11 Bangunan Dari Tengkorak Manusia

Monday 20 May 2019

Pernah tak terfikir bila tanah kubur dah tak mampu nak tampung mayat yang ada? Dulu pernah tengok CSI ada episod bila penggali kubur dijangkiti kuman sebab kerap pindahkan mayat supaya ada space untuk mayat akan datang.

Rupanya dari dulu dah ada yang fikir benda sama. Tengkorak dan tulang-tulang yang ada dijadikan bahan binaan sesebuah bangunan. Rasa seram mesti ada tapi disebabkan senibina yang kemas tersusun buatkan binaan tu nampak cantik.

1. The Eggenburg Charnel di Eggenburg, Austria



Bangunan ni ditubuhkan pada kurun ke-14 di Eggenburg, Astria yang menempatkan sebanyak 5,800 tengkorak manusia

2. The Capela dos Ossos (The Chapel of Bones) di Évora, Portugal


Bangunan ni dibina pada kurun ke-16 oleh sami Franciscan yang menggunakan 5,000 tengkorak sami di gereja kecil yang berkeluasan 61 kaki persegi ni.





3. Santa Maria della Concezione dei Cappuccini, Rom, Itali

Di antara tahun 1626 hingga 1631, Antonio Casoni telah membina satu gereja yang menempatkan 3,700 tengkorak manusia yang mana kebanyakannya dari golongan paderi yang ingin ditanam di sini.


Untuk dijadikan hiasan di dinding bangunan, pihak gereja akan tunggu selama 30 tahun sebelum digali semula, dibersihkan dan ditampal dengan seni gubahan yang cantik. Dalam gereja ni ada satu plag yang bertulis :

"What you are now, we once were; what we are now, you shall be." 





Disebabkan keunikan dan kecantikan senibina bangunan gereja ni tarik perhatian ramai, dua lagi gereja di negara luar mencipta gereja menggunakan konsep yang sama.

4. St. James, Brno, Czech Republic



Terletak di St Jacob's Square, gereja St James tiga tingkat ni menempatkan 50,000 tengkorak dari kurun ke-17 dan 18, sesuai dengan konsep ala Gothic. Gereja ni dijumpai masa penilaian tanah pada tahun 2001 dan dibuka kepada umum untuk melawat keunikannya sejak Jun 2012. 



Gereja St. James ni merupakan yang kedua terbesar menempatkan semua tengkorak di benua Eropah dan salah satu tarikan utama pelancongan di negara Czech Republic. Ruang ni cuma boleh memuatkan 20 orang pengunjung pada satu masa disebabkan saiznya yang kecil.




5. Biara San Francisco in Lima, Peru


Biara cantik yang merupakan Warisan Dunia dalam senarai UNESCO sejak tahun 1991 ni menempatkan 70,000 tengkorak manusia di ruang pengebumian yang disucikan pada tahun 1673. 



Semua tengkorak ni disusun dengan kemas membentuk corak geometri dan sebahagian tulang yang lain ditempatkan di dalam kotak.  Ruang ni juga dibuka kepada pengunjung untuk melawat.

6. San Bernardino alle Ossa, Milan, Itali


Dibina pada tahun 1210 bila tanah perkuburan dah tak muat untuk menampung mayat, satu bilik dibina untuk menempatkan semua tengkorak. Tahun 1269, satu gereja dibina bersambung dengan bilik tersebut. 


Diubahsuai pada tahun 1679 oleh Giovanni Andrea Biffi tapi malangnya terbakar pada tahun 1712. Selepas kebakaran tu pihak gereja membina semula tapi diperbesarkan dan dihias dengan tengkorak dengan kemas dan cantik disebabkan populariti gereja tengkorak ni sebelum kebakaran. Siap pada tahun 1776 dan disucikan sebelum dibuka kepada orang ramai.


Senibina gereja ni mengikut bentuk oktagon dan hiasan gaya Baroque, dan dilengkapi dengan lukisan pada kurun ke-16 hingga kurun ke-18.Setiap sudut dan pintu dihias dengan tengkorak mengikut senibina gaya Rococo.



7. The Capela de Ossos, Evora, Portugal


The Capela de Ossos ataupun Chapel of Bones terletak di Evora, Portugal yang dibina oleh paderi Franciscan untuk mengingati paderi yang lain dan memberi peringatan kepada umum bahawa hidup hanya satu persinggahan. 



Di pintu ruang osuari ni tertulis peringatan kepada pengunjung 

"We, bones that are here, yours await".


Ruang kecil ni dibina sepanjang 18 meter dengan kelebaran 11 meter sahaja. Dianggarkan sebanyak 5,000 tengkorak digunakan untuk menghiasi dinding dan tiang ruang kecil dalam gereja ni. Ada yang diselaputi dengan emas, ada juga diukir tulisan grafiti.




8. The Hallstatt Bonehouse, Austria


Yang melawat ke Austria mesti pilih Bonehouse untuk tengok sendiri keunikan tengkorak yang dihiasi dengan tulisan dan lukisan tangan. Bonehouse terletak di ruang bawah tanah gereja Saint Michael yang dibina sejak kurun ke-12. Bonehouse dibina kerana tanah perkuburan agak kecil untuk tanam semua mayat.


Ruang kecil ni hanya menempatkan 700 tengkorak manusia dan 500 telah pun dihiasi dengan lukisan dan tulisan tangan. Ada juga tengkorak yang mempunyai nama dan tarikh lahir ataupun tarikh meninggal.


Bahagian atas disusun kemas sema tengkorak yang siap dicorakkan manakala bahagian bawah disusun kemas segala tulang lain. Hiasan di tengkorak kepala ni dibuat sendiri oleh penggali kubur atau penjaga osuari ni dan hiasan ni ditempah khas oleh ahli keluarga si mati.


Kebiasaannya tengkorak si mati perempuan akan dilukis flower crown, kalau untuk lelaki pula daun atau ranting pokok oak atau ivy. Semua tengkorak ni dari penduduk kawasan Hallstat yang dah meninggal dunia. Tujuan pembinaan untuk mengingati si mati dengan cara yang unik. Tenkorak disusun sebelah menyebelah supaya mengingatkan kepada yang hidup bila mati tak ada status ataupun pangkat yang dibawa bersama. Semua manusia sama sahaja.


9. The Skull Chapel, Kudowa, Poland


Dibina pada tahun 1776 oleh paderi Václav Tomášek untuk menempatkan ribuan tengkorak si mati yang meninggal pada Perang 30 tahun (1618–1648) di Eropah, tiga siri Perang Silesian (1740–1763) dan juga yang mati disebabkan penyakit berjangkit seperti syphilis, wabak virus dan kebuluran.


Semua tengkorak ni digali, dibersihkan dan disusun di dinding, siling dan tiang bangunan sebagai memperingati si mati. Inspirasi untuk menempatkan ribuan tengkorak dan tulang ni dapat masa ayah Tomasek pergi ke Rom untuk beribadat di sana.


10. The Catacombs of Paris, France


Dibina pada tahun 1774 dan dibuka kepada pengunjung pada tahun 1874 yang mana menempatkan sebanyak 6 juta tengkorak penduduk Paris. Osuari ni berbentuk terowong dibina di bawah tanah kota Paris. Pembinaan terowong osuari ni bertujuan untuk mengelakkan masalah tanah kubur tidak muat.


Terowong ni dibina sepanjang 320km dan ruang kecil sepanjang 17km untuk menempatkan bahagian tulang yang lain. Osuari ni agak besar sampaikan ada kes remaja sesat selama 3 hari di dalam terowong ni. 




Selain jadi tarikan pelancong, ada beberapa movie yang dibikin di dalam osuari ni. Makin bertambah ramai lah pengunjung yang datang untuk tengok sendiri osuari ni. Untuk elakkan kesesakan dan tiket habis, pengunjung boleh book tiket secara online di website pihak muzium Paris.

11. Sedlec Ossuary, Czech Republic


Ruang kecil ni terletak di bahagian bawah Cemetery Church of All Saints yang dibina pada tahun 1870 apabila masalah tanah kubur tak muat untuk tampung mayat yang baru. Pihak gereja perintahkan untuk gali semula semua kubur secara besar-besaran, tengkorak dan tulang semuanya dibersihkan untuk diletakkan di dalam osuari ni.


Dibina mengikut gaya Baroque yang direka khas oleh Jan Santini Aichel. Osuari ni antara yang paling famous dan dianggarkan menarik pengunjung seramai 200,000 setiap tahun. Dalam osuari ni menempatkan sebanyak 70,000 tengkorak dan tulang yang dihiasi secara unik di bahagian dinding dan tiang. Paling unik sekali chandelier tulang yang diletakkan di bahagian tengah osuari ni dan beberapa rekaan lain yang menarik perhatian.





Ada lagi beberapa bangunan yang unik dihiasi dengan tengkorak dan tulang manusia, ada yang cantik, ada juga yang creepy. Setakat ni kebanyakannya di benua Eropah, benua Asia belum ada lagi mungkin juga sebab Buddha dan Hindu tak tanam tapi bakar mayat so space untuk tanam masih ada.