Movie Review : Daddy (2017)

Saturday 29 August 2020


Director : Ashim Ahluwalia
Writer : Ashim Ahluwalia, Arjun Rampal
Cast : Arjun Rampal, Aishwarya Rajesh, Rajesh Shringarpure, Anand Ingale, Purnanand Wandekar, Nishikant Kamat, Farhan Akhtar, Sanjay Vichare, Usha Naik
Production Company : Kundalini Entertainment and Karta Entertainment
Distributor : Raksha Entertainment
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 134 minutes
Release Date : 8 September 2017
Trailer :


Cerita bermula dengan pembunuhan seorang ahli politik MLA Mhatre (Sanjay Vichare) di rumahnya ketika sedang makan.  Sebaik sahaja berita kematian dia sampai kepada menteri lain, mereka bersepakat untuk bagi kes ni kepada Inspektor Vijaykar Nitin (Nishikant Kamat) yang dah lama memburu dan berdendam dengan Arun Gawli (Arjun Rampal) atau mesra dikenali dengan Daddy. 


Inspektor Vijaykar balik ke Dagdi dan berjumpa dengan ibu Arun (Usha Naik) supaya dia dapat korek dari awal kisah Arun dari zaman bujang bila mana Arun dengan kawan-kawan dia Rama Naik (Rajesh Shringarpure) dan Babu Reshim (Anand Ingale) tubuhkan geng BRA pada tahun 1960-an. Disebabkan kemiskinan dan hidup ditindas, mereka bertiga dan juga Vijay (Purnanand Wandekar) merompak dan seludup barang untuk dijual. 


Pembunuhan pertama Arun bila dia terpaksa tuntut bela terhadap kematian adik Rama selepas mereka merompak Parasiya. Tapi semua saksi tak nak buka mulut bila Don Maqsood (Farhan Akhtar) dah bagi arahan supaya diam. Dari situ geng BRA mula buat kerja kotor Don untuk membunuh dan seludup senjata api. 


Dari cerita ibu Arun dan juga pelacur yang jadi saksi utama kejadian pembunuhan, Arun terpaksa ikut arahan Don tapi dalam masa yang sama berjaga-jaga bila Don juga yang jual nama geng BRA kepada polis. Mustahil untuk Arun bunuh Don bila mereka tak ada kuasa dan duit jadi Rama mula setuju untuk berbaik dan jadi ketua untuk aktiviti penjualan dadah.  

Zubeidaa (Aishwarya Rajesh) pujuk Arun supaya berhenti sebelum terlambat bila dia mula risau dengan keselamatan Arun. Tambah pula dia dapat tahu dia mengandung. Tapi lepas kematian Rama, dia terpaksa buat strategy baru untuk selamatkan diri dan keluarga dari ancaman polis dan Don. 


Kisah Arun Gawli a.k.a Daddy ni diadaptasikan dari kisah benar Daddy yang terlibat dengan underworld dan masuk ke dunia politik bila dia selalu hulurkan bantuan kepada penduduk kawasan. Movie ni lebih kurang sama dengan Raees bila penduduk kawasan tu angkat gangster sebagai pelindung walaupun bantuan yang mereka dapat tu dari hasil kegiatan haram. 

Don Maqsood yang digambarkan dalam movie ni ialah Dawood Ibrahim, mafia terkenal di India. Dari jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan dari movie ni ialah nak tukar persepsi public terhadap Daddy tapi garapan Ashim Ahluwalia dan Arjun Rampal nampaknya gagal sebab kurang bermain dengan emosi. 


Dialog pun tak membantu untuk kacau emosi dan ubah persepsi yang ada dari awal movie. Dengan momentum yang mendatar dan pace yang slow buatkan movie Daddy terasa panjang dan bosan. Walhal trailer gempak, well minus the narration. Item song pun tak best dan perlahan walaupun tune dia mengingatkan kita kepada zaman 80’s. 

Lakonan Arjun dan Aishwarya mantap dan dalam beberapa scene yang tampak intense dengan hanya pandangan mata. Same goes to Farhan Akhtar sebab karakter dia berbeza. Kalau bukan sebab suara dia, memang tak cam langsung tu Farhan. I think Arjun betul-betul portray karakter Daddy yang sebenar sebab Arjun pernah berjumpa sendiri dengan Daddy dan dia tak pernah lupa pandangan tu so bila dia berjaya rendered the same feelings with his gaze, well for me he did best. 

Arun Gawli to promote Daddy with Arjun Rampal in September : Bollywood News  - Bollywood Hungama

Flashback scenes penuh dengan scene ganas dan kejam bila geng BRA membunuh ataupun anak buah Don Maqsood dengan camera shot dan angle dari Jessica Lee Agne dan dibantu oleh Pankaj Kumar. Dalam movie ni pun boleh nampak juga bila polis guna helah licik untuk tutup kes dan letak kesalahan kepada suspek. 

I have mixed feelings for this movie sebab jalan cerita dan dialog yang lemah tapi lakonan Arjun Rampal antara kekuatan movie ni so if you’re a fan of Arjun Rampal, do watch Daddy. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Drama Review | Masaba Masaba (2020)


Director : Sonam Nair
Writer : Sonam Nair, Nandini Gupta, Anupama Ramachandran
Cast :  Masaba Gupta, Amariah Awantaye, Neena Gupta, Neil Bhoopalam, Smaran Sahu, Satyadeep Mishra, Rytasha Rathore, Mithila Palkar, Gajraj Rao, Shibani Dandekar, Kiara Advani, Malvika Mohanan
Genre : Comedy / Drama
Running Episodes : 6 episodes
Release Date : 28 August 2020
Production Company : Viniyard Films
Distributor : Netflix
Trailer : 


Masa dapat tahu Netflix nak terbitkan series web series Masaba Masaba based on her actual life as fashion designer di Bollywood, memang excited sangat sebab I memang fans collection Masaba Gupta. Tambah pula mak dia, Neena Gupta pelakon veteran Bollywood pernah bagitahu yang dia pernah jumpa SRK dengan Karan Johar minta ambil Masaba sebagai pelakon tapi tak kena layan. 


So bila Masaba dan team dia keluarkan web series ni boleh la tengok talent duo anak-beranak ni. Lagipun dah lama tak tengok movie atau series yang bertemakan fashion life lepas kejayaan movie Fashion arahan Madhur Bandarkar tahun 2008. 


Kisah bermula dengan masalah personal Masaba dan Vinay Malhotra (Satyadeep Mishra) yang pilih untuk bercerai selepas gagal hidup bersama sebagai suami isteri tapi masih berkawan baik. Masaba masih menafikan di social media walaupun dah keluar blind items pasal kisah rumah tangga dia. Malangnya Vinay dah menyampah untuk berlakon bahagia depan media. Tak lama kemudian Masaba berpindah ke rumah Neena dan cuba untuk move on. 


Dalam masa yang sama dia kena siapkan collection baru sebab dia perlukan dana dari investor bernama Dhairya Rana (Neil Bhoopalam) bila keadaan kewangan syarikat dia, House of Masaba mula merosot. Tapi masalah dengan inspirasi atau ilham ni, bukannya dia akan datang bila kita nak dia datang. Creative flow is not that easy. Lagi orang pressure lagi la dia tak datang. 

Watak Neena dalam series ni pula masa dia tengah struggle cari movie offer since dia dah berusia dan job pula limited. Siapa yang tengok movie Badhaai Ho boleh tahu la macam mana perjalanan Neena sebelum dapat watak tu. Ada cameo dari Gajraj Rao jugak sebab dia berlakon sebagai suami Neena tapi tak ada Ayushmann Khurrana tau. 


Memandangkan web series ni berkisarkan dunia fashion dan Bollywood, jadi ada la cameo dari beberapa pelakon lain macam Kiara Advani yang datang ke House Of Masaba sebab nak Masaba design outfit untuk dipakai dalam majlis amal. Ataupun babak Neena Gupta jumpa Farah Khan untuk projek baru. Ada juga babak Neena Gupta shooting dengan Mithila Palkar untuk music video. Both are amazing! Thumbs up for visual part baik dari creative team, wardrobe mahupun cinematography dan shot frame.


Scene comedy dan drama pun quite relatable and Masaba’s reaction memang hilarious gila. I never knew this side of her so it’s really great to watch. Dalam series ni mostly guna slang Mumbai elitist. Bold to put Shibani Dandekar’s art gallery scene in this web series sebab art gallery Bollywood stars mostly merepek tapi dijual harga mahal in the name of charity sedangkan artist yang betul-betul berbakat tak dapat tempat yang selayaknya. 


Sayangnya dalam series ni tak lah dititikberatkan sangat stressful life dalam dunia fashion tapi banyak berkisar tentang personal development watak Masaba sendiri dalam personal relationship, friendship dengan Gia (Rytasha Rathore) dan karier. Uniknya dalam web series ni watak Masaba bersilih ganti dengan mini Masaba (Amariah Awantaye) untuk bagi hint yang dia masih lagi mentah dalam hidup which is kinda cute. 


But hopefully season 2 nanti kita boleh tengok lebih lagi macam mana House Of Masaba stress layan Bollywood stars untuk costume dalam movie ataupun kejar deadline Lakme Fashion Week. Tambah info tentang fashion dan styling. Plus nak tahu Masaba pilih Jogi (Smaran Sahu) ataupun Dhairya Rana. Shocking scene dekat hujung series pun interesting jugak! 

Love doesn't always follow a straight road. There are ups and downs, de-tours and dead ends! And only if you are very very lucky, you find love that lasts forever - Masaba Gupta

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

First Time Makan Kuih Talam Tokyo!

Khamis lepas our top client datang bawa kuih Talam Tokyo untuk semua staf dan lawyers makan masa minum pagi.


Serious talk, this is my first time jumpa kuih Talam Tokyo. Selama ni makan kuih talam yang original je, Kuih Seri Muka yang Cindai selalu buat tu - atas lapis hijau, bawah pulut nasi putih. Kadang-kadang je makan perisa keladi ataupun jagung dengan durian. 

Talam Tokyo ni berbeza sikit bila dia ada biasan warna merah dekat bahagian bawah yang pulut tu. Lapisan still warna hijau muda lah. Dekat bahagian tengah pula ada tambahan sagu jernih, nyiur dengan soohoon. 


Kalau tengok dekat gambar tu nampak lapisan bawah macam berlemak dan lapisan bawah tu la paling sedap! Bila makan kuih ni melt dalam mulut pergghhh memang sedap lah lepastu ada rasa manis santan dengan nyiur. Nasib baik ingat orang belakang, kalau tak dah kembung dah perut makan kuih Talam Tokyo ni. 

Nak buat sendiri memang tak rajin tapi kalau ada yang jual boleh la beli nanti. Kalau mahal pun berbaloi lah sebab sedap. Siapa tak pernah makan lagi nanti try lah. Sedap!!