Movie Review | Super 30 (2019)

Monday 28 October 2019


Director : Vikas Bahl
Writer : Sanjeev Dutta
Cast : Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Virendra Saxena, Pankaj Tripathi, Aditya Shrivastava
Production Company : Phantom Films, Nadiadwala Grandson Entertainment, Reliance Entertainment, HRX Films
Distributor : Reliance Entertainment, PVR Pictures
Genre: Drama
Running Time : 155 minutes
Release Date : 12 July 2019
Trailer :


Movie biopic yang mengisahkan tentang genius mathematician di Bihar, India dibawa ke layar perak untuk mengenang jasa Anand Kumar dalam membantu pelajar yang miskin untuk pecahkan kasta dan darjat antara si miskin dan kaya dengan mengetengahkan ‘Pendidikan adalah hak semua’. 

Anand Kumar memenangi pingat emas untuk Math championship selepas Lallan Singh (Aditya Srivastava) dan diraikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau berjanji untuk datang sekiranya Anand perlukan bantuan. Anand travel dari Patna ke Mumbai setiap minggu untuk curi-curi masuk ke perpustakaan Universiti Banaras Hindu kerana memiliki buku rujukan yang banyak.


Malangnya dia dihalau keluar oleh pustakawan sebab melanggar peraturan kerana perpustakaan tu cuma untuk pelajar universiti sahaja. Penjaga perpustakaan bagitahu Anand yang dia boleh dapat life subscription sekiranya dia berjaya terbitkan jurnal kepunyaannya. And he did! Bukan setakat life subscription je tapi dijemput ke Cambridge University sebab Prof kagum dengan jawapan Anand. 

Siapa tak bangga dijemput ke Cambridge? Nak pula bila kasta rendah yang dapat peluang tu tapi masalah besar keluarga Anand mesti lah duit untuk hantar Anand ke sana sampai ayah dia, Ishwand Kumar (Virendra Saxena) meninggal sebab stress risaukan hal kewangan.


Menteri Pendidikan yang janji nak bantu pun cuma setakat janji di mulut untuk nampak mulia di mata rakyat. Sudahnya Anand batalkan hasrat pergi ke Cambridge dan jual papadom. Nasib dia baik bila Lallan Singh jumpa dan ambil dia mengajar di coaching institute untuk IIT entrance exam.

Ramai parents yang datang bayar premium fees untuk masuk ke coaching class Anand Kumar. Hidup Anand berubah serta-merta bila dia ada banyak duit dan hidup mewah sampai lupa kesusahan pelajar miskin yang senasib dengan dia dulu tapi disebabkan kata-kata dari pemandu beca, Anand wujudkan coaching class free untuk 30 orang pelajar miskin.


Hostel, makanan, buku semuanya ditanggung oleh Anand dan keluarga. Awalnya adik dia, Pranav (Nandish Singh) membantah tapi dalam masa yang sama, dia juga menjadi tulang belakang abang dia dalam menjayakan program Super 30 ni. Banyak yang Anand korbankan untuk Program Super 30 hingga ke tahap terpaksa lepaskan Supriya (Mrunal Thakur) sebab duit dia dah dihabiskan untuk student dia.

Menteri Pendidikan dan Lallan Singh tak berhenti ganggu Anand sebab coaching class yang jadi sumber utama kemewahan diorang mampu diberi secara percuma oleh Anand. Bila Program Super 30 ni masuk dalam media selepas Ragunath (Amit Sadh) buat liputan, makin sakit hati mereka berdua kerana imej tercalar.


First half movie ni lebih kepada flashback kisah peribadi Anand Kumar, bila masuk second half baru masuk pasal program Super 30 ni itupun tak banyak sangat tentang cara Anand mengajar students dia which is kind of disappointing lah sebab tajuk movie ni Super 30.

Chemistry Mrunal dengan Hrithik nampak cantik sangat onscreen sampai kita rasa kasihan bila cinta mereka tak kesampaian kerana perjuangan Anand. Walaupun screentime Mrunal sedikit saja tapi dia berjaya meninggalkan impak dengan kekuatan lakonannya. 


Lakonan Hrithik sebagai Anand pula mantap dan meyakinkan dengan accent Bihar dan physical trait sebagai golongan kasta rendah. Emosi tengok scene surat Cambridge dia jadi pembalut papadom lepastu kena bakar. Habis hancur impian dia dengan ayah dia.

Walaupun I dah tahu perjalanan hidup Anand Kumar dan kejayaan dia tapi disebabkan lakonan Hrithik, dia berjaya buat kita jadi happy dan emosi sama-sama dengan dia dari awal sampai habis movie even naskhah Super 30 agak lama duration dia dengan melodrama yang sengaja ditambah. 

Tergelak juga dekat certain scenes sebab nampak bronze makeup dia terhad dekat leher saja kemudian bahagian badan nampak kulit cerah melepak. Dah la mata warna hazel. Kalau badan touch up sampai gelap, kenapa mata tak letak contact lens warna hitam?


Bukan setakat leading star je bagus dalam lakonan tapi supporting cast pun membantu banyak pada penceritaan dan screenplay setiap kali screentime diorang muncul especially Pankaj Tripathy, Amit Sadh, Virendra Saxena, Aditya Shrivastava, Nandish Singh dan para pelajar Super 30. Watak mereka juga dibantu dengan skrip yang bagus.

Sinematografi dari  lensa Anay Goswamymovie memaparkan naskhah Super 30 dengan cantik terutamanya babak dalam kelas sampai yang tengok pun enjoy join kelas Anand Kumar ni dibantu pula dengan music score yang menguatkan jalan cerita. Lagu Question Mark rasanya lagu ketiga Hrithik Roshan nyanyikan sendiri.


Movie ni memang menarik untuk ditonton kerana menaikkan semangat tapi bab program Super 30 tu cuma rekaan je macam I pernah sembang dalam entri ni. Betul program Super 30 memang wujud tapi Anand Kumar bukan mula dari bawah tapi take over coaching class orang lain, bukan beli property seperti yang ditonjolkan dalam movie ni. Dan dia bukan mengajar bersendirian tapi dengan bantuan inspektor polis di kawasan tu secara sukarela untuk bantu masyarakat.


Like I said in my previous entry, movie Super 30 berjaya bersihkan imej Anand Kumar macam movie Sanju bila movie ni dengan bajet Rs60 crore berjaya kutip Rs200 crore. Sementara dalam movie ni program Super 30 nampak tiada hala tuju bila Anand dah habiskan duit saving dia, Anand Kumar yang sebenar hidup dalam kemewahan dengan yuran yang diambil oleh orang miskin. Have fun watching. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Tuaian Pertama Cendawan Shopee!


Dah lama nak beli bongkah cendawan ni dekat Shopee bila tengok kawan-kawan share cendawan memasing dekat FB. Lagi geram bila tengok makcik tanam cendawan dekat rumah dia. Happy betul makan cendawan celup tepung. 

Masa cendawan ni sampai blur jugak macam mana nak jaga. Nasib ada manual macam mana nak semai dan jaga sampai cendawan keluar. Since kitorang beli bongkah separuh matang, kena la tunggu lama sikit biar bongkah dia putih sepenuhnya. 

Punya lah lama tunggu sampai cendawan tu keluar ikut belakang bongkah hshshshs. Fail betul memasing. Dari kotak, pindahkan ke bawah sinki sebab nak tempat yang gelap. Itu pun tak berapa nak gelap sangat macam dalam kotak. 


So far ni cendawan paling besar dapat. Nak jugak tunggu yang lain besar macam ni tapi dah tergedik sangat nak merasa so petik je lah semua. Nanti lah kita tengok yang lain membesar dengan jayanya. 


Batch pertama buat sayur goreng je masak sekali dengan kailan yang dah membesar dekat pasu. Happy betul dapat makan dua tanaman dari garden sendiri walaupun tak besar mana tapi puas la makan 2 orang je. 

Hari ni nak petik semua cendawan, buat masak celup tepung fuhhh sedap mak aiii. Bila makan cendawan fresh ni yang bestnya tak berair macam kita beli dekat supermarket. Dia rasa crunchy bila goreng and rasa macam ayam. Memang sedap lah. Tak rugi langsung beli. 

Tapi lepas makan cendawan ni memang kena bertungku la jawabnya sebab angin weiiii sedap jugak buat perut sengkak. 

Movie Review : Dendam Pontianak

Saturday 26 October 2019


Pengarah : Glen Goei, Gavin Yap
Penulis Skrip : Glen Goei, Gavin Yap
Pelakon : Remy Ishak, Fazura, Hisham Hamid,  Shenty Feliziana, Nam Ron, Nik Harraz Danish, Tony Eusof, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su
Genre : Seram/Drama
Durasi Tayangan : 92 minit
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Singapore), 12 September 2019 (Malaysia, Brunei)
Syarikat Produksi : Tiger Tiger Pictures, 13 Little Pictures
Pengedar : Golden Village Pictures
Trailer :


Bertemakan tahun 60-an, Khalid (Remy Ishak) dengan Siti (Shenty Feliziana) berkahwin di kampung halaman Khalid. Anak Khalid, Nik (Nik Harraz Danish) cuba untuk terima Kak Siti sebagai mak baru. Malam perkahwinan Khalid, Rais (Tony Eusof) datang ke majlis bila Reza (Hisham Hamid), adik Khalid, jemput untuk jumpa kawan lama. 


Rais nampak enjoy malam tu sebab jumpa balik dengan Khalid dan jumpa gadis cantik dan bersuara sedap, Ida (Nadia Aqilah). Dalam perjalanan pulang, Rais dengan Ida berjumpa dengan Pontianak berdiri di tengah jalan. 

Disebabkan Rais berhenti mengejut, Ida pengsan sebab terhantuk dekat dashboard. Rais pula mati dibunuh Pontianak. Lagi sadi bila mayat Rais digantung di pokok hadapan rumah Khalid bila Siti nampak kesan darah yang banyak di bahagian depan rumah.


Su’ud Din (Nam Ron) datang minta Khalid dan Siti bersihkan rumah sebab ada benda gelap dalam rumah tu tapi Khalid taknak percaya benda mengarut. Malam esoknya Reza pula dirasuk dan cekik isteri dia sampai keguguran.


Lepas kebumikan anak dia, Reza datang jumpa Khalid untuk bagi amaran yang Mina (Fazura) dah datang balik untuk balas dendam. Dia nak mereka bertiga mati disebabkan kisah silam 9 tahun yang lepas. Siti yang terdengar mula takut tambah bila Nik berperangai pelik dan suka ketawa sorang-sorang.


Khalid yang awalnya tak percaya mula takut dan minta bantuan Su’ud Din untuk selamatkan keluarga dia. Dia taknak mati macam Rais. Su’ud Din tahu Pontianak tu ada kaitan dengan Khalid sebab dia boleh nampak vision dan perkara silam yang Khalid, Reza dengan Rais buat pada Mina. 

Jalan cerita Dendam Pontianak sama macam cerita Pontianak yang lain. Datangnya membawa dendam lepas mati bila lahirkan anak dan sarat dengan cinta pada kekasih dia. Dalam movie ni Khalid dengan Mina tak kahwin sebab Khalid nak tidur dengan Mina je. Bila Mina dah sarat dan datang cari Khalid, masa tu la tragedi tu berlaku. Khalid besarkan anak dia dengan Mina untuk tebus dosa dia bukan sebab dia sayang pun hmmm Khalid.


Movie ni agak flat dan slow pace so memang wajib lah tukar speed ke 1.7x supaya tak bosan. Itupun rasa nak cepatkan lagi sebab slow sangat. Kalau selalunya geram dengan team production buat movie hantu mesti nak gelap je rumah watak utama kan? Hah dalam movie ni tak sebab rumah terang kemain tapi bila part seram tu jadi saspen jugak lah bila Pontianak nak serang.


Jangan risau kalau jenis lemah semangat sebab Fazura jadi Pontianak yang cantik dalam movie ni. Tak ada pun dia buat muka seram bila muncul. Just dia tambah kuku tajam je nak bagi nampak macam monster. Fazura je kalau jadi Pontianak yang akan pakai kebaya merah. Masa dia jadi Cik Lang pun cantik kemain. Kalau orang lain berlakon pakai kain putih lusuh melekat tanah je la jawabnya. Makeup pun penuh ulat. Fazura punya makeup dengan hair style on point. Sebab tu la kot director tak tayang banyak part dia takutkan orang kampung sebab tak jadi cerita hantu nanti jadi cerita Pontianak Playgirl.


Dalam movie ni ada Wan Hanafi Su tapi kesian watak dia macam tak perlu ada pun tak apa sebab tak membantu penceritaan pun. Serang Siti sebab ada budak demam panas taknak bangun je. Mak dia yang tak jaga betul-betul, Siti pulak disalahkannya. Dah lah ajak orang kampung serang Pontianak guna kayu dengan obor. Pontianak tu hantu so dia boleh hilang, dia boleh terbang. Bijak lah sikit kot ye pun. Dah la Pontianak Mina ni  pandai martial art. Habis semua jantan dalam kampung tu dibunuhnya.


I pernah baca interview yang director nak kekalkan mitos hantu Melayu tapi kenapa dia buat scene Su’ud Din suruh Khalid benam paku panjang dekat Mina untuk bunuh padahal ikut mitos bila benam paku Pontianak akan berubah jadi perempuan cantik. Dah la panjang benar pakunya. Kalau benam dekat tengkuk mahu tembus sampai ke depan. Elok lah tak jadi manusia balik, sepanjang masa terasa macam tercekik tulang ikan je dekat tekak tu nanti.


Bukan setakat director kena belajar lagi part mitos hantu Melayu since director ni dari Singapura tapi belajar jugak bila waktu solat Subuh. Matahari dah naik baru keluar azan Subuh, ate elok Dhuha je la kome oiii. 

Walaupun jalan cerita dia mengecewakan tapi lakonan watak utama memang cantik. Suka tengok Fazura obviously lah kan sebab fans hshshs. Untuk Remy Ishak nak hidupkan balik watak zaman lama tak susah rasanya bagi dia sebab dia baru je berlakon dalam movie Pulang so lenggok percakapan tu tak ada masalah tak macam Fazura sekejap berubah klasik dan moden.


Chemistry Fazura-Remy pun cantik walaupun sekejap je scene bersama. I mean dalam satu screentime bukan ‘bersama’ dekat bangunan usang yang buruk tu. Agak-agak la director nak cari port pun.


I super love visual dan shot dalam movie ni sebab cantik sangat kerja team visual dalam movie ni. Lighting dia, pergerakan kamera, beberapa close up shot dengan sinematografi yang sangat cantik. Kostum pun membantu dalam menghidupkan zaman 50-an dan 60-an.


It just satu scene tu bila Mina bersemuka dengan Khalid, Mina pijak Reza ke untuk cakap dekat dengan Khalid? Kesian wei jadi Reza dalam movie ni. Sebab kebodohan Khalid, dia kena tanggung musibat. Lagi satu hal masa lapah daging tu buat bagi senonoh sikit boleh tak? Boleh je kalau tunjuk close shot Mina lapah daging dari side tepi instead of ambil shot dari atas.


Lagu Tokti Kasihku Selamanya dijadikan OST movie ni tapi hanya muncul di credit scene je. I think ada lagu yang Fazura nyanyi sendiri, lullaby masa dia dodoikan Nik. Lagu Fazura nyanyi dalam movie ni lagi seram dari lagu yang Nana nyanyi untuk movie Puaka. Sorry Nana. 


Movie ni kalau tak ada action stunt dan dikembangkan lebih lagi scene Pontianak ganggu keluarga Khalid dan orang kampung mungkin lagi best untuk ditonton instead of stretch and drag especially scene Khalid dengan Siti bersama tu. Betul la cakap Mina, nakal eh Remy Ishak sekarang.

Its better if the script was good and ada scene Mina masa mengandungkan Nik sebab mesej utama movie ni sebenarnya kasih ibu kepada anaknya tapi team ni gagal tonjolkan dengan cantik so scene Mina jumpa dengan Nik tu tak mampu hidupkan rasa emosi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.2 = 6/10

Lirik Lagu Racun Hati - Ara Johari

Laju ara buat kerja ambik Ben Amir berlakon dalam MV single terbaru dia, Racun Hati. Single yang bergenre balada ni mengisahkan tentang percintaan yang berakhir dengan kesedihan.


Ara keluar dari bubble Hang Nadim dan guna khidmat Amy Bong dan Ziin untuk gubahan dan lirik lagu tapi tak berjaya dapat umpphh macam lagu Bunga dulu. Cerita yang sama, tema sama, genre yang sama tapi impak berbeza.

Lagu ni tak menjerit sangat macam previous songs dia yang lain. Hopefully dia boleh perform live better lah sebab lagu ni tak tinggi sangat. Suka part chorus sebab Ara ada buat lenggok.

Yang tak dengar lagi, boleh tengok dekat sini:


LIRIK LAGU RACUN HATI
Artis : Ara Johari
Komposer: Amy Bong / Ziin
Lirik: Amy Bong / Ziin
Studio : Rocketful Network

Angin yang berlari rasa takkan berganti
Bingung dengan amarah dan kasih
Musnah segala yang tersimpan di hati
Hilang tak lagi berteman kasih

Dalam hati dan nafasku
Jujur hatiku merinduimu

Separuh nafasku serah padamu
Lengkapilah hidup ku bersama mu
Kerna ku yakin kau kan setia
Menemani ku selamanya

Sepenuh kasih kuserah padamu
Tak lena terpejam tanpa diri mu
Rintihan hasratku sakit terasa
Meracun hati dan perasaan ini 

#ThrowbackThursday : Bas UiTM Segamat

Friday 25 October 2019

Tengah kemas gambar dalam Dropbox terjumpa gambar masa dekat UiTM dulu. Masa datang Segamat tahun 2013, keadaan dia tak macam sekarang lah cerita dia. 


Kalau drive kereta mesti kena basuh selalu sebab debu tebal kemain nak pulak masa tu mostly jalan tanah merah lagi kiri kanan jalan dengan construction lagi. Dulu lagi teruk katanya tapi entah sama je teruknya. 

Setiap pagi memang akan tunggu bas secara berjemaah sebab tahun pertama memang penuh jadual dari pagi sampai ke petang. So satu rumah akan cross jalan berjemaah lepastu tunggu bas. 


Tahun awal rajin la ambil gambar sementara tunggu bas datang sebab tak banyak assignment, subject pun tak berat. Tahun kedua dan akhir dah ada kereta sebab banyak kali bas tak datang pickup walaupun ada jadual pickup. 


Banyak kali jugak episod tertinggal bas dan terpaksa order kereta sewa. Kereta sewa bukannya murah lepastu dia drop depan gate. Kelas nun jauh di atas bukit sana. Memang rushing lah cerita dia. Lagi parah kalau time exam so bawa kereta lagi selamat dari kemurungan. 


Masa tunggu bas tepi jalan ni berdebu satu hal, panas dengan penat tu terpaksa lah hadap. Mana ada pondok bas dekat tepi ni. Kalau hujan tu entahlah dah tak ingat dah macam mana rasa dia. Selalunya hujung tahun dah start final exam so tak banyak la episod tunggu dalam hujan. 

Sekarang ni dah siap dah highway dekat Segamat. Itupun masa part 5, dah last semester dah pun sebab part 6 ada internship so tak duduk Segamat dah. Tapi bila highway dah siap, jalan dah cantik, mat rempit pulak bersepah depan rumah buat assembly port untuk start racing. 

Nasib baik lah tak ada kes pecah masuk rumah cuma bising sikit lah nak tidur dengan bunyi motor tapi diorang race hari Sabtu je ataupun malam cuti. Hari lain mungkin ada tapi sebab budak rumah semua jenis tidur mati so tak kisah sangat la kot. 

Anyway, student sekarang maybe tak merasa dah benda ni sebab Segamat dah cantik dah sekarang. Kalau dulu dengan construction sana sini, accident, banjir, pencuri bra lah banyak sangat lah kenangan dekat Segamat ni walaupun hutan banat.