Drama Review : Mencintaimu Mr. Photographer

Friday 31 May 2019



Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam
Pelakon : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohamad, Amy Mastura, Hairie Othman, Marissa Yasmin, Imal Amry, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chua, Bernard Hiew, Vicha
Genre : Romantik/Drama
Jumlah Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 3 Julai 2017 – 27 Julai 2017
Syarikat Produksi : MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran : Astro Ria & Astro Ria HD
OST : Jampi – Hael Husaini


Adaptasi bestseller novel Mencintaimu Mr. Photographer ni mengisahkan tentang kisah kehidupan Aira Qaisara (Hannah Delisha) yang dikongkong oleh papa dia, Tan Sri Megat Miqdad (Arash Mohamad). Di atak boleh bekerja terutamanya bidang yang dia minat, peragawati sebab mak dia dulu kena halau dari rumah disebabkan mesra dengan photographer di tempat kerja.


Ke mana Aira pergi akan ditemani Mila (Aishah Azman), PA dia yang dilantik sendiri oleh Tan Sri. Tak cukup dengan tu, Tan Sri paksa Aira untuk berkahwin dengan calon pilihan dia tapi Aira buat perangai sampai 40 orang calon tolak pelawaan Tan Sri. Pertemuan Aira dengan Jemy a.k.a Nazmi Ilyas (Syafiq Kyle) di restoran masa dia berjumpa dengan calon ke-40 mencuit hati Jemy.


Jemy merupakan photographer dan boss di NI Studio, perangai dia agak panas baran dan kurang bercakap tapi perangai Jemy ni dah dianggap lali dengan para pekerja dia, Nadia (Vicha), Alan (Bernard Hiew) dan Rahim (Ikmal Amry). Aira yang geram dengan perangai Jemy suka hati ambil gambar dia datang ke studio untuk minta Jemy padam semua gambar-gambar dia.


Lain pula jadinya bila Aira jatuh hati dengan Jemy dan mula berkerja di NI Studio untuk belajar mengenai dunia modeling. Tan Sri pula hantar bodyguard dia intip pergerakan Aira dan ugut Jemy supaya jangan rapat dengan Aira.


Tan Sri Megat Miqdad berjumpa dengan Roslan (Hairie Othman), kawan baik dia untuk tuntut janji untuk kahwinkan anak mereka berdua. Nasrul (Ariz Forteen) yang memang dah suka dengan Aira, setuju dengan perjanjian perkahwinan tu tapi ibu dia, Laila (Amy Mastura) menentang habis-habisan disebabkan rasa benci kepada Miqdad.


Rimas dengan perangai Tan Sri dan Nasrul, Aira dan Jemy berkahwin secara curi-curi dengan restu mama Aira (Marissa Yasmin) dan abang dia sebagai wali. Tapi bila Laila dapat tahu tentang perkahwinan Jemy dan Aira, dia berjumpa dengan Jemy dan minta untuk ceraikan Aira sebab mereka berdua sebenarnya adik beradik.


Jalan cerita drama ni simple je tapi yang best tengok sebab chemistry Syafiq Kyle dengan Hannah Delisha menjadi sangat. Rasa nak tengok drama ni pun sebab ada video diorang dua sweet dekat Twitter. Syok tengok part diorang dengan Mila je lah sebab sejenis kelakar. Masa dalam Cinta 100 Hari dia bawa watak sendu je.  

'Huishhh romantik dia lain macam nohhh, rasa nak mandi gula kat sini. Kalau nak sweet sweet manja manja tunggu la aku balik dulu'

Yang menyampah part parents diorang serabut entah mende-mende especially Laila dengan Miqdad. Miqdad ada bodyguard, ada spy tapi senang je percaya fitnah Laila. Lagi satu hal, dia boleh tahu Aira dengan Jemy tu berkahwin curi-curi tapi tak tahu Jemy tu siapa.

Since drama ni berkisar dunia modeling banyak la outfit cantik-cantik dari Lily Petuna, Milktee, Needleworks, Kaylene, Intan Suri especially wardrobe Hannah Delisha. Dah la muka macam Barbie doll. Makeup hasil tangan Ella Sandera pun cantik. Nak sangat tahu diorang pakai lip matte apa, cantik kemain memasing.



Soundtrack utama dalam drama ni lagu Jampi – Hael Husaini tapi banyak je lagu lain yang keluar ikut situasi dalam drama ni lah. 

Overall drama ni sweet sangat and menepati expectation, memang buat pilihan tepat layan drama ni tengok Syafiq dengan Hannah. Feels dia sama macam layan drama Hero Seorang Cinderella.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review : Veerey Ki Wedding

Wednesday 29 May 2019


Director : Ashu Trikha
Writer : Dilip Shukla
Cast : Pulkit Samrat, Kriti Kharbanda, Jimmy Sheirgill, Chandan Bakshi
Production Company : Make My Day Entertainments
Distributor : Panorama Studios
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 122 minutes
Release Date : 2 March 2018
Trailer :



Movie genre romantic komedi yang mengisahkan tentang Veer (Pulkit Samrat) dan heroinnya, Geet (Kriti Kharbanda) yang nak berkahwin tapi dihalang oleh keluarga. Veer satu-satunya anak kepada usahawan terkenal di Delhi so dia tak perlu fikir mana nak cari duit untuk sara hidup lepas kahwin. Setiap hari dia akan lepak dekat gym ataupun jaga kawasan untuk bantu sesiapa dalam kesusahan.


Geet pun sama cuma anak dara lebih kepada shopping dan pergi ke gym ataupun dating dengan Veer. Jadi masalah bila nak kahwin tapi tak dapat approval dari ayah Geet disebabkan ayah Geet tak sukakan keganasan. Masa Geet bawa Veer jumpa dengan parents dia di retoran hotel, Veer tak mampu nak tahan bila tengok ada orang dalam kesusahan dibuli dengan samseng.


Ayah Geet (Satish Kaushik) ternampak Veer belasah samseng buat keputusan tak nak Geet berkahwin dengan orang yang suka pukul orang lain. Ayah Veer yang geram dengan keputusan ayah Geet mula prank dan kacau hidup musuh dia. Sama jugak dengan ayah Geet yang tak putus-putus buat prank call.

Abang sepupu Veer, Bali (Jimmy Shergill) pula tengah kusut mana nak cari calon isteri bila atuk diorang dah bising suruh kahwin. Cadangnya nak buat wedding Bali dengan Veer serentak bila Bali terjumpa dengan Rinki (Payal Rajput) yang tertarik dengan kemachoan Bali. Tak lama lepastu Rinky putuskan hubungan sebab dia masih sayang dengan ex boyfriend lama dia, Tilu.


Tak cukup dengan masalah yang ada, ayah Geet pula berjumpa dengan usahawan muda yang berjaya kembangkan bisnes dia di luar negara. Dia rasa tu la calon yang sesuai untuk Geet tapi yang dia tak tahu, usahawan tu kaki penipu dan adik kepada samseng terkenal di Delhi.

Geet suruh ayah dia buat pilihan bermenantukan samseng ataupun Veer yang suka bantu orang lain dengan kekuatan yang dia ada. Bulat keputusan ayah Geet bila dia dapat tahu usahawan tu setuju kahwin dengan Geet sebab nak bolot aset tanah dia untuk projek Jagdambha City. Kucar-kacir lah semua bila samseng mula bawak anak buah dia untuk culik Geet.


Jalan cerita movie ni biasa je tapi makin jadi menyampah bila lawak recycle dari awal sampai habis. Dah la recycle, try hard pulak tu especially scene ayah Geet sakit telinga bila dengar nama Prabhu sebab isteri dia pernah bercinta dengan lelaki nama Prabhu.


Visual pun biasa je, dialog merepek sama level dengan jalan cerita dia, soundtrack album pun tak ada lagu yang best. Lakonan Pulkit pula macam cuba tiru gaya Salman Khan. Tak hairan pun sebenarnya sebab Pulkit protégé Salman tapi bila terlampau tiru sangat sampai hilang identity sendiri, nampak buruk onscreen.  Overall, not recommended at all. Tak kelakar dan buang masa.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10

Berita baik kepada pengguna akaun Boost apps sebab you guys dah boleh bayar menu yang dibeli di KFC menggunakan Boost. Pada 23 Mei lepas, syarikat Boost umumkan berita gembira bahawa pembayaran melalui Boost kini diterima di cawangan KFC di seluruh negara supaya pelanggan boleh menikmati hidangan sehingga menjilat jari sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Apa Itu Apps Boost?


Boost merupakan e-dompet terbesar di Malaysia hari ini, dengan 4 juta pengguna dan lebih daripada 80,000 titik sentuhan jualan dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Selain perkhidmatan “Scan & Pay” di keai runcit dan F&B, pasar malam dan ‘food truck,’ pengguna boleh melakukan pelbagai urusan, seperti membayar caj meletak kereta di atas jalan dan bil perkhidmatan, membeli tiket bas dan keretapi serta membeli tiket wayang dan menyumbang kepada NGO melalui derma tanpa tunai.

Kerjasama Boost dengan KFC ni bertujuan untuk menguatkan lagi skop cashless di Malaysia dengan kemudahan e-wallet.

“Pihak kami sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan pengalaman digital pengguna dan melengkapi gaya hidup mereka. Kerjasama dengan KFC membolehkan kami meluaskan kebolehcapaian, ketersediaan dan kemudahan tambahan agar penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup tanpa tunai dengan Boost, sambil menerima ganjaran tunai kembali,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.



“Kerjasama dengan rakan niaga yang sealiran seperti KFC ialah peluang berharga, membolehkan kami melangkah seiring dan membina sinergi bagi memudahkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai di seluruh negara,” tambah Khairil.

Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan di QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, ”Sebagai pengendali rangkaian restoran perkhidmatan pantas terbesar di Malaysia, kami perlu peka tentang perkembangan sezaman dan mengetahui perubahan dalam kegemaran dan tingkah laku konsumer. 

Mohd Khairil Abdullah, CEO Perkhidmatan Digital Axiata (kanan) dengan (dari kiri) Chong Ching Kan, Ketua Pegawai Penerangan Kumpulan QSR Brands, Merrill Pereyra, CEO Bahagian Restoran QSR Brands dan Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands di pengumuman rasmi perkongsian Boost dan KFC

Ini supaya kami bersedia dengan rangka kerja dan strategi sewajarnya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian berubah. Dalam memenuhi peranan ini, kami telah mengintegrasikan beberapa kemudahan dan saluran pembayaran digital di restoran-restoran kami, sesuai dengan langkah tekad kami ke arah masa depan yang lebih bersepadu dan ‘seamless’ buat manfaat pelanggan.”

“Dompet digital semakin menjadi pilihan ramai kerana faedah yang ditawarkan kepada pengguna, dan selari dengan misi kami untuk selalu menawarkan perkhidmatan bernilai tambah kepada pelanggan. Kerjasama dengan e-dompet terbesar di Malaysia, Boost, memacu kelebihan kompetitif kami dalam trend tanpa tunai yang semakin berkembang. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pengalaman menjamu selera yang lebih meriangkan, dengan adanya kemudahan Boost di KFC.”

Untuk meraikan kerjasama Boost dan KFC, semua pembelian minimum RM20 akan mendapat rebat tunai RM5 menggunakan Boost  di semua cawangan KFC sehingga 31 Mei 2019 nanti.