinematorafi yang boleh ditonjolkan macam genre rom-com yang lain tapi kreativiti Avinash Arun dengan camera movement dan beberapa teknik transition dan slo-mo banyak membantu movie middle class nampak menarik. Brownie points for Angira Dhar’s wardrobe team, all her outfit looks cute and lovely sesuai dengan karakter Karina. And the fact that the characters are repeating their clothes shows they know their craft and they did the homework.


Music album Love Per Square Foot agak average untuk rom-com movie bila tak ada satu lagu yang hits ataupun memorable as romantic track. Hasil kerja Sohail Sen tak lah teruk sangat tapi tak lah cemerlang sangat untuk masuk dalam carta.


Tapi kelemahan ni tak lah mencacatkan mood dan suasana kehidupan juga kisah cinta Sanju-Karina. If you’re looking for a movie to ‘Netflix and chill then this is the one. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10