Sports Hijab, TAHAN PTT OUTDOOR Keselesaan Ketika Beriadah Dan Bersukan
Thursday 27 February 2020
Sejak Annual General Meeting tahun lepas, firm dah start aktif beriadah dan bersukan supaya staf kekal sihat dan cergas. Setiap minggu ada badminton training. Bila dah mula bersukan dengan kawan sepejabat, automatik mula bersukan pada hari minggu sebab badan dah ketagih.
Bila bersukan ni wajiblah kita cari pakaian yang selesa sebab badan akan berpeluh dengan banyak. Kalau pakai pakaian dari material yang tak bagus, mula lah badan jadi gatal sebab kulit I sensitif sikit. Nak bersukan lama pun dah hilang mood. Tu belum lagi bila kepala akan sakit sebab haba terperangkap.
Sebab tu setiap kali nak bersukan akan pilih sports hijab instant dari Tahan PTT Outdoor! Sesuai dengan nama dia, hijab jenama Tahan ni memang tahan lasak. Untuk brisk walk, swimming, main badminton dan sukan lain memang sesuai sangat digunakan. Kalau dulu bergantung harap dengan bawal ataupun shawl tapi jadi rimas sebab nak kena jaga supaya tak lari ataupun terselak bila bergerak banyak sangat. Nak berendam dalam air lagi tak syok bila kena tahan dengan tangan bila masuk dalam air ataupun tudung terbuka.
Walaupun hijab Tahan PTT Outdoor ni agak singkat di bahagian tepi tak risau bila bersukan sebab material dia melekat elok di baju. Di bahagian dada pun tak melekat sangat. Rasa selesa dan secure bila aktif bersukan di tempat awam. Untuk ukuran sports hijab ni, bahagian depan 20 inci, bahu 21 inci dan bahagian belakang berukuran 29 inci.
Yang bestnya dengan hijab Tahan ni bukan setakat sejuk bila dipakai tapi cepat kering bila basah. Bila berpeluh, sekejap je dah kering balik jadi tak ada masalah bila bersukan. Bila pergi camping atau hiking memang pilihan hati lah sebab tak payah nak berjemur bawah matahari terik untuk keringkan. Tak perlu nak bawa tudung extra bila pergi mandi atau hiking. Jimat space.
Antara sebab lain kenapa sports hijab Tahan PTT Outdoor ni produk bestseller adalah menjimatkan masa. Dah nama pun hijab instant, tak perlukan pin untuk secure. Cuma sarungkan di kepala and you’re good to go. Lagi satu sebab istimewanya bila hijab ni tak perlu iron pun.
Masuk ni dah 4 kali basuh dengan washing machine sebab malas nak cuci dengan tangan tapi setiap kali pakai elok je tak berkedut. Convenient sangat kan kalau pergi travel? Material dia lembut dan ringan so bila pack dalam bag tak memerlukan ruang yang banyak pun.
Masuk ni dah 4 kali basuh dengan washing machine sebab malas nak cuci dengan tangan tapi setiap kali pakai elok je tak berkedut. Convenient sangat kan kalau pergi travel? Material dia lembut dan ringan so bila pack dalam bag tak memerlukan ruang yang banyak pun.
Awning pun elok je tak jadi berombak ataupun hilang ciri-ciri awning yang sepatutnya sebab material 90% polyester + 10% spandex. Oleh kerana muka ni bulat sangat, lipat sikit lah bahagian atas supaya nampak cantik. Kalau pakai sports hijab Tahan PTT Outdoor ni memang tak pakai inner ataupun anak tudung sebab hijab ni dah elok melekat dekat kepala. Rambut pun tak keluar bila bersukan. Super love!
Hijab yang I pakai ni warna hitam dan awning kelabu sebab tak nampak kotor sangat bila hiking atau bersukan. Senang nak match dengan baju, tak payah dah pening fikir. Orang perempuan kan senang moody kalau fikir bab ni.
Ada juga pilihan warna lain – biru dengan kuning. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Nak pulak sekarang ni tengah ada 27% sale untuk sports hijab Tahan PTT Outdoor ni. Rugi kalau lepaskan peluang ni sebab sports hijab yang lain belum tentu berkualiti dan murah harganya.
Ada juga pilihan warna lain – biru dengan kuning. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Nak pulak sekarang ni tengah ada 27% sale untuk sports hijab Tahan PTT Outdoor ni. Rugi kalau lepaskan peluang ni sebab sports hijab yang lain belum tentu berkualiti dan murah harganya.
Boleh dapatkan sports hijab Tahan PTT Outdoor di laman web PTT Outdoor ataupun beli di Shopee. Jangan risau sebab status produk sports hijab ni ready stock, harini order esok lusa dah boleh sampai dah. Tak perlu tunggu lama pun untuk parcel sampai ke tangan.
Sebelum harga promosi ni berakhir, apa kata kalau pergi belek sendiri dekat account dan website PTT Outdoor supaya dapat tengok sendiri instant sports hijab ni dan tengok sendiri rating dan review dari customer yang happy dengan hijab ni.
Facebook : PTT Outdoor
Instagram : @pttoutdoor
Website : www.pttoutdoor.com