Movie Review : The Leakers

Tuesday 14 May 2019


Director : Qiu Litao
Writer : Li Min, Li Sheng
Cast : Francis Ng, Julian Cheung, Charmaine, Zheng Zeshi, Liu Haolong
Production Company : Ear East Film, Hong Kong Star Amoy Film Co., Ltd , Hong Kong China 3D Digital Entertainment Co., Ltd. , China Tianjin Zhongwei Culture Communication Co., Ltd. , Hong Kong Sun entertainment movie , China Extraordinary Entertainment Production Co., Ltd , Hong Kong Yindu Agency Co., Ltd. , China Kaibo Global Entertainment , China Powerway Global Entertainment, Hong Kong Grid Music Affairs Ltd. , China Zhongdi Hebang Film and Television Media, China Austar International Entertainment Group, China Shana (Global) China Film Festival Ltd.
Genre : Crime/Action/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date :  21 June, 2018
Trailer :

The Leakers mengisahkan tentang virus ZIKV yang melanda negara Malaysia terutamanya di Penang sampai beberapa orang dikuarantin. Disebabkan virus ni masih baru, doktor dan pakar kesihatan tak tahu apa punca dan simptom ataupun cara virus ni merebak. Doktor buntu bila penggunaan antibiotik tak mampu menghalang virus dari merebak dan gesa orang ramai untuk jaga kebersihan dan pakai mask bila keluar dari rumah.

Kerajaan pula terpaksa tutup kebanyakan tempat awam terutamanya tadika, sekolah dan universiti. Orang ramai pun takut untuk keluar rumah kecuali bila terdesak untuk beli barang keperluan rumah.


Berita tentang virus ni dapat liputan dari seluruh dunia bila jumlah kematian meningkat secara mendadak sehingga 60 orang dalam masa 2 minggu. Pakar panel dari The World Health Organization (WHO) turun ke Malaysia dan mengadakan sidang khas. Carly Yuen (Charmaine), wartawan dari Hong Kong antara yang hadir untuk buat liputan mengenai virus ZIKV.

Ada doktor yang cadangkan untuk guna ubat MD5 yang dihasilkan oleh syarikat farmasi AMANAH walaupun ubat ni belum dapat kelulusan dari pihak berkuasa disebabkan tiada vaksin yang mampu halang penyebaran virus ni. Sementara semua tengah kecoh dengan virus baru, pengurus besar AMANAH, Teo Chun Loong (Shi Yanan) pula bunuh diri di pejabat.


Pengasas AMANAH, Teo Jit Sin (Zheng Zeshi) yang juga ayah kepada Chun Loong makin serabut bila anak kedua dia, Teo Chun Yann (Liu Haolong) pula diculik di Hong Kong. Saham company jatuh mendadak walaupun penjualan ubat MD5 meningkat. 

Sarjan Li Yongqin (Julian Cheung) ditugaskan untuk siasat kes ni dan dihantar ke Hong Kong untuk cari Chun Yann dan jejak isteri Chun Loong lepas hard disk yang mengandungi data MD5 dicuri di syarikat AMANAH oleh kumpulan hacker yang dikenali sebagai The Leakers. Di Hong Kong Yongqin dibantu oleh Inspektor Wang Dawei (Francis Ng) disebabkan undang-undang di China melarang Yongqin guna senjata.


Yang bestnya movie ni bukan jalan cerita dia sangat tapi excited sebab movie ni shoot dekat Penang especially area Bayan Lepas dengan Georgetown. Tapi tak banyak la director tunjuk kecantikan Penang walaupun negeri tu kaya dengan tarikan pelancong. Since movie ni bertemakan skim penipuan dalam perubatan so banyak scene dekat hospital je.

Lagi satu hal best nak layan sebab genre mystery thriller bila pembunuhan demi pembunuhan berlaku bila doktor ambil keputusan untuk guna ubat MD5. Dari situ dah boleh agak yang AMANAH ada agenda tersendiri tapi terhalang oleh The Leakers.


Ada juga unnecessary scenes macam kemelut perkahwinan Inspektor Wang Dawei ataupun scene Dawei bergaduh dengan Yongqin ditayangkan sebagai selingan dari jalan cerita utama movie ni. Its better kalau director tunjuk pasal The Leakers sebab dalam movie ni tak banyak pun penonton boleh tahu pasal The Leakers.

Overall movie The Leakers is a must watch movie sebab jalan cerita yang kuat, lakonan yang bagus ditambah pula dengan cara director olah movie supaya melekat tengok sampai habis walaupun dah tahu siapa watak jahat yang sebenar dan apa motif dia. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Movie Review : Why Cheat India


Director : Soumik Sen
Writer : Soumik Sen
Cast : Emraan Hashmi, Shreya Dhanwanthary, Snighadeep Chatterjee, Manuj Sharma, Nawal Shukla
Production Company : T-Series Films, Ellipsis Entertainment, Emraan Hashmi Films Production
Distributor : Panorama Studios, T-Series
Genre : Crime/Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 18 January 2019
Trailer :



Ada yang kata jalan cerita Why Cheat India sama dengan movie Bad Genius lepas tengok trailer tapi bila tengok full movie tak sama pun cuma tema plot tu je sama. Pelajar cerdik pandai gantikan pelajar lain untuk ambil exam.

Di India entrance exam untuk kos engineering antara yang paling susah sekali dan paling ramai yang nak masuk bukan sebab minat nak jadi engineer pun tapi sebab desakan ibu bapa. Of course you guys dah familiar dengan pressure hidup student engineering dalam movie 3 Idiots.


Movie Why Cheat India berlatarbelakangkan kehidupan di daerah Kota, India pada tahun 1998 bila Sattu (Snighadeep Chatterjee) dihantar ke coaching centre untuk study sebelum entrance exam oleh ayah dia, Yogesh Dubey (Nawal Shukla) . 5 jam tidur, 6 jam dalam kelas, 12 jam study sendiri dan 1 jam untuk benda lain. Memang patut pun Sattu boleh score masa exam sampai dapat 287 dari 360 markah.

Disebabkan tak ramai pun di Kota yang mampu lulus dengan markah tinggi macam tu, Sattu diraikan satu kampung sampai Rocky (Emraan Hashmi) dapat tahu kebijaksanaan Sattu. Rocky offer Sattu untuk bekerja dengan dia dekat coaching centre gantikan student lain dalam exam. Sattu cuma perlu pergi exam je. Hal lain semua Rocky dan pembantu dia, Bablu (Manuj Sharma) akan uruskan.


Yogesh Dubey yang bangga dengan pencapaian Sattu, makin bertambah bangga bila Sattu mampu cari kerja part-time dan bantu kewangan keluarga. Hutang semua dah settle bayar, Sattu pulak makin rajin hadiahkan keluarga dia barang mewah, saving untuk kakak dia, Nupur Dubey (Shreya Dhanwanthary) kahwin pun dah ada.

Dalam diam Nupur suka dengan Rocky sebab Rocky banyak tolong keluarga dia, Rocky pun simpan perasaan yang sama tapi sayangnya dia dah kahwin. Bablu cuba halang Rocky dari tambah masalah. Lagi satu hal bila kerja diorang ni tak mungkin Nupur boleh faham walaupun Sattu join.


Sattu dapat masuk kolej dan dijaga oleh senior yang juga bekerja di bawah Rocky tapi sayangnya disebabkan stress dengan study dan kerja part-time, Sattu ambil dadah. Yogesh minta tolong Rocky untuk selamatkan Sattu. Rocky dah serabut bila dapat tahu sebab ada beberapa klien dah bayar untuk upcoming exam. Polis pun dah mula syak kegiatan Rocky bila ada cutomer Rocky yang buat aduan.

Lakonan Emraan sebagai Rocky yang licik memang menjadi sampai audience rasa yakin dengan perbuatan dia tu sebenarnya untuk bantu padahal dia cuma fikir duit je. ‘Greed is God’ katanya. Watak dia agak shady tapi tak mampu dilabel sebagai watak jahat. Movie Why Cheat India ni nampak hidup disebabkan lakonan Emraan, kalau tak dah lama tertidur sebab momentum agak flat.


Sayangnya director tak mampu nak olah jalan cerita dengan baik. Terlampau banyak yang jadi dalam satu movie, if only director cuma fokus kisah Rocky dan Sattu mungkin movie ni nampak cantik sebab dua character ni pun dah cukup kuat. Mungkin director nak bagi screentime dan highlight character Nupur since this is her debut movie tapi cubaan tu gagal sebab watak Nupur tak mampu beri impak apa-apa pun except di hujung cerita.

Movie Emraan tak sah kalau tak dipenuhi dengan soundtrack yang best so WCI pun ada beberapa soundtrack best especially Dil Mein Ho Tum nyanyian Armaan Malik.


Movie ni not bad lah sebenarnya sebab lakonan semua pelakon bagus baik yang utama mahupun supporting especially Yogesh sebagai ayah tipikal Asia, dialog pun banyak yang best dan kelakar nak pula bila ada scene Rocky dengan Bablu. Recommended from me.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Lirik Lagu Tak Dapat Raya - Floor 88 ft Baby Shima

Monday 13 May 2019

Lagu raya dah start keluar dah, sama macam tahun lepas lagu raya dari Floor 88 memang menarik dan best! Tahun ni sambungan dari kisah raya tahun lepas bila Faliq tertinggal kereta nak balik ke kampung. 


Sambungannya mereka berenam tak tahu beraya di mana. Baby Shima pula sebagai sepupu perempuan yang join geng beraya di kampung tahun ni. MV tahun ni panjang sikit dari sebelumnya berdurasi 7.39 minit tapi tak terasa pun panjang video tu sebab kelakar layan perangai masing-masing. 

Ayie kata Floor88 sengaja keluarkan lagu raya awal sebab nak tune lagu ni melekat dekat kepala sampai raya nanti. Memang betul pun apa Ayie kata sebab lirik dan music dia best. Dari tak ada mood jadi tak sabar pulak nak balik kampung. Lagu Tak Dapat Raya ni berkonsepkan penceritaan, ada lirik kelakar macam 

'Sirap dia tawar amat
Kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat'

'Kau tak ingat
Apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat'


Baju Melayu keluaran Sleek pun cantik kemain, sinematografi MV pun top notch especially scene dekat persisiran pantai. Pandai gila MVM Production & RUSA cari tempat nak shooting lagu. Yangbelum tengok, klik video dekat bawah ni : 


LIRIK LAGU TAK DAPAT RAYA
Lagu : Zai Hamzah
Lirik : Achoi Floor 88
Penyanyi : Floor 88 & Baby Shima
Label : MVM Production & RUSA Music

Mari semua kita
Raya rumah di sana
(Hi ya hi ya yeah)


Aku dengar dia orang kaya
Rumah besar kereta mewah
Tunggu dulu Akram bagi tahu
Rumah itu raya tahun dulu


Sirap dia tawar amat
Kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat


Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hi ya hi ya yeah)


Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu bibirnya merah
Tunggu dulu Achoi bagi tahu
Rumah itu rumah Haji Abu


Kau tak ingat
Apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja


Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya


Jom raya rumah nenek aku
Ada rendang ketupat bahulu 
Mana tahu dapat di hulur
Sepuluh atau lima puluh
Tunggu dulu Ayie bagi tahu
Nenek sendiri engkau pun tak tahu
Dia tak ada di rumah


Macam mana engkau tahu
Oi sepupu… itu pun nenek aku
(Alamak,iye ke?)


Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana
Jom raya rumah awek ku
Dia pun tak ada hala tuju
Apa kata kita raya
Rumah awek dia
Kita cuci mata


Jemputlah naik sayang ku
Bawa sekali teman mu
(Hi ya hi ya yeah)


Juadah sudah sedia
Semua di atas meja
Tunggu dulu kami mahu tahu
Siapa yang masak banyak begitu


Kalau kamu tahu
Ku cabut di kepala ku
(HANTU)


Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja


Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
(HANTU)

10 Jenis Tanaman Untuk Beginner

Menanam memang best bila kita dapat manfaat hasil penanaman tu. Kalau tak dapat hasil buah atau sayur pun, kita masih lagi dapat extra oksigen di kawasan pokok yang kita letak. Tanam pokok ni boleh juga jadi terapi bila kita busy dengan kehidupan seharian. Tapi boleh murung juga bila tanaman tak menjadi nak pula kalau 'tangan panas'.


Dalam entri ni nak share 10 jenis tanaman yang mudah sangat nak dibiakkan sebab tak perlu penjagaan khusus sebab kawan-kawan selalu minta share. Ni antara tanaman yang jenis campak je benih, memang confirm hidup elok dan keluarkan hasil. Cuma berbeza sikit lah hasilnya bila tanam di rumah apartmen ni sebab cahaya matahari tak kena sangat. 

Penggunaan pasu tak kisah jenis apa pun, tanah pula beli dekat kedai RM2 ataupun MR.DIY sebab tanah kompos dan organik. Campur juga dengan sabut kelapa, boleh beli dekat kedai RM2. Baja, boleh beli dekat MR. DIY, baja tahi ayam ataupun pasar tani - Baja A&B. Kadang tu ambil juga tahi kambing buat baja. 

1. Aloevera

Paling senang nak jaga sebab letak je dekat kawasan yang panas, siram pun seminggu sekali. Kadang tu biar hujan yang siram. Aloevera ni tak boleh hidup di kawasan lembab atau tempat redup. Tak lama pun nak tunggu aloevera keluar anak pokok nak pula kalau kawasan tu memang panas. Kadang tu tak sedar pun dah ada anak. Bila ada anak, boleh pindah ke pasu lain. 


For me, aloevera ni guna untuk minum supaya boleh sejukkan badan. Adik pula guna untuk mask muka dan lebatkan rambut. Kalau sunburn, apply je dekat muka. Esoknya kulit dah elok balik. Tak perlu bergegas ke Watson pun nak beli aloe gel. Jimat dan senang!


Boleh baca dekat sini untuk resipi air roselle aloevera ni. 

2. Cili

Sama macam pokok aloevera, pokok cili pun tak perlu siram setiap hari sebab perlukan tempat panas dan tanah yang sederhana kering. Jangan kering sangat nanti mati tak cukup zat. Tak perlu beli benih dekat kedai pun ataupun beli pokok dekat nursery sebab boleh je ambil biji cili lepastu tabur dalam pasu. Nanti naik la anak pokok dan membesar. 


Sebelum keluar buah, pokok cili akan keluarkan bunga putih ni tapi menangis la korang kalau angin kencang sebab bunga ni sangat senang untuk tercabut. Kadang tu terbertuh sikit ja pun, dah gugur ke tanah. Lagi satu hal renyah sikit cili ni bila musim hujan atau separa hujan sebab bena akan datang menyerang. Masa ni memang togel la pokok cili hampa. 


Kena rajin buang daun yang kena bena kalau tak, habis dengan cili sekali kena bena. Buah cili pun jadi terbantut. Orang kata pokok cili ni ikut tuan yang tanam. Kalau jenis perongoih tu memang cili dia pedas bingit la. Orang la kataaaaa....


Tanam cili ni kena rajin gembur tanah dia jugak supaya akar dia dapat nutrien lain. Tapi nak gembur tu jangan ganas sangat sampai kena akar pokok. Gembur manja je gitteww

3. Bendi

One of my fav plant sebab I suka makan bendi. Yang syoknya nak tanam dia pun senang. Cumanya bila tanam dekat beranda rumah, saiz dia tak la besar macam dekat kedai tapi boleh la nak makan cara orang bujang. Cara nak tanam pun mudah sangat, ambil biji campak ja dalam pasu, esok lusa naik la tu. 



Selalunya bila naik pokok dan berbuah, memang akan biarkan satu batang kering sebab nak biakkan dekat pasu lain. Dari 1 pokok membawa ke 5 ke 6 pokok. Sebelum pokok bendi berbuah, dia akan keluarkan bunga putih creamy cuma yang ni tak mudah jatuh. Sebelum pergi kerja atau balik kerja memang suka tengok bunga dia. Hilang stress. 

4. Kunyit

Bila beli kunyit hidup memang akan ada episod bertunas dah so tinggal transfer masuk ke pasu je. Tak lama nanti naik la pokok dia merimbun dalam pasu. Pokok kunyit ni masa awal pembiakan je perlukan air yang banyak, bila dah besar tak perlu sangat pun dan boleh letak di kawasan yang panas ataupun separa redup. Just nice untuk dia membesar.


Bila daun dia dah banyak, selalunya akan buat alas untuk tungku, boleh guna bila kena senggugut masa period ataupun perut kembung since daun kunyit boleh hilangkan angin. Agak dalam sebulan dua tu rajin-rajin la check dalam tanah sebab ada kunyit yang boleh ambil untuk buat masak lemak cili api.

5. Halia

Sejenis dengan kunyit, bila beli je mesti muncul episod keluar tunas so potong je lah bahagian hujung bertunas tu masuk dalam pasu. Gali lubang untuk tanam ubi halia dalam sikit dalam 3 inci so pasu memang kena jenis yang tinggi sikit. Seminggu dua nanti keluar la anak pokok. 


Dah nak masuk setahun nanti, korek la pasu tu ambil halia yang dah bercambah guna untuk masak nanti. Tinggalkan separuh untuk dia membiak lagi. 

6. Mulberi

Pokok mulberry ni senang je nak tanam bila dia boleh membiak melalui keratan batang. Tak perlu balut ke apa, cuma potong batang dari induk lepastu cucuk dekat tanah. Esok lusa naik la daun baru. Dah la membiak paling senang, buah pun senang je nak keluar. Kena rajin cantas dahan supaya cepat membiak. 


Buah mulberry ni masam kemain tapi sedap. Daun dia boleh buat ulam tapi ambil yang pucuk lah. Kalau yang dah besar tu menangis nak makan. 

7. Bayam

Pokok bayam sangat senang membiak so kalau beli benih cukup satu plastik kecil je ataupun tanam dari batang bayam je. Nanti bila bayam dah membesar, dia akan keluarkan benih yang berhijrah ke pasu lain dengan angin. Kalau tanam bayam, berapa bulan lagi tengok la pasu lain pun ada muka dia. 


Kalau perasan dalam gambar ni ada pokok lain kan? Ni pasu pokok rosemary sebenarnya tapi entah bila bayam datang menempel. Tengok je dah besar dengan jayanya. Bayam ni kena letak dekat tempat panas baru daun dia merah cantik. Tanam bayam kena pastikan tanah lembab so kena rajin siram air. Kalau malas, campur tanah dengan sabut kelapa. 

8. Cekur

Dari kecil membawa ke besar pokok cekur ni memang wajib ada nenek, mak dengan makcik tanam dekat rumah. Tak tahu lah kalau you guys kenal ataupun tak pokok ni. Orang Jawa kenal sangat la dengan ulam ni sebab masuk dalam masakan pecel.


Dekat rumah tanam dua jenis cekur, satu yang biasa satu lagi cekur hitam. Cekur hitam keluarkan bunga warna ungu, yang cekur biasa warna putih. Pokok cekur ni boleh letak dekat tempat separa redup ataupun redup. Tak ada masalah pun tapi kalau ada siput tu kena cepat buang. Nanti rosak ubi. 2 bulan je dah membiak banyak cekur ni. Sekali sekala gembur tanah kalau cekur taknak naik sangat lepastu tembak baja. 

9. Daun Bawang

Yang ni kalau tak ajar pun tahu boleh campak terus je masuk dalam pasu bila dah bertunas. Bukan lama pun nak naik pokok. Biar je dalam pasu tu nanti pandai la dia keluar daun dengan bunga

Credit : Google
Daun dah membesar nanti kerat pastu campak dalam sup ayam tak pun telur dadar ataupun nasi goreng. Dah la sedap crunchy, wangi pulak tu menu masakan korang.

10. Tomato

Yang ni paling kena bagi penjagaan rapi sekali bila tanam. Silap cara boleh rosak pokok tak pun mati. So far menjadi je tanam dekat balkoni rumah ni, dah banyak kali makan hasil tanam sendiri. Tips untuk tanam pun dah buat dekat entri ni.


Saiz tak besar mana lah sebab tanam dalam pasu kecil, cahaya matahari pun tak berapa sangat tapi puas hati lah makan masam-masam manis. Masak spaghetti carbonara je petik tomato dekat pasu. 

Dulu tak la banyak mana tanaman tapi sekarang dah tambah pokok kucai, rosemary, betik yang entah tahun bila nak keluar buah tapi harapan tu masih tinggi, bayam brazil, pokok kailan. 


Ada juga tanaman lain yang cuba tapi tak menjadi macam strawberry, kangkung, salad but still cuba lagi sampai menjadi. I guess that's all for this time. Happy gardening!

Movie Review : Manto


Director : Nandita Das
Writer : Nandita Das
Cast : Nawazuddin Siddiqui, Tahir Raj Bhasin, Rasika Dugal, Rajshri Deshpande
Production Company : HP Studios, Filmstoc, Viacom 18 Motion Pictures, Nandita Das Iniatitve
Genre : Biopic/Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 13 May 2018 (Cannes), 21 September 2018 (India)
Trailer :


Keindahan seni seorang penulis pada kehebatan penulisannya tapi apa terjadi bila penulisan dia melanggar batas adab dan akhlak masyarakat setempat? Penulisannya dibicarakan di mahkamah, sama seperti apa yang diketengahkan dalam movie Manto bila cerpen dia bertajuk Thanda Ghost (Cold Meat) pada tahun 1948.

Manto diadaptasikan dari kisah benar kehidupan seorang penulis hebat era 40-an yang menetap di Mumbai, Saadat Hasan Manto (Nawazuddin Siddiqui) bersama tunjang kekuatan hidup dia, isterinya Safia dan dua orang anak. Penulisan cerita pendek Manto digunakan dalam drama, majalah dan disiarkan di radio dan kebanyakannya bertemakan realiti kehidupan sebenar.


Ada yang kata penulisan dia agak mengerikan, ada pula kata penulisan dia lebih bersimpati kepada nasib perempuan tapi Manto kata dia tak berpihak pada mana-mana. Dia cuma gunakan bakat dia untuk menulis cerita sebagai cermin untuk masyarakat melihat sendiri kehidupan ni.

Berbeza dengan penulis yang lain, Manto suka menulis di atas kertas menggunakan pensel. Katanya menaip di mesin taip ganggu fokus dia, pen pula dia cuma simpan dalam almari. Tapi tak bermaksud tulisan pensel dia boleh dipadam sesuka hati. Takkan ada yang mampu sebenarnya untuk edit cerita Manto sebab keindahan penulisan tu hanya Manto mampu gubah.


Even Manto seorang Muslim tapi dia bahagia tinggal di India dan diterima di kalangan penulis serta pembaca lain. Sayangnya kebahagiaan tu tak kekal lama bila berlaku perpisahan antara India dan Pakistan pada tahun 1947 dan memaksa dia untuk tinggalkan India dan berpindah ke Pakistan. Sayangnya penulisan dia tak sebebas dulu bila karya dia dianggap mengancam akhlak manusia.

Akibat pertahankan penulisan dia di mahkamah, duit dia makin susut, kesihatan Manto pun tak bagus disebabkan arak. Safia mula menjauhkan diri walhal dia penyokong tegar Manto sejak dulu lagi. Sejak keluarga dia pergi, Manto mula berhalusinasi dan dimasukkan ke Lahore Mental Hopital.


Kehebatan lakonan Nawazudin Siddiqui tak mampu dinafikan lagi bila dia berjaya menghidupkan kembali Manto walaupun berbeza dari segi fizikal tapi personaliti dan karakter sangat seiras. Nandita Das pula menceritakan kisah Manto secara kreatif bila dia sulam kisah kehidupan Manto dan penderitaan dia sebagai penulis, dalam masa yang sama diselitkan imaginasi Manto.

Sebanyak 5 karya hebat Manto ditayangkan dalam movie ni especially Cold Meat tapi yang paling menarik sampai sekarang ialah Tek Thoba Singh yang mengisahkan tentang lelaki Sikh yang mati di ruang antara 2 sempadan. Cerita tu melambangkan kehidupan Manto bilamana dia tak terikat di India mahupun Pakistan. Cerita TTS ni ada diadaptasikan kepada movie tahun 2017, lakonan Pankaj Kapur. 


Yang bestnya dalam movie ni bila Nandita Das tak cuba untuk ‘bersihkan’ imej Manto macam biopic movie yang lain tapi bercerita mengenai Manto dari pandangan mata isteri, kawan, publisher, peminat dan pembaca. Kita akan nampak sisi sebenar Manto dan macam mana perwatakan dia bersama dengan manusia sekeliling. Kita akan nampak punca utama kejatuhan Manto and that was the finest and sincere touch from a movie.



Penceritaan Manto agak slow, visual yang agak malap dan soundtrack biasa so movie ni agak sesuai dengan audience yang minat dengan seni ataupun biopic. I watch this with 1.3x speed so not really recommend for those yang mencari entertainment movie.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10